U n Uols

Friday, May 04, 2012

Bab 10: Hati Bertanya Siapa Kamu

Gibran di sebelah dikerling dengan ekor mata. Diam lagi. Dua hari lepas, semalam dan hari ini masih sama. Orang lelaki pun sama macam perempuan juga agaknya, ada hari-hari mood pergi ke bulan. Pandang jalan sahaja. Dia di sebelah bagaikan tidak wujud. Buat dia segan sendiri menumpang kereta lelaki ini.

“ Hei! Awak.” Tegur Dayang.

“ Hmm…”

“ Ada lagi, saya ingat dah sampai ke bulan..”

“ Hmm….”

“ Kalau awak tak ikhlas hantar saya pergi balik kerja, cakaplah….saya boleh naik bas…” Tutur Dayang. Mereka sudah tiba di perkarangan flatnya. Dia perlu memberitahu Gibran Emir sekarang. Esok lelaki ini tidak perlu bersusah payah lagi datang ke mari.

Kali ini Gibran menoleh Dayang di sebelah. “ Saya ikhlas…”

“ Nampak macam tak ikhlas je…”

“ Sungguh saya ikhlas…”

Ikhlas? Alhamdulillah. Barulah tak ada rasa segan nak tumpang kereta Gibran ni. Malam tadi dia dah buat keputusan. Andai Gibran masih seperti dua hari lepas, untuk hari-hari seterusnya dia akan naik bas. Apa nak jadi dengan kakinya, jadilah. Duduk atas kerusi roda pun, kerusi rodalah. Dah tak ada pilihan….

“ Saya naik dulu…” Hari ini dia berkerja lebih masa. Jarum jam menunjuk ke angka 9.00 malam baru dia menapak keluar dari pejabat. Untung ada Gibran yang datang menjemput. Terasa keselamatannya terjamin.
“ Saya hantar Dayang sampai atas..”

“ Hmm…tak payah kot…”

“ Saya hantar sampai atas.”

“ Hmm…”

“ Gib boleh tolong tahankan pintu lif. Kalau Dayang tersepit lagi kat situ….uish….confirm patah bahu. Terus masuk hospital. Dah laa kaki belum baik….lepas tu tangan lagi. Tak takut…”

“ Awak…” Dayang kerut dahi. Ingin bertanya, namun tidak terluah. Baru sekejap tadi lelaki ini bersaya-saya. Sekarang dah berGib-Gib pula? Eloknya Gibran yang tersepit di pintu lif tu. Biar betul balik otak dia!

Dayang keluar dari perut kereta dengan otak yang bertanda tanya. Gibran berjalan di sisinya. Mereka bergerak ke arah lif.

“ Dayang…” Seru Gibran perlahan. Hanya mereka berdua yang berada dalam perut lif. Kesempatan ini dirasakan sesuai. Sudah dua hari dia memikirkan tentang perkara ini. Ingin membuat pengakuan tentang dirinya kepada Dayangku Inara. Tentang status mereka. Harapannya tidak ada yang pengsan sampai masuk hospital! Dan tiada juga yang hilang atau ghaib sekali lagi…

“ Gib tanya boleh?” Memecah sunyi antara mereka. Bertanya Dayang yang bersandar bahu di sebelah kiri dinding lif. Hanya berjarak sekangkang kera daripadanya yang bersandar di bahagian kanan lif.

“ Boleh…”

“ Katalah Gib….” Pintu lif terbuka. Tingkat Sembilan ke ni? Cepatnya...tak sempat nak cakap-apa ni…

Dayang melangkah keluar. Gibran ikut. Membuntuti Dayang. “ Katalah apa?” Soal Dayang sambil mengeluar kunci rumah dari handbagnya.

“ Katalah…hmm…Gib suami Dayang?”

Sepantas kilat Dayang angkat kepala. Bulat biji mata. “ Takkan awak…”

“ Erm…maksud Gib kalau…andai….” Buat-buat ketawa.

Ketap gigi. Nafas turun naik. “ Saya kerjakan awak cukup-cukup!”

Telan liur. “ Kenapa?” Ganasnya….

“ Sebab dah menyusahkan hidup saya. Siapa suruh terus masuk meminang? Tak boleh kenal-kenal dengan saya dulu? Pikat hati mak ayah kenapa? Tak boleh pikat saya? Kalau pun kena reject dengan saya, nasib laa. Terima saja….ini tak…”

“ Katalah niat Gib baik…”

“ Tak kira! Baik ke tak baik ke, saya tetap akan kerjakan lumat-lumat! Selesai yang tu, saya akan tinggalkan tempat ni. Pergi benua lain!” Menyilang tangan. Berpeluk tubuh. Beriak serius.

“ Nak lari ke benua mana? Dayang acah je kan?” Aduh! Dayang biar betul? Nak kerjakannya cukup-cukup tahan lagi. Bab nak lari ke benua lain tu buat dia kecut perut. Buatnya isterinya ini lari ke benua Afrika, macam mana? Itu jika dia tahu lari ke benua Afrika, jika dia tidak tahu, bagaimana? Pada masa sekarang, secara umumnya dunia ini terdapat 6 benua. Ada juga yang mengatakan benua-benua di dunia ini hanya lima, tolak Antartika sebab tak ada orang tinggal dekat sana. Walaupun hanya lima, setiap benua tidak hanya mempunyai satu negara. Jenuhlah dia nak mencari….

“ Tak. Saya serius!”

Gibran terkedu. Tidak terkata apa-apa. Buat pertama kalinya dia lihat Dayang begitu serius apabila bercakap. Langsung tak nampak seperti sedang bergurau. Isterinya nampak yakin dengan perancangan sendiri. Dalam tenang dada sebenarnya berkocak.

“ Kenapa nampak risau? Jangan laa risau….itu kalau awak suami saya. Awak bukan suami saya kan….?” Pandang Gibran. Dayang senyum mengusik.

Gibran senyum juga. Senyum tawar. Tidak menidakkan mahupun mengiyakan. Mengiyakan bermakna dia tolong tempahkan Dayang tiket ke benua lain! Jadi cinta antara benua pula kisah mereka nanti. Terpaksalah ditunda dulu niat untuk berterus- terang. Nasihat daripada emak mertuanya tergiang-giang di telinga. Kata Puan Mardiana, perlahan-lahan…

“ Tak baik Dayang buat suami macam tu…”

Itulah ayat Gibran apabila keluar cerita tentang suaminya. “ Awak berpihak dengan dia? Awak ni kawan saya ke kawan dia?”

“ Kita kawan?” Bibir ukir senyum gembira. Hilang senyum. Berbunga sikit hati. Okeylah tu, Dayang dah anggap dia kawan. Mula-mula kawan, mungkin selepas ini kekasih merangkap suami. Asalkan jangan daripada kawan, tertukar jadi lawan. Tertawan tak mengapa.

Pertanyaan Gibran buat Dayang terkelu sebentar. Apakah selama ini Gibran Emir anaknya pak cik Ghazi tak anggap dia kawan? Malunya memadai sendiri. “ Kawan…kot?”

Seketika pandangan bertembung. Kalut Dayang melarikan pandangan. Jantung buat rentak lagu Dap Dip Dup nyanyian Haiza suatu ketika dulu. Tak boleh senonoh sikit ke jantung ni?!

“ Okey, kita kawan.” Pemalu juga orangnya. Gibran ketawa senang.

“ Dayang free tak malam esok?”

Free…tak. Kenapa?”

Free kan? Malam esok kita keluar?”

Buntang mata. Apa ke hal nak ajak keluar pula? Ajakan untuk temujanji ke ni? Malam-malam pula. Wajib tolak! “ Tak free!” Bukan alasan. Malam esok betul-betul tak ada masa terluang.

“ Tak free? Dayang nak pergi mana?” Gibran jungkit kening. Mesti nak mengelat.

“ Malam esok saya nak keluar dengan Intan dan Che Peah…kami nak pergi dating..” Dating. Dating dengan abang, kakak, makcik, pakcik yang berniaga dekat pasar malam seberang jalan rumah sewanya. Senarai barang-barang yang nak dibeli berbaris di kepala. Nak beli keropok lekor sedunia, mi bakso, apam balik, apam polka dot, roti John Johny Jonathan dan banyak lagilah.

Dating? Dayang dating jugak? Dengan siapa? Kat mana?” Berlumba-lumba soalan yang ditanya Gibran.
“ Eh….eh…busy body pulak dia…” Marah Dayang.

“ Saya ambik berat…”

“ Ambik berat laa sangat. Macam spy je….ke memang kerja spy?”

Suka sangat Dayang cop dia sebagai spy. Sejak hari pertama mereka bertembung. “ Gib kerja pereka dalamanlah...”

Dayang buntang mata lagi. “ ID? Bukan driver? Bukan budak pejabat? Selama ni awak tipu saya ya Gibran?!” Cekak pinggang.

“ Mana ada tipu. Dah kerja kat pejabat….budak pejabatlah.” Ketawa. “ Hari tu Gib gurau-gurau je. Takkan percaya?”

“ Mestilah saya percaya.”

“ Dayang ni kan….senang sangat kena tipu…”

“ Bestnya kerja awak….kalau saya dah beli rumah nanti, bolehlah mintak awak hiaskan rumah saya? Boleh dapat harga kawan-kawan tak?”

Jom pindah masuk rumah kita! Saya dah belikan rumah untuk Dayang. “ Beli rumah lagi buat apa? Gib dah beli….”

“ Awak yang dah beli….saya belum…tak ada kaitan…macam mana boleh dapat diskaun tak?” Nak menunjuk dengan kita dia dah ada rumah sendiri ke apa ni?

“ Erk….”

“ Awak pergilah balik. Dah lama sangat kita kat depan ni…”

“ Hmm…assalamualaikum…” Salamnya berjawab. Lambat-lambat Gibran berganjak. Berlalu meninggalkan rumah sewa Dayangku Inara. Tiba di hadapan lif Gibran berpaling.

“ Dayang!” Laungnya. Memanggil Dayang yang sedang membuka kunci rumah.

“ Malam esok Gib ikut Dayang keluar!” Dayang terlopong. Tidak sempat membalas. Kelibat Gibran sudah menghilang dalam perut lif.

Untuk versi penuh dapatkan novel Hati Bertanya Siapa Kamu di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari http://www.karyaseni.my/ untuk pembelian secara online.

10 comments :

  1. cepatlah berterus terang.............
    tak sabar..................

    ReplyDelete
  2. bila la si Gib tu nak bagitau kak minah tu..awat tak bawak mak dayang jumpa dayang..biaq mak dia kasi talbiah sikit..ada ke patut dia tinggalkan suami dia yg baik macam malaikat macam gitu sahaja..tidak kah dia tahu dosanya dah menggunung meninggalkan suaminya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak ida kot nampak mak cabut lari lagi..hehe
      Doa2 laa Dayang sedar diri..

      Delete
  3. Betul2 setuju dgn iDA....geram sgt dgn dayang ni.....rase mmg elok gibran bawa keluarga dayang & berterus terang aje siapa dia sebenarnya.....

    ReplyDelete
  4. eii!! penakut bebenor lah pulok gibran ni. hurmm.. cam pelik je nama. gibran.. hehehe... palik tapi ajaib... macam nama hindustan pun ya!!

    ReplyDelete
  5. rasanya gibran bkn takut,dia xmau dyg lari lg.
    dyg kn tiga suku..

    ReplyDelete
  6. hohoho...
    inara ni pelik la...
    taw da ade suami tp bole xnk kenal laki die tuh ye..
    sian kat gib yg x bape nk berani tuh..

    ReplyDelete
  7. kelas statement ko dayang....nk gi benua ln he4x
    kn dh tkt gibrab.

    ReplyDelete
  8. haha. bagusla Gibran nih. panjang je akal dia nak menempel dengan Dayang. Takdelah Dayang dok buat larian marathon lagi kang.

    ReplyDelete
  9. kesian pulak dgn Gib ye.. knp tak berterus terang saje.
    Biar si Dayang ni tau yg dia dh bersuami knp pula
    nk duduk berasingan? cepat sambung makin lama baca
    makin best dh tak sabar nk tunggu n3 baru.

    ReplyDelete