U n Uols

Thursday, April 10, 2014

SI PENGEJAR CINTA BAB 9

WAALAIKUMUSALAM mak....” Adenalis menjawab salam emaknya di corong telefon. Tangan naik menyentuh dada. Ada rasa yang berdebar-debar. Emak menghubunginya malam ini mungkin kerana mahu bertanya khabar Amira. Dia yang risau tidak tentu pasal.
“Amira ada kat rumah?”  
“Ada...tengah baring-baring ni.” Betullah emak menghubunginya kerana Amira. Tapi kenapa debaran tidak surut-surut juga?
“Hmm...Amira dah telefon mak petang tadi...”
Gulp! Berita tentang Adrus pasti sudah selamat dalam genggaman emak. “Err...Amira cerita apa dekat mak?” Runsing. Lengan Amira dikuis dengan hujung jari. Adiknya tetap berbaring tidak terkutip. Terlena atau masih berjaga?
“Amira cakap, Adrus dah balik...” Emak diam sebentar. Nadanya seperti tidak senang. Ada sesuatu yang menganggu fikiran emak barangkali.
“Betullah tu, mak....” Adenalis mengiyakan. Lebih baik dia berterus-terang sahaja kepada Emak.
“Kamu masih berharapkan Adrus ke?” Aju Emak.
“Tak adalah mak,” kali ini menafikan.
“Mak rasa, dia juga tak harapkan kamu lagi, kan? Mak ingat lagi bagaimana marahnya dia sebab kamu tolak pinangan dia...sebab kamu tolak pinangan tu, dia kata kamu main-main dengan perasaan dia. Dia rasa maruah dia diperkotak-katikan. Dia tak akan maafkan kamu sampai bila-bila.”
“Agaknya...” Dia tidak punya jawapan pasti. Hanya Adrus yang empunya diri mampu menjawab soalan itu dengan tepat.
Dulu dia masih mentah, manakala adrus terlalu mentah. Masing-masing membuat ikrar janji merpali dua sejoli. Tidak akan berpisah walau apa yang terjadi. Cinta Adrus, cinta gila! Cinta menjadi keutamaan sehingga membuatkan belajaran terabai. Dunia Adrus yang luas menjadi sempit. Tumpuan Adrus hanya kepadanya. Kelas yang wajib dihadiri ditinggalkan! Segala nasihat bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dibuat endah tak endah.
“Saya terlalu sayangkan awak...”Luah Adrus. Mata menyorok pandang wajah ke wajah Dena. Suka dia melihat pipi Adenalis yang kemerahan terkena pancaran mentari. Cinta yang dikejar-kejar berjaya diraih. Dia bahagia...
“Saya tau.” Senyum.
“Kita kahwin Dena?”
“InsyaAllah kalau ada jodoh.”
“Saya serius! Kita nikah sekarang.”
“Jangan nak berguraulah Adrus..”
“Saya tak bergurau.”
“Soal nikah kahwin bukan hal main-main Adrus.”
“Saya nak kahwin dengan awak sebab saya cintakan awak!”
“Adrus perkahwinan bukan kerana cinta semata-mata.”
 “Sebab cintalah orang kahwin Dena..”
Mengeleng. “Kita masih belajar. Macam mana kita nak hidup?”
“Saya dah fikir pasal tu. Saya akan berhenti belajar. Saya akan cari kerja.”
"Apa maksud awak??" Keputusan yang bukan mengikut bijak akal. Keputusan yang dibuat Adrus mengikut kata hati!
"Kita nikah. Saya akan bekerja untuk tampung hidup kita. Awak boleh terus belajar. Jangan risau, saya takkan haling."  
“Emak Ayah awak macam mana?” Sangat rugi jika Adrus meninggalkan belajaran yang masih berbaki setahun setengah sahaja lagi. Separuh jalan sudah ditempuhi, hanya tinggal separuh jalan sahaja lagi.      
“Emak ayah saya bantah pada mulanya, tapi dah ini yang saya nak. Dia orang nak buat macam mana lagi. Minggu depan Mak saya masuk meminang. Bulan depan kita kahwin."

“Kamu cuba-cuba buka pintu hati tu untuk orang lain. Budak Adrus tu...bukan Mak tak suka dia. Mengenangkan apa yang berlaku dulu.. Mak tak senang hati. Kamu tolak pinangan dia sebab fikirkan masa depan dia. Kamu fikir untuk kebaikan dia...nak tengok dia berjaya dalam pelajaran. Mahu dia capai sesuatu. Tapi dia tak fikir macam tu. Pada dia, kamu sengaja bertindak begitu...main-mainkan dia sebab dia budak hingusan yang tak apa-apa..."
“Mak...tak payah risau-risau. Adrus pun dah tak suka Dena dah...kami ni tak ada jodoh. Tak ada jodoh tak bermakna kami kena bermusuh kan? Boleh berkawan biasa ya tak...”
“Boleh berkawan? Mak dengar Amira cakap, dia layan kamu seperti orang yang tak dikenali?”
“Biasalah mak, orang masih simpan marah. Dena faham rasa kecewa yang dia tanggung tu.... Dena bercinta dengan dia. Bila dia masuk meminang, alih-alih Dena reject. Tentulah tercalar ego dan maruah dia.”
“Ya ke biasa? Mak bimbang dia akan balas balik perbuatan kamu pada dia. Hati budi orang kita tak tahu...”
“InsyaAllah tak ada apa-apa. Mak doa-doakan ya...” Pinta Dena.
“Hmm...yalah. Mak nak masuk tidur ni...kamu jangan lupa, selalu-selalu telefon mak.” Pesan Zaida.
“Ya, Dena telefon mak...” Janji Dena. Berbalas salam dengan Emaknya sebelum talian diputuskan.
“Bangun-bangun!!” Mengejutkan Amira kuat. Badan adiknya digoyang-goyang.
“Apa...” Dalam kemalasan Amira bertanya. Dia letih. Mata terlalu berat untuk dibuka.
“Kenapa beritahu Mak?” Menyoal garang.
“Beritahu apa?” Soal Amira mamai.
“Pura-pura tak taulah tu.”
“Pasal terserempak dengan Adrus ke?”
“Tahu pula pasal apa...” Jengkel. Dari duduk di birai katil, Dena ikut berbaring di sebelah Amira.
“Saja nak cerita. Boleh Mak tolong nasihatkan Kak Dena...”
“Nasihat apanya?”
“Nasihat...lupakan terus lelaki tu.”
“Akak dah lama lupakan dialah.”
“Yalah tu lupa…” Amira tak percaya.

Betul ke dia dah lupakan Adrus? Habis sampai terbawa-bawa dalam mimpi tu apa kes pula? Adenalis sendiri taka da jawaapan untuk persoalan itu..


3 comments :

  1. Da lama tggu...
    Br ade entry...
    Sedey...
    Nk lg...

    ReplyDelete
  2. sis, nk entry baru...
    hehe...
    best...

    ReplyDelete