U n Uols

Sunday, June 19, 2011

INI KISAH KITA BAB 2

Sara Cempaka mempandang Pn. Syuhadah yang memandu tenang. Dua orang adiknya tidak ikut bersama menjemput kepulangannya di lapangan terbang kerana menghadiri perkhemahan anjuran sekolah. Rindu betul dengan dua orang adiknya itu. Berpakej-pakej coklat dibelikan untuk mereka, seperti yang disuruh oleh kedua-duanya. Untuk emak tersayang juga tidak dilupakan. Ada buah tangan istimewa.


“ Mak nampak makin lawalah!” Puji Sara. Pn. Syuhadah tersenyum. Mengerling sekilas anak sulung di sebelah.


“ Ye ke? Tapi mak tengok orang yang baru jejak tanah air ni yang berseri lain macam…….”


Duduk yang sudah selesa dibetulkan. Tangan memainkan tali pinggang keledar. “ Tak adalah…..mak ni. Orang puji dia….dia nak main-mainkan orang pulak.” Pandangan dihalakan terus ke depan. Melihat jalan raya.


“ Mak cakap betul. Mungkin sebab cuaca kat sana……” Kata Pn. Syuhadah. Mengerling lagi anak di sebelah. Ke sudah berbuah hati anaknya ini?


“ A’ah…..yela kot…….” Membuang pandang ke luar tingkap. Jalan kat KL ni cepat betul berubah. Balik tahun lepas jalan atas tu belum ada. Bila masa diorang bina ni?
Kereta yang dipandu Pn. Syuhadah sudah memasuki kawasan taman kediaman mereka. Mata memandang kawasan sekeliling. Kawasan taman ini masih seperti dulu. Tak banyak mana berubahnya. Paling tidak pun beberapa buah rumah jiran yang dilihat semakin bertambah besar. Pendapatan semakin bertambah barangkali….


“ Seronoknya dah sampai rumah sendiri…..” Sara melangkah keluar dari perut kereta. Menarik nafas dan dihembuskan. Gaya menghirup udara segar. Kemudian dia terbatuk-batuk sendiri. Mengurut-urut dada. Ingat udara kat KL ni segar sangat!? Terus menuju ke bonet kereta. Mahu mengeluarkan bagasi-bagasinya. Takkan nak biarkan mak yang keluarkan. Beratnya boleh tahan…ringan sikit daripada batu besar yang menghiasi tepi kolam ikan tu!


Empat tahun di negara orang. Banyaklah benda yang terkumpul. Ikut hati semua nak angkut bawa balik Malaysia. Itu kalau ikut hati, mujur dia ikut akal……kiranya bawak balik apa yang paling penting sahajalah.
“ Kamu isi apa dalam ni?” Soal Pn. Syuhadah dengan dahi yang berkerut-kerut. Berat betul!


“ My clothes laa la mak……” Menayang sengih. Turut membantu maknya mengeluarkan bagasi besar itu.
“ Serupa isi orang je ni……berat sangat. Muat ni kalau isi orang….” Kata Pn. Syuhadah sambil ketawa.
“ Iya mak, ada mat saleh dalam tu…..” Sahut Sara. Sekadar bergurau. Pn. Shuhadah membeliakkan mata.


“ Kidding!”


Pn. Syuhada memandang ke rumah sebelah. Tak nampak lagi kereta kakak dan abang iparnya. Rasanya mereka yang bergerak dulu dari KLIA tadi. Alih-alih dia yang tiba dulu. Menyinggah ke manalah agaknya.
“ Tak sampai lagi Mak Long…..” Kata Sara, memandang emaknya yang sedang memandang ke rumah sebelah.


Pn. Syuhadah angguk. “ Tadi kata nak makan sama. Sara dah lapar ke? Kalau lapar tahan kejap ya. Tunggu diorang.”


Sara jungkit bahu. “ Tak adalah lapar sangat. Boleh tunggu. Rindu nak makan dengan diorang. Especially nenek!”


“ Nenek Sara sejak dua hari lepas tak senang duduk.” Cerita Pn. Shuhadah.


“ Kenapa?” Soal Sara. Nenek sakit ke? Tadi nampak sihat saja.


“ Yelah, tak sabar tunggu cucu nak balik!”


Sara tergelak. “ Nenek……nenek…..”


Kesemua bagasinya sudah dibawa memasuki rumah. Melepaskan lelah di sofa. Emaknya sudah menghilang ke dapur. Muncul semula dengan dulang terisi dua gelas minuman sejuk. Diletakkan ke meja kopi.


“ Thanks mak!” Minuman sejuk diteguk perlahan. Menghilangkan dahaga yang mula terasa.


Terdengar suara orang memberi salam. Dijawabnya salam itu. Bangkit dari sofa menuju ke pintu utama. Mahu melihat gerangan yang bertandang.
“Masuklah! Nenek dengan Elman mana?” Menghalakan pandangan ke luar rumah. Tak nampak pula kelibat Elman dan neneknya. Rasanya tak ada yang tertinggal dah di lapangan terbang tadi….


“ Datang….kejap lagi.” Jawab Mak Long, Pn. Serena.


“ Elman bawak nenek pergi toilet……” Sambung Pak Longnya , En. Arsyad.


Pak Longnya di tinggalkan sendirian di ruang tamu. Mereka bertiga sudah ke dapur. Mahu menyediakan apa yang patut.


“ Sara tak payah tolong……penat lagi tu. Rehat jelah. Mak Long boleh buat ni…….”
Suruh Pn. Serena. Perjalanan yang jauh pasti memenatkan tubuh badan.
“ Tak apalah……setakat tolong-tolong boleh je.” Jawab Sara.


“ Cempaka!”


“ Cempaka!” Sara berpandangan dengan Pn. Serena.


“ Nenek Sara dah datang…..pergilah layan nenek tu…..” Sara meletakkan gelas di tangan ke meja. Berlalu ke ruang tamu. Melemparkan senyum untuk nenek.


“ Duduk sini….” Suruh Nenek. Menepuk-nepuk tempat duduk kosong di sebelah kirinya.
Sara melabuh duduk. Bertembung pandang dengan Elman., sepupunya. Anak kepada Mak Long dan Pak Long.


Wajah Sara diciumnya sepertimana di lapangan terbang. “ Cempaka ni……buat apa kat dapur. Kan baru sampai…….rehatlah dulu….”


“ Tak buat apa……tolong tengok je….” Jawab Sara. Sesekali mengerling Elman yang sejak tadi memandangnya. Buat dia gelisah.


“ Jomlah makan…...” Ajak Mak Long yang muncul dari dapur.
Sara membantu neneknya bangun. “ Nenek pergi dulu ya…..nak ambik barang yang tertinggal dalam kereta.”


“ Hmm….yelah jangan lama-lama ya…” Nenek sudah bergerak ke ruang makan.
Kaki diatur ke luar rumah. Mengeleng-geleng sendiri apabila melihat pintu pagar yang terbuka luas. Karang orang jahat masuk pun tak sedar ni. Menghala ke kereta Pn. Syuhadah. Pergelangan tangannya disambar tiba-tiba. Terpelanting tubuh ke badan kereta. Semput nafasnya…..


Hampir sahaja dia menjerit. Penjahat mana pulak yang berani membuat onar di perkarangan rumahnya? Namun suara jeritan itu ditelan sendiri apabila mengangkat muka memandang seraut wajah yang dikenali. Kus semangat…….

10 comments :

  1. elman kah??
    hehe..

    ReplyDelete
  2. hehe cepat sambung next n3 hehe

    ReplyDelete
  3. xcited betul nk tau hubungan diorg ni.... panjang2 ckit n3 tau....suka sgt

    ReplyDelete
  4. salina>permulaan cite sy slalu slow...hehe

    ReplyDelete
  5. kes kwin ngn spupu tapi xgtaw la ni ek??
    hihihi
    comel sguh!

    ReplyDelete
  6. oh, misteri nih. mesti ada sebab kenapa mereka berahsia kan?

    ReplyDelete
  7. mmg dah kawin diorg berdua tu..klau x masakan kat luar negara tinggal sermhkan..kawin sepupulah ni..napa nk dirahsiakan ye

    ReplyDelete
  8. elam ni ngan sara suami isteri yg kawin rahsia hehehe

    ReplyDelete
  9. si elman bukan heronya.....hehe

    hero keluar next chapter.....

    ReplyDelete
  10. haaa..bkn elman hero nye???abes spe?bkn elman ke yg skali dlm flight td??ckp sblh umh??ish kompiuz2..hehe

    ReplyDelete