U n Uols

Jumaat, April 01, 2011

KAU DAN AKU BAB 13

"Orang kat Malaysia macam mana? Semua sihat?" Suara Tina di talian sana kedengaran ceria.


" Alhamdulillah kak, semua sihat...akak dengan abang sihat?" Tanya Min kembali.


" Sihat jugak. Anak akak buat perangai erk?"


" Setakat ni elok je perangai dia....selalu dengar cakap. Kak, jasa adikmu ini jangan diupa....." Gurau Min. Terdengar Tina yang tergelak.


" Amboi....nak jugak."


" Have to!" Min tergelak.


" Hmm....akak ingat....jasamu akanku kenang....telefon akak ni nak kirim apa-apa ke?"


" Sebenarnya Min nak mintak izin akak...erk...boleh tak Min pakai kereta akak dalam seminggu macam tu. Kereta Min masuk bengkel. Susahlah nak pergi balik kerja...."


" Pakai jelah....tak payah tanya. Kunci ada kat kabinet ruang tamu. Akak ingat apa hal...."


" Akak satu lagi...."


" Hmm...apa lagi ni?"


" Tadikan tanya nak kirim apa-apakan....akak belikan Min koala bear yek?"


" Macam budak-budak...." Balas Tina.


" Dengar dulu orang habiskan cakap....belikan yang ori punya." Min gelak lagi.


" Ori punya...eh kamu dah biul ek? Tak sampai sebulan akak takde kat sana dah mula merepek...merapu..." Tina bernada benggang. Ingatkan suruh belikan patung beruang koala. Rupanya dia hendak yang betul-betul. Gila apa si Min ni.


" Sampai hati cakap Min cam gitu....relaks la kak...orang gurau je...."


" Gurau makrau...jangan dibuat perangai macam Raykal. Sikit hari lagi dah boleh jadi isteri orang."


" Tak suka akak ni....dah Min tak nak kirim apa-apa dah..." Rajuk Min.


" Eleleh....adik akak sayang. Manja tak habis-habis. Itu pun nak merajuk. Untuk Min akak belikan hadiah terbaik!" Pujuk Tina. Min ni kadang-kadang manja mengalahkan budak-budak. Sama naik dengan Raykal. Anak bongsu memang macam ni.
Min tersenyum ceria. " Belikan untuk ibu ngan ayah sekali, yang terbaik juga."


" Yela...yela..."


" Akak selalu-selalu call Min...takkan Min je call akak. Kopaklah macam ni..."


" Ye sangat kopak. Gaji beribu.....bukan ada tanggungan...." Belum habis Tina membebel Min memotong.


" Okey kak, Min nak tidur ni. Kirim salam untuk abang yek."


" Alah....nak mengelak...bukan akak tak tau....insyaalallah akan sampaikan. Kirim salam sayang untuk Raykal, Umi, ayah, mak cik Zah...siapa lagi? Hah Qad. Jangan lupa. Ada masa nanti akak telefon korang kat sana. Assalamualaikum..." Tina menamatkan perbualan.


" Waalaikummusalam....." Jawab Min. Dia berbaring di katil. Telefon bimbit ditekapkan ke dada. Tersenyum-senyum sendiri. Senang hati kerana masalah sudah selesai.

Sejak bertemu kembali dengan Luth Qadri, Min perasan dia sudah jarang tergelak. Sakit hati sahaja memanjang. Lelaki itu suka menyakitkann hatinya. Timbul juga perasaan kasihan, tetapi cepat-cepat dinafikan. Dia tidak mahu terluka lagi. Cukup hanya sekali hatinya disakiti. Ingatannya kembali kepada peristiwa dahulu. Bayangkan dalam satu hari dia diserang dan dihendik oleh dua orang perempuan yang mengaku sebagai kekasih Luth Qadri. Siap disiram dengan jus mangga lagi. Kemenangan berpihak kepadanya apabila Luth Qadri membuat pengakuan mereka hanya kawan biasa dan mengakuinya sebagai tunangan. Namun maruahnya sebagai wanita rasa tecalar dan dipermain-maninkan. Itulah peristiwa dua kali seumur hidupnya. Disebabkan kes serangan itu, dia bergaduh besar dengan Luth Qadri sehingga membawa kepada keadaan sekarang. Pujukan Tengku Haninah juga tidak berjaya. Dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka. Berkali-kali Luth Qadri menuturkan kata-kata maaf, namun waktu itu luka di hatinya sudah terlalu dalam. Terasa benar-benar dikhianati.


Apabila dia nekad dengan keputusan yang dibuat, Luth Qadri mengalah juga. Katanya mahu memberi ruang supaya dia dapat menenangkan diri....dan menurut Luth Qadri lagi suatu hari dia akan kembali....ikatan pertunangan mereka tidak akan putus kerana dia tidak membenarkannya. Apakah sekarang ini Luth Qadri sedang berusaha untuk mengotakan janji? Biar...selagi terdaya dia akan berusaha menutup pintu hatinya kepada buat lelaki itu. Buat masa ini dia tidak dapat lari daripada Luth Qadri. Lelaki itu sentiasa mengugut untuk membritahu hubungan mereka kepada ibu di kampung. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada ibu akibat terkejut. Sudahlah ibu ada penyakit darah tinggi. Silap haribulan rebah dan masuk hospital kerana dia. Memikirkan kemungkinan itu sahaja dia tidak sanggup. Tapi lambat laun ibu dan ayah mesti diberitahu juga, barulah dia tidak lagi dikejar bayang-bayang. Tunggulah waktu yang sesuai....dan waktu itu ugutan Luth Qadri tidak akan bermakna lagi. Min menanam tekad dalam hati. Tanpa sedar tanganya turut diangkat membuat gaya berusaha...berusaha...


Asyik mengelamun ni dahaga pulak. Min bingkas bangun. Turun ke bahagian dapur. Hanya mak cik Zah yang kelihatan di ruang itu.


" Mak cik buat apa? Soal Min yang sedang mengambil gelas di rak.


" Kupas bawang...kan Min nak buat nasi goreng untuk Raykal besok."


" Hurmm...nak Min tolong?"


" Tolong apanya, dah sudah ni. Tinggal cuci aje. Min nak minum air panas tak? Kalau nak kejap lagi Mak cik Zah buatkan.." Tanya Mak cik Zah apabila melihat Min hanya meneguk air putih.


" Takpe Min buat sendiri."
Mak cik Zah terlintas sesuatu. " Boleh tolong mak cik tak?"


" Tolong apa?" Bersandar di kaunter dapur


" Buatkan air untuk Tengku Haninah sama...dia kat depan taman nun. Ambik angin. Tadi makcik dah tanyakan, dia taknak minum lagi. Cuba Min pulak yang buatkan mesti dia nak..." Tangan mencuci bawang-bawang. Berpaling sebentar kepada Min.
Min mengusap lehernya. " Erm...yela..."
Tanpa berlegah dia mencapai mug. Memasukkan milo dan sesudu gula. Sesudah itu air panas diletakkan. Mengacau sehingga sebati. Semerbak baunya. Mug diangkat utuk dibawa ke depan.


" Kat taman ya mak cik?"


" A'ah." Jawab Mak cik Zah sepatah. Masih lagi di sinki.

Tengku Haninah duduk berseorangan sahaja. Sedikit terkejut dia apabila Min meletakkan minuman di meja.


" Minum auntie..." Katanya.


" Min buatkan?" Soal Tengku Haninah.
Min sekadar menganguk. Melabuh duduk di kerusi. Tidak manis rasanya terus masuk setelah meletakkan minuman itu.


" Baiknya....Min tak minum sekali?" Soalnya. Menyisip sedikit milo panas.


" Erk...dah...dah minum kat dapur." Min membuang pandang.

Tengku Haninah meneliti seraut wajah di hadapannya. Min semakin cantik sejak berkerjaya ni. Penampilannya semakin menawan. Walaupun tanpa secalik mekap seperti sekarang Min masih anggun. Patutlah anak terunanya angau....


" Min macam mana sekarang?" Tanya Tengku Haninah. Kesempatan duduk berdua begini mahu digunakan untuk menyelidiki hati gadis ini.


" Okey." Jawabnya sepatah.

Tengku Haninah tersenyum memandang Min. " Min dah ada orang lain?".
Min angkat muka bertembung mata dengann Tengku Haninah. Dia mengeleng.


" Takpe, Min boleh berterus-terang dengan mama...mama tak marah."
Berkalih memandang kolam di hadapan. " Setakat hari ni Min belum bersedia nak terima mana-mana lelaki...."


" Tak ada yang mencuba?"
Min tersenyum tawar. " Ada tu memang ada...tipu kalau Min kata tak ada....lima tahun satu tempoh yang lama. Tapi hati Min dah fobia...."
Tengku Haninah mengangguk.Nampaknya Luth Qadri masih ada peluang.


" Sebab kecewa dengan Min dulu, Qad sampai bawak diri ke UK..."
Min memandang Tengku Haninah dengan riak tidak percaya. " Dia bawak diri kat sana hampir 4 tahun....dalam setahun ni baru dia balik ke Malaysia." Tengku Haninah membuka cerita.
Jelas terpapar riak terkejut di wajah Min. Jauh sungguh lelaki itu membawa diri. Ingatkan sibuk mengejar awek di Johor, rupa-rupanya mengejar awek-awek bermata biru. Patutlah duduk sampai 4 tahun. Omel Min sendirian. Lain yang yang mahu disampaikan Tengku Haninah lain pulak yang dia faham.


" Dia betul-betul sayangkan Min. Cubalah terima dia kembali.....untuk kali ni saja mama mintak. Kalau dia buat hal lagi....mama terima apa saja yang Min nak buat...." Kata Tengku Hannah dengan penuh harapan.


Terdengar sebuah keluhan dilepaskan gadis itu. " Maafkan Min.....Min harap auntie faham dan terima keputusan ni....hati Min bukan lagi untuk dia...."
Kali ini Tengku Haninah pula yang tersenyum tawar. Tangan Min ditarik dan digenggam.


" Walau apa yang jadi...ingat mama sayang Min macam anak mama sendiri. Jangan simpan dendam dengan mama....doa mama suatu hari nanti hati Min akan terbuka."
Genggaman Tengku Haninah Dibalasnya. " Insyaalallah....mana tahukan,esok terus hati ni jatuh cinta lagi." Gurau Min. Tercetus tawa Tengku Haninah.
Ya....semoga gadis ini akan jatuh cinta kembali kepada anaknya....



*********************************************************************************


" Auntie ada nampak tak kunci kereta Kak Tina?" Tanya Min.


" Ada atas kabinet depan...."


" Jumpa tak?"


" Takdelah auntie...semalam Min dah telefon dia cakap nak pinjam kereta. Kak Tina kata ada kat atas ni...tapi takde pun." Mata melilau mencari kunci kereta.


" Buat susah-susah pulak telefon kakak kamu yang jauh tu, kereta auntie kan ada....pakai kereta auntie nak?"


"Hmm...tak boleh kot...kereta auntie besar sangat. Min bukan mahir sangat bawak kereta besar." Min beralasan. Gila dia nak bawak BMW5 siri tu. Apa-apa jadi kat kereta tu siapa nak jawab...


" Kejap auntie tengok atas meja sana." Min membuntuti Datin Sheila ke meja berhampiran pintu utama.


" Nihah......ada kat sini." Kunci Suzuki Swift diberikan kepada Min.


" Thanks auntie." Min tersenyum senang.


" Jom gerak!" Ajak Luth Qadri yang baru muncul dari ruang makan. Datin Sheila sudah berlenggang pergi.
Min menjungkitkan keningnya sebelah. " I bawak kereta sendiri."
Luth Qadri tersenyum sinis. " Lupa ke? Kereta you dekat bengkel."
Min menarik senyum dihujung bibir. Kunci di tangan ditayang-tayang.
Luth Qadri memandang tajam. Kunci apa ni?


" I drive kereta kak Tina...so I tak payah...." Luth Qadri cuba merampas kunci di tangannya. Mujur dia sempat mengelak.


" Bagi sini kunci tu!" Minta Luth Qadri. Tegang wajah yang terpamer. Habis rancangannya.


" Asal pulak? Nak buat dengan kunci ni?" Dahi Min sudah berkerut-kerut.


" Kan I dah cakap, kita pergi kerja sama-sama."


" Sorry...kalau pergi dan balik kerja dengan you alamaknya tak berdatinglah I. Malam ni I ada date..." Jawab Min. Sengaja membakar perasaan Luth Qadri. Temu janji yang dimaksudkan adalah dengan Seri.


" What?! Habis I ni apa? Jangan nak buat perangai."


" You? You are nothing to me...." Min pamer senyuman sinis.


" Lupa pulak nak sampaikan, kak Tina kirim salam. Tak jawab dosa." Sambil berlenggang meninggalkan Luth Qadri yang mencuka.
Tangannya melambai-lambai sewaktu lelaki itu memandangnya tajam.


" Huh!" Degus Luth Qadri. Dengan siapa Min akan keluar? Siapa lelaki tu? Berani betul kacau tunang orang....takpe harini I bagi peluang....esok-esok jangan harap!


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

4 ulasan :

  1. ehehehe
    nk lg..
    makin laku min ni
    ajar sikit si qad ni

    BalasPadam
  2. wooo..brapi je luth..heheh..sabar2..make more plans ye luth..chaiyokk2!!

    BalasPadam
  3. brapiii .fireee sudah luth

    BalasPadam
  4. setakat propose n bagi cincin dh dikire tunang ke?tk fhm btul la....entah la

    BalasPadam