U n Uols

Friday, April 01, 2011

KAU DAN AKU BAB 12 (bahagian 2)

Luth Qadri memandang jam d sisi meja. Pukul 1 lebih. Agak-agak semua orang mesti dah tidur ni. Dia berjalan perlahan-lahan sambil mata memerhati ke sgenap ruang rumah. Tidak ada sesiapa. Bagus! Berjalan ke pintu utama lalu membukanya berhati-hati agar tiada bunyi yang terhasil. Misi peringkat pertama sudah berjaya. Seterusnya peringkat kedua.


Untuk misi peringkat pertama itu Luth Qadri mendapat bantuan daripada Raykal. Nasib baik anak itu tidak banyak soal, hanya mengikut sahaja apa yang disuruh....


"Raykal...Raykal..." Panggil Luth Qadri berhampiran tangga ke tingkat atas.
Raykal berpaling. " Ada apa papa Qad?"
Mata anak kecil itu dipandangnya. " Erm...boleh tolong papa Qad tak?"


" Boleh, Raykal suka tolong orang..." Balas Raykal teruja. Bersinar-sinar matanya.


" Tapi Raykal tak boleh kasi tau sape-sape pasal Raykal tolong papa Qad ni...boleh?"
Raykal berfikir sejenak. Keliru barangkali. " Promise ni tak boleh bagitau orang ke? Rahsia?" Luth Qadri mengangguk.


" Okey...." Katanya sepatah.


"Raykal naik atas.....masuk bilik Cik Min. Lepas tu ambik kunci kereta Cik Min bagi kat papa Qad. Sekarang...boleh? Jangan bagi Cik Min nampak."
Raykal angguk. Tanpa menunggu dia berlari mendaki anak tangga.


" Jangan lari....nanti jatuh..." Sempat Luth Qadri melaung.
Beberapa minit kemudian Raykal muncul. Tangannya memegang kunci. Luth Qadri sudah mengukir senyum.
Raykal menghulurkan kunci kereta Min. "Cik Min nampak?"


"Tak...Raykal panggil Cik Min....Cik Min...tapi Cik Min tak jawab...dengar bunyi air dalam toilet, Cik Min dalam toilet kot..."


Luth Qadri mengosok kepala Raykal. "Pandai anak buah papa Qad ni....Raykal tunggu sini kejap. Lepas ni tolong simpan balik kunci kereta ni kat bilik Cik Min. Jangan bagi Cik Min nampak jugak." Raykal mengangguk. Kembang kempis dipuji Luth Qadri.Dia cuma memerhati Luth Qadri yang keluar ke perkaramgan rumah.
Tidak berapa lama kemudian Luth Qadri kembali semula.


" Pergi simpan balik kunci ni. Ingat jangan bagi Cik Min nampak tau.....nanti papa Qad belanja ais krim!"


" Raykal tak nak ais krim..."


" Habis tu nak apa?"


" Raykal nak makan burgeer....yang besar punya...."
Pandai nak pau aku Raykal ni....ikut Sufian ni....tapi tak kisah...


" Okey!"


Raykal angkat ibu jari tunjuk tanda best. Kemudian dia naik ke tingkat atas untuk menyimpan kunci kereta Min.


Luth Qadri menghampiri kereta Min yang tidak berkunci. Itulah tujuannya mengambil kunci kereta Min. Membuka kereta yang berkunci supaya dia dapat menjalankan misi ini. Pintu bahagian pemandu dibukanya. Punat untuk membuka bahagian enjin ditarik. Selepas itu dia keluar dari kereta. Penutup enjin dibuka. Memandang sekeliling rumah sebelum mencabut satu wayar. Dimasukkan ke daam poket seluarnya. Tanpa wayar tesebut tidak memungkinkan kereta ini bergerak kerana, enjin kereta tidak dapat dihidupkan. Selesai melaksanakan tugas itu, dia ke bahagian tayar pula. Penutup angin tayar dipulas-pulas sehingga tercabut. Angin yang elok mendiami tayar itu dilepaskan sehingga tayar itu kempit tidak bermaya. Dia tersenyum puas. Malam ini tentu tidurnya lena....


*********************************************************************************


Selesai bersarapan Min ke keretanya seperti biasa. Beg bimbit dan tas tangan diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu. Enjin dihidupkan.....tidak berjaya. Dicuba sekali lagi....masih tidak berjaya. Macam mana ni....kawasan ni susah dapat teksi. Uncle Ismail baru sahaja bergerak dengan Raykal. Baru sehari tak bergerak sudah rosak ke? Penutup enjin dibuka. Membelek sana-sini. Langsung dia tidak tahu apa yang tidak kena. Selalu kalau kereta tidak dapat diidupkan orang tengok enjin, itu juga yang dilakukannya. Sedangkan dia langsung tidak tahu pasal enjin. Min mengaru kepala yang tidak gatal. Bergerak ke bahagian kiri kereta. Menyandarkan badannya di situ. Berfikir apa yang patut dilakukan....matanya terpandang tayar kereta yang kempis. Ya Allah! tayar pun pancit. Kena sabotaj ke apa ni?


" La tak gerak lagi...ingat dah pergi...." Kata Luth Qadri yang baru muncul. Dia memerhati Min yang sedang bersandar di kereta sambil memeluk tubuh.
Min tidak menjawab sebaliknya menghadiahkan dia dengan jelingan tajam.


" Kenapa buka enjin ni....kereta rosak ek?" Luth Qadri pura-pura bertanya.


" Saja...." Kali ini Min membalas sinis.


"Oooo...saja...takpe biar I tengok....".


" Eh....tayar pun pancit ni....kalau macam ni kena telefon mekanik...nanti I uruskan." Kata Luth Qadri lagi. Min tidak membantah sesak otaknya apabila kereta meragam pagi-pagi macam ni.


" Jom! Naik kereta I...." Pelawa Luth Qadri. Pintu kereta Min sudah dibuka untuk mengambil beg gadis itu.


" I....I naik teksi..."Bantah Min. Beg bimbit dan tas di tangan Luth Qadri cuba diambil.


" Jangan nak mengada....kat sini susah dapat teksi. Lagipun I tak suka staf lambat masuk Office."


Min mendengus. Mengarah sahaja kerjanya. Mentang-mentang dia bos. Dia masih tidak berganjak dari tempatnya berdiri tanda protes. Tidak suka diarahkan sesuka hati.


" Min kenapa kereta tu?" Soal Tengku Haninah yang terjengah-jengah di pintu utama.


" Erk....auntie...." Kata Min.


" Kereta Min rosak, mama. Qad suruh tumpang Qad dia taknak. Nak naik teksi jugak. Kawasan ni bukan senang nak dapat teksi...." Adu Luth Qadri. Berharap mamanya masuk campur. Tentu Min tidak dapat mengelak.


" Kenapa nak susahkan diri.....Min naik sekali dengan Qad ya? Kereta biar Qad uruskan pergi bengkel. Pergi dengan Qad aje ya...." Kata Tengku Haninah, dia sudah menghampiri Min.


Tengku Haninah menarik tangan Min ke kereta Luth Qadri. Sempat dia memandang anak terunannya sekilas. Amboi muka berseri-seri. Luth Qadri membukakan pntu sebelah pemandu.


" Naik ya...." Kata Tengku Haninah.
Min angguk akhirnya. Sudah tidak dapat menolak. Depan Luth Qadri bolehlah dia berdegil, tapi dengan Tengku Haninah dia tidak sanggup.


Dalam perjalanan ke tempat kerja Min memerhati Luth Qadri menelefon seseorang. Agak lama juga mereka di talian. Butir percakapan mengenai keretanya. Mekanik barangkali. Telah Min.


" I dah call bengkel.....dalam tengahari diaorang datang ambik kereta. Kunci ada dalam kereta kan?" Min angguk.


" Diaorang cakap mungkin boleh siap dalam masa seminggu atau lebih. Masalah enjin lama sikit nak repair......" Luth Qadri memandai sendiri.


" Seminggu? Lamanya...." Habis tu nak pergi kerja dengan apa? Sumpah dia dah tak nak tumpang lelaki ni.


" You tak payah risau....pergi dan balik kerja dengan I. I tak kisah..." Kata Luth Qadri seperti tahu apa yang ada dalam fikiran Min. Berjaya juga rancangannya. Dia bersorak dalam hati.
Min diam tidak membalas. Membuang pandang ke luar. Ligat otaknya berfikir mencari jalan supaya tidak perlu berkereta dengan Luth Qadri. Lah.....kereta kak Tina kan ada...karang aku telefon dia mintak kebenaran pakai kereta tu.....


Luth Qadri di sebelah dikerlingnya sekilas....jangan haraplah dia nak naik kereta ni lagi. Teruskan berangan Mr.Boss....


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

4 comments :

  1. hahaahah
    plan x leh blah..
    apa lg ddlm kpla qad agaknnyer

    ReplyDelete
  2. qad byk rancangn....heheh

    ReplyDelete
  3. kelakar gak Qad.......

    ReplyDelete
  4. perghh..bijak 2,2 org ni..sorang nk dekat,sorang nk lari..hehehe

    ReplyDelete