U n Uols

Isnin, September 03, 2012

NOVEL KAMI DAH KAHWINLAH!

Tajuk asal Ini Kisah Kita

Blurb Belakang Novel

“Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Pegang adat keluarga kita. Adat turun-temurun kita…” – Nenek Saripah
Siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? Raqib Aryan dan Sara Cempaka, dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Padahal pada zaman kanak-kanak, mereka langsung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-menjeling. Tapi apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi mesra.
Pada mulanya mesra sebagai saudara sepupu, lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Tapi, bagaimana dengan Nenek Saripah yang memegang kuat adat keluarganya?
Akhirnya, mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. Rahsia yang disimpan dari London terbongkar di Malaysia apabila Elman Amar dan Mak Su Mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.
“Kak Sara suka abang?” – Muhamad Elman Amar
“Petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. Betulkan itu kau orang?” – Mak Su Mimie
Walaupun tanpa restu keluarga, namun mereka tetap mempertahankan hubungan suci itu. Rasa cemburu dan dugaan diharungi bersama-sama dengan pujuk dan memujuk. Tapi,cadangan Nenek Saripah telah menggugat pendirian Raqib Aryan dari terus merahsiakan hubungan mereka. Walaupun ditegah oleh Sara Cempaka, namun kisah hubungan mereka harus dikhabarkan kepada nenek!
“Hari ni jangan tayang senyum sangat... Nanti Mak Cik Habibah dengan anak dia terpikat habis…” – Sara Cempaka
“Bimbang ke? Kalau macam tu, Sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang-sorang. Ada yang nak menempel karang.” – Muhamad Raqib Aryan
Adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama Nenek Saripah? Rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam… Kami Dah Kahwinlah!



Ok...Kami Dah Kahwinlah! dah keluar. Boleh order kat sini http://p2u.my/


Kepada yg menantikan e-novel ini jadi sebuku....oh..eh bukan....sebuah buku (maapkn sy)...boleh dapatkan sekarang jugok!  


Itu sajelah agenda mempromosi...xdan nk tolis byk2^^

Bye3...