U n Uols

Isnin, Jun 27, 2011

INI KISAH KITA BAB 7

Meja makan dipenuhi dengan anggota keluarga. Riuh sahaja suasana. Tidak menang tangan hendak melayan borak kedua-dua orang adiknya Nadim dan Kimi, berserta Elman. Ada-ada sahaja cerita dan lawak jenaka daripada mereka bertiga. Budak-budak bertiga ini berjaya membuatkannya gelak sakan. Cumanya cik abang seorang itu sahaja yang moodnya tak sama dengan orang lain. Muka.....serupa jeruk mangga!



Perangai mengalahkan budak-budak. Ada ke berebut tempat duduk dengan Elman. Masing-masing sibuk hendak duduk di sebelahnya. Dia duduk di posisi tengah. Di sebelah kanan ada Nadim. Kerusi kosong di sebelah kirilah yang direbutkan. Sedangkan ketika itu kerusi yang bertentangan masih lagi kosong. Penat betul hendak melayan pelbagai karenah manusia-manusia lelaki dalam keluarganya. Pelbagai karenah dan perangai. Dirinya menjadi rebutan empat jejaka! Tak tahu nak bagi perhatian dekat siapa dulu.......Berpaling kepada Nadim, Kimi memanggil, berpaling kepada Kimi, Elman pula memanggil! Bertuah sungguhnya diri sebab disayangi adik-adik.



" Kamu tak nak makan ke Aryan? Dari tadi lagi kamu gaulkan saja nasi tu. Makannya tidak......." Tegur nenek yang pelik melihat kelakuan cucu lelakinya.


" Makan nek........" Nasi disuap juga ke mulut.


" Abang Aryan nak laut ni? Ke nak sayur?" Soal Sara Cempaka. Sudah bersedia untuk mencedukkkan ke pinggan nasi Aryan


" Nak sayur tu......." Jawab Aryan.


" Kamu dah tak boleh ambik sendiri ke Aryan. Tunggu Cempaka jugak yang buatkan. " Tegur nenek sekali lagi. Nadim. Kimi Dan Elman berusaha menahan tawa. Selalunya mereka bertiga yang kena dengan nenek. Sekali-sekala tengok abang Aryan yang kena, kelakar aje. Pn. Serena dan Pn. Syuhadah menjengkelkan mata kepada mereka bertiga.


" Tak apalah nek......." Jawab Sara Cempaka. Sayur disudukan ke pinggan Raqib Aryan.


" Nenek ni bukannya apa, Cempaka ni perempuan. Kalau dah kawin besok ikut suami dia.......kamu semua jugak yang tak biasa nanti." Kata Nenek.


Sara Cempaka dan Raqib Aryan tidak jadi membawa nasi ke mulut. Berpandangan sesama sendiri. Tertanya-tanya apa sebenarnya yang mahu dikatakan nenek. Rasanya ayat yang diucapkan nenek masih belum lengkap, seperti akan ada kesinambungannya. Kedua-duanya sabar menanti nenek meneruskan bicara. Tapi hampa, bicara nenek perihal perkawinan cuma setakat itu.......


" Nenek dah ada calon untuk Kak Sara ke? Bunyinya macam dah ada.........." Celah Elman. Semua mata memandang ke arah nenek. Wanita tua itu diam tanpa kata. Hanya bibirnya mengukir senyuman yang tersirat pelbagai makna. Sukar untuk ditafsirkan. Buat semua orang tertanya-tanya.


Raqib Aryan mengurut dada sendiri. Mahu melegakan gelojak di hati. Dia tidak sedap hati dengan kata-kata nenek tadi. Diri mula dihujani dengan rasa bimbang. Tidak tahu kenapa. Sesuatu terdetik di hati. Ke betul nenek dah ada calon untuk Sara..........? harap-harapnya bukanlah.


Bukan sahaja Aryan yang terkocak ketenangan hatinya, Sara Cempaka juga sama. Gelisah di tempat duduk. Panas punggung tiba-tiba. Nenek bukan senyum biasa. Dia tahu! Senyuman nenek itu ada maksudnya. Nasi di pinggan juga sudah tidak lalu dipandang. Ya, Allah.....jauhkanlah kami daripada terjebak dengan keadaan yang lebih rumit. Berkalih memandang emaknya. Pn Syuhadah masih tenang menikmati makan malam. Nampak seperti emak tidak tahu apa-apa. Tidak mengapalah, akan cuba dirisiknya dengan emak nanti........


" Dah.....makan. Habiskan nasi tu." Suruh Mak Long Serena yang duduk di sebelah emak di kerusi paling hujung dan berdekatan dengan nenek.


Dalam keadaan terpaksa Sara menghabiskan juga nasi yang berbaki sedikit di pinggan. Ditelan dengan bantuan jus oren. Selalunya selepas makan barulah diteguk air minuman. Nak buat macam mana, kalau tidak dihabiskan terpaksa bersoal jawab dengan nenek dan emak pula.


" Emak tak telefon Mimie ke? Ajak dia datang makan sama." Soal Mak Long Serena di hujung meja.


" Dah telefon........dia baru balik tengahari tadi dari Seremban. Terus kena masuk mesyuarat katanya. Malam ni pulak ada nak jumapa client...." Terang nenek.


" Yang pergi Seremban dua minggu lepas tu, baru balik? Sibuk betul si Mimie......anak-anak buah yang baru balik ni pun tak sempat nak jumpa, bersua muka." Kata Pak Long lagi.


" Ala.....Mak Long, Mak Su mesti pergi dating. Alasan je tu nak jumpa client." Sampuk Nadim. Kata-katanya disambut dengan gelak tawa Kimi dan Elman.


" Nadim Andika! Jangan menyampuk orang tua bercakap." Tegur Pn. Syuhadah.


" Biarlah.......Mak Su kamu tu memang dah layak kahwin....jangan dia pergi kahwin senyap-senyap sudah...."



Sara Cempaka berpandangan dengan Raqib Aryan. Orang bercakap tentang mak saudara bongsunya. Mereka berdua pula yang terasa. Kata-kata Pn Serena sepatutnya ditujukan kepada mereka berdua, bukannya Mak Su Mimie. Tidak betah lagi berlama-lama di meja makan. Bangkit dari kerusi, pinggan kotornya diangkat untuk dibawa ke dapur.


" Sara dah sudah ke?" Tanya emaknya.


" Hmm.....dah kenyang mak."


Pinggang kotor dibawa ke sinki. Lalu dicucinya. Selesai mencuci, dia masih berdiri di situ Termenung sendiri.


" Kak Sara, ni dia.....lagi banyak pinggan kena cuci." Tegur Nadim yang menatang pinggan-pinggan kotor dikuti Mak Longnya.


Berpaling kepada Nadim. " Letak jela....Kak Sara cuci......"


" Tak payahlah Sara.....pergi duduk depan. Mak Long buat." Kata Pn. Serena. Pembantunya sudah seminggu bercuti kerana ada masalah keluarga di kampung.


" Tak apa Mak Long, Sara buat........"


" Hmm.....yela. Kalau penat nak cuci semua tinggal aje kat situ." Pesan Mak Long Serena sebelum berlalu dari dapur.


" Nadim tolong ya......." Sara Cempaka sekadar mengangguk. Nadim mengambil tugas mengelap pinggan yang sudah bersih utuk disusun ke atas rak di tepi sinki. Sambil itu Nadim sempat membuat lawak. Hilang terus kegusaran yang bertandang sebentar tadi. Berganti dengan gelak-gelak ceria. Terhibur hatinya dengan celoteh Nadim.


Dalam ketawa-ketawa itu ada juga dia bertanya secara santai perihal adiknya. Budak-budak remaja sekarang ini ramai yang terlibat dengan masalah sosial. Sebelum ini dia jauh, tak boleh perhatikan adik-adik. Kata Nadim di sekolah dia berkawan dengan semua orang. Setakat berkawan sahajalah. Apa yang baik dia turut, apa yang tak baik ditolak tepi. Adiknya Nadim memang suka melawak. Tapi dia boleh nampak sisi kematangan Nadim Andika yang berumur 17 tahun ini. Cerita Nadim, di sekolah dia tak ubah seperti artis. Kapten bola sepak katanya. Ramai sahaja yang menawarkan diri untuk menjadi awek dia. Semua kena tolak sebab tak memenuhi ciri-ciri perempuan idaman. Memang perasaan betul Nadim ni!



Selesai dengan kerja-kerja di dapur Sara Cempaka dan Nadim turut menyertai yang lain di ruang tamu. Melabuh duduk di sebelah Raqib Aryan yang sedang melihat brochure.


" Tengok Brochure apa?" Menjenguk sedikit brochure di tangan Aryan.


" Kereta."


" Kereta? Siapa yang nak beli kereta baru?" Soal Sara Cempaka.


" Siapa lagi Cempaka la....." Jawab nenek dengan senyuman menghiasi bibir.


" Sara?" Tanya Sara Cempaka terkejut. Seingatnya tidak ada pula dia cakap begitu.


" Yelah........nenek nak belikan Cempaka kereta. Pilih aje nanti nenek suruh Aryan urusankan...."



" Tak payahlah nek....... nanti Sara beli sendiri." Tolak Sara.


" Apa yang susahnya........bukan nenek nak belikan kereta mahal. Kereta biasa-biasa saja....."


" Tapi Sara............"


" Tak payah bertapi-tapi...........nenek tolong pilihkan ya? Nanti Aryan urusan semua......."



" Okey." Jawan Aryan pendek. Di pihaknya tiada halangan.



Sara Cempaka mengeluh sendiri. Aryan yang mahu membelikannya kereta juga ditolak kerana ingin menggunakan duit sendiri. Alih-alih nenek dah buat keputusan. Kalau nenek sudah beria-ia begitu memang susah hendak menolak. Tidak mengapalah, nenek cuma mahu menghadiahkannya kereta. Bukanlah sepertimana yang ditanyakan Elman ketika makan tadi........yang nenek dah ada calon suami untuknya. Jadi sekarang dia dah boleh tarik nafas lega?



Telefon bimbitnya di atas meja kopi berbunyi tiba-tiba. Dicapai dan berlalu ke luar rumah sebelum menjawab panggilan tersebut.


" Hello, Assalamualaikum....." Sapanya.


" Waalaikummusalam......Sara, Mak Su ni...."


" Taulah.......tiba-tiba je call? Baru kejap tadi Mak Long tanya pasal Mak Su. Dah ada kat KL?"


" A'aah......hmm........Sara sihat ke? Sorry sangat-sangat sebab tak sempat lagi nak jumpa Sara dengan Aryan. Mak Su outstation, pergi negeri kelahiran nenek Sara, kena kerja kat Seremban."


" Alah Mak Su.....Seremban dengan KL bukannya jauh. Dua jam aje. Boleh ulang alik........."


" Memanglah.........tapi kerja tu Mak Su tak boleh nak tinggal. Sekarang ni Mak Su dah ada di KL. Kita jumpa esok boleh?"


"Esok? Boleh........Lunch?"


" Dinner laa......... i need to see both of you. Mak Su betul-betul nak jumpa dengan korang ni. Rindu sangat............and ada perkara yang nak dibincangkan. Penting."


" Datang rumah jelah Mak Su.........."


" Tak nak Mak Su, tak larat nak hadap nenek Sara membebel..........." Sara ketawa dengan kata-kata Mimie. Emak saudara yang hanya tua tiga tahun daripadanya.


" Okey, nanti Sara bagitau Aryan....."


" Jadi tau esok. Penting sangat untuk Mak Su jumpa korang!"


" Insyaallah...jadi."


" Okey, jumpa esok. Bye!"


" Bye."


Kembali semula ke dalam duduk setelah tamat perbualan. Melabuh di kerusi yang sama.


" Esok Mak Su ajak dinner. Free tak?" Soal Sara Cempaka kepada Aryan.


" Boleh. Kenapa Mak Su nak jumpa?"


" Saja......dia cakap dah rindu dengan kita."



" Mak Su kamu ke yang telefon tadi? " Soal Nenek yang turut mendengar perbualan mereka berdua. Sara Cempaka mengiakan.


" Kamu keluar berdua sajalah makan malam besok?" Sara angguk lagi."


" Tak elok keluar berdua aje, malam-malam pulak. Elman ikut ya, Kak Sara dengan abang keluar jumpa Mak Su esok malam......" Suruh nenek.


" Hah?......tak boleh nek. Elman dah janji dengan kawan......"


" Nadim boleh?"

" Nadim nak study la nek. Lagipun tak larat nak keluar dinner. Mesti tak dapat tidur awal. Paginya nak pergi sekolah" Tolak Nadim.


" Kimi?"


" Kimi dah janji dengan mak nak tolong betulkan pili air kat rumah. Esok malam je ada masa free....."


" Tak apalah mak.......diorang bukan nak ke mana. Pergi jumpa Mimie aje........." Kata Pak Long Arsyad. Memberi kebenaran.


" Hmm............lepas tu balik terus. Jangan nak ke mana-mana lagi!" Pesan Nenek.


" Insyaallah........nek.......tak ada aral melintang dapatlah kami balik awal." Balas Aryan.


" Cempaka?"


" Insyaallah nek......."


10 ulasan :

  1. hehe...mesti mak su yg dok usya diorang???kan??kan??kan??

    BalasPadam
  2. rasanya mcm Mak Su yg jumpa diorg,kn... harap2 selamat ler diorg ni...ish! terlebih risau jadinya... nenek pula semcm je... berapa lama ler diorg dpt sembunyi ni

    BalasPadam
  3. huishhh...enth2 mak su diorg yg nmpk kat tasik tu x???bgs gak if mak su je yg nmpk...if mak su sporting, boleh la mak su cover line...hehehe

    BalasPadam
  4. wah, ada peluang nak dating tuh. hihi..

    BalasPadam
  5. erm...sure kot mak su yg nmpk dorg 2 dating.best la story ni cik writer...suspen je. kipidup!!!

    BalasPadam
  6. kalo mak su dieorg tahu...hope mak su dieorg akan tolong dieorang kalo nk dating...so sweet....ble nk smbg..x sabar r

    BalasPadam
  7. ...harap2 maksu boleh back up apa2 yg patut..

    BalasPadam
  8. Amboi2.....kompiden je sume....

    iya ke tdk?....hehe

    sape yg mengusha tu xsempat nk taip lg...:(

    BalasPadam
  9. tgu jerla apa yg maksu nak katakan tuh,,hehehe

    BalasPadam
  10. ish..belum pape dh rse cm geram sket2 ngan nenek ni..hehehe..

    hope mak su berada di pihak penyokong..haha

    next2 ^^

    BalasPadam