U n Uols

Monday, June 20, 2011

INI KISAH KITA BAB 3

Menarik nafas dalam. Rasa terkejut belum hilang sepenuhnya. Wajah yang sedang tersenyum kacak di depannya di jeling geram. Mati-mati diingatkan orang jahat yang sudah memasuki perkarangan rumah.


“ Ya, Allah! Tau laa baru balik oversea……salam pun dah tak reti nak bagi….” Bebel Sara Cempaka. Memandang ke dalam rumah. Pergelangan tangannya ditarik. Kalau dilihat oleh ahli keluarga mereka nanti akan menimbulkan spekulasi. Jika sampai ke telinga nenek, memang cari nahas! Silap haribulan dibuang keluarga……….berulang lagi sejarah pahit……


“ Sorry! Semua orang ada dalam rumah kenapa pulak Sara Cempaka ada kat luar? Soal Muhamad Raqib Aryan. Anak lelaki sulung Mak Long Serena. Tangannya menongkat ke kereta. Masih dengan senyuman kacak.


“ Nak ambik barang yang tertinggal……and you…..pergi mana? Orang yang paling lambat…..”


“ Pergi simpan semua beglah. Dah siap masuk almari semua…….” Raqib Aryan mengosok hidungnya.


“ Nak auta tak agak…..”Sara jungkit kening. Tangan disilangkan memeluk tubuh. Hendak kemas semua pakaian dalam bagasi tu masuk almari setakat sejam dua tak akan cukup. Paling tidak makan masa sehari suntuk. Dan kalau lelaki di hadapannya yang kemaskan mahunya mengambil masa seminggu!


“ Dah ambik barang yang tertinggal?” Soal Raqib Aryan. Mata mengintai-intai ke dalam kereta Mak Ngahnya.


Sara Cempaka menolak tangan Raqib Aryan yang menahan pintu kereta. Badannya dipusingkan. Pintu kereta dibuka. Mencapai beg tangan yang berada di kerusi. Boleh pulak dia tertinggal harta yang paling penting ini. Kepala sendiri diketuk perlahan.


“ Tertinggal handbag?” Raqib Aryan sudah mempamerkan riak terkejut.


“ Lupa…..”


“ Careless! Lain kali jangan cuai lagi…..siapa yang susah? I jugak…..” Peringat Raqib Aryan.


“ Insyaallah……jom masuk. Diorang tunggu kita…..” Mereka beriringan memasuki rumah.



*****************************************************************************



Dapat makan bersama keluarga satu kenikmatan yang tidak terhingga. Lebih-lebih lagi semua masakan adalah air tangan emak tersayang. Raqib Aryan makan tak ingat. Berselera sakan. Maklumlah, dah lama tak rasa masakan Pn. Syuhadah.


Selesai menyamu selera mereka sekeluarga bersantai-santai di ruang tamu sambil menonton Tv. Elman mengambil kesempatan itu untuk duduk di sebelah Sara Cempaka. Raqib Aryan mengangkat sedikit wajahnya, bertanya tanpa suara. Kenapa tu?


“ Baik Kak Sara cakap…..betul ke Abang dah nikah kat London?” Bisik Elman perlahan. Takut didengari oleh ahli keluarga yang lain. Sara yang sedang mengunyah epal hampir terserdak. Sepantas kilat berpaling kepada Elman di sebelah. Alahai……..kenapa tak tanya abang dia? Aku pulak yang jadi sasaran. Abang dia, ada kat depan mata je, bukannya ke mana-mana.


“ Kak Sara tak tahu…..siapa yang cakap ni?” Soal Sara juga berbisik. Berbalas pandang dengan Raqib Aryan.


“ Abang sendiri yang terlepas cakap……masa dia telefon rumah hari tu…..”


“ Dia gurau je kot……pasal nikah-nikah ni, betul Kak Sara tak tahu apa-apa……” Masih lagi berbisik-bisik. Perasan Mak Long sudah memandang pelik kelakuan mereka berdua.


“ Mana boleh tak tahu apa-apa. Korang kan rapat. Duduk pulak dekat bangunan yang sama. Tak logiklah kalau Kak Sara tak tahu langsung……paling kurang pernah terserempak dia dengan awek ke?” Kata Elman lagi, tidak puas hati dengan jawapan Sara Cempaka.


“ Kak Sara…..cakap betul ni…..” Kaki belum panas jejak bumi Malaysia. Sudah kena serbu dengan soalan yang menganggu ketenangan jiwa. Sesiapa….tolonglah jauhkan Muhamad Elman Amar daripadaku…..


“ Tak nak cakap ya…..” Percakapan mereka terganggu apabila Mak Long Serena mencelah.


“ Apa yang kamu berdua bisik-bisikan tu?” Tanya Mak Long Serena musykil. Pelik dia tengok budak berdua ini. Sok sek, sok sek daripada tadi……
Elman garu kepala. “ Elman tanya Kak Sara ni…..best ke dah balik Malaysia….tu aje….” Sara Cempaka tarik nafas lega. Pandai Elman bagi alasan. Rupanya budak Elman ni tak cerita dekat Mak Long dan Pak Long lagi. Baguslah…..cukuplah dia syak sorang-sorang…..


Menjeling Raqib Aryan yang duduk di sofa yang bertentangan. Memberi isyarat mata. ‘Tolong selesaikan dengan Elman.’ Raqib Aryan angkat kening. Tidak dapat menangkap apa yang mahu disampaikan oleh Sara Cempaka.


Sara Cempaka memberi isyarat tangan sewaktu Elman ralit bercerita dengan nenek. Kali ini Raqib Aryan mengangguk faham. Mengangkat tangan kanannya ‘ jangan bimbang’, menyentuh dada kemudian menyapu angin ke kanan. ‘ Serahkan kepada saya, semuanya akan selesai…”


“ Dulu……Mak Ngah ni punyalah risau nak lepaskan Sara study dekat London…..tapi nasib baiklah dapat sama universiti dengan abang…..” Kata Pak Long Arsyad membuka cerita lama.


Pn. Syuhadah tersenyum. “ Itulah…..anak perempuan. Dapat belajar jauh pulak. Siapa tak bimbang Abang Long. Dah habis belajar….mujur Aryan kerja dekat sana. Dapat jugak tunggu Sara yang ada lagi setahun masa tu…..kalau tidak memang saya tak senang duduk….”


“ Sara ni tak ada ayah…….dah jadi tanggungjawab Aryanlah tolong jagakan Sara. Jadi abang ni kenalah jaga adik baik-baik kan……” Celah Pn. Serena pula.

“ Iya….ya….” Jawab Raqib Aryan. Memandang Sara Cempaka.


“ Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih tak boleh terkurang. Jangan sesekali terlebih. Pegang adat keluarga kita. Adat turun temurun kita…….” Kata nenek. Ada peringatan dalam kata-katanya. Nenek memang berpegang kuat dengan adat turun temurunnya. Pegang adat keluarga kita……..


Sara Cempaka merenung wajah nenek yang banyak berjasa kepada mereka sekeluarga. Wanita tua inilah yang mengutip mereka setelah ayah meninggal dunia. Jika bukan kerana nenek entah bagaimanalah nasib dirinya, emak dan adik-adik waktu itu. Mereka hilang punca dengan pemergian ayah. Dalam rasa marah kepada emak ada juga belasnya. Semarah-marah ibu, kasih sayang kepada anak tidak akan pernah surut. Erk….kalau marah kepada cucu, akan ada maafnya?


Keputusan yang dibuat hampir setahun yang lepas adalah sesuatu yang sukar sebenarnya. Teramat sukar. Tersepit antara rasa cinta dan pegangan nenek. Terpaksa membelakangkan orang-orang tersayang dan adat keluarga.


Rasa yang bertandang di hati bukan tidak pernah ditepis. Dicuba berkali-kali. Namun rasa itu semakin hari semakin memekar. Hidup di tanah asing pula. Godaannya amat kuat. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan adalah perkara biasa. Tiada pihak berwajib yang mencegah. Bimbang diri juga terjerumus ke arah itu. Akhirnya keputusan yang dianggap terbaik diambil. Risiko seterusnya terpaksa ditanggung sendiri. Jika izin diminta, pasti keputusan mereka mendapat bantahan keras!


“ Kami balik dulu Su………Sara pun tentu nak rehat. Mak…..kita baliklah….” Kata Mak Long Serena. Nenek angguk. Membantu nenek bangkit dari sofa.


“ Kami balik dulu Mak Ngah…..” Raqib Aryan meminta diri.
Pn. Syuhadah dan Sara menghantar mereka sehingga ke muka pintu. Secara curi-curi Raqib Aryan mengangkat tangan mengisyaratkan dia akan menelefon Sara nanti. Sara mengangguk faham. Berbalas senyuman sebelum kelibat Raqib Aryan sekeluarga menghilang ke rumah sebelah.


Memandang ke jalan. Soalan daripada Elman tadi sedikit sebanyak menganggu ketenangan jiwa. Kenapalah boleh terlepas cakap? Orang berahsia selalu tidak tenang hatinya……

10 comments :

  1. oooo....mcm tu kisahnya.... susah jugak nk settle dgn nenek tu kalau dh pegang adat melebihi segalanya.........

    ReplyDelete
  2. silap plak,,bkn elman,,tp kawin ngan aryan

    smbung lg yer

    ReplyDelete
  3. oho, sebab adat keluarga rupanya. haish, tapi memang halal kawen ape?

    uish, tak sabar nak tau cemana diorang hadapi mende ni. :)

    ReplyDelete
  4. x hisah la
    yg pnting halal kawen

    ReplyDelete
  5. salam....best2...cepat2 post nxt n3.hehehee..:)

    ReplyDelete
  6. ni yg tensen ni..apsal dlu tak letak link kt blog keena??nk kena nurf ni..cite ni bestttt..nk lg!!

    ReplyDelete
  7. Sakeena>>kena letak link ke.....kt xtaww....^_^

    ReplyDelete
  8. ooo..ptut la..slh org rupenye..keh3..elman tu adik jaaa..hero aryan..hehe

    ala nenek slalu mcm tu..sebok dgn adat..adat xpenting la nek asalkn xlanggar hukum agama..isk3..

    mcm besa je konflik yg bakal melanda dieorg ni nnt..dgn nnk yg sebok dgn adat,dgn mak yg terikat dgn budi..hurm~

    ReplyDelete
  9. ha3...bley plak cm tuh...comel plak tgok sara dgn aryan nih!kih3

    ReplyDelete