U n Uols

Sabtu, Jun 25, 2011

INI KISAH KITA BAB 6

Memandang sekeliling. Buru-buru kaki melangkah memasuki perut kereta. Tidak mahu terserempak dengan mata-mata yang tidak sepatutnya. Cermin kereta yang gelap melegakannya. Menghadiahkan senyuman kepada Raqib Aryan di tempat duduk pemandu.


" Serupa kekasih gelap je kita ni....." Luah Raqib Aryan.


Terlepas gelak Sara Cempaka. Kalakar tapi betul apa. Sudah berkahwin tapi terpaksa main sorok-sorok. Dia sedar pendiriannya untuk merahsiakan pertalian saudara antara mereka lagi merumitkan keadaan. Tapi dia benar-benar tidak mahu dikaitkan dengan nama nenek dan Pak Long. Raqib Aryan lain, sejak awal lagi Pak Long Arsyad sudah memaklumkan tentang tanggungjawab yang bakal dipikul. Sedangkan dia sudah berangan-angan untuk berkhidmat sebagai medical social worker. Itu minatnya. Tawaran kerja dari sebuah hospital swasta juga sudah diperolehi, terpaksa pula ditolak. Bukan rezekinya.....


Tanpa nama keluarga dia bebas bergaul dengan kakitangan syarikat yang lain. Tiada batasan. Jika mereka tahu dia cucu kepada Pn.Saripah tentu tak ada yang berani berkawan. Jadilah bergaulan berat sebelah seperti Raqib Aryan. Bergaul rapat dengan orang atas sahaja! Dan sepanjang dua hari memulakan tugas, perkara yang tidak diketahui selama ini sampai ketelinganya. Rupa-rupanya di kalangan pekerja nenek digelar Madam Pah! Sesekali Madam Pah datang menjenguk syarikat, semua orang menikus. Tak berani angkat muka! Itulah antara cerita yang sempat singgah di pendengaran. Tak tahu nak gambarkan apa perasaannya apabila terdengar semua cerita itu. Marah? tidak juga......kelakar? ya, mungkin sedikit sebanyak mencuit hatinya....


" Phone Sara? Tukar balik ya.....susah nak contact boyfriend lama......." Menadah tangan meminta telefonnya kembali.

" Boyfriend lama? Siapa? yang ni ke?" Raqib Aryan sudah menekan-nekan dada telefon Sara Cempaka. Mencari-cari nama dalam contacts. Mahu dipadamkan.

" Gurau je.....ala....dah delete ke?" Mengintai-gintai telefonnya di tangan Aryan. Habislah tak ada nombor kawan-kawannya.


Raqib Aryan menghulurkan telefon di tangan. " Dah terdelete, satu......" Tayang wajah tak bersalah.


" Bencinya.........." Marah Sara Cempaka. Membelek-belek telefon bimbitnya. Tidak sangka cepat pula tindakan daripada Raqib Aryan.


" Marah ke?"


" Tak, suka!" Sara Cempaka tayang senyum yang dibuat-buat.


Raqib Aryan sengih menarik hujung bibir. " Tadi ada yang telefon.......abang tak jawab. Tengah sibuk......"


Menyemak senarai panggilan. Ada panggilan daripada kawannya Reena. Mesti nak ajak jumpa. Reena ni tahu-tahu sahaja dia dah balik Malaysia. Mesti tengok statusnya dekat Facebook. Malam nantilah telefon semula, lepas menghadap nenek aka Madam Pah. Nak spend time dengan cik abang ni hah! Ke manalah Aryan nak bawaknya....setakat pusing-pusing sekejap boleh kot. Sebelum Isyak mesti sampai rumah sebab nak menghadap Boss besar. Ada amanat yang mahu disampaikan barangkali.....


" Ada yang mengorat tak hari ni?" Soal Aryan memandang cermin sisi. Kereta diundurkan.


Telefon segera dimasukkan ke dalam handbag di ribaan. Menoleh suaminya di sebelah. Nak jawab secara jujur ke nak bagi jawapan penyejuk hati? Setakat yang curi-curi pandang tu adalah. Belum ada yang lebih daripada itu. Nanti tak boleh buat kerja pula En Raqib. Berangin......siapa yang susah? Rakan-rakan sekerjanya juga. Kena tadah telinga lagi mendengar cerita En.Raqib angin sebab merajuk dengan 'girlfriend'. Diri sendiri pula mulalah mengelabah tak tentu pasal.



" Tak ada lagi......your staff baik-baik belaka."


Raqib Aryan menarik nafas lega. " Hope so.....berani diorang kacau isteri boss. Memang cari nahas....."


" Nanti Sara cop kat dahi.....isteri boss, jangan kacau!"


" Berani ke?"


" Tak!" Kedua-duanya tergelak. Cari pasal betul kalau buat macam tu.


" Kita nak pergi mana? Tak payah jauh sangatlah.......lambat pulak sampai rumah. Kan nenek nak jumpa kita. Nenek bukan suka kalau lewatkan makan malam."


" Tak pergi jauh. Sini-sini je.......lagipun jalan sesak sekarang ni..." Kata Aryan.



Kereta yang dipandu tiba ke destinasi yang dituju. Aryan melangkah keluar terlebih dahulu. Membukakan pintu sebelah pemandu untuknya. Datang tasik rupanya.......


" Terima kasih." Ucap Sara Cempaka.


" Kasihmu ku terima...." Jawab Aryan tersenyum lebar. Senyumannya berbalas. Jemari runcing Sara dicapai. Digenggam erat. Melangkah beriringan sambil berpimpinan tangan.


" Dating tepi tasik?


" Tempat paling dekat......" Tali leher dilongkarkan dengan sebelah tangan. Mahu ditanggalkan terus. Sara Cempaka menghulurkan bantuan. Sibuk tangannya menarik ikatan. Sehingga tali leher itu lepas bebas. Ditarik menjauhi leher suaminya. Dilipat-lipat lalu dimasukkan ke dalam handbag.



Zaman bercinta dulu. Tempat dating mereka kalau bukan tepi tasik dekat taman. Kalau bukan taman tepi tasik. Ada privasi kata Aryan. Kalau tidak mereka berdating di restoran berhampiran apartment sahajalah.



" Kita duduk sana....." Kata Aryan menunjuk ke kerusi batu yang menghadap tasik. Memandang ke arah yang ditunjukkan. Sara Cempaka mengangguk. Mengikut sahaja langkah Aryan yang menariknya ke situ. Mereka melabuh duduk. Sama-sama memandang ke tengah tasik. Memerhati burung yang berterbangan hampir mencecah permukaan air. Kemudian kembali terbang tinggi. Terlihat juga gelagat pegunjung di sebelah sana. Hari-hari bekerja seperti hari ini tidak ramai yang berkunjung ke mari.



Kepala dilentokkan ke bahu si isteri. Mood nak bermanja dia sudah datang. Sara hanya membiarkan. Berlainan benar karakter seorang Raqib Aryan yang hanya bergelar sepupunya dan Raqib Aryan yang sudah menjadi suaminya.


Kali pertama mereka berjumpa waktu dia di sekolah rendah. Ketika nenek membawa dia sekeluarga berpindah dari rumah sewaan emak ke rumah sekarang. Punyalah sombong. Iyalah siapa dia waktu itu. Selekeh sahaja dan comot. Salam sekejap terus pergi jauh daripadanya. Lepas itu tak pandang-pandang dah. Dalam hati mengata juga, kerek je budak lelaki sorang nih! Dia tak nak kawan........kita seribu, sejuta kali lagi tak nak kawan. Kononnya sahaja, tapi tertanya-tanya sendiri kenapa tak nak kawan? Hubungan dingin itu berlarutan sehingga tamat sekolah rendah.



Masuk sekolah menengah, dia jarang berada di rumah. Bersekolah asrama. Pulang ke rumah hanya pada ketika hujung minggu. Memang susah nak terserempak dengan dengan Raqib Aryan. Susah benar. Maklumlah sudah memasuki usia remaja. Sibuk dengan kawan-kawan dan pelbagai aktiviti remaja. Apa yang peliknya, menurut emak Aryan selalu bertandang ke rumah apabila ketiadaaanya. Sehingga emak membuat telahan Aryan mungkin segan dengannya.



Dalam setahun boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja mereka bertentang mata dari dekat. Berdiri paling rapat pada hari raya sebab nenek paksa Aryan bersalam dengannya. Lepas itu terus jauhkan diri. Main pandang-pandang dari jauh. Aku tengok engkau, engkau tengok aku. ....Aci mata bertentang masing-masing cepat-cepat pandang ke lain. Tak tahu kenapa mereka sengal sangat waktu itu.



Dia perempuan, dah orang tak menegur takkan dia nak tegur dulu? Malu, segan, semua bercampur-campur. Boleh dikatakan dia pun kerek juga sebab ikut rentak si Raqib Aryan. Paling tak tahan bila dekat tak nak bercakap, jauh-jauh boleh pula main jeling-jeling. Entah apalah yang merasuk pada usia itu sehingga mereka tak boleh nak ngam. Nak kata tak suka tidak juga, nak kata suka pun tidak juga.



Hubungan yang seperti itu berlarutan sehingga Aryan tamat sekolah menengah. Kemudian sepupunya itu melanjutkan pelajaran ke London. Diri sendiri pula sibuk bergelut dengan peperiksaan penting. Dapat sahaja keputusan peperiksaan, dia turut melanjutkan pelajaran ke sana. Tidak sangka pula satu universiti dengan Raqib Aryan. Tinggal juga di bangunan yang sama. Mula-mula tu mereka berbalas pandang, kemudian berbalas senyum. Bertegur sapa. Peringkat seterusnya berkawan-kawan, daripada berkawan-kawan itulah mereka berteman tapi mesra. Hidup jauh daripada keluarga membuatkannya menghargai tali persaudaraan mereka. Dia banyak bergantung kepada Aryan. Dan sepupunya itu sudi pula menghulurkan bantuan....



Lama kelamaan timbul rasa aneh. Rasa sayang lebih daripada seorang sepupu kepada Raqib Aryan. Dinafikan berkali-kali. Ia datang juga. Akhirnya dia cuba elakkan diri daripada Aryan. Semua pelawaan untuk berjumpa ditolak secara lembut. Bagi alasan sibuk dengan tesis kerana ketika itu dia baru memasuki tahun akhir dan Aryan pula baru memulakan kerja setelah tamat pengajian. Tidak mahu kekerapan berjumpa akan menyemarakkan lagi rasa yang terpendam. Agaknya dia sahaja yang simpan perasaan, sedangkan orang itu cuma menganggap dia tidak ubah seperti adik sendiri. Buat malu saja. Jadi biarlah dia simpan sendiri apa yang tersirat di hati. Walau di bumi mana dia berpijak dan semoden mana dunia, dia masih gadis melayu tipikal. Tidak akan sesekali menjadi perigi cari timba. Lainlah kalau timba itu sudah menjadi miliknya.


Selalu sangat mengelak apabila diajak berjumpa. Suatu malam Aryan muncul di hadapan pintu apartmentnya. Buka sahaja pintu terpampang wajah kusut dan tegang Aryan. Tertanya-tanya juga, takkan wajah kusut sampai begitu sebab ajakkannya ditolak. Hilang terus senyuman kacaknya.........


Pulang daripada berjumpa Raqib Aryan mata tidak boleh dipejamkan sehingga ke pagi. Gelisah dan gembira. Saling bersilih ganti mengambil tempat di hati. Timba sudah mencari perigi! Raqib Aryan meluah rasa cintanya. Dia meminta sedikit masa. Mahu menimbang-nimbang keputusan sendiri. Nyata keputusan yang dibuat mengembirakan Aryan. Secara rasmi mereka menjadi pasangan kekasih. Enam bulan kemudian kata putus diambil. Bersaksikan teman rapat mereka diijabkabulkan. Kini sudah enam bulan mereka bergelar suami isteri.


" Diam je......." Soal Raqib Aryan. Kepalanya masih melentok di bahu Sara Cempaka.


" Teringat kenangan lama....."


" Kenangan lama?"


" Ye laa......teringat dulu-dulu......orang kat sebelah ni sombong je.......tak pernah terbayang akan jadi suami Sara....."


Aryan menarik senyum. Bukan dia menyombong. Cuma segan sangat dengan Sara Cempaka. Nak kata tidak biasa dengan perempuan tidak juga. Boleh saja dia berkawan dengan kawan-kawan perempuan di sekolah. Cuma apabila nampak sahaja kelibat Sara Cempaka hormon terlebih malunya akan aktif!


" Kan dah cakap, bukan sombong.......Sara cute sangat masa tu. Sampai abang takut nak tegur. Sara lagi sombong........."


" Excuse me!? Sara perempuan la..........ada ke nak terhegeh-hegeh tegur orang yang tak sudi nak pandang kita pun....."


" Urm.....patutlah nenek sayang sangat dengan Sara..........ada satu titik keserasian. Nenek dengan adatnya, my beautiful wife dengan pepatahnya. But I like....." Jemari Sara Cempaka disulamkan dengan jemarinya.


" Mengata ke apa? But.....I'll take that as a compliment."


" Memang abang puji ni....."


" Iyo la sangat..........." Kepala Aryan yang masih di bahuya ditolak perlahan.


Tersalah cakap pulak . Merajuk ke buah hati pengarang jantungnya? Dah tak bagi tumpang bahu ni. Wajah Sara Cempaka ditatap lembut. Pandang wajah kacak dia pun tidak sudi. Pandang ke tasik sahaja. Curi-curi pipi itu diciumnya. Semerta Sara berpaling. Siapa suruh tak nak pandang muka suami sendiri.....


" Abang! Orang nampak......."


" Dah kahwin, tak salah kan. Tak nak merajuk-merajuk....."


" Mana ada Sara merajuk........" Jam di pergelangan tangan dikerling. Sudah sepatutnya mereka beransur pulang.


" Dah nak balik ke?" Tangan didepakan memeluk bahu Sara Cempaka.


" Hmm......dah nak maghrib ni....."


Raqib Aryan berat hati. " Kiss kat sini dulu......baru boleh balik." Mengunjukkan pipinya kepada Sara.


" Orang tengok....." Sara Cempaka beralasan.


" Cepat......kalau tak, tak boleh balik!" Sara mengalah juga, menurut kehendak Aryan.



Di kejauhan ada mata yang memandang gelagat mereka. Buntang mata itu. Dia kenal dengan kedua-duanya. Kenal dengan amat rapat. Tidak mungkin dia tersilap pandang. Kepala digeleng-gelengkan. Pulang dari kerja dia tergerak hati untuk singgah ke mari. Tidak sangka akan dihidangkan dengan sebuah kejutan......





10 ulasan :

  1. sape yang nampak ya???x sabar r...msk r n3 baru cpt2 ya...

    BalasPadam
  2. erkk!! sapa yg dok mngintai tu??

    BalasPadam
  3. huishhhh...sape pulak yg nmpk sara n ryan kat tasik tu???kacau btol la....

    BalasPadam
  4. uiks ad org skodeng kan kemesraan ryan n sara

    BalasPadam
  5. sape, ya?? rasanya si penyiasat tu... elman,kn... harap2 elman... kalau org lain, mmg naya diorg ni... biar ler diorg ni menyorok lama sikit...

    BalasPadam
  6. rsanya elman gak..hahaha kantoi dah!

    BalasPadam
  7. elman rasanya yg nampak.....kenal rapat kedua2nya...

    BalasPadam
  8. ok..siapekah itu??
    elman ker??tp die ckp plg dr kerja..xslh elman blaja lg kn??officemate dieorg ker??hadoiii laa..xkn la cpt sgt kantoinye..huhu..tu la..dating lg dkt2..hehe

    tp hope sgt elman..n die bley keep secret lps kowtim dgn aryan-sara..hehe

    next2 ^^

    BalasPadam
  9. spa la org tu..
    satu tmpat keja ngan diorg ke?

    BalasPadam
  10. sapa la tu ya...cepat2 masuk n3 nya...

    BalasPadam