U n Uols

Monday, March 21, 2011

KAU DAN AKU BAB 9

Langkah yang terinjut-injut diatur untuk masuk ke dalam rumah. Kasut yang tersarung di kaki ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam almari yang terdapat di sebelah pintu.
untuk naik ke tingkat atas Min perlu melalui ruang tamu. Terasa berat kaki untuk ke ruangan itu. Berkumpulnya Datin Sheila sekeluarga dan anak saudara kesayangan mereka. Kalau setakat Datin Sheila dan Datuk Ismail dia tidak kisah. Mereka semakin rapat. Tetapi yang menimbulkan rasa tidak senang apabila Luth Qadri yang bertempel sama di situ. Tengah minum petang. Awal pulak lelaki itu sampai. Rasanya tadi mereka keluar pada masa yang sama.


" Min mari minum, sayang." Panggil Datin Sheila apabila melihat kelibat gadis itu.


" Mehlah Cik Min. Nenek buat kuih. Sedap." Sampuk Raykal pula. Beriya-iya benar sehingga dia bangun menghampiri Min lalu menarik gadis itu untuk menyertai mereka. Luth Qadri mengisyaratkan Raykal supaya menyuruh Min duduk di sebelahnya. Secara sembunyi-sembunyi Raykal angkat tangan tunjuk isyarat beres.


" Cik Min duduk sini! Senang ambik kuih." Kata Raykal. Dia membantu Min duduk. Min tidak dapat mengelak. Raykal memang tak beri peluang.


" Kenapa kaki kamu tu?" Tanya Dato Ismail yang melihat gadis itu berjalan terinjut-injut.


" Dia accident kat office." Jawab Luth Qadri tanpa disuruh. Dato Ismail mengerutkan dahinya.

" Mana kamu tahu, kamu tengok ke?" Dato Ismail pelik.


" Mestilah tengok. Kami sekarang satu office. Tebrau dah ambik alih syarikat Min kerja tu. Nanti papa akan turun KL jugak. Nak tinjau office baru and tengok-tengok site." Terang Luth Qadri.


Ooo....papa dia nak datang KL. Wait...wait.....datang KL? Tengku Lukman datang sini. Bila? Macam mana ni? Tengku Haninah datang sama ke? Min sudah tidak senang duduk.


" Min okey ke ni, nak pegi klinik?" Soal Datin Sheila apabila Min diam tidak berkutip.


" I'm fine. Penat kot."



" Kak Zah tolong bawakan cawan kosong untuk Min." Mintak Datin Sheila semasa mak cik Zah menambah kuih di meja.



"Tak payahlah auntie, kami share. You tak kisah kan?" Luth Qadri memandang Min. Cawan berisi teh disuakan kepada Min. Sengaja mengenakan gadis itu. Uji sikit. Apa yang nak dijawab depan Autie Sheila. Min dah pandang dia semacam. Marah ke?



Datin Sheila yang melihat gelagat mereka berdua tersenyum cuma. Dia perasan anak saudaranya itu suka sangat mengusik Min. Seakan-akan sudah kenal lama.



"Erk.....Min dah minum. Minumlah." Tolak Min. Tidak kuasa hendak kongsi minuman dengan lelaki ini. Luth Qadri memang sengaja ingin mengenakan dia.



" Alah Cik Min ,rasa kuih ni. Raykal yang tolong nenek buat tadi. Atuk cakap sedap. Papa Qad pun cakap sedap. Cik Min sorang je yang tak rasa lagi. Rasalah." Dato Ismail ketawa.



"Rasa ajelah Min." Katanya. Raykal menyuakan sepotong kuih sri muka ke mulut Min. Nasib tak masuk hidung.



Kuih itu dikunyah perlahan-lahan. Dia tersedak tiba-tiba. Luth Qadri menghulurkan cawan tehnya. Tanpa berfikir panjang Min terus minum. Perit benar tekaknya. Lelaki itu tersenyum-senyum apabila dia meletakkan cawan teh yang sudah kosong ke meja.



" Itulah sombong sangat. Tadi tak nak, alih-alih dah minum sampai habis." Kata Luth Qadri. Min terasa tebal sahaja wajahnya tika itu. Kalau boleh menyorok sudah lama dilakukannya. Malu yang teramat sangat.



Tercetus tawa Datin Sheila dan Dato Ismail.



" Ada jodoh tu....." Gurau Dato Ismail.



Luth Qadri ketawa berdekah-dekah. Suka benar dengan kata-kata usikkan itu. Min sudah bertambah malu. Agaknya kulit muka dia sudah betukar warna hijau. Diam tidak terkata. Raykal yang berada di hadapannya diangkat duduk ke riba. Saja hendak tutup malu.



" Mama kamu tak datang sama ke?" Tanya Datin Sheila cuba mengubah topik. Kalau tidak masak Min kena usik dengan mereka berdua.


"Datang kot. Qad tak sempat pulak nak tanya."


Datin Sheila mengangguk cuma seraya memandang Min.


"Esok pergi kerja tumpang Qad ya? Tak payah drive. Risau pulak auntie."


"Erk.....boleh ni.....boleh drive. Tak sakit sangat. Taruk minyak nanti baiklah." Min cuba mengelak.


Dato Ismail bersuara. " Pergi dengan Qad ajelah. Nanti lagi bengkak kaki tu. langsung tak boleh jalan. Tak pun Qad, kamu bagi Min cuti sakit. Boleh dia rehat-rehat."


Min sudah mengukir senyum memandang Luth Qadri di sebelah. Menanti jawapan lelaki itu. Dia suka dengan saranan akhir Dato Ismail.


" Cuti? Tak boleh....erm....esok banyak benda kena settle. Baru-baru ambik alih ni macam-macam nak tanya staf lama. Kalau ketua bahagian reka bentuk tak ada semua kerja tak jalan." Luth Qadri berasalan. Kalau Min tidak bekerja esok, terpaksalah dia menanggung rindu. Dia mahu Min sentiasa dekat dengannya.


"You tumpang I je esok. Don't worry, I tak makan orang." Tercetus lagi tawa Dato Ismail.


" Macam-macam kamu ni...." Kata Datin Sheila.


" Min naik bilik dulu. Nak mandi rasa dah melekit sangat."


"Jangan lupa letak ubat. Nanti auntie suruh kak Zah hantar ubat ke bilik."


" Okey." Jawab Min sepatah dan terus berlalu mendaki anak tangga menuju ke biliknya.



************************************************************************************


Bintang-bintang kelihatan bertaburan di langit malam. Min menarik nafas perlahan-lahan. Mencari ketenangan di taman berhampiran kolam. Air kolam yang bertakung tenang mengamit dirinya supaya melabuhkan punggung di tebingnya. Kaki seluar dilipat sampai ke lutut lalu dia menjulurkan kaki ke dalam air. Mata di tala ke langit memandang bintang-bintang yang berkelip-kelip.


Ketenangan terganggu dengan deringan telefon bimbit di dalam poket seluar tidurnya.


Telefon dicapai. Nama pemanggil yang tertera dipandang sekilas.Seri. " Hello." Sapa Min.


"Waalaikummusalam." Perli suara di hujung sana.


" Perli nampak. Kau sihat ke?" Terdengar tawa yang tercetus.


"Sihat. Tapi tak best....tinggal sorang-sorang. Tak ada kawan nak lawan borak. Kau macam mana tinggal sana? Ooo....sampai dah tak ingat rumah sendiri. Eh....apa cerita?" Banyak betul soalan Seri.


"Aku kalau boleh nak balik sekarang jugak. Ada ke cakap tak ingat. Tak ada kawan borak ya.....hah....padan muka. Selalu aku ada kau buli.....rasakan sekarang."


" Ala....selalu tu aku gurau je. Apa cerita terbaru? Lama tak cakap demgan kau ni, mesti banyak cerita kena update ni."


"Urm...." Terdengar keluhan Min.


" Kenapa ni?" Soal Seri. Min kalau mengeluh begitu pasti ada yang menganggu fikirannya.


" Kat tempat kerja kau ada kosong tak?"


Seri berfikir sejenap. "Tak adalah. Siapa yang nak kerja....kau ke?"


" Aku ingat nak berhentilah. Nak cari makan kat tempat lain. Tempat kerja sekarang dah ak macam dulu. Orang tu dah jadi bos kat sana."


"Orang tu, tu siapa? Cubalah berterus terang."


"Qad....."


" What?! Macam mana boleh jadi macam tu. What happened?" Seri beria-ria ingin tahu.


" Syarikat dia ambil alih syarikat yang aku kerja tu. Sekarang dah jadi bos kat sana. Aku tak selesa."


"Kesian yer kau......mesti kena kacau kan. Nantilah aku cuba tanya dekat member-member kot-kot office diorang nak pakai arkitek. So, okey tak tinggal sana?"


"Ni satu hal. Dahla satu office, pastu satu rumah. Tension tau tak!" Luah Min.


" Macam mana boleh jadi macam tu pulak. Kau tinggal kat mana sebenarnya Min. Rumah mentua kak Tina ke, rumah Qad?" Seri di hujung sana sudah curiga.


" Rumah mentua kak Tinalah. Dia pun stay sini. Rupa-rupanya abang Sufian tu sepupu dia....memang nasib aku agaknya."


Seri sudah ketawa. Min pelik." Korang ni macam-macam hal. Berjodoh tu....." Usik Seri.


"Kau jangan Seri, tak ingat ke apa dia buat kat aku dulu....." Min bernada sedih


"Aku gurau je. Janganlah merajuk kawan. Okeylah....aku nak tidur dah. Lain kali kita chat lagi. Pasal kerja tu nanti aku tanyakan. Tak payah fikir sangat. Calm okey. Assalamualaikum. Bye."


Salam dijawab sebelum talian diputuskan. Min sedikit lega dengan janji Seri. Tanpa disedarinya Luth Qadri memasang telinga. Mendengar butir bicara dia dan Seri.


'Tak boleh jadi ni. Datanglah idea.' Mana mungkin dia akan membenarkan Min meletak jawatan dari syarikat itu.


Min yang ingin masuk ke dalam rumah terkejut dengan kehadiran Luth Qadri yang tiba-tiba.


Lelaki itu cuma memakai seluar pendek separa lutut dan t-shirt tanpa lengan.


Mereka berbalas pandang. Jelingan tajam dihadiahkan. Dia teringat sesuatu.


" Bila mama and papa you nak datang sini?" Tanya Min dengan nada tegas.


Luth Qadri melihat kiri dan kanannya. Kemudian jari telunjuk diangkat ke mukanya sendiri.


"Are you talking to me?" Pura-pura terkejut.


" Eiiiii.....geram yer. Jawab jelah."


"Lusa. Kenapa?" Wajah penuh tanda tanya.


" Erm....kalau diorang datang sini, tolong jangan bagitahu pasal I. Okey?" Masih dengan nada tegas.


" Kenapa? mama mesti seronok jumpa you. Bakal menantu favourite dia....."


"I tak nak dia kecewa. Kita kan dah tak ada apa-apa. Lagipun I tak mahu semua orang dalam rumah ni tahu tentang kisah kita dulu. Kalau kak Tina tahu.....ibu pun pasti tahu....." Nada Min sudah mengendur. Tidak setegas tadi.


" Boleh.....but..." Luth Qadri terhenti.


" But?....." Soal Min tidak sabar.


"Kita buat perjanjian. You tak boleh resingn dari Tebrau....Agree?"


Min tersentap. Menimbang-nimbang keputusan yang perlu dibuat. Ya Allah tolonglah hambaMu ini.......


Akhirnya terkeluar perkataan yang ditunggu-tunggu daripada mulut Min. " I setuju."


"Okey, deal." Luth Qadri tersenyum lebar. Selesai satu masalah.


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

1 comment :