U n Uols

Wednesday, June 29, 2011

INI KISAH KITA BAB 8


Hampir terbeliak biji mata Mimie melihat telatah kedua-dua orang anak buahnya di luar restoran yang berdindingkan cermin kaca. Bukan main korang ya, berjalan sambil berpimpinan tangan. Ingat dia di sini tak sempat tengok ke aksi tarik menarik tadi. Berbulu sahaja biji mata! Romantik sangat! Pada pandangan orang sekeliling mungkin mereka pasangan kekasih yang secocok. Sama padan, sama cantik. Tapi tidak bagi dirinya. Gelagat mereka sudah melampau, mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin!


Ada yang perlu diberi pelajaran! Mungkinkah mereka terlalu terikut-ikut dengan kehidupan di luar negara? Mengenali Sara Cempaka, gadis itu bukanlah jenis yang mudah lupa diri. Begitu juga dengan Raqib Aryan. Bagaimana mahu dijelaskan kepada diri sendiri apabila kebenaran sudah di depan mata? Dinafikan atau tidak, kebenaran tetap sama. Pasangan yang teramat mesra itu tetap Sara dan Aryan!


Berdasarkan lagak mereka itu, jika diperkenalkan sebagai sepupu sepakat. Jauh api dari panggang ada yang akan percaya. Adik-beradik? Api terus padam, tidak boleh hendak memanggang lagi!


Memasuki restoran, tangan yang sedang bertaut dilepaskan. Memerhati ke dalam, mencari-cari kelibat Mak Su Mimie. Pengunjung restoran itu malam ini tidaklah terlalu ramai. Menjadikan suasananya agak tenang. Nampak sahaja Mak Su yang sedang melambai, kaki dihala menuju ke meja yang didudukinya.


Tangan Mimie disalami. Kedua-dua belah pipi Sara Cempaka dan Mimie berlaga seketika. Aryan sekadar menyalami dan mencium tangan itu tanda hormat. Mereka melabuh duduk di kerusi yang bertentangan.


" Mak Su sihat?" Aju Sara Cempaka.


" Alhamdulillah........sihat." Jawab Mimie. Kedua-duanya tidak lepas daripada pandangan matanya. Mahu memastikan betul-betul apa yang dilihat lewat petang semalam. Maklum sahajalah sudah lama dia tidak bersemuka dengan kedua-duanya. Mungkin berlaku kesilapan pada pandangan mata? Setelah memerhatikan kedua-duanya, dia yakin memang tidak silap orang lagi. Sah! Sara dan Aryan yang dilihat di tepi tasik itu. Kenyakinannya bertambah-tambah setelah meyaksikan gelagat mesra mereka sebentar tadi.


" Apasal Mak Su tengok kita orang macam tu?" Soal Raqib Aryan. Pelik dengan pandang Mimie.


" Maksu nak tanya......" Mimie tidak jadi meneruskan kata apabila seorang pelayan lelaki menghampiri mereka bersama menu di tangan.


" Order dululah....." Katanya. Setelah mengambil pesanan daripada mereka. Pelayan lelaki tersebut berlalu.


" Hmm......." Memandang Sara Cempaka. Berkalih pula kepada Aryan.

Sara Cempaka menumpu pandang kepada Mimie. Maksunya seperti mahu mengatakan sesuatu yang penting. Apatah lagi menatap pandangan mata Maksunya yang gelisah sahaja.


" Okeylah....Mak su cakap direct. Mak su nak korang jawab dengan jujur. Petang semalam, Mak su nampak korang berdua tepi tasik, betul kan itu korang?" Tanya Mimie memandang Sara dan Aryan silih berganti. Nyata kedua-duanya mempamerkan riak terkejut. Sara Cempaka diam tanpa kata.


Perlahan-lahan Aryan mengiyakan. Membuatkannya tergeleng-geleng sendiri. Hujung meja dipegang kejap. Apa dah jadi dengan kedua-dua orang anak buahnya ini? Aryan boleh diibaratkan seperti harapkan pagar, pagar makan padi! Aryan sudah melampau. Kalaupun ada hati dengan Sara, mengapa mengambil kesempatan sebegitu rupa? Lupakah dia Sara Cempaka masih lagi sepupunya? Sudah tidak ada gadis lain ke untuk dia berfoya-foya? Siapa yang terpaksa menanggung akibat kalau sesuatu terjadi nanti? Tentulah Sara, kerna Sara Cempaka perempuan. Aryan? Aryan boleh lepas tangan, dia tidak akan rugi apa-apa kerana dia lelaki.


" Aryannn..!" Serunya geram.


" Apa dah jadi? Mak su nampak semua! Bermesra-mesraan kat tepi tasik tu! Apa? hidup di luar negara sana dah buatkan korang lupa batasan? Terikut-ikut dengan gaya hidup diorang?" Mimie menghamburkan amarahnya.


" Mak su......."


" Tak payah nak terangkan apa-apa lagi Aryan." Tidak memberi peluang Aryan untuk mencelah.


" Tak cukup bermesra-mesraan kat tepi tasik, korang buat drama swasta depan restoran ni pulak?" Sekali lagi Aryan beriak terkejut menghalakan pandangan ke luar restoran. Aduh! Mereka sudah terkantoi secara terang-terangan. Dinding kaca restoran ini menampakkan terus bahagian luar. Langsung tidak perasaan. Leka sangat dengan Sara!


Sara Cempaka mengurut pelipis. Mak Su sudah tersalah sangka. Mereka dianggap melakukan perbuatan tidak senonoh! Lupa diri! Bagaimana mahu diterangkan letak duduk perkara sebenar. Hari ini tiba juga! Hari di mana mereka terpaksa berdepan dengan soal jawab daripada keluarga, biarpun hanya Mak su seorang.


Aryan terdiam seketika. Menimbang-nimbang dalam kepala. Tidak dapat tidak, kebenaran harus dibongkarkan di hadapan Mak su Mimie. Tidak guna lagi berdalih. Mereka hanya mampu berharap pengertian daripada Mak su. Juga hanya mampu berharap agar Mak su Mimie mengunci mulut setelah mengetahui kebenaran yang bakal terbentang.


Mengangguk kepala pelayan yang datang membawakan hidangan mereka. Jemari Sara di atas meja dicapai. Buntang mata Sara memandangnya.


" I will tell the truth...."


" But...."


" Tak apa....." Tangan Sara digenggam erat. Menyalurkan semangatnya.


" Tell the truth? Apa?" Memandang tangan Sara dan Aryan yang saling bertaut. Berani sahaja Aryan mengambil kesempatan ke atas Sara walaupun dia ada di hadapan mereka. Aryan ni memang...memang......


" Kami dah nikah!"


Mimie terdiam seketika. Terkedu. Lambat-lambat otaknya mencerna sebaris ayat yang keluar daripada bibir Aryan. Kami dah nikah.....What?! Aryan sudah mengahwini Sara? Apa dah jadi ni? Sejak bila? Kenapa tidak ada ahli keluarga mereka yang tahu mengenai hal ini?


" Dah......nikah?" Lambat-lambat terpancul soalan itu dari mulutnya. Memandang Sara.


Anggukkan daripada Sara Cempaka membuatkannya lemah lutut. Bersandar ke belakang.


" Kami nikah di London 6 bulan lepas...tak seorang pun dalam keluarga kita tahu tentang perkara ni." Terang Aryan lebih lanjut.


" Nikah....kat...London? Dah 6 bulan?.......Korang buat kerja gila!" Luah Mimie.


" How all this happened? Sejak kecil korang tak pernah rapat. Seorang ke hulu seorang di hilir. Sara.....please, cerita dekat Mak su. Aryan buat sesuatu ke sampai terpaksa nikah senyap-senyap?" Soal Mimie tak sudah. Mencari-cari anak mata Sara Cempaka.


Berlaga pandang dengan Mak Su Mimie. " No.....nothing happened. We.....both, just.......kami jatuh cinta." Jawab Sara Cempaka.


" How can it be? Korang sepupu......" Habis diredah budak berdua ini adat resam dan pegangan emak selama ini!


" Ya......kami sepupu. Tapi kami masih boleh bernikah kan?" Aryan menarik senyum dihujung bibir.


Lambat Mimie membalas. " Boleh.......tapi tak dianjurkan......tak berkembang zuriat....."


Sara angguk, mengerti. " Sara dah ishtikharah, jawapannya.....Aryan....."


" Dah jodoh kami Mak Su......" Kata Aryan pula.


Mimie berdiam diri seketika. Cuba menerima kejutan yang dibuat Sara dan Aryan. Sekurang-kurangnya kebenaran tidaklah seburuk apa yang difikirkannya. Sudah sedikit tenang. Kembali bersuara.
" Cakap apa pun dah tak guna.....korang dan nikah. What can we do....just....move on. Bila nak bagitau semua orang?"


Aryan memandang Sara Cempaka. Kemudian berkalih kepada Mimie. " Itu satu hal. Masalah besar. Kami nak rahsiakan dulu perkara ni daripada mereka. Tunggu keadaan sesuai dulu.......Aryan nak mintak tolong Mak Su.....please keep this as secret?"


Jus tembikai disisip sedikit. Melegakan tekak yang sudah kering akibat bercakap tidak henti-henti. Memandang Sara dan Aryan.


" You can count on me." Balasan Mimie melegakan kedua-duanya.


" Terima kasih Mak Su." Ucap Sara Cempaka, terharu. Bangkit dari duduknya. Terus dipeluk Mimie seerat-eratnya.


" Tak kuasa Mak Su nak jadi menyampai berita untuk nenek korang.....Sara ni....habis rambut Mak Su......" Rungut Mimie disulami dengan ketawa.


" Sebab tu Sara sayang sangat dengan Mak Su......."


" Eleh......saja nak ampu lebih-lebih kan.......ada pengerasnya jugak......"


"Hah, pengeras"


" Iyalah.....banglo sebuah, kereta mewah 2 buah....."


" Melampau dah tu!" Balas Aryan.


" Gurau jela. Ni....korang tinggal kat mana sekarang?"


" Sara kat rumah emak. Aryan kat rumah nenek." Jawab Sara.


Mimie mengeleng lagi. " Tak ada niat nak cari rumah ke?"


Memandang Aryan." Sara memang nak pindah tinggal sendiri. Tapi takut emak dengan nenek tak kasi......." Luah Sara. Aryan cuma mendengar perbualan Sara dan Mak Su Mimie yang hanya berbeza usia dua tahun daripadanya. Tidak ubah seperti kakak sahaja.


" Bukan takut....tapi dah sahih-sahih diorang tak bagi. Macam ni......Sara cakap je nak tinggal dengan Mak Su. Apartment sebelah Mak su tu kosong sekarang. Tuan rumah kena tukar pergi oversea. Dia ada suruh Mak Su tolong carikan penyewa atau pembeli. Korang nak ambik rumah tu tak?"


" Hmm....boleh ke?"


" Alah, nanti Mak Su sokong Sara depan Kak Ngah dan Mak.....kan cakap nak tinggal dengan Mak Su....takkan tak bagi jugak...."


" Kira jadilah Mak Su....." Sahut Aryan.


Aryan menarik nafas lega. Mujurlah Mak Su Mimie boleh diharapkan untuk menyimpan rahsia. Dia sedar, lambat laun perkara ini akan terbongkar juga. Cuma mereka memerlukan sedikit waktu. Menyiapkan diri dengan sebarang kemungkinan. Tiada siapa tahu apa yang bakal dihadapi mereka di hari-hari yang mendatang......



15 comments :

  1. bestnya ada maksu spoting cam tuh,,

    ReplyDelete
  2. nk lg...nk lg...

    ReplyDelete
  3. Fuh, mujurlah maksu sporting. Tapi jenuh juga nak cover nanti.

    ReplyDelete
  4. hohoho..ingtkn elman..upenye maksu..hehe

    seb baek maksu sporting..mintk2 lulus la permohonan dieorg nk sewa umh tu..mesti sng sket ati aryan nnt..hehe..xde la nk kne panjat pagar lg :D tp klau sara 'konon' nye dok umh maksu..aryan mcm mne?xkn ckp nk dok umh sewa jgk..nnt mcm suspicious la plak..

    next2 ^^

    ReplyDelete
  5. tapi.. sara nikah kan kena ada wali, wali dia siapa?

    ReplyDelete
  6. mak su mimie mmg best....the best mak su ever n ever....hahaha

    ReplyDelete
  7. thanks yg bertanya...

    Dlm kes ini bapanya sdh meninggal...
    wali berpindah kpd adiknya....ttp adiknya berada jauh di M'sia...melebihi 2 marhalah & ala2 bru ckp umur shj...

    sy andaikn mrk diwalikn olh hakim @ pendaftar nikah...-slh please btulkn,myb reseach sy xlngkp.

    ****serupa berforum pulok ni...:))

    ReplyDelete
  8. best nyer dapat mk su sporting gler...huhuhu

    ReplyDelete
  9. dewdrop> suspek jgk ni.....huhu

    to all yg komen2..thanks!

    ReplyDelete
  10. terBAEK....sgt menarik...sambung r cpt cikit..x sabar...

    ReplyDelete
  11. alahai maksu ni.....cool gilerr!!!!!!
    hu9....nk lg!!!
    -ana-

    ReplyDelete
  12. Uhh bestnye ada maksu yg sporting

    ReplyDelete
  13. nsb baik dpt mak cik yg sporting..
    lau tak habis la dorang....

    ReplyDelete
  14. tak sambung ke???

    ReplyDelete