U n Uols

Wednesday, March 07, 2012

Bab 3: Hati Bertanya Siapa Kamu

“ Saya bayarkan bil rawatan ni…”

“ Eh….tak apalah..saya bayar sendiri..”

“ Saya bayar…”

“ Saya bayar sendiri…”

“ Siapa bayar ni? Akak dah penat tengok korang berebut nak bayar. Siapa-siapa bayar pun tak kisah, ada perkara berbangkit, kamu settle luar klinik.”

“ Saya bayar!”

“ Ye…ye…..dia bayar kak…” Dayang menunjuk kepada jejaka di sisinya.

“ Terima kasih.” Mengucapkan terima kasih kepada petugas di kaunter seraya menyambut seplastik ubat-ubatan. Berpaling dan menapak ke depan tanpa menunggu apa-apa lagi. Bayaran untuk rawatannya telah diselesaikan oleh jejaka yang bertanggungjawab mendatangkan kemudaratan ke atas dirinya. Malang sungguh hari ini.

“ Hah…..laju jalan. Nak ke mana?” Tegur jejaka yanghampir melanggarnya pagi ini. Jejaka itu masih berdiri berhampiran kaunter.

“ Nak pergi kerja laa…” Jawab Dayangku Inara.

“ MC…”

“ Dapat MC ke?” Wajah yang masam mula tersenyum.

“ Ni…” Menunjuk kertas di tangan.

“ Bak sini…” Kertas di tangan si jejaka cuba disambar.

“ Tunggu dulu…saya hantar balik rumah…”

“ Ish….awak ni…” Mengetap bibir geram. Kaki dihentak-hentak ke lantai klinik. Tak ubah seperti kanak-kanak lagaknya.

Si jejaka jungkit kening. “ Dah tak sakit kaki? Hebat klinik ni, ubat apa doktor bagi? Cepat sembuhnya…”

Dayang mencebik. “ Kaki yang sakit, kaki kiri. Kaki kanan tak sakit. Saya boleh balik sendiri. Naik teksi terus sampai rumah.”

“ Saya tetap nak hantar awak balik. Saya yang bertanggujawab ke atas awak!” Melihat pandangan pelik gadis di hadapannya, si jejaka membetulkan ayatnya.

“ Maksud saya….saya yang menyebabkan awak jadi macam ni. Tentulah menjadi tanggungjawab saya memastikan awak selamat sampai ke rumah.”

“ Saya boleh balik sendiri. Saya tak nak susahkan awak.”

“ Saya tetap nak hantar awak balik!”

“ Kenapa beria-ia sangat ni? Awak saja nak tau mana saya tinggal kan?”

Senyum lucu. “ Bijak jugak!”

“ Awak ni sebenarnya orang jahat ye?”

“ Awak rasa?”

“ Ikut saya? Muka macam penyangak. Confirm orang jahat! Saya dah agak sejak tadi…”

“ Saya orang baik-baik. Kalau saya orang jahat, buat apa larikan awak ke klinik, baik bawak balik rumah saya je…”

“ Saya balik sendiri!”

“ Awak ni, saya nak hantar balik rumah je. Bukan nak buat apa-apa. Penat saya hadap awak pagi-pagi ni, macam-macam drama dah….encik….encik…turunkan saya…kawan-kawan tolong aku.” Si jejak mengajuk. Tangan digawang-gawangkan ke udara persis sedang kelemasan di laut.

“ Saya penat jugak dengan awak. Tak faham bahasa. Saya cakap saya balik sendiri, saya balik sendirilah!” Mencekak pinggang.

“ Tak apa, awak tak nak saya hantarkan pun….saya dah tau mana awak tinggal. Mesti flat depan bus stop tu…muncul dekat situ, mesti tinggal dekat sini jugak..”

Terkasima. “ Taklah! Bukan! Mana ada saya tinggal sana. Saya tak tinggal dengan dua orang kawan tadi! Tak duduk serumah dengan diorang di tingkat 9 tu!” Beria-ria menafikan beserta dengan gelengan kepala.

“ Oo….jadi sekarang ni duduk serumah dengan kawan-kawan yang tadi….tingkat 9. Rumah nombor berapa?” Jejaka yang belum diketahui namanya itu sengih lucu. Kalau tak pandai berbohong tu, tetap tak pandai juga.

“ Awak!!!” Geram dipermainkan jejaka itu.

“ Dah….dah….saya hantar balik. Promised saya tak apa-apakan awak. Awak akan sampai rumah dengan selamat.” Janji si jejaka.

“ Saya cakap, saya balik sendiri! Nak balik sendiri jugak!” Melangkah tanpa menghiraukan jejaka yang menyibuk dengan halnya.

“ Dayangku Inara binti Saufi. Saya hantarkan! Kalau awak terus melangkah, saya dukung macam tadi!” Tegas jejaka itu bersuara.

Serta-merta langkahnya terhenti. Tertanya dari mana si jejaka itu mengetahui namanya. Menapak kembali ke arah jejaka penyibuk itu. Sudah laa hampir menyebabkan dia hilang nyawa, berani mengugut pula? Sekarang Dayangku Inara benar-benar marah! Jaga kau jejaka kacak!

“ Mana awak tahu nama saya? Awak ni pengintip ya? Kerja dengan tok janggut?”

“ Tok janggut? Siapa tu? Tadi akak dekat kaunter tu panggil macam tu…”

“ Betul ke kak?” Berpaling kepada kakak di kaunter bayaran.

Si akak kaunter mengangguk. Layan sahajalah gelagat pesakit itu. Dalam hati berdoa, minta-minta cepat beredar budak berdua ini. Pening kepalanya.

“ Erk…baik, saya terima penjelasan awak. Encik..er…encik….tak kisah nama apa, tolonglah lepaskan saya dari genggaman awak. Saya cuma nak balik rumah saya je…” Dua belah tangan dirapatkan. Memohon sedikit pengertian daripada jejaka itu.

“ Awak menapak selangkah je lagi, saya dukung masuk kereta!” Ya, Allah. Cakap apa pun tetap tak jalan. Bercakap dengan jejaka penyibuk ni tak ubah seperti mencurah air ke daun keladi!

“ Saya nak balik sendiri!”

Habis sebaris ayat diucapkan Dayangku Inara. Tubuh itu sekali lagi disauk. Dicempung menuju ke kereta yang diparkir di hadapan klinik.

“ Lepaskan saya! Tolong! Tolong! Saya diculik!” Mengelempur dalam dukungan jejaka yang tidak dikenali. Mata tertangkap sebatang tubuh. Sedang mara ke arah mereka.

“ Abang! Abang Idham…..tolong akak! Akak diculik!” Meminta pertolongan daripada lelaki itu.

Idham melajukan langkah. Mata dikecilkan untuk mengecam perempuan yang memanggil-manggil namanya. Terbuntang biji apabila mengenalpasti empunya diri yang memanggil. Selama dua bulan ini ke hulu ke hilir dia mencari, hari ini muncul di hadapannya. Dayangku Inara sendiri yang menyerah diri. Ini sudah bagus!

“ Apa hal ni?!” Menahan jejaka yang sedang mencempung Dayangku Inara.

“ Abang Idham tolong!” Jerit Dayang kuat.

Si jejaka melepaskan Dayangku Inara. Didaratkan cermat. Dayang mengambil kesempatan yang ada, cepat-cepat bergerak ke belakang lelaki yang dipangil abang Idham. Menyorok di situ. Sebahagian daripada dirinya mula terasa selamat. Sebahagian lagi mendesak supaya segera melarikan diri daripada Idham. Bergerak sekarang, jejaka tu serahkan kepada abang Idham. Biar abang Idham belasah cukup-cukup! Hahaha….padan muka!

Badan dipusingkan. Setapak Dayang menapak. “ Akak….”

Langkah kaku. Alah. Baru je berhajat nak larikan diri, tak sempat pula. Kepala menoleh Idham. Dia sengih lebar. Abang Idham dah dapat baca apa yang ada dalam kepalanya?

“ Nak pergi mana? Lari lagi? Sini!”

“ Akak tak pergi mana-mana pun…” Menafikan. Bergerak ke sisi Idham.

“ Dia tak kenal?” Idham bertanya jejaka yang mencempung Dayangku Inara tadi. Si jejaka angguk tanda mengiyakan.

Idham beriak terkejut. Kerut kening. Berlapis sejuta dahi. Adiknya tak kenal dengan lelaki ini? Betul-betul tak kenal? Otak berjalan lurus ke senget Dayangku Inara ini? Mata bulat tu dah rabun? Sehingga lelaki yang berdiri di hadapan mereka langsung tidak dikenali. Bukankah sudah pernah berjumpa ketika majlis kahwin dulu? Adik siapa ni? Malunya nak mengaku ada adik kepala tak betul!

“ Dah berkenalan?” Menyoal Dayang.

Dayang geleng.

“ Menyorok apalagi, salamlah.” Idham mengarahkan. Siap dengan gerakan kepala lagi.

“ Abang, dia nak culik akak!”

“ Culik…culik. Salam!”

Abang Idham kenal dengan jejaka penyibuk ni? Kawan baru abang Idham ke? Dia kenal dengan hampir kesemua kawan-kawan abang Idham, yang ini tak pernah pula dikenali.

“ Nama saya Gibran….”

“ Geram?” Dayang terkejut.

“ Bukan geram, bukan gabra dan bukan juga gemuruh. Nama saya Gibran.” Lembut suara itu memperkenalkan diri. Tangan dihulur untuk bersalaman.

Dayang menundukan sedikit kepala. Senyum nipis. Mengangguk. “ Maaf bukan mahram…tak boleh salam…” Mengenakan jejaka yang bernama Gibran. Biar lelaki itu sedar diri sikit. Suka-suka hati sahaja menyentuh dirinya.

“ Salam jelah…” Ilham disisi menyampuk. Lengannya dikuis-kuis.

“ Apa abang ni…” Rungut Dayang.

“ Salam! Salamm!” Mata dibesarkan. Idham menekan suaranya.

“ Selalu marah salam dengan orang lelaki…kali ni boleh pulak…” Membebel tak puas hati.

“ Salam jelah!”

Wajah penuh tanda tanya. Abangnya dipandang pelik. Lambat-lambat tangannya menyambut salam lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Gibran. Berketrampilan kemas dan segak bergaya orangya. Berwajah bersih memikat sesiapa yang memandang. Bukan seperti penyagak bagai dikata.

Saat tangan bertaut, ada getaran halus yang mengalir. Tangan yang digenggam kemas lelaki itu cuba ditarik. Sepertinya tautan tangan mereka tidak mahu dileraikan. Wajah lelaki itu pula berseri-seri tak ubah seperti pengantin baru. Ni apa kes pulak?

“ Ehem…..ehem….tangan saya…” Dayangku Inara berdehem kuat seraya memuncung kepada tangan mereka.

“ Maaf Dayang…” Mohon Gibran. Tautan tangan mereka dilepaskan.

“ Kawan abang ke?” Menyoal Idham.

“ Kawan abang apanya. Ini kan…”

“ Saya kawan abang Idham…” Celah Gibran. “ Kawan baik.”

Dayang pandang Idham. Minta kepastian. “ Kawan ni! Kawan abang. Dulu dah pernah jumpa. Tak ingat? Muda-muda dah nyanyuk…kami kawan baik.” Dahi Dayangku Inara diketuk Idham. Dah? Bila? Kenapa langsung tak ingat? Tak kan daya ingatannya selemah itu?

Gibran dan Idham saling menepuk bahu. Dayang kerut kening. Pelik melihat gelagat abangnya dan lelaki di hadapan mereka. Sedang bermain isyarat mata pula. Mereka nampak serasi bersama. Tak syak lagi, mereka memang kenal! Patutlah beria-ia suruh dia bersalam. Mentang-mentang lelaki ni kawan dia, semua pun boleh.

“ Abang….akak nak balik.”

Sure..sure…let’s go!” Gibran pula yang menjawab. Mempersilakan Dayang melangkah ke keretanya.

“ Sekejap Gibran, abang nak cakap dengan budak ni.” Mengheret Dayang sedikit menjauh daripada Gibran.

“ Dah puas lari? Malukan mak, malukan ayah! Kecoh majlis dulu!”

“ Akak…akak…” Terasa nak menangis dimarahi abang Idham. Itu semua bukan salahnya. Salah mak, salah ayah dan salah abang Idham. Kenapa kahwinkan dia dengan lelaki yang tak dikenali? atuk tua berjanggut! Lelaki tu suka dia, tak semestinya dia suka lelaki tu! Ayat apa yang dimomokan lelaki itu sehingga terbeli jiwa ibu bapanya. Abang Idham dan adik-adik juga. Semua orang tak faham apa yang dia rasa…

“ Akak minta maaf.” Sendu suaranya. Menunduk ke lantai. Tidak berani mengangkat kepala.

“ Hmm….sekarang kerja kat mana?” Idham merendahkan suara. Kesian pula dengan adiknya ini. Tidak sampai hati untuk terus marah-marah.

“ Kerja kerani aje…dekat mana tak boleh cakap…”

“ Tinggal kat mana?”

“ Abang nak bagitau mak dengan ayah ke?” Memandang Idham.

“ Tak. Abang tak cakap.”

“ Akak tak boleh bagitau…akak tak percaya dengan abang!” Sebenarnya bimbang dia tersasul cakap seperti tadi. Tak pasal-pasal si Gibran tu dah tahu mana dia tinggal. Harapannya agar Gibran tidak bercerita dengan abang Idham.

Idham berkalih pandang kepada Gibran. Lelaki itu menghantar isyarat. Tak mengapa.

“ Nak balik kan? Balik dengan Gibran….biar dia hantarkan.”

“ Akak boleh balik sendiri.”

“ Balik dengan dia…abang nak hantar, kereta tak ada. Masuk wad.”

“ Gibran…hantar akak balik.”

Gibran angguk.

“ Tapi abang….”

“ Balik dengan dia, kalau tak abang susah hati. Gibran bukan orang jahat. Kawan abang…”

“ Tapi abang…”

“ Nak abang bagitau mak dengan ayah abang jumpa akak?” Mengugut.

Dayang geleng laju.

“ Balik dengan Gibran!”

Let’s go…” Ajak Gibran.

“ Encik Gibran jalan dulu…saya nak cakap sesuatu dengan abang saya.” Dayang paut lengan Idham. Berbisik sesuatu di telinga si abang. Ada perkara yang mahu diadukan. Dia sebenarnya kurang senang dengan pandangan Gibran. Merenungnya seperti mahu tembus ke dasar hati!

“ Kenapa kawan abang tu? Siapa dia? Pandang akak macam nak telan. Akak ni hak orang…tak baik pandang isteri orang macam tu…”

Idham menjauhkan kepala dari Dayangku Inara. Wajah adiknya dipandang dengan senyum lucu. Kenyataan yang keluar dari mulut si adik buat dia geli hati. Tadi dah buat lawak, sekarang melawak lagi. “ Hak orang? Sedar diri jugak. Di mana tempat isteri? Di samping suami kan? Lari daripada suami tu baik sangat?” Berdas-das kata-kata sinis diucapkan Idham. Tepat mengena ke batang hidung Dayang.

“ Abang ni….” Lengan Idham dicubit geram. Dia cuma nak mengadu, abang bahasakan dia cukup-cukup pula. Di sekolahkan sekali! Mereka bergerak ke kereta.

“ Gibran. Good luck!” Ucap Idham selepas menutup pintu kereta untuk Dayang.

Thanks abang Idham!” Gibran senyum penuh makna seraya memasuki perut kereta.

Idham menepi. Mengangkat tangan kepada Gibran yang berlalu. Dia bergerak ke kereta sendiri yang diparkir selang beberapa buah kereta dari klinik. Kereta masuk wad? Bohong sunat…

Untuk versi penuh dapatkan novel Hati Bertanya Siapa Kamu di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari http://www.karyaseni.my/ untuk pembelian secara online.

13 comments :

  1. hme... gibran 2 suami inara kew

    ReplyDelete
  2. Bestlah citer ni...kelakar. Sengal betullah si Dayang tu.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Teruskan cerita yg menarik
    Suka part ini "Maaf xblh salam bukan mahram"

    ReplyDelete
  5. hahaha....suke le cite nih...best...best...best...

    ReplyDelete
  6. sedap.......sedap cm kfc cite nie......
    sambunggggggggg......

    ReplyDelete
  7. kelakar lah inara ni! hehehe.

    ReplyDelete
  8. best citer ni... xsangka Gibran tu hubby Dayang.... knp la Dayang ni sengal sampai suami sndri pn xknl.... cpt2 smbg tau kak Nurfelisya

    ReplyDelete
  9. best citer ni... xsangka Gibran tu hubby Dayang.... knp la Dayang ni sengal sampai suami sndri pn xknl.... cpt2 smbg tau kak Nurfelisya

    ReplyDelete
  10. hahaha...kelakar betul si dayang ni....dia ingat kawin dgn org tua berjanggut......

    ReplyDelete
  11. hahaha... apa lah bengongnya inara ni. boleh plak dia fikir atuk bjanggut tu suami dia. bukan dia nk tnya dl siapa suami dia yg sebenar mn tau dia silap pandang ka. ini tak terus cabut smpai tak kenal dah suami sendiri. ahaks... apa la gibran nk bt lps ni kat inara??? tackle inara ya??? hehehe... good job writer. this story mmb best n funny. ;D

    ReplyDelete
  12. best lah cite nie.. bila nak update lg??

    ReplyDelete
  13. dh sah2 Gibran tu suami Dayang...hahahahahahahahahaaa....

    ReplyDelete