U n Uols

Selasa, Mac 29, 2011

KAU DAN AKU BAB 11


“ Nah breakfast Raykal…..Cik Min pergi dulu….” Kata Min seraya meletakkan pinggan berisi nasi goreng di hadapan Raykal. Menunduk sedikit lalu dicium pipi anak buahnya itu.


“ Tak makan dulu?” Soal Datin Sheila.


“ Min dah minum…..makan nantilah. Lambat dah ni. Min pergi dulu…..”


“ Ish…..nak pergi mana tu? Kan ke pergi sekali dengan Qad. Kaki belum baik lagi tu….Qad pun tengah minum ni. Tunggulah kejap ya….” Kata Datin Sheila. Tangannya sibuk menuang kopi ke dalam cawan. Untuk Dato Ismail yang belum turun ke ruang makan. Luth Qadri senyum dalam hati. Alah saja buat-buat lupalah tu…..nasib baik ada auntie yang tolong ingatkan…..hahaah..


“ Min boleh drive, kaki okey dah. Rasanya Qad lambat lagi kot….”


“ Auntie Qad dah sudah.” Sampuk Luth Qadri. Dia bangun menghampiri Min yang sedang berdiri.


“ Tak payah drive…pergi dengan Qad aje. Qad dah siap ni.” Min angguk dengan arahan Datin Sheila.


“ Jom!” Ajaknya. Dalam keadaan terpaksa Min membututi langkah Luth Qadri. Terlanggar tubuh lelaki itu yang berhenti mengambil briefcase yang di letakkan di atas sofa di ruang tamu. Hidungnya yang terpenyek di belakang badan lelaki itu digosok-gosok. Berhenti tak bagi isyarat. Tak pasal-pasal hidung dia yang jadi mangsa.


“ Jalan tak tengok depan ke?”
Min mengetap bibir. Tidak menjawab. Menonong dia berjalan menuju ke kereta. Dia memandang kereta kesayangannya yang terpakir elok di bawah garaj. Ikutkan hati tak ingin dia naik kereta Luth Qadri. Tapi takkan nak dibantah kata-kata Datin Sheila.


“ Silakan…” Luth Qadri membukakan pintu kereta. Min masuk tanpa ucapan terima kasih. Enjin kereta dihidupkan. Lalu meluncur menuju ke jalan.
Suasana dalam kereta senyap sunyi. Luth Qadri mengerling Min di sebelah. Gadis itu dilihat lebih senang membuang pandang ke luar. Punat radio ditekan untuk menghidupkan suasana. kedengar suara DJ berceloteh. Satu pun tidak masuk ke telingannya. Tumpuan hanya pada pemanduan dan juga Min di sebelah. Cantiknya dia….. dengan gaya rambut yang disanggul dan ditambah dengan solekan yang nipis. Berkemeja dan berskirt paras lutut. Menyerlahkan gaya wanita bekerjaya. Tanpa sedar dia mengukir senyum.


Sebenarnya Min perasan Luth Qadri yang sesekali mengerling ke arahnya. Saja tidak diendahkan. Tetapi tangannya sibuk menarik-narik skirt yang dipakai agar ke bawah sedikit. Terasa skirt yang disarung seperti lebih singkat daripada biasa. Asal sekejap-sekejap pandang aku. Ada hutang?


“ Lelaki gatal!” Terkeluar ayat itu dari mulut.


“ Siapa? Siapa lelaki gatal?” Soal Luth Qadri bodoh. Seketika kemudian dia ketawa.


“ Oh! Did you means me?” Kata Luth Qadri pura-pura terkejut apabila sedar diri sudah tertangkap oleh Min.


“ Eh, tak. I cakap dekat pak cik yang bawak kereta kat belakang kita tu……Of courselah you. Dalam kereta ni ada kita dua orang je. Tak Nampak orang lain kan?....” Balas Min. sempat lagi dia memerli.


Ketawa Luth Qadri pecah lagi, lebih kuat daripada tadi. “ Habis tu pakai singkat-singkat macam ni bukan untuk kasi orang tengok ke? Tak faham betul…..” Lelaki itu mengomel.


“ Lelaki miang, gatal, suka ambil kesempatan….…” Min melepaskan marah. Bulat matanya memandang Luth Qadri.


“ La….salah kan kita pulak. Bukan I yang suruh you pakai seksi-seksi macam ni. Kalau tak nak orang pandang, janganla ditayang-tayang….”


“ Selama ni I pakai macam ni jugak, tak ada yang kisah pun…..you aje yang berani ambil kesempatan!”


“I don't think so…lelaki mana yang tak suka tengok kalau orang dah tunjuk. You aje yang tak perasan berapa banyak mata yang memandang ….” Nak-nak orang cantik jelita macam Min ni. Tentu sahaja sentiasa jadi perhatian ramai. Cemburu pula hatinya. Mahu disedarkan gadis ini.
Min terdiam. Mengiyakan kata-kata Luth Qadri di dalam hati. Bukan dia tidak perasan tetapi buat-buat tidak perasan. Mungkin juga kerana sebelum ini tiada yang menegur kecuali Luth Qadri.


“ Suka hati okey……drop it!” Kata Min bila sudah tiada modal hendak membalas.
Luth Qadri jungkit bahu. Tak nak dengar sudah. Tunggulah bila dah jadi hak aku….tahulah macam mana untuk dibentuk nanti. Min kembali membuang pandang ke luar.


“ Mama I datang hari ni….”


“ Emm….” Hanya itu yang keluar daripada mulut Min.
Luth Qadri angkat kening. “ Mama datang dengan papa….tidur kat rumah auntie. Are okey with it?” Menanti reaksi Min.


“ Emm.”
Itu saja? Emm……ke Min salah dengar. Hari tu bukan main mengelabah. Min yang ralit melihat ke luar memutar kembali apa yang dikhabarkan oleh Luth Qadri. Mama….datang….rumah auntie?


“ Ap…..apa you cakap?” Min tunjuk riak gelabah.
Betullah Min silap dengar kut tadi. “ Papa datang dengan mama hari ni, tidur rumah auntie. Before that…papa singgah office….”
Min terdiam. Dadanya terasa sesak sahaja. Macam mana dia hendak menghadapi mereka nanti. Disangka dirinya kuat, tetapi mendengarkan khabar itu sahaja sudah membuatkan dia lemah lutut. Nak bereaksi sebagai apa nanti…..pekerja…atau menantu tak jadi? Tanpa sedar dia mengenggam kedua-dua tangan.


“ Don’t worry, okey. Macam yang I cakap semalam, I dah uruskan. Mama simpan rahsia kita…”
Min angguk. Cuba menerima kata-kata Luth Qadri.


Tidak berapa lama kemudian mereka tiba di kawasan perkarangan Tebrau Holding. Min cepat-cepat membuka pintu apabila kereta diparkingkan. Sehingga tertinggal beg kerjanya. Cepat-cepat dia melangkah agar tidak seiring dengan Luth Qadri. Dia tidak mahu timbul gossip. Apatah lagi kalau mengenai orang penting syarikat, pasti mendapat tumpuan ramai. Sekejap sahaja berita boleh tersebar.


“ You nak I bawakan ke beg ni? I tak kisah….” Laung Luth Qadri sambil menjinjit beg kerja Min dengan tangan kanan dan tangan kiri memegang begnya sendiri. Lelak itu masih berada berhampiran keretanya. Aish….asal ni….lupa ambil beg pulak…..ke biar dia bawakan je. Tak boleh…Nampak sangat tu beg aku…aku kat depan tak bawak beg, dia kat belakang bawak dua beg sekaligus!


Min menghentikan langkah. Menunggu Luth Qadri menghampiri. Tangan dihulur untuk menyambut beg itu. Luth Qadri melintasinya tanpa menyerahkan beg miliknya. Ni buat gaya sengal kenapa?


“ I tak de mood nak main-main ni….bak sini beg tu.” Minta Min marah.


“ I bawakkan. Jom!” Gentlemen sahaja gayanya


“ Tak payah….I boleh bawak sendiri, yang sakit kaki bukan tangan ni. Kasi sini beg tu….”


“ Boleh tak jangan degil sangat. Just jalan….I bagi kat meja you nanti. Jom….cepat…”
Min sedar tiada guna dia berdegil kerana Luth Qadri takkan beralah. Lelaki itu bukannya kisah jika timbul gossip mereka ada skandal. Lagi dia suka adalah….kalau boleh dicanang, satu syarikat ni dia nak bagitahu, yang tak nak orang tahu kisah mereka adalah dia bukan lelaki itu.
Dalam terpaksa dia melangkahkan kaki. Sengaja berjalan laju-laju . Biar langkah mereka tidak seiring. Tidak berhasil. Langkah mereka tetap seiring. Langkah lelaki itu lebih besar daripada langkahannya. Dalam mereka berjalan bergandingan, banyak mata yang memandang. Itu yang Min cuba elakkan. Rosak reputasinya nanti. Karang timbul pulak cerita konon dia mengurat bos. Sedangkan mereka tidak tahu perkara sebenar…..bos mengurat dia lagi ada….


“ Jauh sikit boleh tak?” Kata Min perlahan sewaktu mereka sedang menunggu lif.


“ Kenapa?” Soal lelaki itu kembali. Dia semakin merapatkan kedudukan mereka. Lain yang disuruh lain yang dibuat. Dia ingin semua orang tahu hubungannya dengan Min. Biarpun secara tidak rasmi. Barulah tiada lagi yang berani masuk jarum. Itu sudah cukup unuk permulaan. Bila dia berjaya menakluki hati itu kembali mengumuman rasmi akan dilakukan.


“ Orang tengok ni…”


“ Biarlah…”
Akhirnya Min diam sendiri. Tidak larat hendak menegah.
Sal, staf unit pengurusan terkocoh-kocoh mengampiri meja kerja Min setelah bos mereka masuk ke biliknya. Mana-mana staf yang datang awal pagi itu dapatlah menonton aksi mereka. Bos siap bawakan beg. Lepas tu bagi pesanan lagi….jangan nakal-nakal. Dia yang kebetulan bertenggek di meja Din sementara menunggu waktu kerja bermula dapat mendengar dengan jelas. Min tidak membalas apa-apa cuma tersipu-sipu malu.


“ Min!” Sapa kak Sal.
Angkat muka. “ Ada apa kak Sal?” Senyum.
Sal senyum juga. “ Secocok akak tengok kamu dengan bos tu. Ada apa-apa ke? Frust menonggeng laa peminat-peminat kamu kat office ni.


“ Tak ada apa-apalah kak. Bos tolong sebab kaki saya ni hah sakit. Terlanggar meja kat depan sana semalam.” Terang Min. Inilah yang cuba dielakkan. Digosip.


“ Kalau ada apa-apa lagi bagus. Akak lagi suka. Dapat makan nasi minyak…..tapi kesian pulak dengan Encik Zack kan….dah lama dok tackle kamu….tu..tu..pannjang umur dia.”
Min memandang ke arah yang ditunjukkan Sal. Encik Zack salah seorang pengurus muda di syarikat itu melempar senyum ke arah mereka. Kedua-duanya membalas.


“ Kamu tau tak kenapa encik Zack selalu naik ke bahagian kita pagi-pagi pulak tu?”
Min menggeleng.


“ Ha….ni akak bagitau. Dia tengok kamu….”


“ Ish….kak Sal ni….ada-ada jelah…”


“ Tak percaya? Cuba kamu tengok Min, sampai kat meja hujung sana dia patah balik terus masuk lif turun tingkat dia. Bukan dia ada apa-apa urusan kat tingkat ni….akak ingat kamu perasan….”


Terkedu Min. Mati hidup balik pun dia tak perasankan perkara itu kalau tidak diberitahu kak Sal.


“ Erk….itu….itu…”


“ Tak kisah Min…kalau tak suka jangan layan. Akak lagi suka kamu dengan bos. Gentlemen gitu…..”


Aida yang berada di mejanya bersuara. “ Kak Sal ada orang cari tu…” Katanya. Dari mejanya itu dia dapat melihat anak buah kak Sal yang terjengah-jengah mencari wanita itu.
Sekali lagi kak Sal tekocoh-kocoh ke unitnya. Dapat bersembang tak ingat dunia.


Luth Qadri keluar dari bilik untuk turun ke lobi bagi menyambut kedatang papa dan mamanya.
Ini adalah lawatan mengejut pengerusi syarikat.


“ Papa dah sampai!” Sempat Luth Qadri memaklumkan kepadanya.
Ya Allah! Darah gemuruh datang lagi...kenapa rasa macam ni….bagaimana seharusnya dia berhadapan dengan mama lelaki itu? Fokus-fokus pada kerja…
Sejam berlalu…kelibat Tengku Lukman dan Tengku Haninah masih belum kelihatan. Mungkin mereka masih di dalam bilik mesyuarat. Kalau mereka sudah waktu makan tengahai selamat aku...


Tidak seperti yang diharapkan-harapkan. Lebih kurang 15 minit sebelum waktu makan tengahari kelibat mereka muncul di bahagaian pengurusan dan reka bentuk. Diiringi Luth Qadri dan beberapa orang lagi pegawai atasan. Pen di tangan sudah terlepas saat terpandangkan Tengku Lukman dan Tengku Haninah. Wujud satu perasaan halus apabila memandang wajah Tengku Haninah, apatah lagi mengenangkan wanita itu amat menyayangi dirinya. Terasa amat bersalah….


Hanya menunggu masa untuk bertentangan mata dengan kedua-duanya. Saat itu tiba juga….
Min menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tengku Lukman. Lelaki itu tersenyum dengan riak gembira. Berkalih pula ke sebelahnya. Tangan dihulur kepada Tengku Haninah. Wanita itu mengenggam erat tangannya.
“ Ini arkitek kita….Min Nur Kesha.” Encik Zamri mengambi peranan memperkenalkannya.
Tubir mata wanita itu sudah mula berair. Min menekur pandangan ke lantai. Tanpa sepatah kata wanita itu memeluknya ke dalam dakapan. Mereka yang berda di situ cuma memandang dengan tertanya-tanya.


“ Kerja elok-elok ya. Saya dengar awak seorang arkitek yang berbakat.” Kata Tengku Haninah seraya melepaskan pelukan. Cuba mengawal keadaan.


“ Insyaallah…..” Balasnya.
Luth Qadri dan Tengku Lukman tidak berkata apa. Mereka faham Tengku Haninah merindui Min. Jika mama nak umumkan pada semua bahawa Min itu tunangnya sejak lima tahun lepas lagi dia tidak kisah. Takkan Min hendak marahkan mamanya. Dengan dia lainlah…..asyik menjeling sahaja kerjanya. Cakap pula jarang hendak berlembut. Senyum jauh sekali…..



“ Come, kita tengok bilik Qad….” Ajak Luth Qadri apabila perasan Min serba salah kerana mereka berlama-lama di mejanya. Setelah mereka berlalu Min menarik nafas lega. Mengukir senyuman paksa untuk Aida yang memandang.


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

5 ulasan :

  1. hahaha.. min... cuba bukak hati tu pelan2 ye...

    BalasPadam
  2. Min bukak ati ke x? tgguuuu....

    BalasPadam
  3. ohohoohho..
    play around dlu la
    tgk skill QAD tackle min dlu
    tgk dia jeles x Zack test market kt Min

    BalasPadam
  4. xsuka luth qadri dr dulu smpai skunk....:(

    BalasPadam
  5. suka la nama diaaa.. luth qadri..

    BalasPadam