U n Uols

Selasa, Mac 15, 2011

KAU DAN AKU BAB 7


Seusai solat isyak Min berbaring di katil. Pandangan dihala ke syiling. Terkebil-kebil matanya. Lewat dia tiba di rumah. Semuanya gara-gara perlu menghadiri mesyuarat syarikat. Mesyuarat yang penuh dengan kejutan. Seharian dia tidak masuk ke pejabat kerana melawat tapak projek sudah berlaku perubahan besar dalam syarikat. Lupa untuk memaklumkan kepada Datin Sheila sehingga mendorong wanita itu menghubungi telefon bimbitnya. Sikap Datin Sheila mengingatkan dia kepada ibu yang jauh nun di utara. Apabila dia berkata bahawa ibunya, Pn Hasmah menjunjung adat dan budaya ia bukan omongan kosong. Memang dia serius tentang perkara tersebut. Siapa yang tidak kenal dengan Pn.Hasmah isteri kepada penghulu. Kalau di tempatnya itu ibu bolehlah dikatakan sebagai wanita pertama. Orang kuat kepada ayah.


Di manalah ibu akan menyorokkan muka sekiranya perihal dia bertunang dengan membelakangkan keluarga diketahui orang kampung. Sebuah keluhan dilepaskan. Ibu selalu berpesan kepada Min supaya habiskan belajar dulu barulah fikirkan perkara lain. Kalau hendak bercinta sekalipun biarlah segulung ijazah sudah dalam genggaman. Itulah pesanan yang selalu terluahkan ibu setiap kali dia pulang ke kampung atau bertelefon. Ketegasan ibu menjadikan dia takut untuk memberitahu tentang perhubungannya dengan Luth Qadri. Apatah lagi ketika itu kecoh perihal sepupunya yang sanggup meninggalkan pengajian di universiti kerana mahu berkahwin diperktakan ibu. Lagilah takut untuk berterus terang. Min beralih posisi tidurnya. Pandangan sudah menghadap jendela. Otaknya mengimbas kembali saat dia diikatkan kepada pemilik nama penuh Tengku Luth Qadri atau lebih senang memperkenalkan dirinya sebagai Luth Qadri. Pangkal nama tengku itu diketahui setelah sebulan berkawan, itu pun secara kebetulan. Jika tidak memang dia tidak tahu dengan siapa dia berkawan. Dan menurut Datin Sheila pula, mama Qad adalah adiknya tetapi berlainan bapa. Sebab itulahDati Sheila tiada pangkal nama tengku.



Majlis pertunangan dia dan Luth Qadri berlangsung bukanlah di atas perancangannya. Semuanya diatur oleh lelaki itu. Fikiran Min menerawang lagi. Majlis sambutan ulang tahun perkahwinan ibu bapa Luth Qadri turut menjadi majlis pertunangan mereka. Memang dia langsung tidak mengetahui punya kejutan seperti itu untuknya. Kebetulan dia ke Johor Bharu kerana menghadiri seminar antara universiti. Pada awalnya dia menolak untuk ke majlis itu, pujukan dan rayuan Luth Qadri akhirnya Berjaya mencairkan hati. Mengenakan kebaya singkat dan bermekap ala kadar dia ke majlis itu dengan dijemput oleh Luth Qadri. Bukanlah majlis besar-besaran, sekadar sambutan secara sederhana. Para tetamu pula hanya terdiri daripada adik-beradik Luth Qadri dan beberapa orang teman rapat mama dan papanya. Itulah adalah kali kedua dia bertemu dengan mama dan papa lelaki itu. Kali pertama dia diperkenalkan adalah semasa makan malam yang diadakan khas oleh mama Luth Qadri, Tengku Haninah sempena kedatangannya ke banglo mereka.



Ketika majlis hampir ke penghujung, Luth Qadri yang berada di sebelahnya melutut tiba-tiba. Sebentuk cincin dikeluarkan dari poketnya. “Will you marry me?” Ayat keramat dilafazkan.
Min mengelabah. Dia sedar keluarga Luth Qadri agak moden dan namun tidak pernah dibayangkan akan dilamar dengan cara itu. Muka sudah bertukar segala warna. Mama dan papa Luth Qadri dipandang,bibir mengungkap perkataan tolong.. Mereka sekadar tersenyum penuh makna. Seakan-akan memberi restu dengan tindakan anak lelaki mereka.
Min tidak pasti jawapan terbaik yang perlu diberikan. Lama dia mendiamkan diri.


“ I tak sedia lagi untuk semua ni.…janganlah buat macam ni.” Kata Min perlahan. Tidak mahu didengari oleh tetamu lain.
Tidak berniat untuk memalukan lelaki itu di hadapan tetamu dan ibu bapanya. Luth Qadri mengeleng.


“Just say yes….” Ungkap Luth Qadri penuh mengharap.
Min menundukkan wajahnya. Para tamu memandang mereka. Walaupun tidak seramai mana, cukup untuk membuat Min berasa seram sejuk. Mama dan papa Luth Qadri menghampiri mereka apabila melihat dia sukar untuk membuat keputusan. Terasa hangat tangan mama Luth Qadri yang menyentuh tangannya.


“Terimalah Qad, Min. Jangan hampakan kami. Kalau Min belum bersedia lagi untuk berkahwin pun tak apa. Kami sanggup tunggu sampai Min habis belajar.” Mama Luth Qadri cuba menyakinkannya.


“Tapi….Min…” Belum sempat Min menghabiskan kata-katanya Tengku Haninah memotong.


“Tak mengapa, Qad dah bagitau situasi Min. Kami sanggup janji untuk rahsiakan dulu hal ini daripada keluarga Min. Anggap saja ini sebagai tanda Min dah di‘booking’untuk jadi menantu kami. Mereka semua jadi saksi.” Sempat Tengku Haninah berseloroh sehingga mencuit hati teman-temannya. Suaminya Tengku Lukman tidak bersuara, menyerahkan tugas memujuk itu kepada isteri. Sedar isterinya memang pakar dalam perkara itu. Mereka sekeluarga sudah berkenan sangat dengan pilihan anak lelaki sulung ini. Tidak mahu berlengah lagi untuk mengikat Min, biarpun sekadar ikatan pertunangan.


“Bila kita dah habis study nanti, I janji akan bawa rombongan meminang……ikut adat kita. Jumpa ibu ayah you, minta restu diorang. Please accept me….”Kata Luth Qadri sambil anak matanya menikam anak mata Min. Terpancar keikhlasan di wajah itu.


“Terima Qad ya, Min.” Datin Haninah sudah mengambil cincin di tangan Luth Qadri lalu disarungkan ke jari manisnya. Dua orang adik perempuan Luth Qadri memeluknya. Para tetamu pula sudah bertepuk tangan. Apalah yang mampu dibuatnya saat itu. Dia sudah tidak mampu menolak lagi. Betul-betul terperangkap. Tidak sanggup menghampakan dan memalukan mereka sekeluarga . Selepas itu, apa yang dibayangkan adalah ibu yang rebah kerana berita pertunangan yang bakal disampaikan nanti. Sehingga tidak terasa tangan-tangan yang bersalam mengucapkan tahniah. Luth Qadri pula gembira bukan kepalang. Seigatnya lelaki itu senyum sepanjang malam. Manakala dia, hanya tuhan saja yang tahu. Waktu itu Min berharap benar jaminan bahawa perkara tersebut akan dirahsiakan sehingga mereka tamat belajar akan dilaksanakan. Sekarang dia sudah tamat pelajar, tetapi perasaan gusar tetap ada di dalam hati sekiranya diketahui ibu. Lagipun mereka sudah tiada hubungan, biarlah perkara tersebut menjadi rahsia sampai bila-bila. Tidak penting lagi untuk ibu mengetahuinya.



“Ya Allah! Dah pukul dua belas lebih. Jauhnya aku mengelamun.” Kata Min sambil menjeling jam di sisi katil. Mukanya diraup. Jendela yang entah bila dibuka ditutup kembali. Patutlah rasa sejuk. Min mengaru kepala yang tidak gatal. Dia kembali ke katil. Menarik selimut menutupi badan. Lampu tidur dipadamkan. Dia ignin lena.


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

3 ulasan :

  1. mkin best la citer ni..
    penulis!!!cpt ckit smbung yer...

    BalasPadam
  2. dri kul brapa la eh min mngelamunn.

    BalasPadam