U n Uols

Thursday, July 26, 2012

Bab 17: Hati Bertanya Siapa Kamu

Bersandar pada pintu kereta sambil berpeluk tubuh. Pandangan dihala lurus ke arah bangunan pejabat di hadapannya. Menanti sesusuk tubuh yang gagal dihubungi sejak semalam menerusi telefon. Berjumpa sekejap pagi ini sebelum dia diperdaya si gadis! Kesempatan makan tengahari hari ini digunakan untuk bertemu dengan si dia yang berkenaan. Cermin mata hitam ditanggalkan. Susuk tubuh yang ditunggu-tunggu sudah kelihatan. Sedang menapak bergandingan dengan seorang wanita. Langkah kaki diatur untuk menghampiri sesusuk tubuh itu.


" Dayang!" Tegurnya.



Dayang kerut dahi. Siapa pula yang memanggi-manggil namanya di kala dia hendak cepat mengisi perut?


Menoleh ke belakang. " Awak? Buat apa kat sini? Saya tak habis kerja lagilah..."


" Gib tunggu Dayang."



" Tunggu saya buat apa? Saya nak pergi lunch ni....."



" Kita lunch sama-sama?"



" Saya nak pergi lunch dengan...." Menunjuk Bee di sebelah.



" Saya pinjam kawan awak boleh?" Potong Gibran. Bertanyakan si Bee.


" Boleh. Tapi kena tanya tuan punya badanlah....." Bee, tersengih-sengih. Bertuah orang, ada mamat handsome ajak lunch.


" Tak boleh. Tak boleh. Tuan punya badan cakap tak boleh! Saya dah janji dengan Bee ni hah.....awak kalau nak makan pergi makan sendiri. Kedai makan banyak kat sana tu. Makanan Cina ada, India ada, Melayu ada....pilih yang mana suka. Suka hati." Dayang berloyar buruk. Menunjuk ke seberang jalan.



" Dayang......"

" Kau pergilah Dayang...." Bee menyampuk. Kesian melihat wajah hampa kawan Dayang itu.


" Erm...ada syarat! Kawan saya ni boleh ikut sekali." Paut lengan Bee.


" Tak apalah Dayang. Kau pergi laa lunch dengan kawan kau ni. Aku tak apa.....tak naklah aku jadi orang ketiga..." Bee sengih mempamerkan barisan giginya.


" Tapi Bee...."



" Ala, tak apa."



" Terima kasih." Ucap Gibran buat Rubiah.



" Aku jalan dulu Dayang!" Bee berlalu. Lambat-lambat pergi, lambat pula dia balik pejabat nanti.

" Bee!" Panggil Dayang. Bee melambai-lambaikan tangan sahaja tanpa menoleh ke belakang. Terus berlenggang pergi.

" Bee...." Dayang memangil lagi. Perlahan.

Gibran sengih suka. " Kita pergi makan?"

" Tak naklah.....tak ada selera nak makan nasi dah...." Hilang selera konon, padahal perut sedang berkeroncong hebat! Kruk, krak. Kruk, krak sejak tadi. Pagi ini sekadar mengalas perut dengan segelas air kosong. Tentulah ketahanan perutnya tidak seberapa. Bermacam-macam jenis hidangan tengahari sudah terbayang-bayang di ruang mata. Kalau tidak dapat makan tengahari ini, maka kempislah perut tak berisi.....

Mati sengihan di wajah. Hari ini memang hari dia terkena dengan Dayangku Inara. Pagi-pagi lagi pula tu. Tengahari ini Dayang nak buat lagi? Dia berlembut, Dayang tunjuk keras? Dayang nak tengok dia berkeras juga agaknya.

" Sekarang, saya pun rasa tak ada selera nak makan nasi. Saya rasa nak makan orang!" Cukup tegang wajahnya saat itu. Mencerlung marah.

Hai, kawan. Marah ke? Alah, usik-mengusik sikit takkan tak boleh." Kita...kita makan nasi...." Kata Dayang tak lancar. Sengih sumbang. Cari pasal lagi kau Dayang!

" Kereta kat sana.....jalanlah cepat!" Tahan diri daripada mengukir senyum. Tahu takut. Ini baru dia acah sikit.

" Orang dah nampak laa.....itu pun nak bagitau. Saja nak tunjuk hebat....bla..bla.." Rungut Dayang perlahan. Menonong ke kereta. Masih ada hati nak membebel.

" Apa Dayang cakap?"

" Tak....takde. Tak cakap apa...."



Cheese cake dalam pinggan putih yang dihidangkan pelayan sebagai pencuci mulut dicuit sedikit dengan sudu. Dibawa ke mulut sambil mata terjuling ke atas. Sebal. Hilang nikmat makan tengahari itu kerana Gibran membawanya ke restoran makanan barat. Dia nak makan nasi! Pasal tak ada selera tadi hanyalah alasan semata-mata. Itu pun Gibran boleh percaya ke?

" Sikitnya makan? Dayang malu dengan saya ya?"

Tersedak Cheese Cake yang baru disudu ke mulut. "Uhuk....uhuk..." Dayang terbatuk-batuk.

" Ya, Allah....siapalah yang mengumpat Dayang ni...." Gibran suakan gelas minuman ke hadapan Dayang. Gadis itu meneguk rakus minuman yang separuh gelas sehingga hampir habis. Merah muka tak cukup oksigen!

" Say...saya...." Masih ada hati hendak berkata-kata walau tekak sedang terasa perit.

" Nak minum lagi? Air Dayang dah habis. Minum Gib punyalah...." Menukar gelas minuman Dayang yang sudah tidak berisi dengan gelasnya. Dayang seperti mahu memperkatakan sesuatu lagi. Namun minuman itu diteguk juga. Gibran senyum. Hati di dalam senang bukan kepalang. Gembira dengan perkongsian pertama mereka ini...

" Saya bukannya malu! Cuma Dayang nak makan nasi...."

" Kan tak ada selera makan nasi?"

" Itu cuma pembayang. Tau pembayang? Pembayang Dayang tak ada hati nak keluar makan dengan awak...faham dah?"

" Haa....."


" Esok jangan datang office Dayang laaa....gi...." Perlahan sahaja suara Dayang di hujung kata-katanya. Mata gadis itu melekat pada pintu masuk restoran. Tidak berkalih! Seakan terpaku melihat sesuatu...

Gibran ikut memusingkan badan memandang ke belakang. Ingin sama melihat apakah yang menjadi perhatian Dayang sehingga gadis itu tergaman sebegitu rupa. Tiada yang pelik pada pandangannya. Hanya seorang lelaki berjanggut dan berkemeja putih sedang bercakap dengan pelayan. Dayang kenal ke dengan lelaki itu?

" Prang!" Sudu jatuh ke piring. Gibran berkalih kepada Dayang.

" Kenapa ni? Are you okay?" Pucat lesi wajah Dayang! Duduknya kelihatan tidak senang. Gelisah!

" Saya.....saya....nak balik!" Tutur Dayang dalam nada bergetar. Di landa gemuruh. Mata menukas pandang Gibran. Walaupun begitu, pintu masuk restoran masih diawasi dengan ekor mata. Dalam diam dia memanjat doa agar, lelaki berjanggut yang hanya ternampak sisinya itu cepat-cepat berlalu. Takut! Benaknya memikirkan pelbagai kemungkinan.

" Kenapa ni.....Dayang tak sihat?" Bertanya lembut. Wajah Dayang direnung tak berkalih.

" Kita...Gib, jom kita balik!"

" Tell me.....kenapa ni? Hmm? Kita kan tak habis makan lagi...."

Mengeleng-geleng. Dia sebenarnya terganggu dengan kehadiran lelaki berjanggut di pintu masuk restoran. Lelaki tersebut mengingatkan dia kepada tok janggut yang bergelar suaminya. Sungguh dia tak bersedia untuk meneruskan hidup di samping lelaki itu.


" Kita...kita...balik? Tolonglah...." Merayu Gibran.

" Dayang kenapa?"

" Dayang...Dayang....takut..."

" Takut? It's okay...Gib ada....."

" Dayang tak nak jumpa dia...."

" Siapa?"

" Dia..." Menunjuk ke pintu masuk.

" Mana?"

Gibran toleh arah yang sama. " Siapa?" Tiada sesiapa lagi yang kelihatan di situ.

" Lelaki berjang......." Memejam celikkan mata untuk melihat dengan jelas. Eh....lelaki berjanggut tadi tidak ada lagi di situ? Memanjangkan leher mencari-cari di segenap ruang restoran. Memang tidak ada. Leganya. Seraya terlepas beban yang menghimpit sebentar tadi. Dada terasa sangat lapang. Semangatnya kembali.

" Tak ada siapa-siapa!" Pantas menuturkan. Cuba menyembunyikan rasa segan. Malunya kalau Gibran dapat tahu dia naik takut apabila terserempak dengan lelaki berjanggut! Tak kira siapa lelaki itu. Gementarnya pasti datang.


" Betul?" Tidak yakin.

" Dayang....saya okay je!"

" Tadi....macam tak okay..." Gibran hairan sendiri. Seketika muka Dayang pucat tak berdarah. Sekarang wajah itu kembali ke asal.

" Itu tadi....sekarang dah okay." Senyum senang.

" So, kita nak balik sekarang ke apa ni?"

" Eh...habiskan makanan awak tu dulu, kejap lagi baru kita balik office..."

" Tadi ajak balik?" Apa yang Dayang nampak sebenarnya? Bimbang pula dia memikirkan.

" Saja....main-main. Tak boleh ke?"

" Saja-saja? Sampai bibir terketar-ketar, sampai pucat le...."

" Sekejap! Stop talking. Ada call..." Dayang angkat lima jari kepada Gibran. Menghentikan percakapan lelaki itu. Kemudian mengagau tangan itu mencari telefon yang sedang berbunyi.

" Waalaikumusalam....." Menjawab salam si pemanggil.

" Sihat aunty...."

Aunty? Pastinya perempuan. Gibran pasang telinga.

" Bila?"

" Erm.....boleh kot."

" Tengah lunch ni...."

Dayang tergelak. " Tak adalah aunty....dengan kawan...."

Gibran jungkit kening. Kawan je? Kenapa tak cakap teman lelaki? Sedap juga sikit hatinya yang mendengar....

" Yelah. Apa-apa hal saya call aunty......"

" Call...betul saya call..."

" Ok, bye aunty...Assalamualaikum..." Menyimpan telefon ke dalam handbag.

" Kenapa tak makan?" Bertanya Gibran. Lelaki itu sedang memandangnya tak berkalih.

" Cakap dengan siapa?"

" Yang telefon tadi ke? Mak datin...."

" Kenapa? Dia nak apa?"

" Dia ajak Dayang pergi rumah dia weekend ni....." Terang Dayang bersahaja.

" Mak datin mana tu? Dayang nak pergi ke?" Tak sedap hati dengan perkara yang disampaikan Dayang. Dia tidak tahu kenapa...

" Baru je kenal. Tak sengaja teraccident dengan dia. Kenal masa tu. Tengoklah, pergi kot....aunty dah beria sangat..."

Gelisah. Resah. " Dayang tak payah pergilah....hmm?"

" Kenapa?" Berkerut dahi.

" Kan baru je kenal? Dia ada niat tak baik ke? Tak takut?"

Diam sejenak. Puan Sri Suraya memang laa nampak garang dan sombong. Apabiila sudah mengenali wanita itu, sikap dan perwatakannya berlainan sekali dengan penampilan yang ditonjolkan. Dia yakin Puan Sri Suraya wanita yang baik-baik

" Tak kot. Aunty tu baik je...."

" Tak boleh pergi. Saya tak bagi!" Sungguh. Sekarang hatinya berdebar-debar tidak senang.

" Kenapa awak ni?"

" Tak ada kenapa-kenapa!"

" Kenapa Dayang mesti dengar cakap awak??"

" Memang Dayang mesti dengar!"

" Sebab apa?"

" Sebab saya sua.....!"

" Siapa awak?" Terkelip-kelip memandang Gibran. Lelaki ini selalu begitu. Mahu memperkatakan sesuatu, namun tidak terluah. Kerap membuatkan dia tertanya-tanya sendiri...

" Sebab saya...." Tarik nafas dalam-dalam.

" Sebab...erk....sebab, sebab saya kawan baik abang awak. Kawan Dayang. Gib larang Dayang pergi rumah mak datin tu!"

Dayang mencapai sudu. Kembali menikmati Cheese Cakenya dengan tenang, seperti tiada pertelingkahan yang berlaku. " Alasan tak kukuh. Tak kukuh..." Mengoyang-goyang jari manis tangan kiri di hadapan Gibran.

" Dayang.....janganlah pergi."

" Weekend, bukan Dayang buat apa-apa. Apa salahnya pergi.....manalah tau mak datin ada anak bujang handsome. Boleh berkenalan..."

" Ada ke?"

" I dont know....sebab tu kena pergi kan..." Kenyit mata. Nakal lagak Dayang. Sekadar bergurau. Tiada niat tersembunyi.

" Dayang...." Menyeru nama itu. Bersandar ke belakang. Degupan jantungnya berlari-lari pantas. Mengambarkan rasa tidak senang yang hadir dalam diri saat ini. Terasa-rasa seperti ada sesuatu yang bakal berlaku. Mak datin mana laa yang Dayang nak jumpa tu...dan kalau adaanak bujang, jangan sesekali berani kenalkan dengan Dayang!


Untuk versi penuh dapatkan novel Hati Bertanya Siapa Kamu di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari http://www.karyaseni.my/ untuk pembelian secara online.

9 comments :

  1. mak datin tue sbnrnya mummy GIB dan mak mertua dayang....

    is

    ReplyDelete
  2. bosan la asyik bertarik tali dah sampai 17 bab..meleret..tp sbb nak tahu cerita ni mcm mana terpaksa baca. jgn sentap2 ye penulis, teruskan menulis <3

    ReplyDelete
  3. mesti mak gib kan,......taw awl2 xthrill ar

    ReplyDelete
  4. Dayang nk pegi jumpe pn sri ler tue.
    jumpe ke idak mrk 6ti.
    cpt3x sambg......

    ReplyDelete
  5. haha... lucu bebenor! teruskan usahamu ye cik penulis. kami sentiasa akan menyokong... keep it up! oh ya, bila nak terbitkan novel si gadis kepala batu anggun ngan bakal tunangnya tu? tak sabar den nak nuggunyo!!

    ReplyDelete
  6. alahai kenapala si Gib tak berterus terang aja kat minah tu yg dia ni bininya..
    Dah tahu minah tu punyala straight forward punya org masih nak sembunyi lagi perihal diri..bila masalah kan mereka akan bersatu..
    dan kenapa tidak ada campurtangan keluarga si Dayang..tidak kah mereka tau..mereka juga menanggung dosa..
    jangan marah ek..dik..akak rasa dah lama sangat lah mereka ni seperti mouse and cat game..akak harap once for all bagitau minah tu..maaf ek dik kalo ia menyinggung perasaan adik..

    ReplyDelete
  7. yup, akak pun setuju....
    bila lagi nak berterus terang?????
    dah lama dah tunggu part tu...
    cite ni best,.....cuma agak panjang..........still masih mcm tu....................

    ReplyDelete
  8. ye lah mcm meleret-leret pula cite ni...

    ReplyDelete
  9. Pergilah dayang. Bila lagi nak ambik hati mak mertua tuh.

    ReplyDelete