U n Uols

Saturday, June 18, 2011

INI KISAH KITA BAB 1

Semua penumpang sudah memakai tali pinggang keselamatan masing-masing. Mereka akan berlepas ke Malaysia sebentar lagi. Memaut lengan lelaki di sebelah. Menghilangkan rasa takut yang menjengah diri. Kelemahan diri yang ini, entah bila akan hilang. Rasa takut dalam diri akan beransur hilang apabila kapal terbang sudah stabil di udara.


“ It’ s okey. Bismillah ya?” Jemari yang memengang lengan ditepuk lembut. Sedikit menunduk mencari-cari wajah perempuan itu. Dapat dilihat dengan jelas riak wajah yang gelisah dan sedikit pucat, seperti kekurangan oksigen sahaja lagaknya. Kesian sungguh. Fobia yang tak pernah hilang walau berkali-kali menaiki kapal terbang. Dan ini entah untuk kali yang ke berapa…..


Penerbangan mereka selamat berlepas. Menarik nafas kelegaan. Memandang lelaki di sebelah yang asyik merenungnya. “ What?” Soalnya.
“ Okey dah?” Soal lelaki itu kembali. Wajah yang tadinya pucat sudah kembali berdarah.


“ Yup! Dah boleh senyum ni……” Mengukir senyuman cantik buat lelaki di sebelah.
Riak kurang ceria jelas menghiasi seraut wajah lelaki itu. Dia tahu apa yang bermain di fikiran itu, kerana mindanya turut memikirkan perihal yang sama. Bak kata orang, tiada pasal cari pasal. Penghabisannya diri sendiri yang terpaksa menanggung akibat.


Jejak sahaja bumi Malaysia nanti. Kehidupan mereka tidak akan sama seperti di Kota London lagi. Tidak boleh tinggal serumah seperti sebelum ini. Tidak boleh mengemas rumah dan masak bersama-sama. Oh, tuhan! Bagaimanalah mereka dapat mengharungi kehidupan yang seperti itu nanti. Melalui hari masing-masing tanpa satu sama lain. Walaupun diri telah disiapkan untuk berhadapan dengan keadaan itu, tapi hati seakan-akan tidak mahu menerimanya.


“ Bimbang ke?” Ajunya kepada lelaki di sebelah.
Tersenyum tawar. “ Bimbang?” Kepala digelengkan. “ Lepas ni kena tinggal rumah asing-asing dah……walaupun sebelah-sebelah, tetap rumah berlainan…..I will miss you….” Jemari si perempuan diraih ke dalam genggaman.


“ Bukannya jauh, sebelah je. Hari-hari boleh datang….” Cuba menceriakan suasana.
“ Datang makan boleh?”
“ Of course boleh…..mak mesti suka…”
“ So, hari untuk kita dating macam mana?” Soal si lelaki. Perkara penting ni.
“ Laa…..kalau pergi makan kat rumah tu kira sekali dengan datinglah….” Tersenyum mengusik. Tahu jawapannya menimbulkan rasa tidak puas hati lelaki itu.


“ What!? Huh…..you tak sayang I kan….kan…” Lelaki di sebelah sudah nada merajuk.
Dia sudah tergelak. Orang bergurau saja nak sensitf-sensitif. “ Datingnya hari minggulah…..tak kerja. Boleh pergi jauh sikit. Tak ada orang nampak…..”


Kembali tersenyum. Lega dengan jawapan yang didengar. “ Dua hari je cuti setiap minggu……tak boleh pergi jauh mana…..tak apa…..nanti kita fikir cara lain….”
“ Fikirlah sorang….I tak kisah. Kita kan ada mak nanti……” Kata si perempuan.
Buntang matanya mendengar kata balas itu. “ Sayanggg…...!”
“ Ya….ya….nanti kita fikirkan……” Tak boleh dibuat main. Orang di sebelah ni tengah jiwa kacau!

10 comments :

  1. salam..
    permulaan yg menarik.... apa hubungan diorg ek? teman serumah semasa belajar or dh kawin tanpa pengetahuan parents???? nk lg....

    ReplyDelete
  2. emmm starting memang best hehe cepatlah sambung hehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. knapa buang bab yang lain nak bca lah huhuh key in lh smula episode yg lain plizzz

      Delete
  4. good start..membuatkn sy tertnye2..apakah hbgn mereka?teman tapi mesra??tp xkn smpai dok serumah??isk..husband n wifey??tp npe perlu keep secret??hurmmmm~

    next ^^

    ReplyDelete
  5. ade cm gaya hlovate sket2..tp nice..ayat pon senang faham :D

    ReplyDelete
  6. awk edit semula kisah nie kea
    ok..ok...saya suka

    ReplyDelete
  7. LAILAWITRAADRIANAOctober 03, 2014 1:40 AM

    HTAG BEST GILER!!!!!!

    ReplyDelete