U n Uols

Thursday, March 17, 2011

KAU DAN AKU BAB 8


Ketukan di meja menganggu konsentrasi Min yang sedang meneliti pelan bangunan. Kepala diangkat ingin melihat gerangan orang yang menganggu.


“Nak apa?” Soal Min bersahaja.
Aida yang telah duduk dihadapannya melemparkan senyum. “Kau sibuk tak?


“Sibuklah jugak, kenapa?”


“Nak bergosip sikit. Kau nak dengar tak?” Aida buat gaya kepoh.


“Em…cakap jelah, selalu tak pernah tanya aku nak dengar ke tidak.”


Aida tersengih. Terkena dia. “ Bos baru tu handsome kan….budak-budak admin siap tubuh kelab peminat lagi”. Min mencebirkan bibirnya. Ingatkan apalah sangat. Handsome sahaja buat apa. Mat romeo+buaya tembaga. Asgtafirullah….tak baik mengutuk.


“ Punyalah aku penat sebab kena tunggu mesyuarat yang patutnya buat pagi tapi ditunda ke malam. Dah berbakul-bakul aku kutuk bos baru tu. Alih-alih bila tengok kekacakan dia, aku….aku….kembali bertenaga. Handsome yer….” Aida buat gaya gedik.


Min tersenyum sinis. “ Kacak saja tak cukup Da, yang penting dia kena buktikan dia boleh buat kerja. Harapkan muka je tak boleh. Kau ni, baru sekali jumpa dah feeling-feeling. Tak ada kerja ke?”


“Tak ada, bos baru tak masuk lagi. Aku tunggu dia bagi arahan. Banyak dokumen yang dia perlu luluskan pastu baru aku boleh ke fasa seterusnya.”


Min sekadar mengangguk. Masih meneruskan kerja. Tiba-tiba Nuraini setiausaha kepada bos baru mereka berlari-lari anak menuju mejanya.


“ Kak Aida bos dah datang.”Sempat dia memberitahu Aida yang bertenggek di meja Min. Kelam kabut Aida menuju ke tempatnya. Min mengelengkan kepala. Itulah pantang bos tak ada berjalan saja kerjanya.


Terdengar beberapa orang kakitangan syarikat mengucapkan selamat pagi kepada bos baru. Dalam mesyuarat semalam pengumuman secara rasmi telah dibuat bahawa pengurusan syarikat telah bertukar tangan. Syarikat ini telah menjadi milik Tebrau Holdings iaitu sebuah kumpulan yang mempunyai beberapa rangkaian perniagaan di Johor. Memang telah lama khabar angin tersebar tentang peralihan itu. Segala-galanya terjawab semalam. Mulai hari ini juga syarikat ini dijadikan ibu pejabat bagi operasi di Kuala Lumpur. Penjenamaan baru telah dilakukan dan dikenali sebagai Tebrau Holdings. Pertukaran beberapa kakitangan hanya berlaku diperingkat atasan sahaja.


Min mengerling sekilas. Dadanya berdebar hebat. Bos baru yang diiringi Encik Zamri dilihat sedang diperkenalkan kepada kakitangan syarikat. Hanya menunggu masa sahaja untuk sampai ke unitnya.


Sebelum dia kembali meneruskan kerja, sempat dilihat kelibat Aida yang kelam kabut mencapai fail. Kepala terasa seperti tidak mahu diangkat dari menghadap kertas di meja apabila derap kaki semakin hampir.


“Let me introduce you to our architect group. Kita ada lima orang dalam unit ini. Perkenalkan Hadi, Din, Halim, Aida dan Min.” Bos baru berjabat tangan dengan nama-nama yang disebut Encik Zamri. Min adalah orang terakhir yang disalaminya. Lambat-lambat Min berdiri dan menyambut luran tangan itu.


“This is our new boss Mr. Luth Qadri”. Encik Zamri memperkenalkan.


“Happy to work with you. Hope we can cooperate well.” Kata bos baru.


“Hope so…” Jawab Min sekadar berbahasa kerana mengenangkan Encik Zamri yang turut berada di situ. Genggaman tangan dilepaskan.
Sesudah itu mereka berlalu menuju ke bilik yang bakal dihuni Luth Qadri. Tidak lama kemudian Encik Zamri keluar dari bilik itu dan menuju ke ruang pejabatnya sendiri.


Hampir ke waktu makan tengahari setiausha Luth Qadri datang ke meja Min.


“ Kak Min encik Luth nak jumpa.”


“ Kenapa ya?”


“ Tak taulah kak. Sekarang ya kak. Aini nak pergi makan ni.” Nuraini berlalu.
Sepuluh minit berlalu, Min masih membatu di mejanya. Aci tak kalau buat-buat tak ingat, lepas tu terus pergi makan. Min berkira –kira dalam hati. Belum sempat Min bertindak Luth Qadri sendiri sudah terjengul di hadapannya.


“Masuk bilik saya.” Arahnya. Tegang sahaja wajah itu.


Min telan liur. Aida sudah hantar isyarat mata. Kenapa? Min menjungkitkan bahunya. ‘Alah makan sorang-soranglah hari ni.’ Rungut Aida sendirian.



******************************************************************************


“Aini tak bagitau I nak jumpa?” Tanya Luth Qadri. Tajam memandang Min.


“Ada. I siapkan kerja dulu. Sekarang kan lunch hour, tak boleh tunggu ke?” balas Min datar. Pandangan lebih senang dihala ke kabinet fail. Tidak kuasa memandang wajah di hadapannya.


“ Lunch hour?” Luth Qadri menjeling sekilas jam di pergelangan tangan. Dia bangun menghampiri Min.


“Jom.” Ajaknya. Tangan dihulur kepada Min.


“ Pergi mana?” Min bingung.


“Lunch.” Sepatah Luth Qadri menjawab. Selamba sahaja wajahnya. Min pula sudah membeliakan mata.


“Ada I cakap nak makan dengan you? Tak ada kan…..so tak payah sibuk.”


“ Should I care? Dah jom.” Min masih tidak mahu bergerak. Luth Qadri yang geram dengan reaksi itu pantas menarik tangan Min supaya mengikut langkahnya. Min tidak sempat berbuat apa-apa. Sedaya-upaya cuba melepaskan tangan daripada genggaman lelaki itu.


“ Lepaslah orang nampak nanti. Apa kes main pegang-pegang sesuka hati. I dah janji dengan Aida. Eeeiii…lepaslah.” Marah Min dengan nada yang cuba dikawal. Tangan yang satu lagi tidak henti-henti menolak tangan Luth Qadri. Lelaki di hadapannya itu mengukir senyum. Pegangan dikemaskan.


“ I’m the boss! ini satu arahan and like I say, should I care?” Dia tersenyum sinis.


“ Erk……”Min hilang kata-kata. Luth Qadri tersenyum lebar. Senyum tanda kemenangan.
Lut h Qadri memulas tombol pintu dengan tangan kananya. Tangan kri masih kejap memegang tangan Min. Mereka keluar dari biliknya dengan berpegangan tangan. Pucat wajah Min. Janganlah ada yang Nampak. Mintak-mintak semua keluar makan dah. Doa Min dalam hati.

Nasib menyebelahi Min. Semua sudah keluar makan, kecuali Aida yang masih setia di mejanya. Terbeliak mata gadis itu memandang kepada perlakuan mereka berdua. Melopong mulutnya.


“ Min lunch dengan I. Do you mind?” Soal Luth Qadri dengan penuh sopan santun kepada Aida.
Gadis itu cuma mampu mengangguk. Tidak terkeluar suara. selepas itu dia hanya memandang kelibat kedua-duanya yang berlalu sambil melambai-lambaikan tangan. Masih dalam keadaan separuh waras.


Beberapa saat kemudian Aida kembali normal. Tangan yang masih melambai-lambai dijatuhkan. Baru dia ingat Luth Qadri ialah orang yang menegur mereka di restoran dahulu.”Diorang ada skandal ke? Mesti korek cerita daripada Min ni. Berita hangat sangat-sangat!.” Kata Aida teruja.

Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

3 comments :