U n Uols

Tuesday, March 01, 2011

KAU DAN AKU BAB 2

Hari ini Min bekerja seperti biasa. Dia tiba paling awal daripada kakitangan yang lain. Malam tadi tidak lena tidurnya mengenangkan persetujuan yang diberikan kepada Tina. Melangkah ke longlai arah meja kerjanya. Kerusi ditarik perlahan. Punggung dihenyek ke situ. Tas tangan diletakkan ke dalam laci sebelum berlalu ke pantry. Ingin mengalas perut dengan sarapan yang sempat dibeli semasa dalam perjalanan ke pejabat tadi. Selalunya dia tidak sempat untuk singgah di mana-mana pada waktu pagi begini. Terkejar-kejar untuk tiba di pejabat pada waktu yang ditetapkan. Untung juga keluar awal dari rumah..

Plastik berisi kuih diletakkan di atas meja. Min bergerak ke kabinet. Mencapai mug dan sudu teh. Penutup balang jertih yang berisi kopi dibuka.

“Awalnya hari ni….” Sapa satu suara. Min yang sedang mengacau minumannya menoleh. Senyuman dileparkan buat orang orang yang menegur.

 “Erm….saja keluar awal dari rumah. Singgah beli sarapan sekejap. Dah bosan asyik makan roti je. Kau pun awal hari ni.”

Aida teman sepejabat Min tersengih. “Aku memang selalu macam ni.”

Min yang mendengar mencebik. Yalah sangat. Selalunya selagi jarum jam tak merapat ke angka 8.30 pagi, selagi itu tak ternampak kelibat gadis itu.

Aida menapak ke sebelah Min. Mengambil giliran untuk menyediakan minuman. Dia juga hanya membeli sarapan di gerai berhampiran pejabat mereka. Selesai menyediakan minuman masing-masing, mereka berdua berlalu ke meja yang memang tersedia di situ. Sambil makan mereka berbual kosong.

Lunch karang, kau nak makan ke tak?” Aida menyoal sambil menguyah karipap sardin. Terasa nikmat dapat menikmati kuih yang sedap itu.

“Makanlah…nak makan nasi. Sejak semalam perut aku ni tak jumpa nasi. Selera terbantut.”

“Apa hal pula sampai perut yang jadi mangsa ni?”

“Masalah yang tak diundang..”

“Pula?”

“Ya…pula.”

“Jom, cerita dekat aku…. Mana tau aku boleh tolong. Kalau tak mampu tolong selesaikan, aku ambil bahagian tolong dengar. Kurang-kurang lega sikit otak kau…lapang dada yang sesak tu.”

“Panjang ceritanya….tak cukup masa singkat yang tinggal ni.” Min melihat jam dipergelangan tangan.

“Alasanlah tu….” Aida mencebik. Min tak nak bercerita masalah dia. Dah masak sangat.

Lima belas minit kemudian mereka berlalu ke tempat masing-masing untuk memulakan tugas. Min ke meja kerjanya, manakala Aida ke meja kerja dia yang terletak bertentangan dengan meja Min. Memberi perhatian kepada tugas yang melambak pula.


Kesibukan bekerja telah berjaya mengalih tumpuan Min. Buat dia terlupa seketika tentang masalah yang bermain dalam kepala sejak semalam. Fokusnya sejak bermula waktu pejabat sehingga waktu ini adalah kepada tugas-tugas pejabat. Ada ketika tangan mengangkat gangang telefon yang berbunyi. Melayani urusan yang berkaitan dengan kerjanya. Sehingga langsung tidak perasan hari sudah melewati tengahari.

Sedar-sedar Aida dah terconggak di hadapannya. Gadis itu sibuk memberi isyarat yang tidak  difahami. Siap dengan tas tangan dia yang berwarna merah. Bergantungan di lengan. Baru beli semalam, sebab itu dibawanya ke sana sini. Orang kemaruk beg baru…

“Nak pergi mana?” Tanya Min pelik.

Aida berkerut dahi. Hairan dia dengan soalan yang diajukan Min. Sekarangkan waktu makan tengahari, Min ni sedar ke tidak?

“Wei, makan. Tengok jamlah kak!” Balas Aida. Muka jam di pergelangan tangannya diketuk perlahan sambil ditayangkan kepada Min yang terkebil-kebil memandangnya. Binggung sahaja wajah itu.

Min kerling sekilas jam di tangan sendiri. Allah! Betul-betul dia tak sedar. Meja dikemaskan ala kadar. Laci ditarik. Dompet di dalam tas tangan diambil.

“Jom!” Kata Min. Beria-ia mengamit Aida. Dia nampak tidak sabar-sabar untuk menjamu selera. 

“Jom!” 

“Tinggalkan handbag tu boleh tak?” Minta Min dengan bibir yang sedikit dijuihkan kepada beg tangan yang digalas Aida.

“Dengki!” Balas Aida. 

“Sakit mata tengok, tau tak?” 

“Dengki!”

“Tak ada maknanya…” Min ketawa kecil. Sengaja dia mengusik Aida. Lengan teman itu dipaut. Mereka melangkah bersama-sama meninggalkan bangunan pejabat.

Restoran yang berhampiran dengan pejabat mereka menjadi lokasi pilihan untuk makan tengahari pada hari ini. Senang dan mudah tanpa perlu memandu jauh dan mengharungi kesesakan jalan raya. 

Aida bergerak ke kios yang menempatkan pelbagai jenis laut untuk mengambil makanan. Min pula memilih meja untuk mereka berdua. Waktu makan tengahari selalunya meja akan penuh.

Sementara menanti gilirannya, Min menalakan pandangan ke pintu masuk restoran. Menjamu mata melihat pelanggan yang kunjung tiba. Melemparkan senyuman manis apabila ada pelanggan yang baru masuk itu dikenali. Rakan-rakan sepejabat mereka. Kebanyakannya berlainan jabatan. Senyumanlah yang menjadi perhubung kemesraan. Sementelah di pejabat jarang dapat berbual panjang. Sekadar bertegur sapa sepatah dua kata kala terserempak. 

Dalam keramahan melempar senyum, tiba-tiba pandangan mata menangkap kelibat seseorang yang amat dikenali suatu ketika dahulu. Pandangan terkaku pada susuk tubuh itu. Sah! Dia tak salah orang. Matanya masih seperti dulu juga, amat mengenali seraut wajah itu. Seraut wajah dari kisah lama..

Debaran di dada sudah tidak terkata. Berdentam-dentum mengocak ketenangan. Duduk yang selesa mula gelisah. Panas punggung. Peluh di dahi sudah memercik. Min seperti ternampak hantu di siang hari, biarpun dia yakin pemilik tubuh itu tidak perasan akan kewujudannya di ruang restoran ini.

Banyak-banyak tempat makan, kenapa restoran berhampiran pejabatnya yang menjadi pilihan? Dalam kegusaran dan kegelisahan Min jadi cuak dengan situasi yang sedang dihadapi.

Macam mana kalau lelaki tu nampak dia? Bagaimana dia nak berhadapan dengan lelaki tu lagi? Pertemuan mereka hanya akan mengingatkan dia pada kenangan lalu. Tolonglah keluarlah dari sini cepat. Pergi jauh darinya..

“Giliran kau….” Kata Aida yang muncul di belakang Min. Tiada reaksi daripada gadis itu.

“Min, giliran kau.” Aida mengulang.  Masih lagi begitu. Tiada reaksi balas daripada Min. Lantas bahu Min di tepuk perlahan. Tersentak temannya itu.


“Min, kau tak nak makan ke?”

“Apa?” Soal Min, baru sedar Aida sudah berada di sisinya.

“Kau kenapa, tak nak makan ke? Pagi tadi beria cakap nak makan nasi…” Balas Aida.  Pinggan nasi diletak ke meja. Dia melabuh duduk. Bersedia untuk menjamu selera. Perutnya dah tak sabar minta disi.

“Nak. Aku..aku nak…” 

“Kalau nak pergi ambil nasi sekarang. Ramai orang karang susah kau nak pilih laut.” Ujar Aida. Bingkas Min bangun untuk mengambil makanan. Terintai-intai mencari kelibat lelaki tadi. Hilang dari pengawasan matanya kerana melayan Aida. Dia harap lelaki itu sudah beredar pergi.

Beberapa minit kemudian Min kembali semula ke meja mereka. Menatang sepinggan nasi. Entah apa jenis lauk yang diambil pun dia tidak perasaan. Nak buat macam mana, fikiran ke lain, tangan ke lain. Akiviti mengisi perut bukan lagi keutamaan dalam waktu gentir ini. Main ceduk sahaja apa yang tercapai oleh tangan. Nyaris-nyaris dia terceduk isi pinggan orang lain tadi! Untung cepat sedar sebelum mendapat malu. 

“Air aku dah orderkan. Makan tu je?” Soal Aida apabila Min melabuh duduk di hadapannya.

“Tak lapar sangat.” Jawab min tanpa memandang Aida. Mata lebih senang dihalakan ke pintu masuk restoran. Bimbang lelaki tadi muncul lagi. Seorang pelayan lelaki datang membawakan minuman mereka. Fokus pandangannya terganggu seketika.

“Kau tengok apa?” Dahi Aida dah berkerut. Tertanya-tanya apa yang menjadi perhatian mata Min.

“Tak ada apa..”

“Habis kenapa asyik pandang ke sana je?”

“Tak ada apa-apalah…”

“Kalau tak ada apa-apa, makanlah.”

“Hmm… Ya..”

Min tarik gelas minuman agar mendekat. Disisip sedikit. Nasi di pinggan digaul-gaulkan sahaja. Tidak dibawa ke mulut. Hilang seleranya. Aida hanya memerhatikan gelagat Min. Pasti ada yang tidak kena dengan si Min ni. Desis hatinya.

“Assalamualaikum.” Tiba-tiba ada lelaki yang menghulur salam. Aida menoleh, Min angkat kepala.

“Hai.” Sapa lelaki tersebut lagi.

Min kaget. Terpaku seketika. Sapaan lelaki tersebut tidak dibalas. Dari penjuru mana dia muncul?!

“Err…” Belum sempat Aida mengeluarkan kata, Min bangkit dari kerusi. Dompetnya yang berada di meja tak tercapai oleh tangan. Lupa terus. Apa yang berada dalam fikirannya saat ini ialah beredar dari situ. Dia tak sudi bersua dan bertegur sapa.

“Aku dah sudah.” Tutur Min. Tanpa menunggu balasan daripada Aida, langkah dikuak, menghala ke pintu restoran. Langsung dia terlupa untuk membayar makanan tengaharinya. Lantaklah, pandai-pandai Aida nanti.. 

3 comments :

  1. ehermm.. interesting.. very impreessive intro...

    but bagilah sinopsis novel ni!!!!

    sebab kalau takde sinopsis, susah nak ramal jalan citernyeeerr.... and most important, susah nak bagi komen....lalalala

    ReplyDelete
  2. siapakah jejaka ituuu ?

    ReplyDelete