U n Uols

Thursday, July 14, 2011

INI KISAH KITA BAB 14

"Erm......emak kenal tak dengan doktor nenek yang namanya Saifulah?" Soal Sara Cempaka. Dia singgah ke rumah Pn. Syuhadah terus dari pejabat. Kebetulan hari ini emaknya tidak ke butik. Merehatkan diri di rumah.


" Kenal. Tapi tak adalah kenal sangat. Kenapa Sara tanya?" Pn. Syuhadah pelik. Sejak bila anaknya ini mengenali Dr. Saifulah? Tangan menuang kopi panas ke dalam cawan di hadapan mereka. Menikmati minum petang di anjung rumah. Kek coklat turut dihidangkan bersama. Dibakarnya tengahari tadi.


Bermain-main dengan jemari sendiri. Ekspresi daripada jiwang yang resah! Pn. Syuhadah menatap wajah si anak. Turun ke jemari. Terpandang sebentuk cincin di jari manis Sara Cempaka. Semenjak pulang kembali ke Malaysia, belum pernah dia melihat cincin itu tertanggal daripada tempatnya. Selama ini dia hanya tertanya-tanya sendiri. Tidak terlintas untuk bertanya lanjut kepada Sara. Cumanya hari ini terdetik di fikiran mahu bertanyakan tentang cincin di jari manis itu.


" Cincin kat jari tu......siapa yang bagi? Tak pernah mak nampak Sara tanggalkan......"


Cincin yang tersarung di jari manisnya disentuh. Emas putih bertakhta berlian. Cincin pernikahan daripada Aryan.


" Sara punya........" Menjawab pendek. Berharap sangat emak tidak bertanya lagi.


" Hmm....mak.......nenek ada apa-apa rancangan ke untuk Sara? Nenek ada cakap apa-apa dengan mak tak?" Menyoal Pn. Syuhada sebelum emaknya bertanya lanjut tentang cincin di jari. Mencapai cawan kopi. Ditiup-tiup lembut sebelum disisip.


" Nenek takde cerita apa-apa pun dengan mak.........cumanya hari tu, nenek kamu cakap dia berkenan tengok anak gadis kawan dia. Kawan yang sama-sama pergi kelas agama dekat masjid. Nak buat calon untuk Aryan agaknya...." Tersembur terus kopi di dalam mulut. Mujur tidak terkena Pn.Syuhadah! Calon untuk Aryan? Mendengar emak menyebut calon untuk Aryan sudah membuatkannya terkejut sakan. Apatah lagi jika nenek mengatur pertemuan sebagaimana dirinya dan Dr. Saifulah untuk Aryan? Sepahit-pahit kopi. Pahit lagi perkhabaran daripada emak....


" Ya, Allah.......budak ini.......kopi tu panas. Teguk sikit-sikit.......Kimi....Kimi......!" Panggil Pn. Syuhadah.

Tidak berapa lama kemudian Kimi muncul di muka pintu. " Ada apa mak?"


" Ambikkan kotak tisu......cepat!"


Sara Cempaka menyapu-yapu mulutnya. Mencapai beg tangan di kerusi sebelah kiri. Mencari-cari tisu yang selalunya disediakan di dalam beg tangan. Tiada.


" Nah tisu......" Hulur Kimi.


" Bagi dekat kak Sara....." Pantas Sara mencapai tisu yang dihulurkan. Mengelap bibirnya yang sudah comot.


" Duduk Kimi. Minum.....semalam beriya-ia nak makan kek.......mak dah hidangkan dia pulak sibuk melayan laptop....." Bebel Pn. Syuhadah.


Kimi melabuh duduk. Tersengeh memandang emaknya. "Asal kak Sara, tersedak air kopi mak ke?" Tanya Kimi turut mencapai cawan kopi dihadapannya. Diminum seteguk. Secukup rasa. Tangan mencapai pula sepotong kek coklat. Dibawa ke mulut dan dikunyah-kunyah. Lembut. Sedapnya.


" Tersembur terus......." Jawab Pn. Syuhadah.


Melambak tawa Kimi. " Kopi ni dah sedap laa kak......asal boleh tersembur?"


" Terkejut agaknya dengar emak cakap nenek ada calon untuk abang Aryan kamu......."


Menghentikan suapan. Membulat matanya memandang Pn. Syuhadah. Abang Aryan dah nak kahwin? Calonnya dipilih nenek? Bagaimanalah orang yang nenek pilihkan........taste nenek selalunya bertentangan dengan taste mereka.


" Abang Aryan berkenan ke?"


" Nenek aje yang berkenannya.......abang Aryan kamu tak tengok lagi.........entah dia berkenan entah tidak....." Mengerling Sara Cempaka yang diam membisu. Anaknya seperti sedang melayan perasaan sendiri.


" Agaknya, abang Aryan dah ada girlfriend......."


" Ada ke?" Soal Pn. Syuhadah.


" Ada laa kot.....abang Aryan kan handsome. Takkan takde girlfriend..........."


" Tau sangat Kimi ni......."


" Tu, tanya kak Sara kalau nak tau........." Kimi memuncungkan mulut kepada kakaknya.


" Kak Sara.....Kak Sara......" Panggil Kimi. Kita panggil dia, dia mengelamun pulak. Sehelai tisu ditarik dari kotak. Dibulat-bulatkan dan dibaling kepada si kakak.


" Apa?" Soal Sara Cempaka. Dikejutkan dari dunia khayalan.


" Abang Aryan ada girlfriend tak?" Sepotong lagi kek dibawa ke mulut.


" Ada...." Tanpa sedar bibir menuturkan.


" Hah! Kan dah cakap....." Kata Kimi. Gembira apa yang dikatanya benar belaka.


Pn. Syuhadah menuntas pandang kepada Sara. " Siapa?" Ajunya.


Sara tersenyum tawar. Aduhai, nak cakap apa ni? Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, pandai-pandailah sendiri! Mungkin elok juga nenek tahu Aryan sudah mempunyai teman wanita. Bukan teman wanita lagi, dah jadi isteri pun. Tidak adalah nanti nenek bersungguh sangat hendak kenalkan Aryan dengan anak kawan dia. Makan hati betul kalau macam ni! Tidak akan aman rumah tangga mereka selagi perkara ini tidak diselesaikan.


" Erm......sama universiti dengan ....abang...abang Aryan........" Jawab Sara kurang lancar. Pembayang diri sendiri diberikan.


" Orang Melayu jugak?" Soal Pn. Syuhadah lagi. Mengorek cerita.


" Hmm.....orang Melayu. Tinggal kat KL ni je, ada darah negeri........"


Pn. Syuhadah mengangguk-angguk. Meneguk air kopi hasil tangannya. Kimi berfikir-fikir sejenak. Tinggal dekat KL, ada darah negeri........sama dengan mereka sekeluarga. Satu universiti? Erk, kenapa sama dengan......


" Dah Kimi.....makan kek cepat. Lepas tu pergi telefon abang Nadim. Tanya dia kat mana. Sampai sekarang tak nampak batang hidung lagi.....campur orang tua bercakap je." Potong Pn. Syuhadah.


" Mak.....kalau Kimi nak kahwin besok-besok......Kimi nak cari sendiri. Mak dengan nenek tak payah susah-susah fikir......." Kata Kimi sebelum bangkit dari kerusi. Menayang sengeh di bibir.


" Ish, budak ini......belajar tak abis lagi dah ada hati nak kahwin." Kimi sudah melangkah masuk ke dalam rumah sambil ketawa besar.


Memandang Sara Cempaka kembali. " Tidur sini ya, malam ni?"


" Sara balik rumah......ada kerja sikit nak buat...." Jawab Sara. Dia perlu pulang ke rumah sendiri. Ada perkara yang mahu dibincangkan dengan Aryan. Mereka perlu bersemuka. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan.....



Di rumah sebelah.......


Raqib Aryan menguak daun pintu. Melangkah masuk ke dalam rumah. Niat di hati ingin terus naik ke biliknya. Terpandangkan nenek yang sedang duduk di sofa ruang tamu, kaki turut dihala ke arah yang sama.


" Awal hari ni Aryan....." Sapa nenek.


" Hurmm......."


" Kamu ni lemah lesu saja, tak sihat?" Soal nenek. Memerhati Aryan yang meletakkan kot dan beg kerja di sofa.


Bersandar ke belakang. " Sakit kepala sikit....." Menarik nafas dalam sebelum menyambung kata.


" Saifulah tu....calon untuk Sara ke nek?" Soalnya tanpa berselindung. Menatap riak di wajah nenek.


Nenek tersenyum. " Apa salahnya berkawan. Soal calon ni.... tolak tepi dulu......Kenapa Aryan tanya?" Kata nenek.


" Erk......Saifulah tu tak sesuai dengan Sara......Nenek sendiri tengokkan tadi. Sara pun tak suka dengan dia...." Balas Aryan.


Pn. Saripah angguk. Dia juga perasakan perkara yang sama. Budak Saifulah itu baik orangnya. Berkenan sungguh mata tuanya. Rugi sesiapa yang menolak.......


" Alah.....berkawan-kawan dulu....manalah tau esok-esok terjatuh suka...."


Kata balas daripada nenek menyesakkan nafasnya. Tangan merungkaikan tali leher yang masih tersangkut di leher. Dia perlukan udara. Udara yang banyak. Tali leher ini seakan-akan menjerut leher sendiri! Nafas dalam ditarik lagi.


" Sara dah ada teman lelaki laa nek....." Luah Aryan. Tidak tahan menanggung rasa.


Buntang mata nenek. " Dah ada? Siapa budaknya? Cempaka berkawan dengan budak yang tak tentu hala ke.....?"


" Tak tentu hala apanya, sama-sama belajar dengan Sara dekat London tu dulu......"


" Kamu kenal ke dengan budak lelaki tu?"


" Kenal...eh..tak....."


" Kenal ke tidak?"


" Kenal macam tu je.....baik budaknya.....keluarga dia pun baik-baik jugak." Terpuji diri sendiri pula. Tidak mengapalah. Asalkan nenek yakin sudah.


" Selagi nenek tak kenal.......jangan harap nenek akan suka! Orang muda zaman sekarang, bukan boleh percaya sangat. Agaknya dia nak main-mainkan perasaan Cempaka saja...." Nenek sudah angin semacam. Ini yang tidak sedap ni. Nenek dilihat mengurut-urut dada. Turun naik nafasnya.


Pn Saripah berdiam diri seketika. Tidak dapat mengagak apa yang sedang bermain di fikiran si nenek." Biar dulu pasal Cempaka.......kita bercakap soal kamu pulak....."


Aryan riak tidak senang. " Pasal Aryan, pasal apa?"


" Nenek nak kenalkan kamu dengan anak kawan nenek. Apa salahnya tambah kenalan. Cantik budaknya....mesti kamu suka..." Tangan masih mengurut dada.


" Erk.....Aryan......"


" Jumpa dulu........." Potong nenek. Tahu sangat Aryan ingin mengelak.


" Aryan dah ada teman wanitalah nek....." Akui Aryan.


" Kamu dengan Cempaka ni sama saja. Asyik nak membantah cakap orang tua! Esok-esok bila nenek dah tak ada baru kamu nak menyesal........."


Mengeluh berat. Baru sahaja dia membuka cerita Sara mempunyai teman lelaki, nenek sudah mengurut dada. Buka cerita dia mempunyai teman wanita nenek sudah angin satu badan. Jangan nenek rebah terus apabila mengetahui dia dan Sara suami isteri Sudah! Perkara ini perlu diselesaikan segera! Sebelum nenek merancang entah apa-apa lagi. Rumah tangga mereka juga yang merasa bahangnya. Saling menahan cemburu.....


Di atas tangga ke tingkat, Elman mencuri dengar perbualan nenek dan abangnya. Kebetulan dia mahu turun ke tingkat bawah dan terpandang nenek dan Aryan di ruang tamu. Terus memakukan langkah setakat itu. Memasang telinga. 'Confirm dorang ada skandal......sebab tu abang Aryan takut sangat kak Sara terlepas ke tangan orang lain! Ada girlfriend konon.....kak Saralah girlfriend dia nek.....'

11 comments :

  1. parah nie...masing2 ada agendanya tersendiri....
    susah jugak nak jwb soalan cepumas nenek tadi...
    x nak disbbkan nie...rumahtangga sara & aryan bergelora lak...tp biarlah mrka ni lagi tahap in love...hihihihihi
    apa2pun best hasil tulisan nie...chaiyok!!!

    ReplyDelete
  2. mak su bantuan anda amat diperlukan oleh couple ni...
    elman jgn sibuk nak buar edisi siasat....

    ReplyDelete
  3. bestlah cite ni dik.baru ari akak baca dr mula smpai abis best sesangat.nama pun sedap sara cempaka.nanti nak letak nama anak akak yg akan lahir 3 bln lagi ni.boleh ya copyright dari cite ni.sedap sangat nama tu.sambung ya dik seronok pulak nak tau macamana reaksi si elman pulak bila giliran dia pulak dpt tau pasal aryan n sara.

    ReplyDelete
  4. thanks kak!

    nk kasi nama anak? bole..bole:)

    ReplyDelete
  5. wah...suke..suke..sabar nye..cepat smbung..hehehee..:)

    ReplyDelete
  6. PI xbertauliah = elman! sebok btol mamat tu..keh3

    ReplyDelete
  7. jmungkin Elman pun leh sporting cam maksu jugak...huhuhuhuuhuhu
    apa2pun nak Aryan & Sara saling `in love'...:)

    ReplyDelete
  8. ehhh elman xthu lgi ke yg sara n aryan 2 suami isteri??uhuhu

    ReplyDelete
  9. makin menarik... agak-agaknya elman dapat tak kantoikan depa berdua ni eh?

    ReplyDelete
  10. Eiii.. Elhan ni sebokkk tauu
    -mizz acu-

    ReplyDelete