U n Uols

Friday, July 01, 2011

INI KISAH KITA BAB 9

Sejak pagi Sara tidak bergerak dari meja kerjanya. Sibuk dengan pelbagai dokumen dan fail-fail syarikat. Dirinya orang baru, banyak perkara yang perlu di pelajari. Baris-baris ayat di kertas masih tekun diteliti. Sesekali mata menghadap ke komputer. Papan kekunci ditekan-tekan. Kembali menghadap baris-baris ayat di kertas. Mencapai pula pen yang tersadai di meja. Menandakan sesuatu di permukaan kertas.


“ Sara!” Panggil Nadia tercegak di sisi meja kerjanya.


Sara mengangkat kepala daripada kertas di meja. “ Yes.” Jawabnya ringkas.


“ Lunch!” Kata Nadia sepatah. Jam tangannya disuakan ke hadapan muka Sara Cempaka.


“ Kejap ya, nak kemaskan dokumen-dokumen ni dulu. Kak Irah mana?” Ligat tangannya menyusun dokumen yang berselerak di meja. Dikemaskan ala kadar kerana mahu menyambung kembali tugasnya selepas waktu makan tengahari nanti. Handbags di dalam laci diselongkar. Mencari-cari telefon bimbit dan dompetnya.


“ Kak Irah tunggu kita kat depan. Dia pergi ladies kejap.” Jawab Nadia.


“ Bila masa Kak Irah lalu depan ni? Tak nampak pun…..”


“ Itu laa…….kerja tak ingat. Sibuk mengalahkan apa-apa je….bersusun-susun fail…..dah sama tinggi dengan kepala tu.” Usik Nadia. Dia sudah semakin mesra dengan Sara. Walaupun baru sahaja berkenalan, mereka punya keserasian begitu juga dengan Irah.


“ Dah ke?”


“ Dah.”


Mereka beriringan keluar daripada bahagian Pentadbiran menuju ke lif. Terdapat beberapa orang rakan-rakan sekerja mereka yang sedang menunggu di situ. Berbalas senyuman.


“ Eh, korang tak nak turun ke?” Soal Irfan yang sudah berada di dalam lif. Tangannya sedang menahan pintu itu daripada terkatup.


“ Turunlah dulu. Kami tengah tunggu Kak Irah…..” Balas Nadia.


“ Begitu ke…….hmm…..Sara Cempaka tak nak turun dulu. Saya boleh temankan?” Irfan mencuba nasib.


Thanks Irfan…..I wait for Nadia and Kak Irah.” Tolak Sara.


Irfan keluar semula dari lif. Meninggalkan kawan-kawannya Hanif dan Agil yang tersenyum-senyum. Mengampiri Sara Cempaka dan Nadia. “ Saya teman korang tunggu Kak Irah, okey. Hari ni terasa nak join Nadia and Kak Irah. Can I?” Aju Irfan. Memandang Nadia kemudian berkalih kepada Sara. Suka sahaja dia menatap wajah itu.


“ Mengada jelah kau ni Irfan…..elok-elok nak keluar lunch dengan Hanif dan Agil. Sanggup kau tinggal diorang sebab nak mengayat…..” Balas Nadia. Sekali pandang dia sudah dapat membaca niat si Irfan. Masakan tidak, selama ini tiada hati pun hendak keluar makan tengahari bersama dia dan Kak Irah. Alih-alih hari ini siap menawarkan diri lagi! Bukan dia tidak perasan, sejak hari pertama Sara memulakan kerja di syarikat ini lagi si Irfan sudah menjeling-jeling Sara Cempaka. Cuma menunggu masa sahaja untuk ulat bulu naik daun!


Irfan tertawa kecil. Terkena batang hidungnya. “ Apa salahnya, nak berkenalan lebih rapat dengan rakan sekerja baru. Mengeratkan silatulrahim lagi……” Kata Irfan, masih tersenyum-senyum. Nadia mencebik. Sara sekadar menjungkit kening. Ada Nadia dan Kak Irah, dia tidak kisah sangat. Jika mereka berdua semata-mata, jangan haraplah! Tahu dek cik abang kat tingkat atas tu, siapa nak jawab?


Nadia tidak jadi membalas kata-kata Irfan apabila melihat kelibat Kak Irah. Sorry……lama tunggu?”


“ Lama tak lama Kak, sempatlah orang tu offer diri nak join kita lunch…..” Kata Nadia, membidas Irfan yang sedang berdiri di hadapan mereka.


“ Siapa? Ni Irfan…..ish……tiba-tiba je……” Mengerling sekilas kepada Sara Cempaka. Memang tak ada lain, mesti nak mengambil kesempatan berkenal-kenalan dengan Sara. Semakin anggun pula dilihatnya Sara Cempaka berbaju kurung.


“ Nak ikut, ikut jelah….tapi jangan nak banyak songeh. Kan ada yang kena kick dengan akak….” Putus Irah. Jawapan daripada Irah membuatkan senyuman Irfan melebar. Dapat juga peluang untuk berkenalan lebih dekat dengan Sara Cempaka. Mahu menyelidik sama ada gadis cantik itu sudah berpunya atau masih kosong. Kalau belum berpunya, adalah peluangya. Manalah tahu Sara Cempaka akan terpikat dengan dirinya yang kacak dan tampan ini.


Sara tersenyum dengan gelagat Nadia. Langsung tidak memberi peluang Irfan berjalan di sebelahnya. Kak Irah pun sama. Nadia di sebelah kiri dan Kak Irah di sebelah kanan. Tidak ubah seperti bodyguard sahaja lagak mereka. Akhirnya Irfan berjalan di belakang mereka dengan wajah yang mencuka. Sempat Nadia berbisik ke telinganya, menyampah dengan Irfan yang pantang nampak perempuan dahi licin. Mulalah miang keladi.


Mereka tiba di restoran yang letaknya berselang dua bangunan dari pejabat. Mengambil tempat duduk di meja berhampiran pintu kerana hanya meja itu yang masih kosong. Meja-meja lain sudah dipenuhi dengan pelanggan yang rata-ratanya pekerja di syarikat-syarikat berhampiran. Memilih restoran ini kerana harganya berpatutan dan masakannya yang tidak mengecewakan. Lagipun letaknya berhampiran sahaja dengan pejabat mereka. Hanya perlu berjalan kaki.


“ Sara nak makan apa? Saya tolong ambikan….:” Irfan menawarkan diri.

No….takpe….saya ambik sendiri. Nanti tak sesuai dengan selera. Pergilah dulu dengan Nadia, saya dengan Kak Irah jagakan meja.” Sara beralasan. Baik semacam sahaja Irfan ni…..


“ Jom!” Ajak Nadia garang, dengan berat hati Irfan mengikut. Setelah Irfan dan Nadia kembali, Sara dan Irah mengambil giliran. Sedang asyik memilih pelbagai jenis laut pauk, lengannya dicuit. Kak Irah sudah di depan. Perpaling mahu melihat gerangan yang berani-berani mencuit dirinya. Terkejut. Macam mana En. Raqib boleh tersesak ke sini? Memandang sekeliling, manalah tahu ada yang terpandang aksi cuit-cuit tadi. Tidak pasal-pasal terkantoi lagi!


“ Keluar makan dengan siapa ni?” Soal Aryan. Mengekor di belakang Sara dengan pinggan nasi di tangan.


“ Tu, dengan diorang…” Menunjuk ke meja yang sedang diduduki Nadia dan Irfan. Mengerling Kak Irah yang berada di depan. Nampaknya wanita itu belum perasan akan kehadiran bos mereka. Raqib Aryan memandang ke arah yang ditujukkan Sara. Terus sahaja berubah riak wajah yang tadinya tersenyum ceria. Mula dihiasi riak tidak senang.


“ Kenapa ada lelaki?” Soal Aryan.


“ Tadi….tiba-tiba je dia nak ikut kita orang……”


So, you benarkan? Sara……” Aryan tidak puas hati.


“ Dah dia beriya-ia sangat…..” Sara mematikan kata apabila Irah berpaling kepadanya.


Nyata wajah itu terkejut apabila terpandangkan kelibat bos mereka di belakang Sara Cempaka. Betul-betul tidak perasan sejak bila bos mereka hadir di situ. Leka sangat memilih hidangan.


“ En. Raqib!” Tegurnya. Raqib Aryan mengangguk.


“ Er…En. Raqib sorang aje ke?” Soal Irah. Memang dia tidak nampak sesiapa yang bersama dengan bosnya.


“ Tak jugak, I dengan En. Wan dan En. Bakhtiar… Sana tu diorang.” Menunjuk ke meja paling hujung.


Memandang ke meja di hujung. Sara dan Irah mengangguk. “ En. Raqib nak join kami pun boleh. Meja kami kosong lagi….” Ajak Irah. Berbahasa. Betul-betul pun dia tidak kisah. Dapat juga peluang untuk berkenalan lebih rapat dengan bos mereka ini.


“ Boleh ke?” Soal Raqib Aryan musykil.


“ Boleh, tak jadi hal En. Raqib.” Jawab Irah beriya-ia.


“ Okey, I join kamu.” Tangan diangkat kepada En. Wan dan En. Baktiar. Menunjukkan isyarat bahawa dia akan menyertai meja Irah dan Sara Cempaka. Kedua-duanya memberi isyarat balas tanda faham.


Irah hanya memerhati bosnya yang terkial-kial menyeduk laut. Sekejap-sekejap jatuh semula ke dalam kuah. Mahu menghulurkan bantuan, takut pula ditolak. Akhirnya terdengar suara lelaki itu meminta bantuan Sara Cempaka. Manja dan cukup lembut dipendengarannya. Dan tanpa banyak soal Sara Cempaka menghulurkan bantuan. Sengaja dia berlama-lama di kaunter hidangan itu. Memerhati gelagat kedua-duanya yang tampak amat serasi. Suka pula dia melihat panorama kemesraan antara En. Raqib dan Sara. Kedua-duanya begitu selesa membawa diri di sisi satu sama lain.


Selesai mengambil makanan dan memesan minuman mereka kembali ke meja. Pergi berdua, tapi kembalinya bertiga. Nyata mengundang kejutan buat Nadia dan Irfan. “ En. Raqib.” Sapa mereka.


Jelas riak kecewa yang terpamer di wajah Irfan apabila Sara tidak melabuh duduk di sebelahnya. Sebaliknya gadis itu, lebih senang mengambil tempat di antara Irah dan En. Raqib. Tidak ada peluang untuknya mendekati gadis itu.


“ Selalu ke ikut diorang nih lunch?” Soal Aryan tenang. Mahu mengorek motif lelaki ini menempel semeja dengan isterinya.


“ Erk….tak jugak En. Raqib. Sengaja nak ubah angin hari ni….” Jawab Irfan gugup dengan soalan bosnya.


“ Hmm….En. Raqib….kalau tak silap dulu..mad…erk…err…Pn Saripah ada menguar-uarkan cucu perempuan tunggalnya akan bekerja di Armada. Sampai sekarang tak ada pulak….” Soal Irah. Alang-alang En. Raqib ada dekat depan mata baik dia selidik.


Sara Cempaka tersedak dengan soalan di luar jangkaan itu. Cepat-cepat Aryan menyuakan teh O ais yang baru sahaja dihantar oleh pelayan. Spontan belakang Sara Cempaka ditepuk-tepuk. Risau dia melihat keadaan Sara. Sehingga lupa di mana dan dengan siapa mereka berada. Nadia dan Irah perpandangan sesama sendiri. Irfan sudah kecewa. Habislah peluangnya. Tidak berdaya hendak bersaing dengan En. Raqib.


“ Dah okey? Minum sikit lagi ya..” Suruh Aryan. Tangannya masih mengurut-urut belakang Sara Cempaka.


Sara mengeleng. Menolak gelas teh O ais. Tekaknya sudah sedikit lega. Perasankan pandangan semacam Kak Irah dan Nadia, tangan Aryan ditolak lembut.


“ Sara, okey ke?” Soal Nadia.


“ Okey…dah okey…..”


“ Asam pedas tu, pedas sangat kot….” Telah Kak Irah.


“ Pedas ke? Lain kali jangan ambik asam pedas tu lagi. Ambik laut lain.” Kata Aryan. Bukan sekadar kata-kata tetapi sudah kedengaran seperti arahan.


Don’t worry….En. Raqib. I’ ll make sure, Sara tak makan asam pedas tu lagi.” Kata Nadia, memandang-mandang Irfan yang diam tidak berkata apa. Terkedu melihat sikap ambil berat En. Raqib terhadap Sara Cempaka barangkali. Padan muka…..ingat dia kacak sangat sampai si Sara ni akan terpikat?


Thanks Nadia.” Ucap Aryan kepada Nadia. Lupa terus soalan Irah tadi.


Masing-masing menghabiskan makanan di pinggan. Dan makan tengahari mereka dibayar oleh Raqib Aryan. Tidak henti-henti Irah mengucapkan terima kasih kepada bosnya. Terasa sangat bertuah kerana dapat menikmati makan tengahari semeja dengan En. Raqib. Dapat pula berbual santai dengan bosnya itu. Rupa-rupanya En. Raqib boleh tahan gaya memikatnya, apabila melihat lelaki itu seperti sengaja menarik perhatian Sara Cempaka. Manja dan lembut sahaja bercakap di sisi Sara. Tidak pasti pula hanya dia yang perasankan kelakuan itu atau Nadia turut perasan sama. Meraunglah girlfriend En.Raqib!


Raqib Aryan turut menyertai mereka untuk pulang ke pejabat. Irfan melangkah keseorangan nun jauh di depan. Irah beriringan dengan Nadia. Sara pula beriringan dengan Aryan. Penat sudah menyuruh lelaki ini berjalan bersama Irfan, kerana Aryan bukan reti hendak berlakon bahawa mereka tidak kenal rapat. Selalu sahaja tersasul, terkeluar perangai manjanya. Kekurangan kasih sayang betul suaminya ini. Jenuh dia tolong coverkan di hadapan mereka bertiga tadi. Sekarang Nadia dan Kak Irah siap bagi peluang lagi En. Raqib ni berjalan bersama dengannya.


“ Tadi Mak su call……dia cakap hal rumah tu dah settle…..” Bisik Aryan di telinga Sara.


“ Cepatnya….”


“ Malam nanti dah boleh bagitau Mak ngah Sara nak pindah tinggal dengan Mak su. Pasal nenek Mak su cakap nanti dia datang rumah…..cakap sendiri dengan nenek.” Maklum Aryan. Tidak sabar untuk mempunyai rumah sendiri. Secara rasmi dia masih menetap bersama mummy, daddy dan nenek. Tetapi secara tidak rasminya dia akan tinggal di apartment bersama Sara Cempaka. Pandai-pandailah nanti dia mencipta alasan untuk keluar dari kediaman itu dan balik ke apartment sendiri.


“ Insyaallah…..kena tengok mood emak dulu…..” Balas Sara Cempaka perlahan. Otaknya ligat mengarang ayat-ayat untuk diucapkan di hadapan ibu malam nanti. Bimbang pula dengan penerimaan emaknya. Memberikan keizinan atau membantahkah emaknya itu…..


5 comments :

  1. hahahaha..sweet la diorang nih~

    ReplyDelete
  2. sara...ayat kasi power ok..spaya sng dpt permission :D

    ReplyDelete
  3. sweet sngat2... weyh...

    ReplyDelete
  4. aduhhhh...xsbar nyer....nk tggu smbg....

    ReplyDelete