U n Uols

Isnin, April 04, 2011

KAN DAN AKU BAB 14

Luth Qadri mundar-mandir dalam bilik kerjanya. Kata-kata Min pagi tadi benar-benar meganggu konsentrasi. Satu kerja pun tidak dapat dilakukan dengan baik. Tubuh disandar kasar ke kerusi. Tangan melurut rambut yang sedia kemas. Bingkas bangun dan menapak ke dinding separa bercermin yang ditutupi tirai. Tangan menyelak sedikit tirai itu. Mingintai kelibat Min yang sedang tekun bekerja. Apa yang perlu dilakukan olehnya supaya dapat menghalang janji temu gadis itu malam ini? Ligat otaknya berfikir. Sesuatu melintas dibenak. Telefon bimbit di atas meja disambar. Dia bertenggek di hujung meja. Talian didail. Selepas beberapa deringan panggilannya bersambut.


" Hello mama, boleh tolong Qad tak? I really need your help"


" Pasal apa ni?" Soal Tengku Haninah.


" Can you please...erk...bagi apa-apa alasan supaya Min tak keluar malam ni. Dia ada date. Qad tak tau nak guna cara apa untuk halang. Please ma...help me..."


" Pulak?....hmm....takpe nanti mama call Min....tapi mama tak janji jalan ke tidak plan mama nanti. Mama tak boleh paksa Min sangat, kesian jugak kat dia...."


" Tak kisahlah....yang penting mama cuba....kalau tak jalan Qad try another way."


Menapak kembali ke dinding separa bercermin. Mengintai di sebalik tirai. Min dilihat sedang bercakap di telefon. Mungkin mamanya. Sayang sekali dia tidak dapat mendengar isi perbualan mereka. Seketika kemudian Min dilihat sudah meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Kerja yang tertangguh diteruskan. Cepat-cepat Luth Qadri menekan butang hijau di telefon apabila telefon di tangan berbunyi. Tertera nama mamanya.


" Macam macam ma?" Tanyanya tidak sabar.


" Hmm....mama dah call...cakap nak masak special. Min mintak maaf sangat-sangat dia dah janji dengan kawan dia tu. Tak boleh batal. Mereka dah lama sangat tak jumpa. Kawan dia nak bagi kejutan katanya."


" Takpe la ma....." Kata Luth Qadri kecewa. Talian dimatikan.
Arg! Dengusya. Muka diraup dengan kedua-dua belah tangan. Sudah berpuluh kali dia megerling jam di tangan. Sekejap-sekejap bangun mengintai Min di meja kerjanya. Aktivitinya untuk hari ini adalah mengintai Min dari sebalik tirai!
Sama ada Min suka atau tidak, dia sudah membuat keputusan. Dia akan ikut Min berdating malam ini. Hah! nak keluar sangat ya? Boleh....tapi dia akan ikut sama.



Meja yang agak tidak tersusun dengan beberapa dokumen dikemaskan. Masa untuk pulang sudah tiba. Tas tangan di dalam laci meja diambil dan di sandangkan ke bahu.


" Dah? Jom." Ajak Aida yang sudah berdiri di hadapan meja Min.


" Hmm." Jawab Min. Mereka berjalan beriringan menuju ke lif.


Luth Qadri di biliknya pula kalut mencapai apa-apa yang patut apabila mengintai Min sudah mengorak langkah. Hilang gaya lelaki macho. Dia mesti cepat supaya dapat menyaingi gadis itu. Kenapa boleh terlepas ni? Min sudah memasuki lif yang sesak. Terpaksalah dia menunggu lif yamg seterusnya. Menghitung masa yang berlalu. Terasa lambat lif yang bergerak.


" Kau tak balik dengan ehem...ehem...ke?" Soal Aida ketika mereka berjalan ke tempat meletak kenderaan.
" Siapa?" Tanya Min pura-pura tidak tahu. Aida nampak ke? Budak ni ada saja kat mana-mana.
" Macam aku tak nampak semalam...patut tak bawak kereta...."
" Aku tak bawak kereta sebab kereta aku rosak. Masuk bengkel." Balas Min dengan muka toya.
Aida mengangguk-anggukkan kepalanya." Bertuah badan, kereta masuk bengkel...bos tolong hantarkan balik rumah. Aku? Hmmm....Hampeh..." Kata Aida dengan muka hampa.
Bukan dia hantar aku balik rumah, tapi dia hantar diri dia balik rumah sambil tumpangkan aku yang juga tinggal di rumah yang sama . Jawab Min dalam hati.

" Kau ni tak payah buat spekulasi sangat....tak larat aku nak explain...dengan kak Sal lagi..." Min buat muka penat.
Aida tersengih. " Tak larat nak jawab ek?....okey aku bagi cadangan..."
" Apa dia?" Memandang Aida.
" Mengaku je lah kau dengan bos ada apa-apa....kan senang. Nak dating ke, pergi balik kerja sama-sama ke tak payah main sorok-sorok."
Min menjengkilkan matanya. Aida disebelah disikunya. Amboi bernas sungguh cadangan Cik Aida ni.
" Sakitlah...kau ni, sakit tahu tak." Marah Aida. Selalu saja kena dengan Min.
" Dah kau bagi cadangan yang paling baik! Aku dengan dia tak ada apa-apa...gila nak biar satu office tahu aku dengan bos tu ada hubungan."
" Hah! Mengaku jugak! Kau dengan bos ada apa-apa, aku dah agak..."
Terkelu sebentar. " Erk...maksud aku gila nak bagitau semua kami ada hubungan sedangkan kami tak ada apa-apa. Yang kau merepek ni kenapa? Dah berkenan sangat dengan lelaki tu?"
" Kau tak tau ke? Aku memang dah fall in love habis dengan boss....tapi dia tak pandang aku...mata dia...mata dia asyik tengok kau je."
" Dah malas aku layan kau merepek."
Aida mencebirkan bibirnya. " Tak nampak kereta kau pun...balik dengan bos lagi ek?" Aida serkap jarang.
" Dak eh...aku balik dengan kereta ni..." Kata Min sambil memberhentikan langkah berhampiran Suzuki Swift. Begnya diselongkar mencari-cari kunci. Jumpa. Alat kawalan ditekan melepaskan kunci.
"Kereta baru ke?"
" Tak, pinjam kereta kakak aku."
" Ingat balik sama dengan bos lagi...okey, jumpa esok." Aida angkat tangan seraya ke keretanya yang diparking tidak jauh dari kereta Min.

Baru sahaja Min ingin menghidupkan enjin. Pintu di bahagian penumpang dibuka. Luth Qadri meloloskan diri ke dalam keretanya. Terjungkil matanya memandang Luth Qadri di sebelah. Apa hal main redah kereta orang?
" What are you doing in my car?" Soal Min marah. Hampir gugur jantungnya kerana di sangka penjahat. Tapi kan....yang ni pun lebih kurang macam penjahat jugak.....
" Ikut you pergi dating." Kata Luth Qadri dengan wajah tanpa riak. Betul-betul tak tahu malu.
" Siapa kata I nak pergi dengan you? Tolong jangan kacau boleh tak?"
" I janji tak kacau..."
" Jangan nak mengada, keluar dari kereta I sekarang!"
" Excuse me! Ni kereta kak Tina. It's not your car. You tak ada hak nak halang I dari naik kereta ni..."

Ini yang tak suka ni, suka sangat buat aku hilang kata-kata nak balas balik. Kenapalah minda ni tak keluarkan idea-idea bernas untuk menjawab kata-kata lelaki ini.
" Pleaselah...I ada hal..." Min menurunkan sedikit nadanya.
" Kita pergi sama-sama...better we move now...you ada date kan, nanti lambat." Luth Qadri tayang senyuman mengoda. Min pegang stereng kejap.
Memang I ada date....dengan Seri dan seorang kawan lama yang I tak tahu siapa sebab Seri nak buat kejutan. Seri bukannya suka sangat dengan Luth Qadri lepas apa yang dilakukan dulu. Hidup aku dah tak aman macam dulu lagi sejak munculnya Mr. Boss!

Kereta meluncur laju membelah jalan raya. Lokasi yang ditujui ialah pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur. Perjalanan yang dilalui terasa amat menyeksakan apabila lelaki di sebelahnya sibuk mengomel cara pemanduannya. Sudahlah jalan sesak. Lagi dikomen, lagi dia buat. Hati rasa panas semacam. Sikit lagi nak terbakar. Pandai-pandai nak ajar orang!

Min menarik nafas lega sesudah selesai meletakkan kereta di kawasan parking dalam bangunan pusat membeli belah itu. Dia menelefon Seri bertanyakan di mana gadis iu berada.
" Ke mana kita?" Soal Luth Qadri dengan kening dijungkitkan sebelah.
" Surau!" Jawab Min sepatah. Dalam hati sudah mengutuk-ngutuk. Taknak solat maghrib ke?
" Hmm...ingat you period...." Kata Luth Qadri dengan wajah malu-malu. Tangannya mengusap belakang leher.
Cutenya buat gaya malu ala-ala macam tu. Sejuk hati yang panas mendongkol tadi.
" Erk....tak..." Tergagap Min menjawab. Masing-msing wajah sudah berona merah. Luth Qadri ni pun tanya soalan tak agak-agak, kan dah malu. Sesuatu yang tidak diketahui tentang lelaki itu sebelum ini. Apabila malu wajahnya akan berona merah dan tidak keruan.
" Pergi surau." Luth Qadri memecah sepi antara mereka. Beg berisi telekung sembahyang di tangan Min diraihnya. Min membiarkan. Berjalan beriringan ke surau yang disediakan dalam bangunan itu. Mereka berpisah di laluan. Luth Qadri ke bahagian solat lelaki dan Min ke bahagian solat wanita.

Pintu surau ditolak. Kelibat Seri yang sedang bermekap kelihatan.
" Kau dan solat?" Sapa Min apabila Seri dihampiri.
" Baru sudah. Cepat solat kejap lagi surprise kau sampai..." Kata Seri teruja. Matanya dekenyitkan.
Min angguk. Tidak mahu berlegah dia berwuduk dan bersolat. Selesai solat telekung di simpan kembali ke dalam beg. Mukanya dirias ala kadar. Puas hati dengan penampilan masing-masing, mereka keluar dari surau.
" Tunggulah kejap..." Tahan Min apabila Seri mengorak untuk meninggalkan laluan surau.

Kening Seri bertaut. " Kenapa?"
" Tunggu...Qad..."
" Hah! kau bawak dia?" Jelas kejutan yang terpamer di wajah Seri. Belum sempat Min menjelaskan lelaki itu muncul.
" Hi Girls!" Sapa Luth Qadri.
" Apa lelaki ni buat kat sini?" Sekali lagi Seri menyoal Min.
" Aku tak ajak. dia yang nak ikut..."
Seri mengeleng-gelengkan kepala. Aku yang nak bagi kejutan, sekarang aku pulak yang terkejut.
" Spoil mood aku betullah kau ni..."
" Hi Seri. Kau sihat?" Tegur Luth Qadri. Seri pelindung Min.
" Kau kalau nak join kita orang jangan menyibuk." Seri bagi amaran tanpa menjawab khabar lelaki itu. Bagus juga dia ikut boleh jumpa peminat Min. Ingat Min ni tak laku. Senang-senang kecewakan Min dulu. Sampai sekarang Min fobia dengan cinta. Jika bukan sebab fobia agaknya melambak teman lelaki Min. Apa tidaknya, peminat keliling pinggang. Min sahaja yang menolak. Ambik kau, aku nak jumpakan balik Min dengan peminat lama dia...Hahah. Seri mengukir senyuman jahat di bibir.
" Asal kau ni? Tadi bukan main marah, alih-alih senyum sorang-sorang." Soal Min pelik.
" Tak ada apa....jom!" Seri menarik lengan Min. Mereka berlenggang ke restoran yang dijanjikan. Cepat-cepat Luth Qadri menempatkan diri di sebelah Min. Tidak mahu ketinggalan.

Mereka mengambil tempat di meja paling hujung. Luth Qadri awal-awal lagi tolong tarik kerusi untuk Min supaya duduk di sebelahya. Min ingin duduk di sebelah Seri, tapi tidak sampai hati pula hendak menolak. Seri hadiahkan dia serdas jelingan.
" Mana nyer surprise yang kau nak tunjuk?" Tanya Min tidak sabar. Tangan memegang menu yang diberikan pelayan.
" Ish...mana dia ni?....Tu hah dah sampai!" Kata Seri menunjuk ke pintu masuk restoran. Min dan Luth Qadri berpaling ke arah yang ditunjukkan.
Dia ke? Soal Min dalam hati.

" Hi! Sorry I'm late." Sapa tetamu istimewa Seri. Wajah Luth Qadri sudah berarak mendung.
Min membalas senyuman yang dileparkan tetamu yang ditunggu. Dia ingat lelaki ini. Hati Luth Qadri panas membahang.
" Sampai jugak kau Arman." Kata Seri. Bersalaman dengan Arman.
" Ni hah, orang yang kau nak jumpa sangat. Cam lagi tak dengan Min?"
Min menyambut huluran tangan Arman Ashraf. Mata lelaki itu bersinar-sinar menikam matanya. Gaya gembira yang teramat kerana dapat bersua.
" I'm Luth Qadri." Luth Qadri memperkenalkan diri tanpa ditanya. Menganggu detik indah Arman Ashraf.
" I ingat you...budak engineering kan?" Soal Arman Ashraf dengan wajah sedikit berkerut. Macam mana lelaki ni boleh ada dengan diorang?
" Ya. You?"
" Kawan satu kolej kediaman dengan diorang ni. Arman Asraf." Perkenalnya. Tidak lama lagi mungkin akan jadi kekasih Min. Api persaingan mula dihidupkan. Tanpa kata masing-masing faham sendiri. Masakan tidak dapat dibaca niat sesama sendiri yang sudah jelas lagi bersuluh. Kalau tidak takkan lelaki bernama Arman ini bersusah payah meminta Seri megatur pertemuannya dengan Min.
" Oh...I see." Kata Luth Qadri.

Makan malam mereka banyak diisi oleh pertanyaan yang diajukan Arman kepada Min. Sesekali Seri menyampuk.
" Kiranya sekarang you masih single yer?..."
Min tidak mengiyakan atau menidakan, sekadar tersenyum. Menjeling reaksi Luth Qadri di sebelah. Mak datuk...masamnya....
" Alah single lagi..." Seri tolong jawabkan untuk Min. Luth Qadri mencerlungkan matanya kepada Seri. Seri sengih mengejek. Padan muka!
" Kalau macam tu I ada peluang lagi?" Arman Ashraf menyampaikan maksud melalui gurauan.
Luth Qadri sudah tidak sanggup berdiam diri. " Min ni..."
" Tak dulu kami pernah rapat. Sekarang jadi kawan biasa. Peluang ada untuk sesiapa saja...itu yang Qad nak cakap sebenarnya." Potong Min.
" Oh, really?! I ingat you masih dengan dia...sebab tu dia ada kat sini." Kata Arman dengan nada ceria.
Luth Qadri mendengus kasar. Rakus menenguk jus oren. Sebal hatinya melihat adegan pikat memikat depan mata. Tidak sesekali dia tidak akan berganjak dari sini walau tahap kepanasan sudah memuncak. Beredar bermakna membuka ruang dan peluang untuk lelaki ini. Sepanjang pertemuan itu berlangsung Luth Qadri diam sahaja. Makanan di pinggannya juga tidak luak. Nampaknya lelaki ini benar-benar makan hati. Min mengeleng-gelengkan kepalanya.

Sebelum berpisah Min bertukar-tukar kad dengan Arman Ashraf. Berjanji untuk mengadakan pertemuan seterusnya jika punya masa terluang. Dia berjalan beriringan dengan Luth Qadri menuju ke kereta. Tiba-tiba lelaki itu meminta kad perniagaan yang diberikan oleh Arman Ashraf kepada Min. Tanpa ragu-ragu da menyerahkan. Zrup!Zrap! Kad tersebut dikoyakkan lelaki itu. Dimasukkan ke dalam tong sampah di hadapan mereka. Min melopong. Tidak sangka Luth Qadri akan bertindak sedemikian rupa.
" Apa you buat ni?!" Marah Min.
" Nothing." Jawab Luth Qadri dengan senyuman puas.
" You...you...argh!" Min menjerit geram. Ikutkan hati yang marah mahu ditinggalkan sahaja lelaki ini di sini.


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

1 ulasan :