U n Uols

Wednesday, July 13, 2011

INI KISAH KITA BAB 13

Sara Cempaka melepaskan nafas lega. Dia hanya tiba seminit lebih awal daripada En. Wan. Tidak sia-sia dia berjalan tidak cukup lantai tadi. Setibanya di meja kerja, Nadia dan Kak Irah sudah tercongak di meja masing-masing. Nadia sekarang lebih awal daripada biasa. Selalunya antara mereka bertiga, Nadia yang paling lewat tiba. Rasanya sekarang ini Kak Ira juga sudah kalah dengan Nadia. Semunya gara-gara penenangan En. Wan. Badan sahaja kecil tapi suaranya besar. Boleh mengegarkan seluruh isi pejabat!


Beg tangan yang bergantungan di lengan diletak tepi. Memeriksa dokumen yang belum sempat dilihat Jumaat lalu. Dahi yang tadinya rata mula berkerut-kerut. Teringat pesan emak, jangan selalu berkerut kening. Dahi akan cepat berkedut. Tangan meraba-raba dahi sendiri. Meratakan semula garisan yang mungkin timbul. Mengangkat muka, terpandang Nadia di meja kerjanya. Gadis itu memuncungkan mulut menunjuk ke sisi meja.


" Apa? Pagi ni aku blur.......kau cakap terus terang jela......" Kata Sara. Tidak lagu ber Sara dan Ber Nadia. Menandakan hubungan mereka yang semakin rapat.


Nadia bangkit dari meja sendiri. Sesaat sahaja dia sudah berada di sisi Sara Cempaka. Gadis itu mengeleng-gelengkan kepala.


" Nihah! Ada parcel........tak tau siapa yang bagi. Aku datang-datang je dah ada kat situ....kau dah tau ke?" Nadia mengunjukkan bungkusan di atas in-tray Sara Cempaka. Dia perasankan adanya bungkusan itu ketika meletakkan dokumen ke dalam in-tray tersebut.


" Hah? kau ke yang bagi?" Sara membelek-belek bungkusan berwarna biru dengan corak bunga kecil yang berwarna putih dan berterabur.


" Bukanlah......aku datang tadi memang dah ada dekat situ. Kalau aku yang bagi, takdenya nak bungkus cantik-cantik.....bagi terus je." Nadia menyengeh.


" Siapa pulak yang baik hati sangat ni......."


"Peminat kot yang kasi.......sebab tu tak tulis nama...." Nadia sudah membuat telahan.


" Peminat? Aku mana ada peminat. Ingat artis ke? Ada peminat segala........" Bungkusan biru sudah diletakkan ke meja. Tidak berminat untuk tindakan seterusnya.


" Tak nak bukak ke?"


" Mesti bukak ya?" Soal Sara kembali. Malas rasanya menerima hadiah daripada orang yang tidak dikenali.


" Bukak jela Sara.....akak nak tengok jugak apa isinya." Celah kak Irah dari tempatnya. Memandang mereka berdua.


Pembalut biru dikoyakkan. Langsung tidak teruja. Sesekali mata dihalakan ke pintu masuk. Bimbang En. Raqib menampakkan batang hidung. Bakal tercetus peranglah jawabnya. Isi bungkusan yang berbalut mula kelihatan. Coklat?


" Wah! Coklat. Siapa yang bagi coklat pagi-pagi ni?" Suara kak Irah.


" Kau nak?" Aju Sara.


" Gila. Kau tak nak ke?" Aju Nadia kembali.


" Kau ambiklah.....boyfriend aku tak kasi ambik hadiah daripada orang........nah untuk kau....." Hulur Sara.


" Orang bagi.......aku tak tolak rezeki. Oh, kau dah ada boyfriend.........pandai ya sorokkan daripada kita orang......" Nadia menyengeh. Mengibas-gibas coklat di tangan.


Sara melemparkan senyum, serba salah. Terlepas cakap pula. "Nah......untuk kak Irah....." Bangkit dari kerusinya menghulurkan sebar lagi coklat kepada kak Irah di meja kerjanya. Meja kerja mereka hanya dipisahkan oleh seksyen kerja yang berketinggian separa dada.

" Sara, akak teringin nak kenal boyfriend Sara........mesti handsome kan.....tengok Sara akak dah tau....mesti pilih boyfriend yang handsome jugak..."


" Boyfriend Sara tak handsome pun kak....kulit dia hitam legam......macam kopi" Kalaulah Aryan terdengar. Mesti suaminya itu menayang wajah tidak puas hati! Aryan berkulit cerah, bukannya hitam legam seperti yang dikata. Di samakan pula dengan kopi. Nasib Aryanlah!


" Kau ni biar betul? Mengata. Karang betul-betul dapat yang serupa itu baru tau!." Kata Nadia. Kembali ke meja kerjanya. Bimbang untuk berlama-lama di meja kerja Sara Cempaka. Terserempak dengan En. Wan, memang cari pasal betul.


" Hitam itu menawan......" Balas kak Irah. Mulut bercakap, kerja tetap berjalan. Tercetus tawa Sara dan Nadia.


" Kamu berdua dah tau ke?"


" Tau apa kak? " Soal Sara kembali menyambung kerjanya.


" Pn. Saripah nak datang melawat hari ni..........Anisa yang bagitau. Akak terserempak dengan dia depan lif tadi."


" Ye ke kak? Pukul berapa madam Pah datang? Tiba-tiba aura seram datang........." Luah Nadia. Dengar nama Pn. Saripah sahaja buat dia takut semacam. Bukannya Pn. Saripah itu makan orang. Cuma pandangan wanita itu membuatkannya tidak senang duduk. Mengelabah sahaja.


Tidak ada pula Aryan memaklumkan kedatangan nenek kepadanya. Atau dia yang terlupa? Mungkin juga Aryan sendiri tidak tahu menahu dengan kedatangan nenek nanti. Nenek mahu melakukan lawatan mengejut barangkali. Melawat syarikat dalam keadaan semua pekerja belum bersedia, ada yang tidak kena terus menegur! Itu antara cerita yang didengar dari mulut Nadia. Patutlah kakitangan Armada takut sangat dengan nenek. Dia boleh membayangkan nenek Saripah yang bising mengomel itu dan ini.


" Anisa kata ini maklumat sulit. Jangan sampai orang lain tahu sudah. En. Arsyad yang maklumkan dekat dia. Pn. Saripah nak datang sebelum makan tengahari. Sesiapa yang keluar awal tu..........memang nak cari nahas. Moralnya......hari ni, keluar lunch ikut time. Jangan pandai-pandai awalkan....."


Sara Cempaka dan Nadia mengangguk. Bersetuju dengan kak Irah. Kalau nenek tidak datang sekali pun, mereka bertiga tetap keluar ikut waktu apa. Bertuah Armada mendapat kakitangan yang baik-baik seperi kak Irah dan Nadia.


Telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Mengagau tangan mencari telefon bimbit di dalam beg tangannya. Inbox dibuka. Terpapar mesej daripada Mr. Hubby.

Sara sayang......
Abang dah sampai office....lewat sikit je....;)


Dia hanya membalas pendek. Sepatah perkataan. Tidak mahu memanjangkan cerita. Nanti meleret-leret mesej balasan daripada suaminya. Melayan Raqib Aryan, kerja-kerjanya pula yang akan tergendala.


Good....


Sesudah itu telefon disimpan kembali ke dalam beg tangan. Terlupa untuk bertanyakan tentang kedatangan nenek mereka.



****************************************************************************


Irfan dan Agil yang sedang mengorak langkah buru-buru kembali ke meja kerja masing-masing. Tidak ubah seperti pelajar sekolah yang ternampak guru disiplin! Sara Cempaka yang tekun di mejanya mengangkat muka apabila terdengar suara-suara orang bercakap-cakap sambil ketawa. Patut laa......madam Pah dah sampai.


Sebagaimana yang dikhabarkan oleh kak Irah. Kelibat nenek betul-betul muncul setengah jam sebelum waktu makan tengahari. Kelihatan Pak long Arsyad dan Aryan mengiringi neneknya. Semua kakitangan syarikat kelihatan amat tekun bekerja. Betul! Seperti cerita kak Irah dan Nadia. Tiada sesiapa yang berani angkat kepala! Namun, nenek langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk marah. Tersenyum lebar lagi ada. Selamat rakan-rakan sekerjanya.


Bukan hanya Aryan dan pak long yang bersama nenek. Juga seorang lelaki muda turut kelihatan bersama mereka. Gerangan lelaki itu tidak dikenali. Mereka belum pernah bersua muka. Lelaki itu dilihat amat mesra dengan nenek. Bercakap-cakap sambil tersenyum. Rasa pelik menyelubungi diri. Neneknya bukan jenis yang cepat mesra dengan orang yang baru dikenali. Tetapi dengan lelaki muda itu, nenek mesra sangat. Bagaikan saudara sendiri! Maknanya nenek sudah kenal rapat dengan lelaki muda tersebut.


Nenek dan lelaki muda itu memandang ke arahnya. Senyuman nenek makin melebar apabila lelaki muda itu seperti mengatakan sesuatu. Aryan di belakang nenek pula mempamerkan riak tegang. Memandang tajam lelaki muda yang sedang berbicara bersama nenek! Rasanya, dia juga sudah terjangkit aura seram Nadia apabila terpandang senyuman nenek. Kakitangan lain senang hati dengan mood ceria nenek. Diri sendiri pula yang gundah gulana!


Lebih kurang lima belas minit berlegar-legar di ruangan kerja mereka, nenek dan lelaki muda tersebut berserta Aryan dan pak long mula beredar. Sara mengurut pelipis. Resah! Gelisah! Kenapa? Dia sendiri tiada jawapan....


Interkom di meja berbunyi. Segera dijawab. Kedengaran suara Anisa di hujung talian. Gadis itu memaklumkan arahan daripada En. Arsyad supaya masuk ke biliknya. Tanpa berlengah Sara bangkit. Berharap sangat lelaki yang bersama nenek tadi sudah pergi!


" Kau nak pergi mana?" Soal Nadia apabila melihat dia yang berdiri tiba-tiba.


"En. Arsyad panggil......"


" Kenapa pulak?"


" Entah. Hal kerje kot......aku pergi dulu....." Nadia angguk. Menghantar pemergian Sara dengan pandangan mata.



Pintu bilik diketuk beberapa kali. Terdengar suara pak long yang menyuruhnya masuk. Berkerut dahi. Lelaki muda tadi masih bersama dengan nenek. Siapa lelaki ini sehingga mendapat layanan istimewa. Sara Cempaka jadi kurang senang. Sofa yang diduduki nenek bersama Aryan dan pak long serta lelaki itu dihampiri.


" Sorry......Sara lambat sikit..." Kata Sara. Melabuh duduk di sebelah Aryan. Pandangan lelaki muda itu terus tertancak kepadanya. Aryan usah cerita. Wajah itu sudah tidak boleh mengukir senyum. Dia pasti Aryan cuak dengan gelagat lelaki ini! Apa kes pandang macam tu? Buat dia meluat lagi ada......


" Tak apa. Asal Cempaka datang sudah. Nenek kenalkan.....ini Saifulah.....doktor peribadi nenek..... " Perkenal nenek. Masih menayang senyuman mekar sepeti tadi. Tanda hati yang berbunga ceria! Sejak bila pulak nenek berdoktor peribadi yang muda belia seperti ini? Selalunya nenek membuat pemeriksaan berkala di hospital swasta dan doktor peribadinya jiran mereka. Uncle Rahim. Ke Uncle Rahim sudah pencen? Tapi takkanlah wajah nenek seceria ini dapat berjumpa dengan doktor peribadi. Patutlah lelaki ini tidak kelihatan seperti lelaki keparat.....eh....eh....silap. Lelaki korporat. Sejak bila pula orang membawa doktor peribadi melawat satu pejabat? Terdapat belbagai keganjilan dengan tindakan nenek!


Saifulah bangkit dari sofa. Mahu berjabat tangan dengan Sara Cempaka. Kali pertama dia menatap wajah cucu kepada Pn. Saripah tadi, hatinya mengakui kecantikan yang dimiliki. Tidak menyangka cucu perempuan tunggal Pn. Saripah cantik jelita seperti ini. Selama ini dia hanya mendengar perihal Sara Cempaka melalui orang tua itu. Dia merasa sungguh bertuah dapat berkenalan dengan gadis ini.


" Saya Saifulah." Menghulurkan tangannya.


" Sara Cempaka." Jawab Sara tanpa menyambut huluran tangan itu. Tiada hati dia mahu berjabat tangan dengan lelaki ini. Saifulah berubah riak.


" Cempaka...." Amaran daripada nenek. Pak long dan Aryan cuma memerhati.


" Bukan mahram....." Balas Sara Cempaka beralasan. Aryan menarik nafas lega. Tidak suka isterinya bersentuhan dengan Saifulah, walau sekadar hujung jari! Harus di akui cemburunya meluap-luap dengan doktor muda ini. Dia masih belum pekak mendengar Saifullah memuji-muji Sara sebentar tadi.


" Saya faham......" Kata Saifulah. Kembali melabuh duduk. Namun Aryan perasan pandangan mata itu kerap benar singgah ke wajah Sara Cempaka. Buat dia panas hati. Mengenangkan nenek dan daddynya yang turut bersama mereka, disabarkan sahaja diri. Rasanya dia sudah dapat mengagak kenapa nenek memperkenalkan Saifulah kepada Sara. Dia sudah nampak udang di sebalik batu!


" Jadi boleh saya panggil awak....Cempa......"


" Sara, panggil saya Sara." Pintas Sara Cempaka.


Saifulah tergelak perlahan. Apa yang lucu? Dia sendiri tidak tahu. Nampaknya doktor muda ini perlu mengimbas otak sendiri. Sibuk merawat pesakit sehingga lupa memeriksa tahap kesihatan diri. Mungkin ada skru yang terlonggar!


" Okay, Sara. Saya dengar daripada nenek awak, yang awak tak nak pekerja di sini mengenali awak sebagai cucu Pn. Saripah. Kenapa ye?"


Mendengus geram dalam hati. Perlu ke nenek ceritakan perkara tersebut kepada orang luar seperti Saifulah ini? Bagaimana pula jika Saifulah ini mengenali mana-mana staf mereka dan membuka cerita ini? Sara menjadi sebal. Rasa tidak puas hati mula memenuhi dada. Terus hilang moodnya.


Sepanjang pertemuan itu hanya Saifulah yang lebih banyak bertanya. Dia cuma menjawab acuh tidak acuh. Sehingga beberapa kali ditegur nenek! Tidak berkenan dia dengan Saifulah yang suka memandangnya sepeti tidak pernah memandang perempuan! Dia berharap masa berlalu dengan cepat. Tidak sabar untuk menjauhkan diri daripada lelaki bernama Saifulah ini.


Sara Cempaka berfikir-fikir sendiri. Teringat dengan cerita mak su Mimie. Nenek pernah cuba meperkenalkannya dengan seorang doktor. Belum apa-apa mak su membantah. Apakan tidak, mak su Mimie sudah punya teman lelaki. Nenek sahaja yang tidak merestui hubungan mereka. Jika belum berpunya sekalipun, lelaki seperti Saifulah bukanlah pilihan mak su Mimie. Saifulah juga punya rupa dan gaya. Cuma lelaki ini agak skema. Bertitik tolak daripada peristiwa itu mak su jarang pulang ke rumah nenek. Selepas direject mak su, nenek mahu menjadikan dia pula sebagai galang ganti? Oh, tidak!

6 comments :

  1. oh, nampaknya madam pah dah ada calon cucu menantula..

    ReplyDelete
  2. aryan dah berasap..........cpt cari jln penyelasaian..

    ReplyDelete
  3. oooo...aryan jeles tahap GABAN...ahahksss

    ReplyDelete
  4. oooohh tidak...sy tidak setuju!!!sy bantah!!!
    aryan..come on..make a move la bro..smpai kapan nk sorok2 ni...xgentleman la bro bercinta sorok2 neh..Allah xmenghalang,adat plak melebey ape kes..

    ReplyDelete
  5. dewdrop...nnt awk advice itu Aryan....pakej ngan madam pah sekali....heheh

    ReplyDelete
  6. Bley je..tarak hal klau takat nk kasi advice kt aryan,n ksi short lecture kt madam pah tu ..tp nnt tkt2 klau sy muncul dpn madam pah,truz die nk kenen2 kn sy dgn aryan plak..haaaa spe nk tanggung??muahahahah..melepas sara nnt..keh3..so,I kasi u jela cik writer tuk bshkn sket aryan tu..hehehe

    ReplyDelete