U n Uols

Tuesday, February 24, 2015

Teaser Kau Dan Aku...

Min tarik gelas minuman agar mendekat. Disisip sedikit. Nasi di pinggan digaul-gaulkan sahaja. Tidak dibawa ke mulut. Hilang seleranya. Aida hanya memerhatikan gelagat Min. Pasti ada yang tidak kena dengan si Min ni. Desis hatinya.
“Assalamualaikum.” Tiba-tiba ada lelaki yang menghulur salam. Aida menoleh, Min angkat kepala.
“Hai.” Sapa lelaki tersebut lagi.
Min kaget. Terpaku seketika. Sapaan lelaki tersebut tidak dibalas. Dari penjuru mana dia muncul?!
“Err…” Belum sempat Aida mengeluarkan kata, Min bangkit dari kerusi. Dompetnya yang berada di meja tak tercapai oleh tangan. Lupa terus. Apa yang berada dalam fikirannya saat ini ialah beredar dari situ. Dia tak sudi bersua dan bertegur sapa.
“Aku dah sudah.” Tutur Min. Tanpa menunggu balasan daripada Aida, langkah dikuak, menghala ke pintu restoran. Langsung dia terlupa untuk membayar makanan tengaharinya. Lantaklah, pandai-pandai Aida nanti..



 “Aku terserempak dengan Qadri siang tadi.”
Seri yang sedang menyisip air kosong tersedak. Laju otak menyenaraikan tuan punya badan yang diperkatakan Min.
You mean Qadri…Luth Qadri?” Tanya Seri terkejut. Setelah sekian lama, nama yang satu itu muncul lagi di bibir Min.
“Dia laa…”
“Kau tegur dia?”
Min geleng.
“Kau pandang dia je?”
Min geleng juga.
“Dia pandang kau je?”
Min geleng lagi.
“Dia tegur kau?”  Soal Seri tak putus asa.
Min mengangguk, mengiyakan seraya terlepas keluhan berat di bibir…
OMG!”



Min capai gelas minuman. Disua ke mulut. Belum pun sempat dia minum. Terdengar suara memberi salam dari arah ruang tamu. Kedengaran juga gelak ketawa Sufian dan Dato Ismail serta seorang lagi lelaki.
“Hah, dah balik dia orang tu.” Kata Datin Sheila. Senyum memekar di bibir. Dia bangun untuk menyambut suaminya, Dato Ismail.
“Adik Kak Tina dah sampai ke?” Soal seseorang. Bukan daripada Abang Sufian atau Datuk Ismail. Min hanya dapat mendengar suara orang yang bertanya. Wajah empunya diri tidak dapat dilihat kerana kedudukannya yang membelakangkan ruang tamu. Hati berdetak. Suara itu tidak kedengaran asing di telinganya.
“Dah sampai. Inilah orangnya. Mari sini Kak Tina kenalkan.” Celah Tina. Memanggil orang yang bertanya. 
Min berkerut dahi. Pendengaran seakan biasa dengan suara itu. Takkan dia? Hati mendesak supaya dia melihat pemilik suara yang bertanya. Min pusingkan badan ke belakang.
Saat bertemu pandang dengan pemilik suara itu, dia kaget. Kaku untuk berkata-kata. Begitu juga dengan lelaki di hadapannya. Namun, kekagetan lelaki itu cuma sesaat. Kemudian dia dilihat mengukir senyum perlahan-lahan. Senyum yang bertukar menjadi senyum lebar. Menandakan rasa hatinya waktu itu.


                                     
“Min….boleh akak masuk?” Meminta izin sebelum melangkah masuk.
“Masuklah…” Balas Min.
“Buat apa ni?” Soal Tina kepada Min dan Raykal. Selepas makan malam tadi Raykal tidak berenggang dengan Min. Riuh rendah rumah dengan gelak tawa mereka. Apabila Min masuk ke biliknya Raykal turut serta. Bising mulut kecil itu bercerita tentang Papa Qadrinya pada Min.
“Raykal cerita pasal Papa Qadri!” Jawab Raykal bersemangat.
“Iya, cerita pasal apa?”
“Pasal Papa Qadri yang pandai main bola sepak. Papa Qadri dah ajar Raykal semalam. Raykal pun nak pandai main bola sepak macam Papa Qadri!”
“Yalah.”
“Tapi mama, Chik Min cakap jangan ikut Papa Qadri. Nanti jadi buaya..” Ujar Raykal jujur.
“Jadi buaya?” Tina tak faham. Dia pandang Min minta penjelasan. Min cuma sengih kelat tak mengulas lanjut.



“Akak nak bagitau sesuatu ni, janji Min tak marah okey?” Mulut terasa berat untuk mengkhabarkan kepada Min.
“Apa dia?”
“Janji dulu.”
“Okey, okey Min janji. Sila teruskan.” Sempat Min bergurau apabila melihat riak serius di wajah Tina.
“Err…”
“Kak Tina, cakaplah. Teragak-agak je…”
“Sebenarnya macam ni…”
“Apa dia?”
“Min jangan marah akak tau. Ni semua Abang Sufian punya pasal! Erm….erm…Qadri. Hmm…dia akan tinggal di sini, tapi Min jangan..” Belum sempat Tina menghabiskan kata-katanya Min mencelah.
What?!” Tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya.
“Akak tak boleh buat apa-apa. Ayah dan umi pun dah setuju. Min terus tinggal di sini untuk dua bulan ni, okey. Kesian Raykal….”   


“Dulu Min belajar di universiti yang sama dengan Qadri…” Terang Datin Shiela kepada suaminya.
“Oh ya?” Aju Dato Ismail. Hampir tidak percaya dengan kebetulan itu.
“Tak pernah jumpa ke?” Menyoal kemudiannya sambil memandang mereka berdua silih berganti.
Kunyahan terhenti. Terasa berpasir sahaja roti yang dimakan. Kenapa soalan ini yang ditanya Dato Ismail. Jawapan bagaimana yang harus diberikan supaya tidak menimbulkan kemusykilan.  Berbohongkah? Tak habis-habis buat dosa kering…
“Tak sama course. Tak kenal, mungkin pernah terserempak. Entah…tak perasan pula.” Dalih Min. Dapat dilihat air muka Luth Qadri yang berubah apabila mendengar jawapannya.
Cawan kopi didaratkan ke piring. Min mahu menyorokkan kebenaran? Tak apa dia akan ikut rentak Min. Luth Qadri berkata sendiri.
“Tapi muka you ada iras-iras orang yang I kenal…kenal masa dekat universiti juga.” Sengaja mengenakan Min.
Skirt yang dipakai terasa sendat semacam. Menyenakkan perut. Peti suara pula terasa sakit tiba-tiba. Memang pagi-pagi lagi Luth Qadri dah buat havoc. Senyuman plastik terukir di bibir. “Silap orang agaknya.” Berlagak biasa dengan penafiannya.
“Erm, agaknya.”
Jawapan Luth Qadri sedikit melegakan.
Kelegaan hadir seketika cuma, melayang pergi apabila lelaki itu menyambung bicara ‘manisnya’. 
“Tapi, I rasa tak silap orang dah..” Nafas kembali tersekat. Dikerling Datin Sheila yang memandang penuh tanda tanya bersama rasa ingin tahu.
“Kamu ni, sama tapi tak serupalah tu.” Sampuk Dato Ismail. Mencapai akhbar di atas meja berhampirannya.
Nafas yang tersekat lancar kembali dengan kata-kata Dato Ismail. Dalam hati dia berterima kasih kepada orang tua itu kerana mencelah.
“Mungkin ya..mungkin tidak.” Ujaran Luth Qadri yang seakan sengaja mahu menimbulkan persoalan. Belum puas menyeksa paginya barangkali.
“Apa nama kawan Qadri tu?” Soal Datin Sheila
“Nur ke Kesha..lebih kurang macam tu..”
“Nur? Kesha?” Datin Sheila seakan memikir.
“Err..Min minta diri dulu. Dah lambat.” Celah Min sebelum perkara tersebut berlanjutan.
Tanpa menunggu lebih lama Min bingkas bangun. Bimbang berlama-lama di meja itu, akan terbit cerita lain. Amat perlu mengingatkan diri bahawa nasib tak selalu berpihak kepadanya. Kali ni dia selamat, selepas ini belum tentu lagi….



Suis lampu dipetik. Cerah ruang dapur yang bergelap. Dia ambil mug yang bersusun kemas di atas rak. Air kosong dalam bekas kaca disambar. Dituangkan sehingga memenuhi mugnya. Bergerak ke meja. Melabuh duduk di kerusi. Bibir bergerak membaca bismillah sebelum air memasuki mulut dan menuruni tekak.
“Belum tidur lagi?” Min tersedak. Terbatuk-batuk kecil. Terkejut dengan sapaan yang tiba-tiba datang.  Menyapa dia dari belakang.
Are you okay?” Kalut mencapai tisu dan diberikan kepada Min.
“O..okey.” Masih terbatuk-batuk kecil. Menyambut helaian tisu yang diberikan. Mengelap bibir yang basah.
SorryI tak berniat nak buat you terkejut.”
“Belum tidur?” Soal Min sambil membetulkan suara.
“Tak boleh tidur.”
Terasa kekok. Amat kekok berdepan dengan Luth Qadri berdua begini. Dia perlu berlalu segera. Berlalu dari berada dalam satu ruang dengan lelaki ini. “Err….I…I nak tidur. Naik atas dulu….” Bangkit dari duduk.
“Min…”
Min berpaling.
“Selamat malam.”
“Hmm….” Hanya itu yang dibalas. Bersedia untuk keluar dari ruang dapur.
“Min…” Namanya dipanggil lagi.
Langkah terbantut. Min berpaling untuk kedua kalinya. Pandangan berlaga. Hanya seketika, kemudian dikalih arah lain. Rasa tidak selesa menguasai segenap sudut hati.
You sihat?” Wajah Min direnung lembut. 
Dahi Min berkerut sedikit. Diajukan dengan soalan sedemikian rupa pada waktu ini buat dia terkedu. “Sihat.” Balasnya tak pasti.
Luth Qadri senyum kelat. 
How about you?” Bertanya tanpa ada niat untuk mengetahui tahap kesihatan lelaki itu. Berbasi-basi.
I tak sihat.”
Min terkedu lagi menerima balasan Luth Qadri. Tidak sepatutntya dia bermurah hati menanyakan tahap kesihatan lelaki itu. Dia sepatutnya menamatkan perbualan lebih awal. Dia sepatutnya sudah dapat menjangka dari awal lagi hala tuju bicara lelaki itu. Tentang kisah lama. Kisah cinta yang terputus di pertengahan jalan. Dan kini mereka sedang memasuki kisah itu…
“Qadri…” 
“Min….I perlu dirawat.”
“Luth Qadri, saya bukan doktor!” Nada suara masih cuba dikawal.
Senyum tawar. “I tak perlukan doktor…”
Min hilang kata untuk membalas.
I cuma perlukan gadis yang tinggalkan dulu…”
“Huh!” Min mendengus. Sakit hati mendengar ungkapan tersebut. “Dia dah lama lupakan you!”
I tak pernah lupakan you, Min.”
“Jangan ungkit dan kaitkan I dengan diri you lagi, Qadri.”
“Kenapa tak boleh? You penyebabnya….you yang buat I sakit.”
Ketawa sinis. “yang jadi penyebab?”
“Ya, you!” 
I yang curang, Qadri? I yang tak kotakan janji? I yang tak bersedia untuk pikul tanggungjawab? Siapa yang berjanji untuk berubah? I yang tak sedia tinggalkan segala kebebasan? Tak cukup dengan janji yang tak ditunaikan, berpeleseran pula dengan gadis-gadis! Itu ke Qadri?! Ada rasa marah yang mengamit. Kenapa salah sendiri harus diletakkan kepadanya? 
“Jadi, beri I peluang untuk betulkan salah I..”
“Layak  ke you diberi peluang?”
“Berikan peluang itu dan nilai kemudian..”
“Kita bercakap lain kali saja, Qadri…I..I dah mengantuk. Terlalu mengantuk. Esok nak kerja.”  Min cuba untuk menamatkan perbualan. Emosinya juga sudah tidak stabil. Bergoyah-goyah. Elok ditamatkan sebelum dia terjebak lebih dalam.



This is our new boss Tengku Luth Qadri.” Encik Zamri memperkenalkan seraya senyum meleret. Senyum gembira kerana bakal naik pangkat barangkali. Mungkin juga hati berbunga kerana bakal naik gaji di bawah pengurusan baru ini.
“Min Nur Kesha.” Ujar Min.
“Nama pendek?” Aju bos baru pula. En. Zamri senyum kecil. Mentafsir soalan sebagai gurauan biasa.
“Min. Semua orang kat pejabat ni panggil saya Min.”
Nice nameHappy to work with you. Hope we can cooperate well.” Kata bos baru dengan harapan mengunung. Tangan yang saling bertaut dipereratkan. Mata merenung mencari anak mata Min. Ucapannya bukan omongan kosong.  
Hope so…” Jawab Min sekadar berbahasa kerana mengenangkan Encik Zamri yang turut berada di situ. Genggaman tangan dilepaskan.
Let me show your room boss…” Encik Zamri bersuara. Mengira bahawa sesi perkenalan mereka sudah selesai.
Sure Encik Zamri…” Berkata kepada Encik Zamri tapi mata masih setia di wajah Min.
See you again Min….” Ucap Luth Qadri sebelum berlalu. Nakal sengihan yang dilemparkan. Min mencebik bersama jelingan.



Lunch hour?” Luth Qadri jeling sekilas jam di pergelangan tangan. Min ingat dia dapat jadikan waktu makan tengahari sebagai alasan untuk mengelak daripada berjumpanya? Gadis itu silap sama sekali. Waktu makan memberinya alasan yang bagus. Terima kasih kerana mengingatkannya tentang ini. Dia bangun menghampiri Min.
“Jom.” Ajaknya. Tangan dihulur kepada Min.
“Pergi mana?” Min bingung. Tanpa hujung pangkal tiba-tiba mengajaknya pergi.
Lunch.” Sepatah Luth Qadri menjawab. Selamba sahaja wajahnya. Min pula sudah membeliakkan mata.
“Ada I cakap nak makan dengan you? Tak adakan, jadi jangan nak memandai!” Balas Min, membantah.
Should I care? Dah jom.”
Min masih tidak mahu bergerak.
Yes! You should.” Membalas tegas.
“Jom!”
Tidak berganjak. Masih membatu.
Luth Qadri tarik nafas dalam. Geram dengan reaksi yang ditunjukkan Min. Pantas tangan mencengkam lengan gadis itu. Ditarik supaya mengikut langkahnya secara paksa. Min yang tidak menduga dengan tindakan itu, tidak sempat berbuat apa-apa. Sedaya-upaya dicuba untuk melepaskan tangan daripada genggaman lelaki itu. Tidak terlerai bahkan cengkaman semakin erat dan kemas.



“Kaki II taulah dah baik ke tidak.” 
“Tuannya ego, kaki belum baik pun takkan nak mengaku…” Ejek Luth Qadri.
You..” Geram diejek-ejek Luth Qadri. Entah apa masalah lelaki ini, kerjanya asyik menyakitkan hatinya.
Kata-kata Min mati di situ. Terdiam apabila merdengar suara-suara dan derap kaki melangkah memasuki bahagian mereka. Lantas cepat-cepat menarik kakinya yang masih diurut si bos. Luth Qadri yang turut menyedari staf-staf lain sudah masuk ke pejabat, membiarkan tindakan Min.
“Kalau esok masih tak baik, urutkan lagi.” Kata Luth Qadri sambil berdiri kembali. Kata-kata yang tidak tahu mahu ditafsirkan oleh Min sebagai arahan atau sebagai tawaran.
Harap-harap esok tak baik juga. Pinta Luth Qadri dalam hati. Adalah peluang untuk dia merapati Min lagi. Tanpa sedar dia tersengih-sengih dengan niat serong yang tercetus. Hatinya senang kerana dapat meluangkan masa dengan Min Nur Kesha. Surut sedikit rindu yang ditanggung dalam tempoh beberapa tahun ini.



 “Tak payahlah mak long, kami shareYou tak kisahkan?” Luth Qadri memandang Min. Dia tangkap lirik mata tajam gadis itu. Dibuat tak kisah.
Cawan berisi teh tetap disuakan kepada Min. Sengaja dia mengenakan gadis itu. Uji sikit. Apa yang nak dijawab depan Mak Long Sheila. Min dah pandang dia dengan mata terjegil. Marah ke? Datin Sheila yang melihat gelagat mereka berdua tersenyum cuma. Dia perasan anak saudaranya itu suka sangat mengusik Min. Seakan-akan sudah kenal lama.
“Erk.....Min dah minum! Minumlah.” Tolak Min. Tidak kuasa berkongsi minuman dengan lelaki ini. Luth Qadri memang sengaja hendak kenakannya di tengah-tengah kaum keluarga dia.

Raykal suakan sekeping biskut ke mulut Min. Terlalu teruja untuk mendengar pendapat Chik Minnya.
Biskut itu dikunyah perlahan-lahan. Dia tersedak tidak semena-mena. Luth Qadri cuba membantu, dihulur cawan tehnya yang masih bersisa. Tanpa berfikir panjang Min sambut dan terus minum. Perit benar tekaknya. Habis separuh cawan teh yang diberikan Luth Qadri. Lelaki itu tersenyum-senyum apabila dia meletakkan cawan teh yang sudah kosong ke meja.
“Itulah sombong sangat. Tadi tak nak, alih-alih dah minum sampai habis.” Komen Luth Qadri yang buat Min terkelu. Terasa tebal benar wajahnya tika itu. Kalau boleh menyorok sudah lama dilakukannya. Sungguh dia segan dengan Datin Sheila dan Dato Ismail yang tersenyum simpul. Senyum penuh makna!
 “Ada jodoh tu....” Gurau Dato Ismail.
Luth Qadri ketawa berdekah-dekah. Suka benar dengan kata-kata usikan itu. Min yang termalu makin bertambah-tambah malu jadinya. Kulit muka dia sudah bertukar warna. Merah. Dek dihurung malu, Min diam tak kata apa-apa. Raykal yang berada di hadapannya diangkat ke ribaan. Reaksi spontan nak tutup apa yang dirasakan.



Selesai membersihkan diri, Min terdengar ketukkan di pintu bilik. Dia bingkas bangun dari duduk. Pintu dibuka. Rupa-rupanya Raykal. Anak buahnya masuk dengan nafas termegah-megah.
“Raykal ada pesanan untuk Chik Min!”
“Pesanan apa?”
“Sekejap, Raykal cuba ingat. Hah! To my princess: Pen merah, pen biru, you marah I love youFrom: Qadri bilik bawah. P/s..jangan lupa sapu ubat..”
Min melopong beberapa ketika. Terkejut dengan titipan yang disampaikan Raykal. Memandang ke luar biliknya. Bimbang kalau-kalau Datin Sheila atau Dato Ismail mendengar apa yang dikatakan Raykal.
“Apa ni Raykal?” Suaranya keras sedikit. Ditarik Raykal menjauhi pintu bilik, lalu ditutup rapat.
“Papa Qadri yang suruh!”
Ish! Qadri ni, ada ke diajarkan perkara yang bukan-bukan pada budak-budak. “Dah..dah. Padam. Padam dari otak..delete!” Pegang kepala Raykal dengan kedua-dua belah tangan. Kalut. Bagaikan tindakannya dapat memadamkan pesanan Luth Qadri dari ingatan anak buah itu dan dari fikirannya juga..
“Mana Papa Qadri?”
 “Dekat bawah.”
“Beritahu Papa Qadri apa yang Chik Min cakap ni.. To Qadri: Dua tiga kucing berlari, manakan sama si kucing belang, uruskan hal sendiri, jangan sibuk hal orang! From: Min bilik atas.”



“Mama dan papa you akan datang ke sini? Bila?” Tanya Min dengan nada tegas. Serius gayanya.
Luth Qadri melihat kiri dan kanan. Kemudian jari telunjuk diangkat ke mukanya sendiri.  “Are you talking to me?” Soalnya pura-pura terkejut. Dia memang sedang mencari Min. Ingin memastikan kecederaan gadis itu tidak melarat.
Yes! I’m talking to you. Takkan dengan dinding ni pula.”
“Oh, I ingat you cakap dengan orang lain, sebab tadi ada orang kasi pesanan. Serangkap pantun amaran… I takutlah juga..”
Min ketap bibir, geram dikenakan Luth Qadri. “Jawablah!”
“Jawab apa?”
 “Bila mereka nak datang?” Gesa Min. Takkan dia perlu ulang pertanyaan yang sama sampai tiga kali baru Luth Qadri nak jawab.
You dah sapu ubat?” Dijeling Min kerana tidak menjawab soalan. “Jawab soalan I…lepas tu I jawab soalan you..” Mengintai kaki Min. Dia tak dapat bezakan sama ada sudah disapu ubat atau belum. Dia siap hantar posmen a.k.a Raykal. Tapi tak dapat jawapan juga.
“Dah! Sekarang cakaplah, bila?”
“Belum tahu lagi. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin juga bulan depan atau mungkin juga tahun depan. Kenapa?” Soalnya kembali.
“Jangan main-mainlah, Qadri. I tanya betul-betul!”
I pun dah jawab betul-betul,” balas Luth Qadri tidak bersalah.
Whateverlah. Satu perkara je I nak bagitau. Kalau mereka datang nanti, jangan sesekali sebut pasal I!” Masih dengan nada tegas.
“Kenapa? Mama mesti seronok dapat jumpa you. Bakal menantu favourite dia....”
Gaya Luth Qadri bercakap seperti Tengku Haninah punya ramai calon menantu. Menampakkan yang lelaki ini sememang punya ramai bakal isteri! “Kami takkan berjumpa. Esok akan balik ke rumah sewa.”
No! Don’t go. Just stay here.” Menahan.
Don’t go? Gila! tak boleh jumpa mama you.” Kerling Luth Qadri sekilas.
I boleh tolong you dalam soal mama.. You dan Raykal tak perlu ke mana-mana.” Menawarkan pertolongan.
Min pandang Luth Qadri pantas. Pandangan bertanda tanya.
But...” Luth Qadri berhenti. Dia nampak cara untuk menghalang Min daripada meneruskan hasrat meletakkan jawatan.
But?” Soal Min tidak sabar.
“Kita buat perjanjian. I akan buat mama tutup mulut pasal kita dan I won’t tell anyone about us without your permissionYou pula tak boleh resign dari Tebrau, agree?”



“Ikutlah Chik Min balik rumah Chik Min. Sekejap je, lepas tu kita balik ke sini lagi. Raykal, jomlah! Bolehlah. Kat sini akan ada ramai orang sebab…esok papa dan mama Papa Qadri nak datang. Raykal sayang Chik Min tak? Kalau sayang kena dengar cakap Chik Min.” Pujuk Min. Luth Qadri yang sedang mencuri dengar pula yang rasa terpujuk.
Bertuah badan kalau Min pujuk dia dengan nada yang sama. Memang itu yang dia perlu dari Min. Bukan jelingan tajam dan dingin. Tiba-tiba terlintas soalan  di benak. Bagaimana Min tahu tentang kedatangan mamanya esok? 
Raykal pandang Min. Bulat matanya. “Kenapa pula? Apa salahnya ramai orang. Rumah ni kan banyak bilik. Tuk Tengku dengan Nenek Tengku duduk bilik lain. Nanti Raykal cakap dengan nenek jangan bagi bilik Chik Min kat dia orang.” Balas Raykal mudah. Dia betul-betul tidak faham, kenapa mesti ke rumah Chik Min apabila Tuk Tengku dan Nenek Tengku datang. Pelik pada fikirannya.
“Macam ni, bila ramai orang maka kita akan kekurangan udara. Kita perlukan udara untuk bernafas. Jadi sebab kat sini akan terjadi kekurangan udara, kita perlu ke rumah Chik Min….” Terang Min dengan alasan yang direka.
Hampir terlepas tawa Luth Qadri. Nak larikan diri sebab mama nak datang sini agaknya. Ajaran sesat apa pula yang diajar kepada Raykal.
“Hah? Kita akan mati ke Chik Min sebab tak cukup udara?”
“Tak..tak. Kita hanya…hanya akan pengsan!” Meloyar burukkan raykal. Terpaksa. Dia terdesak.
“Raykal jangan dengar cakap Chik Min. Apa yang Chik Min bagitau tu salah. Chik Min tak baca buku, sebab tu dia tak tau. Setakat 5-6 orang dalam satu rumah yang sebesar ni takkan kurang udara yang kita sedup.” Terang Luth Qadri yang muncul tanpa diundang. Min terkejut, toleh Luth Qadri sekilas kemudian dia mencebik.



“Lepas ni akan berlangsung lagi satu sesuai kenal. Hai, saya Min Nur Kesha.. Lepas tu mama balas, saya Tengku Haninah. Selamat berkenalan.” Luth Qadri mengejek bersama tawa kecil.
“Tak kelakarlah, Qadri! Meradang diejek begitu.
You tak rindu nak jumpa mama?”
My own on business..” Kali ini pandang Luth Qadri tajam. Pandangan mereka bertentangan seketika. Dia membuang pandang. Terasa ada getar dalam hati. Kenapa perasan ini masih ada? Seakan masih sama seperti bertahun yang dulu..
“Mama rindu you..” Luth Qadri renung wajah Min. “pun rindu you.. Tunang yang tak sudi maafkan I..”
Toleh Luth Qadri pantas. Sekejap! Ada sesuatu yang perlu dibetulkan.
“Tunang?” Sinis nada Min. “I rasa kita perlu betulkan perkara ni, acctually bekas tunang….B.E.K.A.S T.U.N.A.N.G!” Terang Min. Sinis dan tegas lagaknya.
Giliran Luth Qadri tarik senyum segaris. “I tak pernah setuju untuk putuskan pertunangan kita. Lagipun you tak pernah pulangkan balik cincin tunang tu. I kira kita ni masih bertunanglah…” Sinis juga dia membalas.
Min tergaman. Memang betul, cincin tunang itu masih disimpannya. Tapi Tengku Haninah yang enggan menerima cincin itu ketika pertemuan mereka dulu. Tidak sangka pula Luth Qadri akan menggunakan cincin itu sebagai modal mengatakan mereka masih tunangan. Langsung tidak terlintas di fikiran.
I tak simpan cincin tu, dah lama campak ke laut!”
“Campak ke laut? Kalau dah campak ke laut, kenalah ganti. Cincin yang sama bentuknya.” Sengih. Bukan nilai cincin itu yang diambil kira. Tetapi hubungan yang terikat disebalik sebentuk cincin tersebut.
“Okey! Kalau macam tu, I akan bagi balik. You ingat I nak sangat ke simpan cincin tu? Tak inginlah!”
“Oh…tak tak campak ke laut rupanya. Masih simpan?”  Luth Qadri ketawa.
II..err…” Min tertangkap. Kelu lidah hendak membalas.



Ketawa Luth Qadri pecah lagi, lebih kuat daripada tadi. “Habis tu pakai macam ni..nampak seksi, cantik-cantik ni bukan untuk kasi orang tengok ke? Tak faham betul..” Lelaki itu mengomel.
“Lelaki miang, gatal, suka ambil kesempatan!” Min melepaskan marah. Bulat matanya memandang Luth Qadri.
“Eh, eh….salahkan kita pulak. Bukan yang suruh you pakai seksi-seksi macam ni. Kalau tak nak orang pandang, janganlah ditayang-tayang….” Matanya memang kerap kerling Min di sebelah. Tapi bukan kerana ingin melihat sesuatu yang tidak sepatutnya seperti yang difikirkan gadis itu. Dia hanya kagum melihat penampilan cantik Min.



“Kiranya sekarang Min masih tak berpunya, ya?” Aju Arman dengan cara bergurau.
Min tidak mengiyakan atau menidakkan, sekadar tersenyum. Menjeling reaksi Luth Qadri di sebelah. Mak datuk, masamnya....
“Alah, masih tak berpunya lagi...” Seri tolong jawabkan bagi pihak Min. Luth Qadri mencerlungkan matanya kepada Seri. Seri sengih mengejek. Tidak terpalit walau setitik rasa gentar. Rasakan sekarang!
“Kalau macam tu ada peluanglah?” Arman Ashraf menyampaikan maksud secara bersahaja.



“Apa you buat ni?!” Marah Min, dia jadi geram. Baginya perbuatan Luth Qadri sudah melampau.
“Tak buat apa-apa.” Jawab Luth Qadri dengan senyuman puas.
You tak ada hak nak buat macam tu!” Min menjerit keras. Senyuman yang meniti di bibir itu menyakitkan hati.
I ada hak, Min! I tunang you.” Keras juga nada Luh Qadri.
“Hak apanya? You suami I ke Qadri?” Ejek Min sinis.
Luth Qadri tidak menjawab untuk beberapa detik. Dia melepaskan sebuah keluhan. “Memang I bukan suami you….”
“Bukan! Jadi you tak ada apa-apa hak. Ya, kita pernah bertunang. Tapi semuanya dah tamat. I sanggup ketepikan ibu bapa sebab janji-janji you. Tapi apa yang dapat? You curang di belakang II cuma dapat kekecewaan dan rasa bersalah seumur hidup!” Kata Min dengan mata yang menyala-nyala. Sengaja melukai perasaan lelaki itu.
“Itu yang berikan pada you?” Aju Luth Qadri. Terluka dengan bicara Min. Nadanya sudah kendur.
“Ya! You tak sedar ke selama ni, Qadri?”
“Min..” Serunya.
minta maaf untuk apa yang I dah lakukan….” Ucapan maaf lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Dia sedar akan segala salah dan silapnya.
 “Maaf?” Memperlekehkan ucapan maaf itu.
Please give me a chance, untuk kali ini saja. Untuk betulkan kesilapan. Untuk I tunaikan segala janji dulu. dah berubah Min. I akan setia hanya pada you...” Mohonnya.
Mengeleng-geleng. Tidak percaya Luth Qadri masih tergamak meminta peluang kedua dan menabur janji. Lelaki itu fikir ucapan maaf itu dapat tebus segalanya? “Kepercayaan hanya datang sekali Qadri. Ia tak hadir berulang kali..” Tubir mata mulai hangat mengenangkan perbuatan Luth Qadri. Pahit untuk dingati. Sakit apabila dikenang. Hanya orang yang pernah melaluinya rasa apa yang dia rasakan.
“Jadi tak ada ruang lagi untuk I, Min?”
“Tak ada. Tak ada walau sekecil-kecil ruang Qadri!” 


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.