U n Uols

Jumaat, Februari 24, 2012

Bab 1: Hati Bertanya Siapa Kamu

“ Zie tepikan sikit benda ni. Aku nak tengok muka lelaki tu…” Kipas tangan yang menghalang pandangan daripada melihat ke tengah ruang ditepis lembut.

“ Alah kau ni, dah alang-alang tak pernah tengok muka bakal laki kau, apa salahnya tunggu kejap je lagi. Masa acara membatalkan air sembahyang nanti, kau tengoklah puas-puas. Tak ada yang marah dah. Lagipun baru ada thrill…” Zie tetap dengan kipas di tangan. Tidak dialihkan. Menghalang pengantin perempuan daripada melihat pengantin lelaki di tengah ruang. Lelaki yang tidak pernah ditemui.

“ Zieeee….” Rungut pengantin perempuan.

“ Diam, diam diorang dah mula tu.”

“ …dengan mas kahwin RM80 tunai…” Lafaz pengantin lelaki.

“ Sah?” Tanya tok kadi.

“ Sah…..sah!” Ujar para saksi.

“ Sah?” Soal pengantin perempuan dengan mata membulat kepada pengiringnya.

“ Sah…” Mendengar jawapan itu nafas pengantin perempuan tercungap-cungap. Katakanlah semua ini hanya mimpi ngeri. Mata mula kabur. Kipas tangan yang menghalang pandangan ditepis kasar. Lelaki berjanggut meliar memenuhi wajah sedang melangkah ke arahnya. Mak dan ayah kahwinkan dia dengan Tok janggut? Atuk tua? Tidak! Tidak!

“Tidak!” Serentak dengan jeritan yang terluah dari mulut, pengantin perempuan tidak sedarkan diri. Pengsan!

“ Pengantin pengsan! Pengantin pengsan!” Suasana tenang bertukar hiruk-pikuk. Kelam-kabut.

“ Ambikkan air!”

“ Angkat…bawak masuk bilik…”

“ Telefon doktor!”

“ Panggil ambulans!” Pelbagai jenis arahan yang keluar daripada mulut orang-orang yang menjadi tetamu.


*****************************************************************************


Sebelah mata dibuka perlahan-lahan. Mengintai ke segenap sudut bilik. Keadaan sekeliling dan sasaran sudah dikenalpasti. Sudah hampir 20 minit dia sedarkan diri. Tetapi terus berpura-pura pengsan kerana tidak sanggup untuk menghadap lelaki yang baru bergelar suaminya. Sekarang masa yang sesuai untuk memulakan satu lagi sesi lakonan. 1…2…3 action!

Tangan dibawa menyentuh pelipis. Kedua-dua belah mata yang terpejam dibuka. “ Kakak kat mana ni?”

“ Sedar jugak anak mak…” Menarik nafas lega. Rambut anak perempuanya diusap-usap. Terkejut dia dengan kejadian yang tiba-tiba ini.

“ Mak…nak minum…” Pinta pegantin perempuan. Duduk bersandar ke kepala katil. Hanya mereka dua beranak dalam bilik itu. Sanak-saudara yang memenuhi ruang sebentar tadi sudah diminta keluar bagi memberi udara kepada pengantin.

Gelas air disuakan ke mulut anaknya. “ Risaukan mak aje…”

Lega apabila tekak yang perit dibasahi air. “ Mak, tadi akak mimpi. Mimpi kahwin…”

“ Bukan mimpi sayang…akak pengsan lepas akad nikah tadi.”

“Bukan mimpi?!!” Wajah penuh kejutan.

“ Mak panggilkan suami kamu…”

“ Tak…tak…” Menahan emaknya daripada meneruskan niat itu. Panik sekali lagi! Belum bersedia bertentang mata, bertembung pandang dengan lelaki yang telah bergelar suaminya. Lelaki yang hanya tadi pernah dilihat wajahnya itu.

“ Dia risau jugak tu…”

Pergelangan tangan emaknya dilepaskan perlahan-lahan. Inilah peluangnya. Ya inilah peluangnya. Maafkan kakak mak…akak mesti buat semua ni. Akak tak sanggup teruskan lagi. Mata memandang redup emak yang sedang menapak ke pintu bilik.

“ Mak…” Bangkit. Duduk dibirai katil.

“ Berehat, kejap lagi mak datang balik…” Tanpa sebarang syak wasangka emak pengantin perempuan meneruskan langkah. Keluar dari bilik.

“ Selamat tinggal mak…….maafkan kakak…” Memerhati seketika emak yang berlalu. Tanpa berlengah cadar diselak, mencapai beg pakaian sederhana besar yang disorok di bawah katil. Beg tersebut disorok sejak pagi semalam. Semua orang nak tengok dia nikah dengan lelaki tu, sekarang mereka sudah diijabkabulkan. Satu hal yang perlu diinga,t dia tidak pernah berjanji untuk berada disamping lelaki itu selepas berkahwin. Semua orang tidak menetapkan syarat tersebut.

Emak pengantin perempuan menapak memasuki bilik pegantin. Kembali semula beberapa minit kemudian dengan seorang lelaki. Lelaki yang baru sahaja bergelar anak menantunya. Masing-masing sekali lagi mendapat kejutan. Pengantin perempuan tiada di bilik. Menjenguk dan mencari-cari di setiap sudut dan ruang rumah. Tidak juga ditemui, sehinggalah mendapat telefonnya berbunyi. Menandakan ada mesej yang masuk. Ucapan selamat tinggal daripada anak perempuannya!

Suasana kembali gempar. Pengantin perempuan dah lari!

****************************************************************************

“ Thum….tham…dhum..dham….” Bunyi lesung.

Gaya duduk ditukar. Dari bersimpuh, lebih selesa melipat sila. Lenguh kakinya duduk-duduk ayu sejak tadi. Cermin mata hitam dibetulkan dengan hujung jari. Salah satu eksesori kesayangan Che Peah. Bergaya sakan dengan cermin mata hitam di ceruk dapur! Dibeli dua bulan lepas semasa membuat rombongan ke uptown. Perkataan rombongan agak melebih. Baiklah, tukar ayat. Dibeli dua bulan lepas ketika berjalan-jalan menghabiskan masa teluang pada malam minggu.

“ Tumbuk sambal tu jangan lumat sangat. Nanti tak sedap.” Pesan Che Peah.

“ Orait!”

“ Belacan dah letak?”

“ Dah….”

“ Gula, garam?”

“ Allah! Lupa Che Peah….” Bingkas bangun. Balang gula dan garam di atas meja dicapainya. Disudu ke dalam lesung. Ditumbuk dengan berhati-hati agar tidak tertumpah keluar. Aroma yang terhasil buat air liurnya kecur. Sambal belancan my favourite, siaplah kau! Beta akan bersantap sekejap lagi!

“ Tumbuk sambal belacan sambil senyum-senyum…tak ada lainlah tu…berangan memanjang. Apa nak jadi dengan orang-orang dalam rumah kita ni. Yang ni senyum sambil tumbuk sambal, yang kat luar senyum-senyum depan cermin…intan payung….oi intan payung! Udah-udah ler nengok cermin yer, kan retak pulak….sini, goreng ikan…kau tak nak makan nasi ke…”

“ Ye ler Che Peah oi! Aku datang ni…” Intan muncul di muka pintu dapur bagaikan bas ekspress. Tersengih-sengih dengan cermin di tangan.

“ Ikan tepi dapur tu, aku dah gaulkan kunyit. Goreng cepat. Karang lapar puteri tu…” Kedua-duanya memandang kawan mereka yang khusyuk menumbuk cili.

Perasan dirinya menjadi perhatian. “ Apa?”

“ Tak ada apa…”

“ Aku dengar korang mengumpat tu. Puteri konon…taulah kita tak pandai masak. Nanti kita belajarlah…mengumpat je…”

Intan dan Che Peah tersengih-sengih. “ Mengumpat depan-depan takpe kan…” Che Peah kenyit mata.

“ Marah ke?” Intan angkat-angkat kening.

“ Marahlah!” Dayang muka bengang.

“ Che Peah, hari ni punya menu ikan dengan sayur je ke? Ayam takde?” Intan sudah memanaskan kuali.

“ Takde…”

“ Lain kali kita masaklah best-best sikit. Buat spagheti ke, stik ke, chicken chop ke…ini tak, ikan goreng, sayur kangkung…” Rungut Intan. Memasukan ikan ke dalam kuali dengan jarak tiga depa. Takut terpencik minyak panas!

“ Tak siap-siap lagi ke sambal tu Dayang?” Intan turut bersila di lantai melihat Dayangku Inara yang sedang mengerjakan cili dan Che Peah yang sedang memotong sayur kangkung.

“ Siap!” Dayang senyum bangga.

“ Assalamualaikum…” Diiringi gonyangan pintu grill dan ketukan pintu rumah.

“ Siapa yang datang?” Dayang berpandangan dengan Intan.

“ Rumah depan tu…” Balas Che Peah masih dengan tugas memotong sayur.

“ Ish, macam datang rumah kita je…” Intan bingkas dari duduk. Tak puas hati. Sifat busybodynya tidak dapat dibendung. Menjenguk melalui tingkap dapur yang menghadap ke depan. Pandangannya agak terbatas. Bergerak ke ruang tamu yang hanya terletak bersebelahan dapur mereka.

“ Intan payung nihah, tinggalkan ikan pulak. Hangus nanti…” Che Peah merungut.

“ Dayang tengokkan…” Dayang bangkit tanpa disuruh. Mencapai sudip. Membalikkan ikan dikuali dengan berperisaikan tudung periuk! Che Peah mengeleng. Macam-macam hal kawan-kawan dia.

Seketika kemudian Intan kembali ke dapur membawa berita. “ Ada dua orang lelaki pakai kot, ala-ala Men In Black. Diorang cari gadis nama Inara!” Intan menyampaikan.

“ Pang!” Tudung periuk di tangan Dayang terlepas dari genggaman. Jatuh ke lantai…

Untuk versi penuh dapatkan novel Hati Bertanya Siapa Kamu di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari http://www.karyaseni.my/ untuk pembelian secara online.

14 ulasan :

  1. enovel baru ke? anggun dh x update ke?

    BalasPadam
  2. mcm menarik je cite ni..

    BalasPadam
  3. best2....
    cpt2 sambung tau... :)

    BalasPadam
  4. nurf...post lagii n3 baru ye. cambest je~

    BalasPadam
  5. Wah, sukeee cerita ala-ala byk persoalan nih. Hehe. Ingatkan cite baru, rupanya dah terperuk lama yek? :)

    BalasPadam
  6. suka2... nak lagi

    BalasPadam
  7. wahhhh dah ada novel baru nie..
    selalu ye mesti abis 1 story baru update baru..hehehehehe..

    BalasPadam
  8. hari tu bakal pengantin laki yg lari..ni runaway bride plak..hehe..menarik2!

    dayangku inara..klasik =)

    BalasPadam
  9. Bab 1 je dah menarik...
    Teruskan....

    BalasPadam
  10. bestttt!!!!! kelakar bab 1 ni!

    BalasPadam
  11. Hurm...interesting...
    ble nk smbg ni???
    xsabar plak nk bce

    BalasPadam
  12. salam dik..akak baru baca citer ni..lebih kurang lintas langsungla..akak rasa comel sesangat watak intan ni..tapi akak kurang pasti kenapa ..dia boleh melarikan diri dia..masa telah dinikahkan..tidakkah dia yg sendiri bersetuju utk berkawen dengan pilihan keluarganya..tak terfikirkah dirinya ..bila dah berkawen..dah menjadi..t/jawabnya suaminya..dan berdosa..melarikan diri..dari suami..

    BalasPadam