Hari ini Min cuti
mengejut. Awal-awal lagi dia sudah menelefon Aida supaya memaklumkan kepada Mr.
Bossy dia bercuti. Tidak kuasa untuk menelefon lelaki itu secara terus. Dia
masih berada di kampung. Tengahari nanti baru dia akan bertolak ke Kuala
Lumpur. Raykal juga terpaksa ponteng sekolah. Rancangannya dia mahu bertolak
pulang malam tadi. Sempat dia masuk kerja pagi ini. Ayah pula yang menghalang. Bahaya
perempuan memandu malam-malam dengan hanya ditemani budak kecil, kata ayah.
Min masih terperap dalam
biliknya sejak subuh tadi. Sarapan juga masih belum dijamah, sedangkan jam
sudah menunjukkan angka 10.30 pagi. Sudah beberapa kali ayahnya mengetuk pintu
bilik mengajaknya bersarapan. Tidak lapar kata dia. Walhal perut bukan main
berkeroncong kerana terpaksa menahan lapar. Dia tidak mahu makan sebagai tanda
protes. Nak tunjuk perasaan. Alih-alih, ibunya buat tak layan.
Sedari tadi dia menunggu
ibu datang menjenguk. Memujuknya. Yalah, kot-kot kalau dia tetap berdegil tidak
mahu makan ibu akan berubah fikiran. Perancangan pernikahan dia dan Luth Qadri
mungkin dapat dibatalkan. Maklumlah kuasa veto di tangan ibu.
Hmm...tapi hampa. Ibu
buat tak endah. Asyik ayah sahaja yang datang menjenguk. Memujuknya keluar
bersarapan.
Ibu, Min tak setuju! Jerit
Min keseorangan. Wajahnya disembankan ke bantal. Dia sebenarnya hairan dengan
perasaanya. Dalam kata tak nak itu ada getar yang dia rasa, mengusik tangkai
hatinya.
Ish...kenapa ni? Dia
tidak faham dengan hatinya sendiri. Suara jeritan tak setuju bagaikan bukan
dari lubuk hati yang dalam. Ke dia dah tak berapa betul? Dulu memang itu
impiannya. Membina rumah tangga dengan Luth Qadri. Bersatu dalam sebuah
perkahwinan. Sekarang dia tak pasti….sungguh-sungguh tak pasti…
Menurut ibu, majlis
perkahwinan bakal diadakan dalam masa sebulan. Dengan alasan, tempoh mereka
bertunang sudah terlalu lama, hampir mencecah enam tahun. Kedua-dua pihak lelaki
dan perempuan tidak mahu bertangguh lebih lama lagi. Telan liur dia mendengar
keputusan kedua-dua pihak. Bukan ke sebulan tu tidak lama? Kenapalah ibu tak
minta tempoh lama sikit. Sekurang-kurangnya ada masa untuk dia membuat persediaan.
Takkan nak nikah koboi aje?
Pernah dia berangan untuk
mengadakan majlis perkahwinan yang sempurna waktu sedang hangat bercinta dengan
Luth Qadri. Dia dan jejaka itu duduk bersanding di atas pelamin nan indah. Diraikan
dalam majlis yang cukup meriah. Dihadiri oleh teman-teman dan saudara-mara. Angan-angan
zaman dia masih mentah…
Lelaki yang dicintai?
Luth Qadri? Bukankah lelaki itu yang dia cinta sejak dulu….dan sebenarnya
hingga kini? Hanya Luth Qadri….
Argh! Kenapalah dia
merepek sorang-sorang ni.... Ke sememangnya betul dia dah tak waras?
Min bangkit dari
baringnya. Melangkah longlai ke meja solek. Melabuh duduk di situ. Menilik
wajah sendiri di cermin. Membelek apa yang tidak kena. Mencari tanda-tanda
perubahan. Tiada apa-apa yang berubah pada wajahnya. Masih sama seperti
kelmarin dan sebelum ini. Habis kenapa dia resah dan gelisah? Hati. Hatinya
yang sepatutnya ditilik dan dibelek.
Terdengar pintu bilik di
ketuk dari luar. Min diam sahaja. Malas melayan. Alih-alih ayah juga yang
datang…
“Min buka pintu ni.” Suara
Pn. Hasmah kedengaran.
“Ibu?” Kedatangan Pn Hasmah mengusir keresahan yang sedang
menghurung. Min tarik senyum. Akhirnya ibu datang juga untuk memujuknya.
“Keluarlah….makan.”
“Tak lapar. Min tak mahu
makan. Bukan ada selera pun...” Katanya sedikit kuat supaya jelas didengari ibu
di luar.
“Makan sikit...nanti dah
nak bertolak. Tak elok jalan jauh dengan perut kosong....” Tiada nada marah
dalam suara Pn. Hasmah.
“Min tak ada selera....”
“Tak ada selera, tak
apalah. Tapi buka pintu ni. Ibu nak masuk. Ada perkara sikit ibu nak cakap
dengan Min.”
Min tarik senyum lagi. Enggan
berlegah lagi, dia bangkit dari duduk. Menapak ke pintu ke arah pintu bilik.
Kunci ditombol pintu dipulas. Melepaskan pintu yang berkunci. Pintu dikuak. Pn.
Hasmah masuk mengekori langkah Min menuju ke katil. Wajah Min yang cemberot
dipandang sekilas. Bukan dia tidak tahu, Min sengaja tak mahu makan sebab
protes keputusan yang dibuatnya.
“Kenapa ni? Sejak malam
tadi tak mahu makan...” Tanya Pn. Hasmah. Berlembut. Tidak mahu marah-marah lagi.
“Malas.” Jawab Min
sepatah. Mulut memuncung.
“Sudah-sudah
merajuknya...buat malu dengan anak buah kamu tu.”
“Min bukan nak merajuk…
Min cuma nak ibu dengar apa yang Min nak cakap. Dengar cerita di pihak Min pula.”
“Nak cakap tentang apa…”
“Tentang Luth Qadri.”
“Cakaplah….”
“Ibu…Luth Qadri, dia
bukan lelaki yang baik.”
“Apa yang tak baiknya? Kalau
dia bukan lelaki yang baik, kenapa Min bercinta dengan dia?”
“Itu sebelum dia tunjukkan
belang dia. Perangai dia yang sebenar. Dia tak setia. Dia pernah curang pada
Min…”
“Semua orang buat silap,
Min. Min buat silap, ibu boleh maafkan…”
“Ibu maafkan Min?” Bercahaya
sedkit mata yang kelam.
“Ibu maafkan…syaratnya
kamu teruskan apa yang telah kamu mulakan. Tak boleh bantah dan tak ada tangguh-tangguh
lagi. Apa yang terjadi dulu ada hikmahnya, pertunangan itu tanpa restu kami, Allah
tak berkati. Kali ini Insyaallah, ibu dan ayah redha dengan perhubungan kamu.”
“Min tak boleh maafkan
perbuatan dia.”
“Cuba…tak cuba, tentulah
tak boleh.”
“Salah yang dia buat
besar, bu…” Bangkang Min.
“Besar atau kecil salah
dia, memaafkan adalah jalan paling tepat. Dah. Jom makan, ibu temankan.”
“Tak nak, kecuali ibu
ubah keputusan… Min boleh putuskan pertunangan kami!” Min mula tawar
menawar.
“Tak nak makan? Betul?
Tak apa...ibu telefon tunang kamu suruh dia datang. Gamaknya kalau dia datang
kamu berselera nak makan....” Pn. Hasmah tersengih. Min tak tahu ibu dia ni
lagi bijak mengatur strategi. Setakat helah Min, dia dah boleh baca.
Min gigit bibir geram.
Dia mendengus. Sentiasa kalah dengan ibu.
“Jom makan....ibu cakap
betul ni...tak main-main.” Pn. Hasmah mencapai telefon Min. Bukan dia ingat pun
nombor Luth Qadri. Entah Min simpan ke tidak nombor budak tu.
“Ibu....” Merayu.
Memohon simpati. Telefonnya yang berada di tangan Pn. Hasmah berlagu. Tertera
nama Luth Qadri yang memanggil.
“Panjang umur
dia...jawab telefon tu.” Pn. Hasmah menyerahkan telefon ke tangan Min. Tentu
perkara pernikahan yang dibincangkan oleh kedua-dua pihak telah sampai ke
telinga lelaki itu. Jadi pasti ada banyak perkara yang mahu dibincangkan oleh
Luth Qadri dan anaknya.
Min buat muka malas. Pn.
Hasmah menjegilkan matanya. Kalut Min menjawab telefon yang berlagu tidak
henti-henti. Suara mesra Luth Qadri yang menyapa menampar gegendang telinganya.
“Hello.” Menyapa.
“Erm...kat kampung
lagi...” Jawab Min acuh tidak acuh. Mata Pn. Hasmah masih mengawasinya. Kalau
ibu tak ada dekat sebelah ni, dah lama aku putuskan talian.
“Tak tau bila… Mungkin
tak balik sampai bila-bila dah.”
Lengan Min dicubit. “Budak
ini…”
“Argh! Sakit…” Dia
menjerit sakit.
“Tak ada apa-apalah!” Melepas
geram. Memarahi Luth Qadri yang sibuk bertanya di mana sakitnya.
“Bak sini, ibu nak cakap
dengan dia...” Minta Pn. Hasmah.
Terasa berat mahu
diserahkan telefon kepada ibunya. Namun melihat riak wajah Pn. Hasmah, telefon
bertukar tangan juga.
“Hello, Qadri ya?” Dia
dengar ibunya menyoal.
“Kamu sihat?”
“Alhamdulillah..”
“Min? Dia belum makan
sejak pagi lagi....nak suruh kamu datang gamaknya....”
Min yang mendengar perbualan
mereka hampir terbeliak biji mata. Itu pun nak mengadu ke? Ibu ni, belum jumpa
dah mesra-mesra. Ilmu apa yang lelaki ni pakai? Mudah sungguh hati ibu
dicairkan.
“Iya?” Dia dengar ibu
ketawa senang.
“Ada. Masih ada dekat
sebelah. Nak bercakap dengan Min? Sekejap, ya.” Telefon diserah kepada Min
kembali.
“Nah...Qadri nak cakap
dengan kamu....”
“Min tak nak..”
“Cakap.”
“Ibu ajelah yang cakap
dengan dia…”
“Cakap!” Tekan Pn.
Hasmah kali ini.
“Yalah…” Telefon
bersambut.
“Hah! Nak datang sini?
Buat apa?Jangan nak mengada! Tak payah datang....I....I...take my breakfast
now! You...you boleh tanya ibu
nanti...” Min mengelabah. Talian dimatikan selesai berkata-kata. Tidak senang
duduk dibuatnya.
“Jom makan!” Ajak Pn.
Hasmah untuk kesekian kalinya. Dalam keadaan terpaksa Min bangun membuntuti
ibunya. Alih-alih dia juga yang terkena!
Dapatkan novel ini dan novel-novel terbitan Karyaseni dan Penulisan2u dengan membuat pesanan secara online di http://karyaseni.my atau http://www.p2u.my/. Boleh juga dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda.
hai x sbr nk tggu dorg nie kawen...frust la si arman tuh..
BalasPadamhuhuhu...
sebulan lagi....mcm2 bole jadi....hihihi
BalasPadambest lah cerita ni,,bru lepas maraton baca,,,hehehe
BalasPadamdah ada versi cetak ke cerite ni?
BalasPadamkau n aku . akan kluar versi cetak jgak eh?
BalasPadamsetakat ni kau n aku blom ke versi cetak lagi...versi e-novel aje...huhuhu
BalasPadamala knp diremoved kan???? bila nak mskkan blk bab 19 & seterusnya? please..
BalasPadamnak lagi... pls la cpt2 kuarkan novel...
BalasPadamnk lg plz....
BalasPadamala, npa xampai hbs ni?huhu
BalasPadamtak puas baca...sambung please...
BalasPadamtakde sambungan ke?
BalasPadam