Hari ini Min bekerja
seperti biasa. Dia tiba paling awal daripada kakitangan yang lain. Malam tadi
tidak lena tidurnya mengenangkan persetujuan yang diberikan kepada Tina. Melangkah
ke longlai arah meja kerjanya. Kerusi ditarik perlahan. Punggung dihenyek ke
situ. Tas tangan diletakkan ke dalam laci sebelum berlalu ke pantry. Ingin
mengalas perut dengan sarapan yang sempat dibeli semasa dalam perjalanan ke
pejabat tadi. Selalunya dia tidak sempat untuk singgah di mana-mana pada waktu
pagi begini. Terkejar-kejar untuk tiba di pejabat pada waktu yang ditetapkan. Untung
juga keluar awal dari rumah..
Plastik berisi kuih
diletakkan di atas meja. Min bergerak ke kabinet. Mencapai mug dan sudu teh. Penutup
balang jertih yang berisi kopi dibuka.
“Awalnya hari ni….” Sapa
satu suara. Min yang sedang mengacau minumannya menoleh. Senyuman dileparkan
buat orang orang yang menegur.
“Erm….saja keluar awal dari rumah. Singgah
beli sarapan sekejap. Dah bosan asyik makan roti je. Kau pun awal hari ni.”
Aida teman sepejabat Min
tersengih. “Aku memang selalu macam ni.”
Min yang mendengar
mencebik. Yalah sangat. Selalunya selagi jarum jam tak merapat ke angka 8.30
pagi, selagi itu tak ternampak kelibat gadis itu.
Aida menapak ke sebelah
Min. Mengambil giliran untuk menyediakan minuman. Dia juga hanya membeli
sarapan di gerai berhampiran pejabat mereka. Selesai menyediakan minuman
masing-masing, mereka berdua berlalu ke meja yang memang tersedia di situ. Sambil
makan mereka berbual kosong.
“Lunch karang, kau nak makan ke tak?” Aida menyoal sambil menguyah
karipap sardin. Terasa nikmat dapat menikmati kuih yang sedap itu.
“Makanlah…nak makan
nasi. Sejak semalam perut aku ni tak jumpa nasi. Selera terbantut.”
“Apa hal pula sampai
perut yang jadi mangsa ni?”
“Masalah yang tak
diundang..”
“Pula?”
“Ya…pula.”
“Jom, cerita dekat aku….
Mana tau aku boleh tolong. Kalau tak mampu tolong selesaikan, aku ambil
bahagian tolong dengar. Kurang-kurang lega sikit otak kau…lapang dada yang
sesak tu.”
“Panjang ceritanya….tak
cukup masa singkat yang tinggal ni.” Min melihat jam dipergelangan tangan.
“Alasanlah tu….” Aida
mencebik. Min tak nak bercerita masalah dia. Dah masak sangat.
Lima belas minit
kemudian mereka berlalu ke tempat masing-masing untuk memulakan tugas. Min ke
meja kerjanya, manakala Aida ke meja kerja dia yang terletak bertentangan
dengan meja Min. Memberi perhatian kepada tugas yang melambak pula.
Kesibukan bekerja telah berjaya mengalih tumpuan Min.
Buat dia terlupa seketika tentang masalah yang bermain dalam kepala sejak
semalam. Fokusnya sejak bermula waktu pejabat sehingga waktu ini adalah kepada
tugas-tugas pejabat. Ada ketika tangan mengangkat gangang telefon yang
berbunyi. Melayani urusan yang berkaitan dengan kerjanya. Sehingga langsung
tidak perasan hari sudah melewati tengahari.
Sedar-sedar Aida dah
terconggak di hadapannya. Gadis itu sibuk memberi isyarat yang tidak difahami. Siap dengan tas tangan dia yang
berwarna merah. Bergantungan di lengan. Baru beli semalam, sebab itu dibawanya
ke sana sini. Orang kemaruk beg baru…
“Nak pergi mana?” Tanya
Min pelik.
Aida berkerut dahi. Hairan
dia dengan soalan yang diajukan Min. Sekarangkan waktu makan tengahari, Min ni
sedar ke tidak?
“Wei, makan. Tengok
jamlah kak!” Balas Aida. Muka jam di pergelangan tangannya diketuk perlahan
sambil ditayangkan kepada Min yang terkebil-kebil memandangnya. Binggung sahaja
wajah itu.
Min kerling sekilas jam
di tangan sendiri. Allah! Betul-betul dia tak sedar. Meja dikemaskan ala kadar.
Laci ditarik. Dompet di dalam tas tangan diambil.
“Jom!” Kata Min.
Beria-ia mengamit Aida. Dia nampak tidak sabar-sabar untuk menjamu selera.
“Jom!”
“Tinggalkan handbag tu boleh tak?” Minta Min dengan
bibir yang sedikit dijuihkan kepada beg tangan yang digalas Aida.
“Dengki!” Balas
Aida.
“Sakit mata tengok, tau
tak?”
“Dengki!”
“Tak ada maknanya…” Min
ketawa kecil. Sengaja dia mengusik Aida. Lengan teman itu dipaut. Mereka
melangkah bersama-sama meninggalkan bangunan pejabat.
Restoran yang
berhampiran dengan pejabat mereka menjadi lokasi pilihan untuk makan tengahari
pada hari ini. Senang dan mudah tanpa perlu memandu jauh dan mengharungi kesesakan
jalan raya.
Aida bergerak ke kios
yang menempatkan pelbagai jenis laut untuk mengambil makanan. Min pula memilih
meja untuk mereka berdua. Waktu makan tengahari selalunya meja akan penuh.
Sementara menanti
gilirannya, Min menalakan pandangan ke pintu masuk restoran. Menjamu mata melihat
pelanggan yang kunjung tiba. Melemparkan senyuman manis apabila ada pelanggan yang
baru masuk itu dikenali. Rakan-rakan sepejabat mereka. Kebanyakannya berlainan
jabatan. Senyumanlah yang menjadi perhubung kemesraan. Sementelah di pejabat
jarang dapat berbual panjang. Sekadar bertegur sapa sepatah dua kata kala
terserempak.
Dalam keramahan melempar
senyum, tiba-tiba pandangan mata menangkap kelibat seseorang yang amat dikenali
suatu ketika dahulu. Pandangan terkaku pada susuk tubuh itu. Sah! Dia tak salah
orang. Matanya masih seperti dulu juga, amat mengenali seraut wajah itu. Seraut
wajah dari kisah lama..
Debaran di dada sudah
tidak terkata. Berdentam-dentum mengocak ketenangan. Duduk yang selesa mula
gelisah. Panas punggung. Peluh di dahi sudah memercik. Min seperti ternampak
hantu di siang hari, biarpun dia yakin pemilik tubuh itu tidak perasan akan
kewujudannya di ruang restoran ini.
Banyak-banyak tempat
makan, kenapa restoran berhampiran pejabatnya yang menjadi pilihan? Dalam
kegusaran dan kegelisahan Min jadi cuak dengan situasi yang sedang dihadapi.
Macam mana kalau lelaki
tu nampak dia? Bagaimana dia nak berhadapan dengan lelaki tu lagi? Pertemuan
mereka hanya akan mengingatkan dia pada kenangan lalu. Tolonglah keluarlah dari
sini cepat. Pergi jauh darinya..
“Giliran kau….” Kata Aida
yang muncul di belakang Min. Tiada reaksi daripada gadis itu.
“Min, giliran kau.” Aida
mengulang. Masih lagi begitu. Tiada
reaksi balas daripada Min. Lantas bahu Min di tepuk perlahan. Tersentak
temannya itu.
“Min, kau tak nak makan
ke?”
“Apa?” Soal Min, baru
sedar Aida sudah berada di sisinya.
“Kau kenapa, tak nak
makan ke? Pagi tadi beria cakap nak makan nasi…” Balas Aida. Pinggan nasi diletak ke meja. Dia melabuh
duduk. Bersedia untuk menjamu selera. Perutnya dah tak sabar minta disi.
“Nak. Aku..aku
nak…”
“Kalau nak pergi ambil
nasi sekarang. Ramai orang karang susah kau nak pilih laut.” Ujar Aida. Bingkas
Min bangun untuk mengambil makanan. Terintai-intai mencari kelibat lelaki tadi.
Hilang dari pengawasan matanya kerana melayan Aida. Dia harap lelaki itu sudah
beredar pergi.
Beberapa minit kemudian
Min kembali semula ke meja mereka. Menatang sepinggan nasi. Entah apa jenis
lauk yang diambil pun dia tidak perasaan. Nak buat macam mana, fikiran ke lain,
tangan ke lain. Akiviti mengisi perut bukan lagi keutamaan dalam waktu gentir
ini. Main ceduk sahaja apa yang
tercapai oleh tangan. Nyaris-nyaris dia terceduk isi pinggan orang lain tadi! Untung
cepat sedar sebelum mendapat malu.
“Air aku dah orderkan. Makan tu je?” Soal Aida
apabila Min melabuh duduk di hadapannya.
“Tak lapar sangat.” Jawab
min tanpa memandang Aida. Mata lebih senang dihalakan ke pintu masuk restoran. Bimbang
lelaki tadi muncul lagi. Seorang pelayan lelaki datang membawakan minuman
mereka. Fokus pandangannya terganggu seketika.
“Kau tengok apa?” Dahi
Aida dah berkerut. Tertanya-tanya apa yang menjadi perhatian mata Min.
“Tak ada apa..”
“Habis kenapa asyik
pandang ke sana je?”
“Tak ada apa-apalah…”
“Kalau tak ada apa-apa,
makanlah.”
“Hmm… Ya..”
Min tarik gelas minuman
agar mendekat. Disisip sedikit. Nasi di pinggan digaul-gaulkan sahaja. Tidak
dibawa ke mulut. Hilang seleranya. Aida hanya memerhatikan gelagat Min. Pasti
ada yang tidak kena dengan si Min ni. Desis hatinya.
“Assalamualaikum.” Tiba-tiba
ada lelaki yang menghulur salam. Aida menoleh, Min angkat kepala.
“Hai.” Sapa lelaki
tersebut lagi.
Min kaget. Terpaku
seketika. Sapaan lelaki tersebut tidak dibalas. Dari penjuru mana dia muncul?!
“Err…” Belum sempat Aida
mengeluarkan kata, Min bangkit dari kerusi. Dompetnya yang berada di meja tak
tercapai oleh tangan. Lupa terus. Apa yang berada dalam fikirannya saat ini
ialah beredar dari situ. Dia tak sudi bersua dan bertegur sapa.
“Aku dah sudah.” Tutur
Min. Tanpa menunggu balasan daripada Aida, langkah dikuak, menghala ke pintu restoran.
Langsung dia terlupa untuk membayar makanan tengaharinya. Lantaklah,
pandai-pandai Aida nanti..
ehermm.. interesting.. very impreessive intro...
BalasPadambut bagilah sinopsis novel ni!!!!
sebab kalau takde sinopsis, susah nak ramal jalan citernyeeerr.... and most important, susah nak bagi komen....lalalala
macam fun je hehe
BalasPadamsiapakah jejaka ituuu ?
BalasPadam