U n Uols

Isnin, Julai 04, 2011

INI KISAH KITA BAB 10

Sekejap-sekejap bangun. Kemudian duduk kembali. Ligat otak mengarang ayat yang mahu dipersembahkan kepada emak tercinta. Agar hati itu akan cair dengan kata-katanya nanti. Jika boleh dilihat, sudah berpuluh-puluh ayat yang sudah ditong sampahkan! Semuanya seperti tidak kena dan tidak dapat menyakinkan pendengaran si emak.


Memandang sekilas jam di telefon bimbit. Sudah menginjak ke jam 8.40 malam. Emaknya masih belum menampakkan batang hidung. Menurut emaknya, dia terpaksa pulang agak lewat hari ini kerana ada masalah dengan stok di butik. Masalah apa tidak pula diketahui. Pulangnya selepas habis waktu pejabat siang tadi juga terpaksa menumpang Pak Long Arsyad. Tidak dapat menumpang Pn. Syuhadah kerana wanita itu tidak dapat pulang awal seperti selalu. Aryan pula pada ketika itu sedang bermesyuarat di luar.


Siang tadi dia siap kena gelak dengan Pak Long Arsyad sebab terpaksa main sorok-sorok hendak menumpang kereta pak ciknya itu. Kata Pak Long, masuk sahajalah. Kalau ada yang nampak, habis-habis pun orang akan cakap En. Arsyad ada skandal dengan pekerja baru. Ada ke macam tu? Rosak reputasi nanti!


Sara Cempaka sudah mundar-mandir di biliknya. Ke hulu ke hilir dengan telefon bimbit di tangan. Lantas nombor emaknya didail. Talian bersambut.


“ Assalamualaikum…..mak kat butik lagi?” Soalnya terus.


“ Waalaikummusalam, on the way dah…..kejap lagi sampai rumah….”


“ Sara ada hal nak cakap dengan mak ni…..”


“ Hal apa? Tunggu ya….kejap lagi mak sampai. Dah dekat ni hah….”


“ Okey mak, jumpa kat rumah. Bye….” Talian dimatikan. Nafas dalam ditarik untuk melegakan dada yang semakin sesak. Haru betul! Hendak cakap dengan emak sendiri pasal pindah rumah pun sudah gabra tak tentu pasal. Sedangkan emaknya bukanlah jenis yang suka melenting tidak kena tempat. Ini belum menghadap nenek Saripah lagi. Agaknya jika dengan nenek mahunya terpengsan terus!


Tidak betah menunggu di bilik. Kaki diatur ke tingkat bawah menuju ke ruang tamu. Menyertai Kimi dan Nadim yang sedang menonton siaran berita. Melabuh duduk di sebelah Nadim. Pandangan mata dihala ke skrin Tv. Patutlah melekat sahaja, tengok berita sukan rupanya. Sekejap sahaja matanya singgah ke Tv. Mengalih pandang ke pintu utama. Pintu itu masih elok tertutup.


Bangkit dari duduknya menuju ke tepi jendela. Mengintai ke perkarangan rumah. Kereta emaknya masih belum kelihatan. Suis automatik pintu pagar di dinding ditekan. Memudahkan emaknya apabila tiba nanti. Kimi berpaling kepadanya akibat bunyi pagar yang bergesel.


“ Mak dah balik ke Kak Sara?” Soal Kimi.


“ Belum lagi. Kejap lagi mak sampai.”


“ Ingat mak dah balik….bukan pagar dah terbukak ke?”


“ Akak yang bukak…..” Jawab Sara Cempaka.


“ Ingat mak yang balik…” Balas Kimi. Kembali menatap skrin Tv.


Sara Cempaka duduk kembali di sofa. Kali ini dia melabuh duduk di sebelah Nadim. Telefon bimbit di tangan dibelek-belek. Kemudian memandang lagi ke pintu utama. Menonton rancangan di Tv sekilas. Menghala pandang ke pintu untuk kali yang entah ke berapa. Nadim sudah berkerut dahi melihat gelagat kakaknya. Benar-benar terganggu konsentrasinya menonton rancangan di Tv!


“ Kak Sara! Ada masalah ke? Kejap tilik telefon, pastu tilik pintu rumah. Tilik telefon lagi….” Nadim sudah memulakan bebelannya.


“ Kak Sara tengah tunggu mak ni……lambat pulak….” Jawab Sara Cempaka.


“ Asal?”


“ Ada hal sikit nak cakap dengan mak…..”


“ Hal apa?” Nadim dan Kimi memfokus kepadanya.


“Hari tu kan jumpa Mak su…..so…..dia ajak Kak Sara stay dengan dia dekat apartment. Diakan tinggal sorang je. Kak Sara ni dah kerja, nak jugak hidup berdirikari. Asyik berkepit dengan mak aje…..


“ Hah! Nak pindah rumah?” Kimi sudah buntang mata dengan mulut yang sengaja dilopongkan. Terkejut sangat kononnya. Adiknya yang sorang ini suka berdrama! Ikut perangai siapa belum dapat dikenal pasti….


“ Aaah….”


“ Oh no!” Balas Kimi. Sara dan Nadim menuntas pandang kepadanya.


“ Kenapa?”


“ Emak maybe boleh kompromi……yang tak kasi maybe nenek….” Kata Kimi. Nadim terangguk-angguk kepada Sara.


“ Taulah…..Kak Sara settlekan dengan emak je. Nenek kesayangan korang tu……Mak su akan settlekan…..” Jawab Sara. Terkekeh-kekeh pula Kimi ketawa. Entah apa yang lawak sangat.


Confirm nenek cakap. Kau ni….tak cukup kau aje yang pindah keluar……Cempaka pun nak diajak sama tinggal dekat rumah yang tak ada tanah tu. Cukuplah kau sorang aje yang degil…jangan diajar dekat anak-anak buah…..” Ajuk Kimi. Nadim sudah ketawa terbahak-bahak. Sara Cuma mengeleng dengan sengihan kecil. Rasanya dia tahu si Kimi ni ikut perangai siapa…..nenek Saripah!


“ Lawak betul. Sebijik serupa nenek!” Kata Nadim dengan sisa-sisa tawanya.


“ Dah jangan nak melebih. Tersedak orang tua tu kat rumah sebelah…..” Semua memandang ke pintu apabila terdengar bunyi kereta yang memasuki perkarangan rumah. Sara bangkit menuju ke pintu. Pintu dikuak. Menyambut kepulangan Pn. Syuhadah dengan senyuman paling manis. Harap-harap sejuk hati emak melihat senyuman manis ini.


“ Eh! Siap sambut dekat depan pintu…….tak sabar betul. Mesti hal penting ni….” Kata Pn. Syuhadah. Sara Cempaka sekadar tersenyum.


“ Emak nak minum? Sara ambikkan…”


“ Boleh jugak. Air kosong je….” Tanpa berlengah Sara ke dapur. Mengambil gelas di atas rak. Air kosong di atas kaunter dapur dituang ke dalam gelas. Dibawa ke ruang tamu. Gelas tersebut diletakkan ke meja kopi di hadapan emaknya.



“ Lambat hari ni mak…..” Kata Sara Cempaka.


“ Ada masalah sikit dengan stok-stok kain. Sara nak cakap apa dengan mak. Sampai tak menyempat-yempat. Siap sambut depan pintu……” Sara Cempaka tersenyum tawar. Nadim dan Kimi memfokus kepadanya. Menunggu dia memulakan bicara. Masing-masing tidak sabar menanti reaksi si emak.



“ Sebenarnya….erm……Sara…..” Pn. Syuhadah sabar menunggu Sara Cempaka meneruskan bicara.

“ Mak su ajak Sara stay dengan dia……erm……boleh tak mak?” Fuh! dapat cakap jugak walau tidak selancar mana.



Pn. Syuhadah diam seketika. Gelas berisi air kosong di meja kopi dicapai. Diteguk sedikit. Sara sempat mengerling Kimi yang membulat biji mata menanti emak memulakan bicara. Nadim juga kelihatan tidak sabar mendengar bicara emak mereka. Tetapi Nadim lebih tenang daripada Kimi.



“ Buat apalah nak pindah…….rumah kita ni bukan main besar. Nak pergi tinggal dengan Mak su buat apa?”


Jawapan yang tidak memberansangkan diterimanya. Lidah cuba menyusun alasan yang dapat menyakinkan emaknya.


“ Bukan apa mak….Sara kan dah kerja. Nak merasa hidup sendiri jugak. Sampai bila nak tinggal dengan mak.”


“ Tinggal dekat asrama, belajar dekat luar negara dulu tak puas lagi ke berdikari?”


“ Tak sama laa mak……”


Wajah si anak dipandang. “ Emak ingat Sara dah balik ni , bolehlah kita sekeluarga berkumpul….” Pn.Syuhadah diam lagi. Berfikir barangkali. Resah Sara Cempaka menunggu emaknya menyambung kata. Agak-agak emak bagi kebenaran tak?


“ Betul tinggal dengan Mak su? Bukan dengan kawan-kawan lain?” Soal Pn. Syuhadah inginkan kepastian. Sara Cempaka menganggukkan kepala. Tidak sangup mengiyakan dengan kata-kata. Ampun mak…..


“Kalau mak tak bagi?”


Sara jungkit bahu dengan riak kecewa. “ Ikut jela…..” Menekur pandang ke lantai. Tak sanggup nak angkat muka.


“ Habis, kalau mak bagi kebenaran….bila nak pindah duduk dengan Mak su?” Soal Pn. Syuhadah.


Senyuman kembali menghiasi bibir. Perlahan-lahan wajah yang ditekur ke lantai diangkat memandng seraut wajah Pn. Syuhadah.


“Erm….jadinya, emak bagi ke?” Soal Sara.


“ Tapi ada syaratnya…..kalau mak call suruh balik rumah jangan bagi banyak alasan. Balik aje.”


“ Baik, mak. Janji!” Senyuman tidak lekang dari bibir. Kening diangkat-angat kepada Kimi. Saja nak berlagak.


Kimi mencebik. “ Suka sangat! Berlagak….Mak tarik balik, mak….” Suruh Kimi. Sepantas kilat bantal kecil yang menghiasi kerusi terbang melayang ke arahnya. Tepat mengenai muka! Cari pasal betul si Kimi ni. Buatnya emak betul-betul tarik balik, siapa yang susah? Kak Sara kau ni jugak!


“ Ganaslah perempuan zaman sekarang!” Rungut Kimi. Mengosok-gosok matanya yang terkena bantal.


“ Itu namanya….balingan tepat. Siapa suruh gatal mulut…..”


“ Dah, berlagak sangat.”


“ Bukan berlagak laa….berkongsi kegembiraan…..” Balas Sara. Kimi mencebik lagi. Nadim sudah kembali menonton siaran di Tv.


Selesai dengan Pn. Syuhadah Sara meminta diri untuk naik ke bilik. Masuk sahaja ke biliknya, nombor Aryan didail. Mahu berkongsi berita gembira tersebut. Nyata Aryan lebih teruja daripadanya!



**************************************************************************



Elman merenggangkan otot-otot tubuhnya. Semalaman tidak tidur kerana menyiapkan assignment. Bila dah dekat dengan due date baru tergopoh-gapah nak siapkan. Inilah padahnya. Jam di meja belajar dipandang. Pukul 5.00 pagi dah!? Kalau tidur ni confirm tak bangkit solat subuh. Tunggu subuh dululah baru tidur.

Bangkit dari kerusi belajar. Dia mengeliat sepuas hati. Menghilangkan rasa lenguh. Sedikit lega. Melangkah ke jendela bilik. Kunci dilepaskan. Jendela dikuak. Tercongak di situ melihat pemandangan di subuh hari. Matanya yang letih terasa lebih segar. Bibir sudah melagukan lagu kegemaran.


Nyanyian terhenti. Matanya digosok-gosok. Manalah tahu tersilap pandang sebab mata terlalu penat menghadap laptop. Tidak pun sebab sudah mamai. Mata dipejam celikkan. Tidak percaya dengan apa yang terlihat oleh matanya sendiri. Di subuh hari ternampak abang Aryan keluar dari rumah Mak ngah! Siap panjat pagat depan lagi? Sungguh mencurigakan……

Benaknya ligat berfikir. Tiada pulak abang Aryan memaklumkan akan bermalam di rumah Mak ngah. Takkan nak temankan Kimi atau Nadim. Tak logik! Ke abangnya ada skandal dengan Kak Sara? Oh…..tidak! Rasa curiga sudah membuak-buak. Mesti siasat…..mesti siasat…..


9 ulasan :

  1. alamak dah kantoi ngan elman,,hohoho

    BalasPadam
  2. haha..habislah aryan kli nie...

    BalasPadam
  3. hoho. dah kantoi dengan elman nampaknya..

    BalasPadam
  4. Alamak kantoi!aryan pun x sbr2..kan dh bgtau sara bleh pindah..tggula sara pindah br leh jupe dlm bilik huhu

    BalasPadam
  5. Kantoi je sbb Elman tu xreti nak tido....kehkeh

    BalasPadam
  6. hahahaha..akhirnye kantoi jgk dgn si elman ni..sabo jela..dh mcm abg naz melodi..kecoh btol..korek jgn xkorek..hope bley wat geng ye elman :D

    BalasPadam
  7. ahah! xcited n nebes lak nk tngu next n3. suspen suspen...i like la cik writer. cepat2 post n3 ye...=))

    BalasPadam
  8. penyibuk la elman ni..huh!

    BalasPadam