U n Uols

Ahad, Jun 17, 2012

Bab 15: Hati Bertanya Siapa

Bunyi air mengalir menemani dua orang manusia yang yang saling tidak mengenali. Pandangan mata Puan Sri Suraya singgah tepat ke wajah gadis baju putih yang berdiri tidak jauh darinya melalui pantulan di cermin. Jelas terpamer riak bersalah di wajah gadis itu. Puan Sri Suraya menarik senyum di pinggir bibir.



“ Lain kali hati-hati….” Ucap Puan Sri Suraya membuka bicara antara mereka.


“ Sorry….sorry sangat-sangat puan. Saya…betul-betul tak sengaja…entah macam mana kaki meja boleh ada dekat situ….” Kalut gadis baju putih menjawab. Tangan menarik beberapa helai tisu, dihulur kepada Puan Sri Suraya.


“ Hmm…” Menyambut tisu yang dihulurkan si gadis.


“ Sorry puan…”


“ Puan Sri Suraya.”


Stok mak-mak datin?! Patutlah bergaya habis. Mak siapalah. Dari hujung rambut ke hujung kaki semua nampak mahal dan bergaya. Fesyen rambut vogue mengalahkan dia yang masih muda. Paling menyerlah tu, handbag berjenama LV yang tergantung di lengan. Harga beg tu paling tak cecah juga ribuan ringgit. Nahas kau Dayang!


“ Puan Sri…Maaf…”


Memusingkan badan menghadap gadis baju putih. Dipandang lama.


“ Ikut saya…”


“ Hah?” Terbutang biji mata. Puan Sri nak dia ikut pergi mana? Nak bawa pergi balai polis? Buat report kerana baju mahal tu tertumpah air?! Masalah!


“ Tak nak! Saya tak nak pergi balai Puan Sri! Tolonglah…saya sanggup bayar ganti rugi sebab kotorkAN baju tu. Tolonglah Puan Sri…”


Puan Sri Suraya kerut dahi. Takkan sebab kotorkan baju sampai nak pergi balai? Ish…budak ni. Dia tergeleng-geleng.


“ Balai apa pulak? Saya nak ajak kamu temaNkan cari baju lain aje. Tak selesalah pakai baju ni. Melekit-lekit…bolehkan?”


“ Bukan pergi balai?” Dayang tarik nafas lega. Puan Sri ni,cakaplah awal-awal. Buat orang suspens betul.


“ Tak. Tapi pergi butik..."


“ Butik?"


" Boleh kan?"


Dayang angguk.


“ Kalau macam tu, tunggu apalagi? Jom laa…” Menapak ke pintu tandas mendahului Dayang.


“ Saya call kawan saya dulu, boleh?” Aju Dayang.


Tak jadi nak tarik pintu. Berpaling kepada Dayang. “ Hmm…okey.”


Dayang mengeluarkan handphone. Sedikit menjauhkan diri. Membuat panggilan kepada Che Peah.


“ Hello,Che Peah…jangan pergi mana-mana tau. Tunggu Dayang kat restoran tu. Dayang ada masalah sikit, kena temankan Puan Sri cari baju.” Maklum Dayang dengan suara terkawal. Tak mahu perbualannya didengari Puan Sri Suraya.


“ Puan Sri mana? Cari baju apa?” Che Peah di hujung talian tak faham.


“ Orang tadi laa….yang bajunya tertumpah air tu. Dia mintak Dayang ikut dia cari baju. Lagipun Dayang janji dengan dia nak bayar ganti rugi. Korang tunggu Dayang…ingat tau.”


“ Masalah sungguh. Tak nak bagitau Gibran ke? Boleh dia tolong settle dengan Puan Sri tu?”


“ Tak payah kot…Dayang sendiri boleh settlekan. Ini Dayang laa…”


“ Sebab kau Dayanglah Che Peah tak percaya…”


“ Ala Che Peah ni…”


“ Kalau Puan Sri tu buli Dayang, call Che Peah dengan Intan ASAP!”


“ Okey! Eh….Che Peah, Dayang letak dulu. Puan Sri dah tengok Dayang semacam. Mesti dia ingat kita mengumpat pasal dia…”


“ Iyalah…jaga diri.”


“ Bye Che Peah…” Talian diputuskan.


Can we move now?” Soal Puan Sri Suraya apabila Dayang selesai bertelefon.


“ Ya…boleh dah…”


Melangkah keluar dari tandas mengikut hayunan kaki Puan Sri Suraya. Dayang berjalan beberapa tapak di belakang wanita itu, takut nak jalan berjalan seiring. Ketika kaki Puan Sri Suraya berhenti di hadapan butik berjenama, Dayang telan liur. Otak sibuk mengira wang tunai dalam dompet dan simpanan dalam bank. Bimbang mak cik bergaya seorang itu pilih baju harga tiga empat angka. Ketar kepala lutut dia nak bayar. Itulah gatal mulut sangat cakap nak bayar ganti rugi. Sekarang tanggunglah!


Dayang berdiri di sisi Puan Sri suraya yang sedang berkata sesuatu kepada seorang jurujual. Segenap ruang butik yang bergantungan dengan fesyen dari jenama termuka itu diperhatikan. Selama ini bukan dia tak pernah menjejakkan kaki ke dalam butik ini. Pernah. Cuma yang tak pernah beli barangan dari butik ini. Tak berkemampuan. Dulu pelajar. Sekarang ni memang dah kerja, tapi duit gaji cukup-cukup buat tampung hidup saja. Tak mampu. Setakat jeling tanda harga dah buat dia semput! Beli apatah lagi. Alih-alih cuci mata sahaja….



“ Siapa nama kamu?” Aju Puan Sri Suraya. Bergerak ke tengah butik. Tangan membelek-belek sehelai blaus berwarna hitam.


“ Daya….Da….In…”


“ Daya?”


“ Daya…Ina…Inara Puan Sri…”


“ Inara?”


“ Inara Puan Sri!” Terangguk-angguk Dayang mengiakan. Betullah kata orang, kaki tak bermata. Itu pasal suka-suka dia saja cari masalah dengan Puan Sri ni!


Call me aunty Su….” Kali ini Puan Sri Suraya berkata dengan sebaris senyuman. Lembut dan mesra nadanya. Kesian dengan gadis itu yang nampak sangat takutkan dirinya. Tertanya juga, apakah rupanya seperti singa nak menerkam mangsa sehinggakan wajah gadis itu pucat tak berdarah?


“ Iye Puan Sri…er..aunty Sri. Bukan! Maksud saya aunty Su…” Kalau tersalah kata dengan kawan-kawannya boleh juga tayang peace, dengan stok Puan –puan Sri cari nahas?


Hampir sejam Dayang menemani Puan Sri Suraya memilih pakaian. Dayang yang pada awalnya takut-takut dengan wanita yang baru dikenali itu mula selesa. Air muka wanita itu sahaja yang nampak garang. Hatinya baik. Macam-macam hal yang ditanya Puan Sri Suraya, ada ketika terkedu juga dia nak menjawab.


“ Inara ni dah kerja ke masih belajar lagi?” Menyelidik. Rancak sangat perbual, sehinggakan lupa nak tanya kerja gadis itu.


“ Kerja dah….”


“ Kerja apa?”


“ Kerja biasa-biasa aunty Su…kerani orang je...”


Puan Sri Suraya terangguk-angguk. “ Okay laa, sekurang-kurangnya ada kerja. Aunty nak cuba yang ni….”


“ Yang ni?” Mata Dayang bagai nak tersembul bila tengok tanda harga. Mak ai harga dia….bankruplah kau Dayang….


Melihat respon Inara, Puan Sri Suraya senyum. Bahu gadis itu disentuh lembut. “ Don’t worry, aunty bayar sendiri…”


“ Tapi, saya dah janji kan…”


“ Ganti janji tu dengan something else boleh?”


Something else?”


Puan Sri Suraya senyum lagi. Jerat dah mengena. “ Nanti aunty cakap…"





Gibran dilanda gelisahan. Kopi panas yang sudah bertukar suam-suam kuku tidak langsung diteguknya. Teman baik yang rancak bercerita tak diambil pusing. Semuanya gara-gara dia ke rumah sewa Dayang yang tak berpenghuni. Salamnya terbiar sepi tak berjawab. Panggilan telefon daripadanya juga tak berangkat. Dayang dah pindah? Dayang larikan diri lagi? Macam-macam persoalan bermain dalam fikiran. Mengurut batang leher yang terasa memberat.


“ Kau dah sampai mana Gib?” Perli Ikmal sahabat Gibran. Rancak dibercerita tentang urusan kerja, tapi Gibran sibuk layan perasaan.


“ Sampai mana apa?” Sedar dirinya diperli.


“ Masalah rumah tangga kan? Itulah kau. Aku bagi nasihat tak nak ambik kisah….sekarang makan hati…”


“ Nasihat kau tak boleh pakai…”


“ Kenapa tak boleh pakai? Cuba kau cerita…aku ni orang berpengalaman...”


“ Ekstrem Mal…nampak sangat jahatnya…”


Ikmal sengih. “ Apa salah, kau husband dia.”


“ Aku kalau boleh nak tambat hati Dayang dengan cara baik…”


“ Ikut kaulah…” Ikmal jungkit bahu.


“ Kau ada cara lain?”


“ Ada...”


" Apa dia?"


Ikmal mengamit Gibran supaya mendekat. Sesuatu dibisikkan ke telinga sahabatnya itu.


“ Gila!”


" Gila sudah..."


Gibran kalih pandang. Jari-jemari mengetuk-getuk permukaan meja. Bisikkan Ikmal kembali bermain di benak. Apa salahnya....jadikan back-up plan. Senyum nakal terias di bibir...






“ Lama tunggu umi?” Sapa Gibran seraya kelibat Puan Sri Suraya memasuki perut kereta. Riak wajah uminya tak lagi menampakkan kemarahan. Dah bershopping sakan mestilah mood baik. Uminya dah membeli-belah memang tak boleh dipisahkan. Sampai Malaysia tak sampai sehari, pusat beli-belah juga yang dijajah.


“ Tak apa…” Puan Sri Suraya tersenyum-senyum.


“ Umi tak marah lagi?”


“ Bila masa umi marah?”


Gibran senyum. Jika tadi dia membuat andaian sendiri, sekarang dia benar-benar yakin mood umi berada dalam keadaan paling baik.


“ Tadi umi dapat kawan baru.” Bercerita tanpa ditanya.


“ Siapa?” Kereta meluncur membelah jalan raya.


“ Perempuan....muda lagi...” Toleh si anak sekilas.


“ Hmm...”


“ Cantik orangnya…”


“ Oo…”


“ Baik…”


“ Hmm…”


“ Umi berkenan dengan dia…”


Kali ini Gibran toleh uminya.


“ Umi nak kenalkan dengan Gib.”


“ Hah?!”


Untuk versi penuh dapatkan novel Hati Bertanya Siapa Kamu di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari http://www.karyaseni.my/ untuk pembelian secara online.

11 ulasan :

  1. Alahai dayang, jumpa mak mentua pun kalut, tapi dalam kalut2 tuh pun berkenan jugak...
    Mak ngan anak selera sama jer, suka yang kalut2 mcm dayang...


    ~w.t~

    BalasPadam
  2. amboih lamenye menyepi..hehe..akhirnye ad gek smbungan gib n dayang nih..senyum smpi telinge da..
    thanks dear..hurm amboi puan sri, diam-diam na knlkn gib ngan dayang ye..ish-ish puan sri ni td ta tnye da kawin blum kat dayang..jap gi terkejut abis bile tau dayang da kawen..hurm kalu da terkejut tau dyg da kwen, ape plak reaksi kalu tau dyg menntu die ek??pengsan kot??
    hah gib ape yang senyum nkl-nkl tuh..jgn nakl-nkl sgt tau, lri jauh dyg t..
    hihi ta sabau na tau kisah gib n dyg..
    writer dear keep up ur good writing..cant wait for next entry..

    ~adda~

    BalasPadam
  3. akhirnya ada n3 lama tunggu huhu cepatlah sambung lagi nurf

    BalasPadam
  4. Hahaha. Taste mak dgn anak sama je rupanya. Nasibla Pn. Sri memang berkenan dgn Dayang. Kalau org lain mmg harula.

    BalasPadam
  5. continue pls....lamanya nak tunggu next entry, but worth-it coz sgtlah best. Keep up a good job :)

    BalasPadam
  6. best.....nak lagi...........
    followwwwwwwwwwwwwwwwwww

    BalasPadam
  7. dah agak msti dayang

    BalasPadam
  8. mak tepahat pada keayuan gadis yg samer dgn ank....maner nk tumpahnyer kuah kalu x ke nasik....suker sgt...

    BalasPadam
  9. bestt...baru je bace dh tngkp cintan..huuhuu

    ara

    BalasPadam
  10. bestnya cerita.. tak sabar nak tunggu ending yang seterusnya...

    BalasPadam
  11. cerita best x hingat nyer...bila nak sambung...hilang tension akak.

    BalasPadam