U n Uols

Jumaat, Julai 27, 2012

Bab 18:Hati Bertanya Siapa Kamu

" Kau jadi ke nak pergi rumah Puan Sri tu Dayang?"


" Mestilah jadi......tengok Dayang dah siap....."


" Sorry laa aku tak boleh temankan...." Kata Intan dengan muka serba-salah.


" Kenapa pula Intan? Jom laa teman Dayang pergi sana......"


" Aku lupa, ada date malam nanti.....kalau kau cakap awal-awal bolehlah. Last minute baru cakap...baik kau simpan sampai bulan depan. Lepas tu baru bagitau...." Balas Intan. Berbaring di kerusi. Mata terhala ke tv.


" Che Peah mana?" Mencari-cari kelibat Che Peah. Sejak pagi dia tak nampak kawan yang seorang itu. Ke mana Che Peah pergi?


" Che Peah kat sini!" Sahut Che Peah. Keluar dari bilik tidurnya.


" Che Peah boleh teman Dayang kan?"


" Dayang.....dah lupa ke? Malam karang Che Peah ada majlis makan-makan dengan kawan-kawan sekolah dulu....takut tak sempat pulak."

" Habis tu siapa nak teman Dayang ni?"


" Kau ajak je Gibran tu..." Saran Intan.


" Dia ada hal. Kalau tidak Dayang ajak juga."


" Dia ada hal apa hujung-hujung minggu macam ni? Ada hal dengan girlfriend ke? Habis kau dengan dia ni apa kes?" Intan sibuk nak tahu.


Dayang diam. Soalan Intan tergantung tidak berjawab. Melalui telinga bagai angin lalu. Kepalanya sibuk memikirkan perkara lain. Handphone dah masuk dalam beg. Dompet pun dah. Apa yang belum ya? Semua dah bawa, tapi kenapa rasa semacam. Dup. Dap. Dup. Dap jantung ni dari tadi...


" Dayang kena pergi soranglah nampaknya..." Mengangkat beg ke bahu. Kunci di atas meja dicapai. Bersedia untuk bergerak.


" Bye Intan. Bye Che Peah. Dayang pergi dulu!" Bergerak ke pintu rumah sambil melambai-lambai.


" Dayang! Dayang! Soalan Intan kau tak jawab lagi." Laungan Intan sia-sia. Dayang hilang lesap di sebalik pintu rumah.

" Dia gemeruh sangat laa tu. Nak jumpa Puan Sri sekeluarga."

" Sekeluarga? Lain macam je Puan Sri tu...." Intan ketuk dagu. Che Peah garu kepala.




" Mana tetamu awak ni Puan Sri Suraya?" Tan Sri Ghazi tengok muka jam di pergelangan tangan. Tidak cukup dengan itu, dia kerling lagi jam besar di dinding rumah.

" Sabar sikit. Datanglah dia nanti....." Memanjangkan leher meninjau perkarangan rumah. Mana budak Inara ni?

" Tak jadi datang dah tu. Boy, kita makan dulu....." Mengajak Gibran yang diam sejak tadi di sofa. Lebih banyak mendengar dan melihat pertelingkahan ibu bapanya. Untuk menyampuk dia langsung tiada hati. Bosan dipaksa Puan Sri Suraya supaya bersama-sama meraikan tetamu istimewa. Tak tahulah istimewa tahap mana. Apa yang dia tahu uminya mahu memperkenalkan tetamu kepadanya. Perkenalan yang bermotif! Buat dia runsing. Daripada cakap-cakap Puan Sri Suraya condongnya ke arah calon isteri!

Namun perkara tersebut didiamkan daripada pengetahuan abahnya. Tidak mahu menambahkan kerusingan yang sedang memberat. Jika sampai ke pengetahuan Tan Sri Ghazi, perkara yang besar bertambah-tambah besarnya!


" Kita tunggu ajelah sekejap lagi abah." Kata Gibran cuba menenangkan suasana. Melihat bunga-bunga pertelingkahan abah dan uminya, ada kemungkinan akan berlaku perang besar. Lebih baik dicegah sebelum terlambat.


Puan Sri Suraya tahan hati. Sebal dan geram kepada Tuan Sri Ghazi sedang bersatu menjadi satu. Dicucuk lagi mahunya dia meletup!


Sudahlah membuat paksaan supaya tetamu istimewanya diraikan di banglo ini. Bukan di apartment Gibran seperti mana rancangan awalnya. Demi untuk memperkenalkan Inara gadis yang mencuri perhatiannya kepada Gibran, tidak rela dia mengalah begini. Keadaan pula yang tidak memihak kepadanya. Jadi terpaksa juga akur dengan permintaan Tan Sri Ghazi.


Perbualan telefonnya dan Tan Sri Ghazi dua hari lepas...


" Hello!"


" Hmm...awak nak apa telefon saya?" Tan Sri Ghazi bertanya malas kepada pemanggil di hujung talian. Tumpuannya masih di televisyen. Tanpa perlu memperkenalkan diri, dia sudah tahu siapa pemanggil yang menelefon ke rumahnya ini.


" Ingat saya nak sangat telefon awak Tan Sri Ghazi?! Saya cuma nak jemput datang apartment Gibran hujung minggu ni. Itupun kalau nak datang. Kalau tak nak, tak paya datang." Maklum Puan Sri Suraya.


" Apartment Gibran? Ada apa dekat sana?"


" Saya jemput tetamu istimewa!" Suara bertukar teruja.


" Siapa?" Mengesyaki sesuatu. Dia pasti bekas isterinya itu punya niat tersembunyi. Dia kenal keterujaan itu.

" Nak tau datang!"


" Awak rancang apa kali ni Puan Sri Suraya?" Serius nada Tan Sri Ghazi.


" Rancang apa? Jemput kawan saya datang rumah pun salah ke?"


" Siapa kawan awak tu? Budak mat saleh yang awak nak kenalkan dengan Gibran itu lagi ke? Kalau budak itu, saya tak akan datang. Gibran juga!"


" Eh, kenapa awak ni? Jangan nak jadi batu api mengapi-api anak saya pulak...kali ni niat saya baik tau..."


" Saya kenal sangat dengan awak Puan Sri Suraya. Niat baik awak selalunya tak baik untuk orang lain!"


" Tapi kali ni tidak...."


" Awak ingat saya percaya?"


" Awak kalau tak syak yang bukan-bukan dengan saya tak boleh? Kita nak buat benda baik dikata nak buat benda tak baik...." Mendengus marah. Geram dengan syak yang hampir mengena.


" Macam nilah.....ajak tetamu istimewa awak tu ke sini." Putus Tan Sri Ghazi. Pada fikirannya lebih senang untuknya memantau rancangan bekas isterinya jika tetamu yang kononnya istimewa itu dibawa ke banglonya.


" Saya tak setuju!" Bantah Puan Sri Suraya.


" Saya akan bagitau Gibran supaya jangan balik apartment hujung minggu ni!"


" Tan Sri Ghazi! Awak main ugut-ugut pulak?" Marah.


" Tawaran saya masih terbuka. Terima atau tolak? Tolak bermakna awak harus raikan tetamu istimewa awak tu sorang-sorang. Terima, bermakna saya dan Gibran akan sama-sama tolong awak meraikan tetamu istimewa itu...macam mana?"


" Tan Sri Ghaziiiii!!" Jeritan kuat Puan Sri Suraya bergema. Tan Sri Ghazi faham-faham sendiri. Jeritan setuju....


Hampir di serang sakit kepala mendengar kata-kata sindir menyindir di antara Tan Sri Ghazi dan Puan Sru Suraya, Gibra bangkit dari duduk. Menuju ke almari hiasan yang menempatkan bingkai-bingkai gambar. Album gambar pernikahannya dengan Dayang beberapa bulan lalu yang turut diletakkan di atas almari itu diambil. Kembali ke sofa dengan album di tangan. Tiada gambar persandingan, hanya gambar ketika akad nikah dilaksanakan. Album itu dibelek-belek. Tersenyum melihat sekeping gambar di mana dia sedang bersalaman dengan tok kadi, nun di belakangnya kelibat Dayang juga kelihatan. Sedang menolak kipas tangan pengapit pengantin perempuan. Gibran tergelam bersama album gambar yang merakam memori indah majlisnya dulu. Diiringan suara latar bertikam lidah umi dan abahnya...


" Ting..tong....ting..tong..." Loceng rumah berbunyi ditekan seseorang.


" Dia dah sampai!" Mata Puan Sri Suraya bersinar ceria. Bingkas bangun menuju ke pagar.


Tan Sri Ghazi mencebik. Mengintai-gintai dari pintu rumah sahaja. Dari jauh itu hanya ternampak seorang gadis manis berbaju kurung sedang menyalami Puan Sri Suraya. Wajah tetamu itu masih tidak dapat dilihat, terlindung dengan rambut separa bahu yang jatuh mengurai apabila gadis itu menunduk mencium tangan bekas isterinya. Tika gadis itu menyelak rambut ke belakang, Tan Sri Ghazi tergeleng-geleng tidak percaya.


" Boy...Boy..." Panggilnya.


" Ya...Abah..."


" Gibran Emir! Look at this. You will be surprised!"


Untuk mengetahui kisah ini selanjutnya, boleh dapatkan naskah cetak ini pada harga:

Semenanjung : RM19
Sabah/Sarawak : RM22
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online)



Pembelian secara online novel HATI BERTANYA...SIAPA KAMU? dan kesemua novel-novel keluaran Karya Seni dan Penulisan2u boleh dibuat di sini http://www.karyaseni.my
Pastikan kesemuanya menjadi milik anda!

24 ulasan :

  1. wahhh..x sabar nk tngok reaksi Gibran...

    BalasPadam
  2. Jeng jeng jeng.....suspennya,hihihi...nak lg plez....good job;-)

    BalasPadam
  3. ArissanurmaisarahJulai 27, 2012 10:18 PG

    aduhai berdebar menanti n3 seterusnyer.... ;)

    BalasPadam
  4. alahai bini dah mai naa hahahhaa

    BalasPadam
  5. hehehehe...skali tgk mmg wife tersyg..gibran mau bleh pengsan..

    BalasPadam
  6. hah kan terus mcm ni, xde la meleret. good luck

    BalasPadam
  7. author, plis smbng cpt...dh truja mlmpau dh ni...

    BalasPadam
  8. yeahhhhh!! berjumpa jugak akhirnyaaa.. mesti boy sukaaa :)
    apa plak pn sri nak wat bila tau dayang tu menantu yg tinggalkan anak dia :P
    ~mizz acu~

    BalasPadam
  9. yeeyee!mesti album gambr i2 jadik benda ptg kihhkih:D

    BalasPadam
  10. nk lg..nk lg...plzzzz...

    BalasPadam
  11. bestnyerrrrrrr... nak lagi... nak tau the next story....

    BalasPadam
  12. alaaa..pendeknyeeee n3..hehe..nk lg..nak tau ape jd plishhh ^^

    BalasPadam
  13. mau pengsan kejap gibran tgk bini tetamu istemewa mama dier....
    x sabar nk tgu sambungan nie...seker nyer...

    BalasPadam
  14. erkk...mesti terkejut giler gibran..

    BalasPadam
  15. emak dan bapa gibran dah cerai sooooooo emak gibran tak boleh guna title Puan Sri kerana anugerah yang bawa gelaran Tan Sri hanya diberikan kepada bapa gibran. maklumat ajeeeeeee.

    BalasPadam
  16. tq atas info anon...

    dah mentioned psl ni dlm bab 13 klau xslp:)

    BalasPadam
  17. Uwaaaaaaaa ngape berhenti?? Dah best sgt dh ni. Pls sambunggggggg

    BalasPadam
  18. nak lagiiii..... citer ni best sangat, cepatlah sambung... =D

    BalasPadam
  19. best citer nye..(y)..kesambungan citer nye x da ke?

    BalasPadam
  20. Best citer nye..(y)..kesmbungn citer x da ka?

    BalasPadam
  21. Best citer nye..(y)..ksmbungn cter nye x da ka??

    BalasPadam
  22. Nak lg please???:(

    BalasPadam
  23. Bengong dayang

    BalasPadam