U n Uols

Sunday, July 10, 2011

INI KISAH KITA BAB 12

Bantal kecil di sofa disusun cantik. Mencekak pinggang sambil mata memandang ke segenap sudut ruang tamu apartment. Menyimpul senyum apabila setiap sudut sudah tersusun kemas. Berpuas hati dengan sentuhan sendiri. Badan yang penat dijatuhkan ke sofa. Melepaskan lelah. Setelah bertungkus lumus selama 2 hari, gaya dan konsep yang diinginkan berjaya dijelmakan. Hasilnya sungguh memukau mata! Confirm…kalau orang tengok terus nak tinggal di sini sampai tak teringin dah nak balik rumah sendiri! Masuk bakul upah orang tolong angkat. Sara Cempaka senyum dalam hati.


“ Sara sayang…..are you okay? Need any help? Soal Aryan yang muncul dari dapur. Tubuh tersarung apron dengan tangan kanan memegang sudip. Memasak secara solo di dapur menyediakan chicken chop. Order daripada Mak su Mimie. Pengeras kerana membantu mereka. Apa yang sudah terjadi dengan bahagian itu belum dapat dipastikan. Dia akan memeriksanya sebentar lagi. Apa yang pasti hilang sudah gaya macho Aryan. Terserlah pula gaya si suami yang didera sang isteri! Tepung bertempek di pipi dan lengan. Sambil memasak, sambil berbedak gamaknya.


Okey! Dia yang sepatutnya mengajukan soalan tersebut kepada Aryan. Bukan sebaliknya. Janganlah hubby tersayang kotorkan lantai dapur yang sudah dimop berkilat kilau malam tadi. Senang cerita, boleh bercermin dekat lantai tu! Nak pijak lebih-lebih pun sayang…..


“Abang……are you okay? Need my help?” Mengajukan soalan yang sama dengan penuh kemusykilan.


Raqib Aryan menyengeh. “ Everything under my control!” Yakin Aryan.


Are you sure?” Kurang yakin.


“ Walaupun dah lama tak masuk dapur skill tak berkarat…….semua dah siap. Tunggu nak hidang je. Tengoklah dengan siapa I berguru….Pn. Serena, mummy tersayang!” Jawab Aryan dengan bangga.


“ Yelah…..my hubby pandai masak….”


Aryan sudah menarik senyum sampai ke telinga. Dapat pujian daripada isteri sendiri kembang sahaja hati. Rasa nak senyum sepanjang hari!


“ Sara nak makan sekarang ke?”


“ Sekarang laa…..tapi Sara dah tak larat nak jalan……” Sara Cempaka bersuara manja. Saja nak mengada.


“ Okey….abang suap!” Sukarela Aryan menawarkan diri. Dia sudah melabuh duduk di sebelah Sara.


“ Tak nak……”


“ Habis tu?”


“ Abangg…….bestnya kalau ada orang tolong picitkan bahu Sara……kiri kanan dan sengal-sengal.” Itu dia motif sebenar. Nak minta urut. Dia minta dibelikan kerusi urut Aryan tak mahu. Kata Aryan apartment mereka luasnya sekangkang kera aje. Kalau letak kerusi itu, nak jalan pun susah. Asyik langgar perabot. Alasan betul. Bukan dia tak tahu sebabnya, nak dia jugak yang jadi tukang picit. Sara tolong urut kaki abang, lenguhlah. Sara sayang……tolong urut bahu, bahu abang sengal-sengal. Begitulah selalu dan dengan baik hatinya, dia hanya menurut. Habis-habis kalau dah geram sangat dia picit kuat-kuat aje!


“ Dengan tangan yang kotor macam ni boleh?”


“ Euw…..tak nak……tak nak…..kotor….” Sara Cempaka sudah menjauhkan diri.


“ Cepat…cepat tawaran terhad!”


Thanks, but no thanks. Abang…you main taruk-taruk bedak dekat muka ya……” Menyimpan tawa.


“ Main apa? Tak adalah…..” Tangan sudah menyentuh muka sendiri. Sara kembali mendekat dengan tawa yang sudah tercetus.


“ Tepung penuh satu muka……..” Jemarinya menyapu-yapu wajah Aryan. Apalah anggapan Mak long kalau terlihat Aryan dalam keadaan begini. Anakku didera isteri rahsianya?!


“ Iye ke? Patutlah hari ni abang rasa kurang kacak. Sara pun tak cair-cair ni……” Memejamkan mata membiarkan Sara membersihkan wajahnya.


“ Bukan hari ni je……..hari-hari pun tak kacak……” Bersahaja Sara menuturkan.


What?!” Jemari menyepit pipi si isteri. Sara menyeringai. Perit sungguh pipinya. Pembetulan….Sara Cempaka didera suami rahsianya!


Mereka saling berbalas usikan. Usik mengusik sambil bergelak ketawa. Ceria sahaja suasana tengahari itu. Bebas daripada penglihatan sesiapa. Senda gurau terhenti apabila telefon Aryan di meja sisi berlagu-lagu dan mengegar. Serentak kedua-duanya menghala pandang ke arah yang sama. Aryan memanjangkan tangan mencapai telefonnya.


“ Hello…..”


“Dah siapkan my order ke? Time makan tengahari ni…..perut Maksu dah buat show……”


Aryan ketawa. “ Tengoklah siapa yang jadi chef….of course semuanya dah siap tersedia. Datanglah….kami tunggu. Ke Mak su tak bangkit lagi?” Berbalas pandang dengan Sara yang menumpu pandang kepadanya.


“ Tolong sikit…….korang agaknya yang tak bangkit lagi…ke tengah buat apa…..siang lagi ni. Mak su called Sara banyak kali tapi tak berangkat……Nak lebih-lebih tungu malam karang……”


Gelak besar Aryan dengan kata-kata Mak su. “ Sibuk memasaklah Mak su…..tak sempat nak buat apa-apa…” Mengosok lengan yang terkena ketam batu Sara Cempaka.


“ Bagus! Tak sanggup Mak su nak berlapar tunggu korang berasmaradana. Sekarang Maksu nak bersantap…….bukak pintu. Mak su dah ada depan rumah ni…..”


“ Bab makan……tak menyempat…..”


Terdengar suara Mak su Mimie yang tergelak-gelak. “ Of course…..tak sabar nak merasa masakan anak buah yang terhandsome, terkacak, termacho……..dah bukak pintu!” Puji-pujian mesti lebih. Selagi boleh kipas kan? Tak cukup kipas dia rela letak aircond! Mana tahu next time boleh order lagi. Alah Aryan…..anak buahnya itu bukan berkira sangat dengannya. Setakat tolong masakan chicken chop bila-bila masa dia mintak Aryan sanggup buatkan.


“ Yelah…yelah…”Talian dimatikan. Seraya itu loceng pintu bergema. Sara bangkit dari sofa. Sudah dapat mengagak gerangan yang berkunjung. Tetamu paling istimewa. Orang yang baru bercakap dengan suaminya…..Mak su Mimie…


***************************************************************************


Berlari-larian ke sana sini. Kelam kabut di pagi hari. Ada sahaja yang tidak kena. Aryan masih tenang menyiapkan diri sendiri. Dia pekerja, Aryan majikan. Mana boleh dia sesuka hati lewat ke pejabat seperti Aryan. Kunci kereta di atas meja solek dicapai. Bergegas dia ke luar dari kamar beradu mereka.


“Sara sayang……..” Baru selangkah melepasi pintu bilik Aryan memanggil. Apalah yang cik abang ni nak dalam keadaan dia yang sedang mengejar masa.


“ Ada apa abang? I dah lewat ni….”


“ Tertinggal jam……” Aryan menyerahkan jam tangannya.


“ Alahai…….lupa dah….” Jam dipakaikan ke pergelangan tangan. Mengorak selangkah.


“ Sara sayang….” Namanya dipanggil lagi. Menelek diri sendiri. Segala-galanya sudah lengkap. Rasanya tiada apa lagi yang tertinggal.


Berpaling menghadap Aryan. Keningnya dijungkitkan bertanya tanpa kata. Aryan memandang sekilas. Meneruskan kembali kerja membutangkan kemejanya.


“ Terlupa perkara paling penting…..” Kata Aryan.


Sara berkerut kening. Dalam keadaan sekarang otaknya agak terbantas. Lembap semacam. Fokus utamanya pagi itu adalah untuk tiba di pejabat sebelum kedatangan En. Wan. Ketua bahagiannya. Takut betul dia melihat Nadia yang dihamun En. Wan kerana terlewat sepuluh minit minggu lepas. Terus kecut perut!


“ Jangan laa main-main, abang. Sara dah lewat sangat ni….”


“ Sara kelam kabut sangat. Don’t worry…..Abang takkan buang Sara kerja sebab datang lewat…” Sempat lagi Aryan bergurau.


“ Abangg….!” Sara sudah bersuara geram. Main-main lagi. Bergurau tidak kena masa!


Memerhati Aryan yang melangkah ke arahnya. Suaminya itu masih belum mengenakan tali leher yang disediakan tadi. Aryan menghulurkan tangannya. Sara hanya memandang dengan mata yang terkebil-kebil. Betullah otak kurang cerdas pagi ini. Tidak dapat berfikir secara normal seperti kebiasaan.


Semuanya gara-gara Aryan. Tidur lenanya terganggu! Pada jam dua pagi Aryan mengejutkannya melalui panggilan telefon meminta dibukakan pintu rumah. Kunci miliknya lupa dibawa bersama. Aryan pulang secara sembunyi-sembunyi ke apartment mereka ketika semua orang telah lena. Licik betul!


Apabila ditanya mengapa pulang ke mari pada jam dua pagi, Aryan mengatakan dia bimbangkan keselamatannya. Hati dan perasaan gundah-gulana. Dalam keadaannya yang tengah mamai dan mata separuh terkatup, boleh pula Aryan bermanis mulut pakai gula Melaka. Katanya, mata tidak dapat lelap kerana tidak dapat menatap wajah isteri tercinta sebelum tidur. Pandai sahaja Aryan mengoda isteri sendiri…..


Tiba-tiba, dia terasa seperti isteri yang bermadu. Berkongsi suami. Manakan tidak…..malam ini giliran di rumahnya, malam esok giliran di rumah sana. Aryan pula tidak ubah seperti suami yang menyembunyikan adanya isteri muda daripada pengetahuan isteri tua! Sara mengelengkan kepala. Mengusir anasir yang tidak sepatutnya bertandang ke benak. Buatnya Aryan betul-betul madukan dia…..siapa yang merana? Dia jugak! Aryan merasa madu, dia merasa hempedu! Tak mahu……tak nak…..tak rela hidup berkongsi kasih….


“ Sara sayang……you lupa nak salam tangan hubby tersayang ni….” Aryan menghulurkan tangan. Sara Cempaka segera menyambut diiringi kata maaf. Langsung dia terlupa. Kebiasaan yang sudah lama tidak dipraktikkan.


Angkat sahaja kepala sesudah menyalami tangan Aryan. Bibir suaminya mendarat lembut ke dahinya.


“ Tak boleh gerak lambat sikit ke sayang?” Tangannya masih belum dilepaskan. Sibuk jemari Aryan membelai jemarinya.


“ Tak boleh……Sara dah lambat sangat. Tak pasal-pasal kena sound dengan En.Wan…..”


“ Berani En. Wan sound? Kita saing nak? Confirm En. Wan tak boleh buat apa-apa...”


“ Cik abang sayang……….I ni pekerja…bukan boss yang boleh masuk kerja ikut suka, okey? Lepas laa…..Sara nak gerak dah…..please……..” Aryan menarik senyum di hujung bibir. Dalam merayu Sara Cempaka memerlinya.


Seingatnya ini adalah kali pertama dia lewat masuk ke pejabat. Jika boleh dikatakan lewat kerana, sekarang ini waktu pejabat masih belum bermula. Ada kemungkinan dia akan tiba tepat pada waktunya dan ada kemungkinan dia akan sedikit lewat. Bergantung kepada keadaan.


“ Kita cuti nak hari ni……berbulan madu kat rumah?” Senyuman nakal terselit di bibir Aryan. Mencuba nasib.


Mr. Hubby……tak boleh…..nanti saya kena marah dengan bos saya….”


“ Eh, takpe saya tak marah. Okey je. Lagi saya suka…..”


“ Ini bos besar…….saya tak takut dengan bos besar. Saya lagi takut dengan bos kecik…..” Jawapan Sara mencetuskan gelak Aryan.


“ Kenapa awak tak takut dengan bos besar? Bukan semua orang takut dengan bos besar ke?”


Kali ini Sara Cempaka pula yang menjual senyum. “ Sebab kalau bos besar marah, saya kenyit mata je terus dia lembut hati…..”


“ Oh!” Aryan sudah berpura-pura terkejut. Siap melopongkan mulut. Kemudian kembali menyambung kata.


“ Jangan berani main mata dengan boss kecik. Bos besar tak suka……”


“ Huh! Kalau macam tu, baik Mr. Hubby lepaskan tangan saya…..kalau saya terlambat tiba di office mungkin saya terpaksa kenyit-kenyit mata dengn bos kecik pulak! I’m pretty sure bos besar tak sukakannya……..”


“ Ya….ya…..I’m so….sosure bos besar awak tak suka! And very sure biji mata bos kecik awak akan lebam jika berani-berani main mata dengan isteri saya…..”


“ Jadi lebih baik lepaskan saya dengan rela hati supaya saya tak perlu main mata dengan bos kecik…” Berat hati, jemari Sara dilepaskan juga. Pandai Sara Cempaka bermain psikologi dengannya. Walaupun sedar Sara sekadar berkata tanpa niat rasa bimbang tetap bertunas. Isteri cantik macam ni, semua orang tunggu peluang je!


Sebelum berlalu Sara teringatkan sesuatu. “ Abang….erm….Mak Long tak pelik ke abang tak ada kat rumah pagi-pagi ni?”


“ Nanti abang bagitau mummy abang keluar awal. Ada something urgent….”


Hopelah Mak Long percaya…….Sara gerak dulu. Better you move abang……walaupun Armada tidak segah mana….reputasi syarikat tetap kena jaga……” Peringat Sara. Berlalu dari muka pintu kamar mereka.


Alright sayang…….I’ll move after you. Hmm….sekarang siapa yang bos?” Sedikit melaung kepada isterinya yang sudah berada berhampiran pintu utama.


Sara sekadar melempar senyuman paling manis. Tangan sibuk mencapai sepatunya di dalam almari kasut. Soalan itu dibiarkan sahaja. Tidak boleh berlama lagi. Dia perlu segera bergerak ke pejabat. Silap haribulan betul-betul giliran dia yang akan disembur En. Wan. Nadia dan kak Irah pula yang menjadi penonton! Nak bagi alasan apa? Suami saya berat hati nak lepaskan saya keluar bekerja hari ini. Agak-agak boleh lepas tak? Rasanya peluang untuk terkena amarah kuasa dua lebih cerah!

7 comments :

  1. alahai..comelnye la couple ni..nmpknye hari2 la aryan ade hal 'urgent' pas ni..hehe

    ReplyDelete
  2. sgt sweet n comel...hope leh update next n3 cpt ea....hehehe

    ReplyDelete
  3. mmg best...
    x de arr asyik2 kawin kontrak dr x suka last2 suka lak...byk nvl yg camtu
    tp penulisan awk mmg lain...
    teruskan ...saya akan war2kan kat kenkwn yg lain..
    chaiyok ! chaiyok ! chaiyok !

    ReplyDelete
  4. memang sweet sgt cite nie...
    kalau cite nie bt drama bersiri msti dpt rating tinggi mcm drama bersiri adaptasi dri novel yg len..

    ReplyDelete