U n Uols

Wednesday, March 09, 2011

KAU DAN AKU BAB 6


Krung.....krang…..bunyi sudip berlaga dengan kuali memenuhi ruang dapur. Semerbak bau yang dikeluarkan. Beberapa minit kemudian hidangan nasi goreng sudah siap. Kenapalah Raykal suka sangat dengan nasi goreng ni. Tak adalah special mana. Mujurlah Datin Sheila sudah berpesan kepada Mak Cik Zah, pembantu rumahnya supaya menyediakan bahan-bahan nasi goreng kegemaran Raykal itu. Paginya Min hanya perlu mengoreng nasi. Tidaklah dia kelam kabut.


“Morning Cik Min.” Sapa Raykal ketika mengambil tempat duduk di meja makan.


“Morning handsome boy.” Balas Min.


Raykal tersenyum-senyum apabila dipuji Min. Rambut yang sedia terpacak dipacakkan lagi. Perasan juga anak buahnya. Baru dipuji sikit dah senyum sampai telinga. Tentu ikut perangai Kak Tina ni. Min menghulurkan pinggan yang berisi nasi goreng kepada Raykal.


“Thanks.” Kata Raykal. Disudukan nasi ke mulut. Dia makan dengan berselera.


“Takkan terima kasih je….tak cukup tu.”


“ Cik Min nak apa? Nanti Raykal suruh mama belikan.” Raykal memandang Min dengan riak tertanya-tanya.


“Apasal mama pulak. Cik Min tak nak hadiah. Raykal promise dengan Cik Min jangan nakal-nakal masa mama dan papa tak ada kat sini. Boleh? Raykal mengherotkan mulutnya ke kanan dan ke kiri. Sedang berfikir barangkali.


“ Yes I promise!.” Kata Raykal yakin. Kemudian dia menaikkan jari anaknya untuk ditautkan dengan jari anak Min. Kebetulan ketika jari mereka bertaut Dato Ismail dan Datin Sheila menghampiri meja makan.


“Janji apa ni?” Soal Dato Ismail. Dia sudah duduk di kerusi di hujung meja. Datin Sheila hanya tersenyum memandang gelagat kedua-duanya.


“Raykal promise something dengan Cik Min tuk.”


“Tak nak bagitau Atuk ke?” Min memandang Raykal.


“Owh, kalau promise kena bagitau semua ke Cik Min?” Soal Raykal sambil matanya terkebil-kebil memandang Min. Setahunya, kalau berjanji tidak boleh diberitahu kepada orang lain. Jadi rahsia.


“Yang ni boleh bagitau.”


“ Promise takkan nakal-nakal selama mama dan papa tak ada kat sini.” Kata Raykal sambil mengangkat tangan gaya orang berikrar. Serentak itu tercetus tawa mereka.


“Morning. Wah cerianya pagi-pagi ni.” Sapa Luth Qadri yang baru ke ruang makan. Dia mengenakan kemeja biru laut dan slack hitam. Sambil tangan membimbit briefcase.
Min mengerling sekilas. Dia datang sini atas urusan kerja agaknya. Baru dia perasan pakaian mereka yang sedondong. Datin Sheila sudah tersenyum-senyum. “Kamu berdua dah berjanji ke?” Usik Datin Sheila. Luth Qadri hanya tersenyum.


“Come Qad…join us.”
Luth Qadri duduk di sebelah Raykal. Menyisip sedikit kopi panas. Dia perasan Min terus diam apabila dia menyertai mereka.


“Makan apa tu. Sedapnya….mintak sikit.?” Kata Luth Qadri kepada Raykal.


“Tak boleh, ni Raykal punya. Kalau papa Qad nak suruh Cik Min buat lain.”


“Tapi Cik Min Raykal tak layan papa Qad. Nanti Raykal suruh dia buatkan untuk papa Qad sama, boleh?” Sambil mata memandang Min.
Min yang mendengar perbualan mereka pura-pura tidak dengar.


“Papa Qad mintaklah sendiri. Tak payah malu. Cik baik, mesti dia buatkan….kan Cik Min?”
Tersedak Min mendengar jawapan Raykal. Buat orang kalut saja.


“Raykal pergi sekolah ni siapa hantar?” Min mengelak.


“ Tak apa, Uncle hantar. Lagipun Min tak lalu sekolah Raykal kan.” Min hanya mengangguk.


“Dulu Min belajar dekat UM jugak? Sama dengan Qad. Tak pernah jumpa ke?” Soal Datin Sheila sambil memandang mereka berdua silih berganti. Kunyahan terhenti. Terasa berpasir sahaj roti yang dimakan.


“Tak sama courses. Tak kenal, mungkin pernah terserempak. Entah…tak perasan pulak.” Dalih Min. Dapat dilihat air muka Luth Qadri yang berubah apabila mendengar jawapanya.
Nak berahsia rupanya. Tak apa aku ikut rentak dia. Luth Qadri berkata sendiri.


“Tapi muka you ada iras-iras orang yang I kenal…kenal masa dekat UM jugak.” Sengaja mengenakan Min.


Skirt separa lutut yang dipakai terasa singkat semacam. Peti suara dan terasa sakit. Memang pagi-pagi lagi Luth Qadri dah buat havoc. Senyuman plastik terukir di bibir. “Silap orang agaknya.”


“Erm….agaknya.” Jawapan Luth Qadri sedikit melegakan. “ Tapi, I rasa tak silap orang dah……” Nafas kembali tersekat. Dikerling Datin Sheila yang memandang penuh tanda tanya.


“Kamu ni, sama tapi tak serupalah tu.” Sampuk Dato Ismail. Akhbar di tangan sudah diturunkan. Nafas yang tersekat lancar kembali dengan kata-kata Dato Ismail. Terima kasih uncle, kata Min dalam hati.


Tanpa menunggu lebih lama Min memintak diri untuk ke pejabat. Lebih lama dia di situ pasti terbongkar rahsia mereka. Ya, rahsia pertunangan yang tidak diketahui oleh keluarga. Bertunang gaya mat saleh. Main sarung cincin sahaja. Bukan sengaja dia ingin berahsia. Kalau diketahui emak yang mendukung adat dan budaya dekat kampung tu, memang dia cari pasal. Dulu muda lagi memang buat keputusan tanpa berfikr. Sekarang baru terasa akibat perbuatan itu.


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

2 comments :

  1. baru nampk bkembang sket citer ni...

    ReplyDelete
  2. bertunang then putus la nii. tu yang bencibenci xD

    ReplyDelete