U n Uols

Friday, March 25, 2011

KAU DAN AKU BAB 10

BAB 10
Luth Qadri mundar-mandir di biliknya. Sekejap-sekejap memandang ke syiling. Seakan-akan matanya boleh menembusi ke bilik Min di tingkat atas. Telefon bimbit di meja sisi katil dicapai. Dia melabu duduk. Senarai nama dibelek-belek. Sehingga tertera nama ‘mama’. Should I call or not? Mama seorang yang memahami. Pasti rancangannya nanti akan mendapat sokongan mama. Papa? Biar mama yang uruskan. Luth Qadri berkata-kata sendiri. Nombor mamanya dipanggil. Selepas beberapa deringan terdengar suara menyambut panggilannya di hujung sana.

“ Assalamualaikum.” Sapa Luth Qadri.
“ Waalaikummusalam. Hai…pelik…..apahal telefon mama malam-malam. Takkan rindu? Selalu mama yang telefon. Mesti ada apa-apa ni.” Telah Tengku Haninah.
Luth Qadri mengusap lehernya. Tersenyum sendirian. Mama memang benar-benar memahami.

“ Mama ni tau-tau pulak. Qad straight to the pointlah…..” Luth Qadri berhenti seketika. Otaknya cuba mereka-reka ayat yang sesuai. Tengku Haninah di hujung talian sabar menunggu butir bicara yang seterusnya.

“ Sebenanya mama, Qad dah jumpa balik dengan Min…….” Satu persatu diceritakan kepada mamanya. Sehinggalah kepada perjanjian yang baru dimenterai dengan Min sebentar tadi.
Tengku Haninah kalau tentang Min apa sahaja sanggup dilakukan. Dulu, puas dia cuba memujuk Min supaya memaafkan Luth Qadri. Namun setelah mendengar penerangan daripada Min, dia menghormati keputusan gadis itu. Memang salah anaknya. Dalam doa tidak pernah dia terlupa supaya Luth Qadri ditemukan juga jodoh dengan gadis itu. Berita yang dikhabarkan anaknya memang sesuatu yang dinantikan selama 5 tahun ini. Bukan main gembira dia mendengar bahawa Min sekarang menjadi salah seorang kakitangan syarikat mereka. Inilah peluang untuk anak lelakinya mendapatkan kembali cinta Min.

“ So, mama boleh tolong kan?” Luth Qadri menanti jawapan Tengku Haninah dengan debaran di dada.

“ Baiklah, mama setuju. Tapi…..tapi…..kena ingat apa yang mama cakap ni. Jangan dibuat lagi perangai kamu yang dulu. Perempuan sana sini. Buang perangai playboy tu. Jadi lagi mama rasa tak siapa dah yang boleh tolong. Kalau mama jadi Min, muka kamu pun mama tak boleh pandang tau.”
Luth Qadri tersengih kelat. Bukan salahnya ramai perempuan yang terkejat-kejar dirinya. Dia memang suka berkawan, yang disayang cuma Min seorang. Dia tidak pernah memberikan hatinya kepada mereka semua. Gadis-gadis itu yang memandai sendiri mengatakan dia adalah teman lelaki mereka. Sedangkan dia hanya melayan sebagai kawan biasa. Tidak pernah terlebih atau terkurang.

“ Mama, jangan sampai auntie tahu Min tu tunang Qad. Min tak nak kak Tina tahu. Kalau auntie tahu tentang kami, sudah tentu sampai ke telinga kak Tina jugak. Then kalau kak Tina bagitau ibu dia kat kampung macam mana? Tentu susah kan? Jadi Qad harap mama boleh tolong.”
“ Tak kisahlah…….yang penting mama dah tak sabar sangat nak jumpa Min. Mama ajak papa pergi KL esoklah kalau macam ni. Qad ingat pesan mama tu, kali ni jangan terleppas lagi. Sebenarnya mama ada idea ni, kita ikut dulu plan yang Qad buat. Kalau tak jalan kita ikut mama punya.” Bersungguh Tengku Haninah memberitahu.

“ Ikut cara mama…..apa dia?” Luth Qadri sudah jungkit sebelah kening.
“ Nanti-nanti mama kasi tau erk. Ni mama betul-betul ni, esok mungkin kami turun KL. Jangan lupa bagitau auntie. Kami nak stay rumah auntie jugak. Dapatlah jumpa Min. Rindu yer mama dekat menantu mama tu…..”

“ Amin……berkat doa mama jadilah menantu mama nanti. Kirim salam kat papa. Night mama. Bye.” Talian dimatikan. Luth Qadri menarik nafas lega. Mama you are the best!
Tanpa membuang masa Lut Qadri keluar dari kamar tidurnya. Menuju ke dapur. Datin Sheila tidak kelihatan. Naik ke tingkat atas. Langkah diatur ke ruang menonton. Mencari kelibat Datin Sheila atau Dato Ismail. Orang yang dicari-cari ditemui.

“ Kat sini rupanya auntie. Tengok cerita apa?”
“ Tengok drama…..sedap cerita ni. Kamu tak minat ke?”
“ Tak sempat nak layan…….Qad sibuk sekarang. Uncle dah tidur?”
“ Belum lagi. Ada kat bilik bacaan tu.”
“ Tadi Qad call mama, maybe mama dating sini esok.” Luth Qadri sudah duduk di
sebelah Datin Sheila.

“ Esok? Baguslah macam tu……dah lama auntie tak jumpa mama kamu. Banyak benda nak cerita ni. Boleh auntie bawak dia jenguk-jenguk aktiviti persatuan kami.” Datin Sheila teruja.
Luth Qadri yang mendengar hanya mengelengkan kepala. Kalau dah namanya mak datin, tak habis dengan persatuan. Tapi tak apalah, mama pun memang suka dengan aktiviti macam tu. Jangan diajak dia ikut sekali sudah.

“ Raykal mana?” Mata turut menonton drama di TV. Cerita apa ni? Tak menarik je.
“ Ada dengan Min……kat beranda tu.”
Terdengarkan sahaja Raykal dengan Min. Luth Qadri bingkas bangun.
“ Yang kamu ni tergesa-gesa nak ke mana?” Soal Datin Sheila pelik.
“ Nak cari Raykal,……..er….er…..nak tunjuk sesuatu kat dia….” Tanpa menunggu Luth Qadri sudah menghilang di sebalik pintu.
“ Ish….budak ni, ingatkan nak temankan kita tengok drama. Semua orang tak nak tengok drama ni…..tak sedap ke?” Datin Sheila mengomel sendiri.

Langkah diatur laju menuju ke beranda. Dia terdengar Min sedang bercakap dengan Raykal. Memujuk sebenarnya. Mematikan langkah di situ. Mahu mendengar topik percakapan mereka.

“ Ikutlah Cik Min balik rumah. Kejap je…..dalam 2-3 hari……lepas tu kita balik sini lagi. Raykal jomla….bolehlah….sayang Cik Min tak?” Pujuk Min. Luth Qadri yang sedang mencuri dengar pula yang terasa cair. Aduii….manjanya suara.
Raykal memandang Min. Bulat matanya. “ Kenapa pulak? Apa salahnya ramai orang. Rumah ni kan banyak bilik. Tuk Ngah dengan Nek Ngah duduk bilik lain. Nanti Raykal cakap dengan nenek jangan bagi bilik Cik Min kat diorang.” Balas Raykal. Dia betul-betul tidak faham, kenapa mesti ke rumah Cik Min bila Tuk Ngah dengan Nek Ngah datang ke rumah ini.

“ Macam ni…..bila ramai orang maka kita akan kekurangan udara. Kita perlukan udara untuk hidup. Jadi sebab kat sini akan terjadi kekurangan udara kita pergi rumah Cik Min….” Terang Min. Hampir terlepas tawa Luth Qadri. Nak larikan diri sebab mama nak datang sini agaknya. Ajaran sesat apa pulak yang diajar kepada Raykal tu.
“ Hah? Kita akan mati ke Cik Min…..sebab tak cukup udara. Tapi Raykal tak nak pergi….Raykal…nak d…..”

“ Raykal jangan dengar ajaran Cik Min tu. Cik Min tak baca buku, sebab tu dia cakap macam tu. Setakat 5-6 orang dalam satu rumah yang sebesar ni tak kan kurang udara yang kita sedup tu.” Terang Luth Qadri yang mincul tanpa diundang. Min mencebik. Kacau betul. Orang baru nak pujuk Raykal.
“ Baik Raykal masuk bilik, baca buku banyak-banyak. Jangan jadi macam Cik Min. Dia tak baca buku sebab tu tak tahu. Papa Qad selalu baca buku sebab tu papa Qad bijak.” Mengerling pada Min sekilas. Benggang sahaja wajah itu. Kepala Raykal digosok perlahan.

“ Alah Cik Min ni…..kenapa malas baca buku. Nasib baik ada papa Qad…….” Raykal mengeleng-gelengkan kepala. Kesal sungguh gayanya. Depan budak kecil pun dia kenakan aku.
“ Cik Min bukan malas baca buku…..kan Cik Min selalu bacakan untuk Raykal. Erm…mungkin Cik Min silap baca kot.
“ Raykal nak pergi baca bukulah kalau macam ni.” Raykal berlalu ke biliknya.
“ Raykal….Ray….”Panggil Min.
“ Biarlah Raykal tu……” Luth Qadri berdiri di sebelah Min. Gadis iu sudah memeluk tubuh. Memandang ke hadapan.

“ Kenapa you ni? Raykal hampir-hampir setuju dah nak ikut. Tentu you suka kalau semua orang tahu kan?” Memandang Luth Qadri tajam. Pandangan mereka bertentangan. Dia membuang pandang. Terasa ada getar dalam hati. Kenapa perasan ini masih ada……
“ You tak payah risau pasal hal tu. I dah cakap dengan mama. Suruh dia rahsiakan you ni tunang I. Auntie takkan tau….rahsia you selamat.”
Min terdiam. Tak sangka mama lelaki itu amat memahami keadaannya. Rasa terharu yang teramat. Kejap. Ada sesuatu yang perlu dibetulkan.

“ Tunang you?.....I rasa kita betulkan perkara ni….acctually bekas tunang…..B.E.K.A.S T.U.N.A.N.G.” Terang Min. Sinis lagaknya.
Luth Qadri menarik senyum. “ I tak pernah setuju untuk putuskan pertunangan kita. Lagipun you tak pernah bagi balik cincin tunang tu. I kira kita ni masih bertunanglah…..” Sinis juga dia membalas.
Min tergaman. Memang betul, cincin tunang itu masih disimpannya. Tapi Tengku Haninah yang tidak mahu menerima cincin itu ketika pertemuan mereka dulu. Tidak sangka pula lelaki ini akan menggunakan ia sebagai modal mengatakan mereka masih tunangan. Langsung tidak terlintas di fikiran.

“ Okey, kalau macam tu, I akan bagi balik. You ingat I nak sangat ke simpan cincin tu….”
“ I tak suruh you pulangkan……”
“ Habis tadi….”
“ I cakap kita masih bertunang.”
Min mendengus. Cakap putar belit. “ Whateverlah…..apa yang I tahu….now I’m single lady’s!” Kata Min tegas.
“ Nope….you’re not!”
“ Yes I am.”
“ Nope….you’re not!”
“ Yes I am!” Mereka kini sudah berhadapan.
“ Kamu berdua bergaduh ke?” Mereka yang sedang bertelagah dikejutkan dengan suara Dato Ismail.

Min kaget. Luth Qadri sebaliknya. Dia hanya tenang. Berpaling menghadap Dato Ismail.
“ Mengusik Min ni…kan Min….” Balasnya bersahaja.
“ Min?”
“ Tak…tak ada apa-apalah uncle….kami tengah tegakkan pendapat masing-masing. Min tidur dulu….” Pamit Min. Badanya ditundukkan sedikit apabila melalui hadapan Dato Ismail.

Dato Ismail menepuk-nepuk bahu Luth Qadri. “ Kamu ni….jangan mengusik sangat, anak dara orang tu…” Pesan Dato Ismail sebelum berlalu.
Degil! Desis Luth Qadri.


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

3 comments :

  1. best...best nak lagi...

    ReplyDelete
  2. ahha.. Luth nie x abis2 kacau Min.. hehe.. tp citer nie best ! :D

    ReplyDelete
  3. luth nii sngall laa . kuat nyakat.

    ReplyDelete