U n Uols

Tuesday, April 02, 2013

SI PENGEJAR CINTA BAB 3

LELAKI yang sedang berdiri berhampiran katil itu seakan terkejut. Seketika wajahnya dibaluti sinar ceria. Gembira dengan pertemuan kedua. Sebentar kemudian wajah tidak beremosi yang ditayangkan.
“Adrus...” Sebut Adenalis. Perasaannya bercampur-campur. Sedih dan gembira pada masa yang sama. Mata berkaca-kaca diiringi senyum yang ingin memekar.
“Memang awak. Saya tahu memang awak...” Tutur Adenalis lagi.
“So...?” Menapak ke pintu. Wajah tak beriak. Tiada senyuman, jauh sekali kemesraan dalam nada itu.
“Adrus..Ini..Ini saya, Dena.”
“Okey, awak Dena. Ada saya peduli?”
“A..Awak....” Terkelip-kelip memandang lelaki di hadapannya.  Tak percaya kata-kata itu keluar dari bibir lelaki yang bernama Adrus.
“Adrus...Saya benar-benar minta maaf tentang kita...”
“Tentang apa?”
“Tentang perkara yang dulu... Adrus....saya minta maaf...saya tak berniat nak buat awak ter...”
Adrus tergelak. Gelak sinis. “Awak di sini untuk bercakap perihal peribadi, bukan tentang kerja? Huh!” Adrus mendengus.

“Sa….saya.. Adrus...”

“Adrus?” Angkat kening sebelah. “Miss... Please respect me as a guest! Macam manalah hotel yang berbintang boleh gajikan pekerja yang langsung tak profesioanal macam ni?! Tak cekap langsung! Orang macam you boleh buat hotel ni lingkup!” Lagaknya cukup sombong. Berdiri tegak dengan tangan yang bersilang di dada menghadap Adenalis di ambang pintu.
I...I’m sorry sir...” Dalam kepedihan diselar Adrus, bibir masih kuat untuk memohon maaf lagi. Silapnya. Lupa terus dengan etika kerja kerana dikuasai rasa gembira bercampur teruja dapat bertemu lelaki ini.
Sorry....Maaf...tu  aje yang you tahu! Senangnya you buat kerja. Hujung bulan dapat gaji buta! Kalau tahu macam ni, baik I minta pihak syarikat carikan hotel lain... Hei, hotel lain yang lebih baik melambaklah.” Adrus mengherdik.
What?” Air muka Adenalis dah berubah.
“Makan gaji buta! Tak buat kerja! ”
Adenalis terkedu. Sabarnya tercalar. Sopan sungguh bicara Adrus. Sesedap mulut lelaki itu mengata hotel ini bakal lingkup kerananya. Tak cukup dengan itu, Adrus melabelnya sebagai petugas yang tidak cekap. Lebih teruk dia dituduh makan gaji buta?! Apa yang lelaki ini tahu tentang tugasnya? Mereka hanya bertemu hari ini. Jika orang yang mengata itu bukan Adrus, mungkin dia tidak terkesan sehingga begini sekali. Mungkin juga tidak terkesan langsung. ‘Sabar Adenalis.... Sabar. Walaupun lelaki ini Adrus, dia masih tetamu hotel. Customer always right.... Ingat Dena’. Perasaan yang terguris dan kemarahan yang ingin meledak ditahan.
“Atau I patut bawa perkara ni kepada pihak atas you? Mahu? Benda kecil pun tak boleh handle...” Belum puas melepaskan bicara yang menyakitkan hati.
Berdesing telinga mendengar amaran dan kata-kata mencemuh tugasannya. Walkie-talkie yang digenggam diangkat mendekati bibir.
“Farah, bawa sut itu cepat! I said nowNow!!” Arah Adenalis. Tak semena-mena kemarahan terlepas kepada kakitangannya.
You know what, Dena? I ingat you dah nikah dengan orang kaya. Bukan ke you perempuan materialistik yang pandang harta lelaki? Tapi, tak sangka masih bekerja...cari duit sendiri? Jadi house keeper? Sesuai sangat...” Ketawa. Cukup sinis. Ikatan jubah mandi ditubuh dikemaskan.
“Kenapa? Orang-orang kaya yang berharta tak sudi memperisterikan you? Lelaki tu... Anak orang kaya yang sama-sama study dengan kita... Siapa namanya ya?” Memetik-memetik jari.
“Hmm...T-Dee...Timba...? Sorry Dena, I tak ingat nama boyfriend you... Or maybe dah jadi ex? Dia dah tinggalkan you? Kesian Dena...” Peryataan bikin panas oleh Adrus.
“Cukup!” Bergetar suara Dena. Namun tegas. Mencerlung mata menentang pandangan jengkel Adrus. Kenapa lelaki ini berubah sama sekali? Sikapnya jauh berbeza. Adrus yang sekarang bijak bertutur. Bijak menuturkan kata-kata sindiran setajam belati!
Bukan sindirin atau kata-kata sinis yang diharapkan mengiringi pertemuan kembali mereka. Dia tak harap keadaan ini yang berlaku. Fikirnya, masa-masa yang berlalu akan menyedarkan Adrus kenapa dia bertindak seperti itu beberapa tahun lepas. Mendengar setiap butir bicara lelaki itu sekarang, dia sedar Adrus masih menyimpan rasa sakit hati terhadapnya. Adrus, bagaimana Dena nak buat awak faham...?
“Habis madu sepah dibuang?”
“Pang!!” Lima jari milik Adenalis menyentuh pipi Adrus. Lelaki itu terkelu dihadiahkan dengan sebuah tamparan.
“Cik Dena...” Farah yang datang membimbit sepasang sut milik Adrus, terkejut dengan kejadian berlaku.
“Bagi baju tu pada dia!” Dengan nafas turun naik, mata memerah, dan suara dari dalam tekak Adenalis berkata. Berjalan melintasi Farah. Menapak meninggalkan hadapan bilik itu.
“Saya tak akan maafkan awak, Dena! Tak akan maafkan. Dulu, sekarang dan sampai bila-bila!!” Adrus keluar dari biliknya. Melaung menyampaikan kemarahan.

Tanpa menghiraukan laungkan itu, Adenalis melangkah dan melangkah meninggalkan perbuatan yang sedang dikesalinya. Bertahun dia menunggu lelaki itu, apabila mata kembali bertentang mata, dia berikan sambutan ‘hebat’ yang tak mungkin dapat dilupakan. Hadiah asli dari hasil tangannya. Lima jari dah selamat terlayang ke pipi Adrus...

8 comments :

  1. dlu de cerpen dier kan lisa?

    ReplyDelete
  2. sweett...... lagiiii..

    ReplyDelete
  3. anon, aah dolu cerpen skang sy buat novel pulok:)

    ReplyDelete
  4. Nk tau apa perkembangan terkini 'Anggunkah Aku'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy gantung dlu krn masalah teknikal..:((

      Delete