U n Uols

Thursday, June 23, 2011

INI KISAH KITA BAB 5

Monyok sahaja wajah Nadia, teman sekerja Sara Cempaka yang baru keluar dari bilik mesyuarat. Gadis itu perlu membentangkan beberapa perkara mengenai pengurusan syarikat kepada Raqib Aryan.



“ First time Nadia tengok En. Raqib angin satu badan…….sepanjang dua minggu lebih dia bertugas kat sini okey aje…..” Cerita Nadia tanpa disuruh. Waktu itu Sara Cempaka sedang mendapat penerangan mengenai dokumen di tangannya daripada Irah, rakan sekerja yang lebih senior.



“ Ye ke? En. Raqib……angin?.....Nasib kaulah Nadia…….” Irah tersenyum nipis.



“ Kenapa? Dia tak pernah naik angin ke?” Soal Sara Cempaka. Dia sendiri juga belum pernah melihat suaminya itu marah-marah. Itu kalau di rumah. Di tempat kerja dia tak pasti pula.



“ Tak. Tak pernah lagi. Selalu tu En. Raqib baik je…..” Jawab Nadia.



“ Gaduh dengan girlfriend kot……” Kata Irah sekadar bergurau.



“ En. Raqib tu dah ada girlfriend ke Kak Irah?” Soal Nadia ingin tahu.



“ Kau ni…..akak gurau aje…..”



“ Tapi kan kak mungkin jugak……mood merajuk dengan girlfriend……siapalah perempuan bertuah yang berjaya menakluki hati En. Raqib tu….”



Sara terbatuk-batuk kecil. “ Kenapa Sara?”



“ Tak ada apa……sakit tekak je…”



“ Dengar En. Raqib ada girlfriend terus sakit tekak…..ni mesti peminat En. Raqib jugak kan…..” Usik Irah.



“ Tak ada laa Kak Irah…..” Nadia dan Irah ketawa melihat wajah Sara yang memerah.






Raqib Aryan memain-mainkan pen di tangan. Hilang tumpuan terhadap kerja. Dah laa semalam tak dapat dating berdua dengan isteri tersayang. Menyelip pulak si Elman. Kacau daun betul!



Peristiwa malam tadi terlayar kembali di ruang fikiran. …………..


Pintu utama dibuka penuh hati-hati. Yakin sahaja semua orang sedang nyenyak di pembaringan. Apakan tidak, seisi rumah sudah sunyi sepi. Semasa melalui hadapan bilik Elman, dilihat dari bawah pintu tiada cahaya yang terbias keluar. Bilik itu gelap gelita. Sudah berada di alam mimpi ke adiknya itu?. Awal pula tidurnya. Mungin rutin hari ini memenatkan Elman. Lewat juga pulangnya si Elman tadi. Hampir serentak mereka menjejakkan kaki ke rumah.




Selipar yang diambil dari almari kasut disarungkan ke kaki. Menghalakan langkah ke pagar rumah. Tangan sudah menarik pintu kecil di tepi pintu pagar utama. sikit lagi sampailah dia ke rumah sebelah...



“ Abang…..Abang Aryan!” Raqib Aryan mengetap bibir. Aduh! Ada jugak. Terhenti terus tangan yang sedang membuka pagar. Badannya dipusingkan memandang ke belakang. Wajahnya didongakkan ke atas. Memandang Elman yang sedang berdiri dengan tangan memegang penghadang beranda di tingkat atas.



“ Nak pergi mana malam-malam ni?” Aju Elman sedikit kuat. Supaya jelas soalan yang ditanya di pendengaran abangnya.


“ Nak…..nak….” Nak jawab apa ni? Terpandang telefon bimbit di tangan.



“ Nak hantar telefon Kak Sara……” Raqib Aryan beralasan. Telefon bimbit dia dan Sara memang sama. Saling tak tumpah kerana sengaja dibeli sepasang.



“ Hah! Kenapa? Tunggu kat situ, Elman turun…..”
Bibir diketap lagi. Nak turun buat apa? Mati-mati dia ingatkan Elman sudah tidur. Rupa-rupanya sedang enak melepak-lepak sambil mengambil angin malam di beranda rumah. Strategik betul tempat melepak dia…..terus nampak pemandangan seluruh taman perumahan ni!




Masih berdiri di tepi pagar. Menunggu Elman yang terkial-kial menyarung selipar.


“ Nak ikut jugak! Kenapa nak bagi telefon dekat Kak Sara?” Soal Elman pelik.


“ Kat office tadi tertukar……kan phone kami sama…….”


“ Bagi esok tak boleh ke?”


“ Tak boleh! Ada nombor phone penting dalam tu……”



Elman mengangguk-angguk. Tersenyum mengusik. “ Nombor phone makwe ek?”



“ Tak adalah, nombor client. Kenapa nak ikut pulak? Bukan nak pergi mana pun. Rumah Mak Ngah je……”



“ Saja……boleh jumpa Kak Sara. Lagipun tak elok pergi jumpa anak dara orang tengah-tengah malam ni. Mendatangkan syak……kalau Elman ikut lain sikit…..”


“ Okey……” Jawab Aryan. Menutup rasa kecewa yang bermukim di hati.
Mereka bergerak ke rumah sebelah. Tiba di hadapan rumah, telefon bimbit di tangan ditekan. Mendail nombor Sara.



“ Sara, keluar ya…erm……dengan Elman ni…….hurm….tadikan cakap nak tukar balik phone…….” Harapnya Sara fahamlah bila disebut nama Elman tu. Memandang sekilas Elman yang sedang berpeluk tubuh sambil memerhati sekeliling.
Tidak perlu tunggu lama. Sara dilihat sedang berjalan ke arah mereka. Mereka berhadapan, cuma dihalang oleh pagar besi. Berkerut dahi Sara memandangnya.



“ Nah phone Sara……kan tertukar kat office siang tadi……” Sara menyambut. Kedua-dua telefon bimbit berada di tangannya.



Raqib Aryan masih menadah tangan. Sara sedikit binggung. “ Apa?” Soalnya



“ Phone kita kan tertukar…..”


“ Oh! Lupa…..sorry….abang. ” Menyerahkan telefon sendiri kepada Aryan.


“ Jom balik…..mengantuk laa…..” Ajak Elman. Tanpa sempat berbual panjang terpaksa mengikut ajakan Elman. Beria-ia benar mengantuknya….siap menahan guap lagi....







Telefon bimbit milik Sara Cempaka di atas meja mesyuarat dicapai. Dada telefon ditekan-tekan. Mahu menghantar mesej untuk Sara. Tercari-cari nombor telefonnya sendiri. Bibir mengukir senyum saat terpandang nombor telefonnya yang disetkan ‘Mr. Hubby’. Mesej dihantar…..



Beberapa saat kemudian, mesej berbalas. Ringkas sahaja…….

Okey….....







Bilik mesyuarat ditinggalkan. Mahu ke bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan. Beberapa dokumen dari bahagian itu diperlukannya. Sambil-sambil itu dapat jugak menatap wajah buah hati pengarang jantung….



Mata-mata pekerja wanita tidak lepas memandang ke arah Raqib Aryan yang sedang melangkah ke bahagian Pentadbiran. Dapat peluang cuci mata, siapa nak lepas. Karisma yang dimilikinya memang dikagumi kakitangan wanita. Bukan selalu mereka mendapat ketua yang masih muda dan segak bergaya. Tentu ada perkara yang tersangat penting sehingga bos sendiri yang ke bahagian ini. Kebiasaannya setiausahanya, Kak Siti yang ditugaskan ke bahagian ini. Jika tidak fail yang dikehendaki dihantar terus ke biliknya.


Langkah diberhentikan di sisi meja kerja Nadia. “ Yes …Mr. Raqib, Can I help you?”



“ Nadia…..bagi saya fail Indera Raya……I need to make some study….” Pinta Raqib Aryan. Mata mengintai meja kerja Sara Cempaka yang kosong. Kemana ya?



“ Sekejap En. Raqib…saya ambilkan…..” Nadia menyelongkar beberapa dokumen di atas meja kerja. Janganlah tak ada……angin Encik ini tak berapa hendak sepoi-sepoi bahasanya. Ada! Fail yang berwarna merah dihulurkan kepada Raqib Aryan.



“ Thank you.” Membelek-belek seketika. Sengaja berlengah-lengah. Berbunga-bunga hatinya apabila orang yang ditunggu muncul juga. Hilang tumpuan pada dokumen di tangan. Sibuk pula meneliti wajah Sara Cempaka.


Sara Cempaka mengangguk. Seraya menyapanya. “ Selamat tengahari En. Raqib.”



“ Selamat tengahari….” Balas Raqib Aryan. Memerhati Sara yang kembali ke meja kerjanya.



“ Anything else Encik?” Tanya Nadia.


Mengeleng. Mengerling seketika Sara Cempaka sebelum menapak pergi dari ruangan itu. Terubat hatinya. Tidak sabar pula menunggu hari petang. Dia ada janji temu dengan Sara…….

10 comments :

  1. suka sangat nama Sara Cempaka... macam suci gile orangnya.. hehe.

    best2.. acik kene khatam cite ni nanti. lom berkesempatan nak baca dari baca.

    anyway..gud luck nurf! :)

    ReplyDelete
  2. Thanks acik!

    Tetiba je nama tu dtg.....:)

    ReplyDelete
  3. la, tak dapat jumpa ke? ish, kesian raqib..

    ReplyDelete
  4. patutlah angin satu badan,,,tk dpt dating rupanya,,,hehhee

    ReplyDelete
  5. best sngt...really apprecite ur idea n work

    ReplyDelete
  6. elman ni kacau daun btol la...
    cian kt dorang..huhu

    ReplyDelete
  7. kecau daun btol la elman tu..hehe

    terus terang jela dgn elman tu..bru bley jdkn partner in 'crime' dieorg..selamat sket..hehe

    ReplyDelete
  8. Itulah elman ni kacaw aje.

    Tp die punye niat baek...hihi

    T.nama>Thanks! terharu jek...

    ReplyDelete
  9. cite nie nmpk menarikk...
    tp nape pendek sgt citenya???
    panjangkan lagi boleh?????

    ReplyDelete