U n Uols

Thursday, March 31, 2011

KAU DAN AKU BAB 12 (bahagian 1)

Suasana makan malam meriah dengan kehadiran Tengku Haninah dan Tengku Lukman. Penuh satu meja dengan pelbagai masakan. Semuanya hasil air tangan Datin Sheila dan dibantu oleh mak cik Zah. Beriya-ria Datin Sheila memasak demi meraikan kedatangan adiknya suami isteri. Sambil menikmati hidangan mereka bercerita. Min hanya bersuara apabila sesekali Tengku Haninah bertanyakan perihal dirinya. Tengku Haninah pula jenuh cuba mengingatkan diri supaya berHati-hati ketika bercakap dengan Min supaya tidak terlepas cakap di hadapan kakak dan abang iparnya. Padahal dalam kepalanya pelbagai perkara ingin ditanyakan kepada gadis itu. Ingin mengetahui tentang kehidupan gadis itu spanjang lima tahun mereka tidak bertemu muka.


Perkara yang lebih penting dia akan membantu Luth Qadri memiliki hati itu kembali sementara keberadaannya di Kuala Lumpur. Min amat menghormatinya. Kalau pun Qad masih ditolak, sekurang-kurangya gadis itu akan termakan kata-kata pujukannya. Bukan dia bersikap kejam sehingga mahu memaksa Min menerima anaknya sekaligus bergelar menantu. Tetapi semua yang dilakukan demi perasaan kasih kepada kedua-duanya. Sebagai orang tua dia dapat merasakan Min masih menyimpan rasa cinta untuk anaknya,pada masa yang sama gadis itu tidak dapat memberi kemaafan. Diharap tempoh masa yang panjang yang dilalui tanpa kehadiran Luth Qadri dapat memulihkan hati yang disakiti itu.


" Ambik laut ni Min....nasi tu tambah lagi....kenapa makan sikit sangat..." Tanpa menuggu Tengku Haninah menyedukkan laut ke pinggan nasi Min.
Min sekadar mampu menjawab dalam hati...'Min dah kenyang.....'
Dia berasa sedikit kekok. Dulu Tengku Haninah dan Tengku Lukman senang di sapa dengan gelaran mama dan papa. Sekarang dia mengelarkan wanita itu dan suami dengan panggilan auntie dan uncle , sama seperti yang digelar kepada Datin Sheila dan Dato Ismail. Pada awalnya wanita itu kelihatan terkejut. Terpandangkan kakak dan abang ipar yang turut bersama mereka membuatkan dia memahami situasi Min. Dia sendiri pula yang selalu hampir tersasul membahasakan diri mama. Tengku Lukman tenang sahaja. Susah juga berlakon secara realiti ni....desis hatinya.


" Tambah nasi ya....? Mangkuk nasi tambah sudah dicapai. Kali ini Min sempat menolak.


" Eh....tak pe auntie....Min dah kenyang...."


" Sikit sangat Min makan....auntie masak tak sedap ke?" Kata Datin Sheila pula.


" Sedap....sedap.....siapa yang berani cakap tak sedap tu....tadi petang Min dah makan kat office....sebab tu tak boleh makan banyak...tengok semua orang makan bertambah..." Jawab Min. Memang dia ada minum petang dekat pantry dengan Aida.


" Budak-budak zaman sekarang berdiet. Jaga badan....awak ni...." Dato Ismail bersuara.


" Raykal makan banyak ....sedap....." Sampuk Raykal tanpa dipinta.


" yelah...atuk tau Raykal kan good boy..."


" Berdiet apanya bang...badan dah langsing macam gini. Min tak payah diet dah bang....cantik jelita dah. Ramai yang berkenang pun..." Gurau Datin Sheila.


Luth Qadri yang sedang berselera menikmati masakan Datin Sheila tersedak tiba-tiba mendengarkan kata-kata Mak ciknya. Ramai yang nak siapa? Aish.....tak boleh jadi ni....
Dalam keadaan terpaksa Min menghulurkan air untuk lelaki itu. Ini kerana dia hanya duduk bersebelahan dengan Luth Qadri. Takkan nak buat tidak tahu.
Luth Qadri meminum rakus air yang yang diberikan.


" Erm...erm..." Dia berdehem untuk menghilangkan perit di tekak.


" Qad kamu tak apa-apa ke?" Tanya Tengku Haninah prihatin. Kesian melihat anak terunanya yang memerah muka menahan perit. Mesti sebab dengar ada orang lain yang berkenangkan Min......


Air digelas diteguk lagi. Barulah dia bersuara. " Okey....okey ma...." selera sudah terbantut.


" Nasi tu tak nak habiskan?" Soal Tengku Lukman apabila melihat Luth Qadri tidak lagi menyentuh nasi di pinggan.


" Biarlah tekak dia sakit agaknya. Tambah air untuk Qad... Min." Suruh Dato Ismail. Min mengikut tanpa banyak soal.


" Hah .....sesuai kamu berdua....dua-dua makan tak habis...." Kata Datin Sheila.
Luth Qadri tertawa. Hilang keperitan di tekak. Itu baru betul...
Min pura-pura tidak dengar. Minuman dicapai dan diteguknya. Lebih kepada menyorokkan wajah yang terasa tebal di sebalik gelas. Memang tak tahan kena giat. Gelas pun jadilah....Semua yang mendengar ketawa sakan. Hai...orang kat sebelah ni ketawa tahap tak ingat. Suka sangat ke? Geram pasal hal dalam kereta masa balik dari pejabat siang tadi pun belum hilang lagi.


Dalam kereta siang tadi......
" You jangan buat perangai depan parents I nanti. Depan diorang tu jangan asyik nak menjeling....bagila mama happy sikit. Kalau tak fikir perasaan I sekalipun jaga hati mama dan papa. Mama tu harap sangat you jadi menantu dia..."


" Habis tu nak buat macam mana?...bukan diorang tak tau I dah tak suka....mama you lagi faham perasaan I ni..."


" Menjawab....,menjawab....karang I bagi greenligth kat mama suruh cerita semua kat auntie Sheila nak?......lepas tu auntie cerita dekat kak Tina......lepas tu tau-tau jelah....."


" You....you...eeeeiiii...jahat!". Marah Min.


" Kalau tak nak macam tu, depan mama nanti selalu-selalu senyum kat I. Lagipun....senyum itu sedekah...." Kata Luth Qadri dengan senyuman melebar. Min masam mencuka.



******************************************************************************


"Nak ke mana Min? Come...duduk sini...." Panggil Tengku Haninah apabila Min yang baru keluar dari dapur melintas di ruang tamu. Dia tahu Min cuba elakkan diri daripada mereka.
Alamak baru ingat nak menyorok dalam bilik. Macam tahu-tahu pulak...Bila teringatkan amaran Luth Qadri Min angguk. Melangkah ke ruang tamu. Matanya melilau mencari tempat duduk yang strategik. Semua sudah penuh. Kerusi berangkai tiga diduduki oleh Dato Ismail dan Datin Sheila, di tengah-tengah mereka ada Raykal. Kedua-dua kerusi sisi pula di duduki Tengku Lukman dan Tengku Haninah. Tempat kosong cuma di sebelah Luth Qadri, di kerusi berangkai dua. Lelaki itu menepuk-nepuk tempat duduk di sebelahya sambil tersenyum. Menyampah!


Tengku Haninah mengukir senyum bahagia melihat Min dan Luth Qadri yang duduk bersebelah. Betul-betul seperti pasangan bahagia. Datin Sheila yang perasan akan adiknya yang memerhatikan pasangan itu turut tersenyum. Baguslah kalau Haninah ni berkenankan Min. Harapkan Luth Qadri,asyik mengusik sahaja kerjanya.Pernah terlintas di fikirannya untuk menyuarakan kepada Luth Qadri supaya memikat Min...tapi bimbang pula ditertawakan anak buahnya itu. Orang kacak macam Luth Qadri tentu saja punya ramai pilihan. Takkan setuju dengan pilihannya.


Walau bagaimanapun, kadang-kala dia perhatikan Luth Qadri dan Min seperti pasangan bercinta, sepeti sudah kenal lama. Pernah juga dia tertangkap lelaki itu asyik merenung Min, yang si Min pulak asyik menjeling. Ala-ala marah sayang. Seorang merajuk, seorang memujuk. Dia sekadar memerhati dari jauh dan mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.


" Esok Min pergi kerja dengan Qad juga ke? Baguslah macam tu, kongsi kereta." Kata Tengku Haninah cuba menimbulkan suasanA antara dia dan Min. Suaminya dan Dato Ismail sedang berbual sesama sendiri.


" Tak....esok Min pergi sediri, kaki macam dah okey..."


" Pergi dengan I apa salahnya....kitakan satu office."
Min memandang Luth Qadri di sebelah. Sembunyi-sembunyi bagi isyarat suruh diam. Namun lagi banyak lelaki itu bercakap.


" Dapat sahut seruan kerajaaan...dahla jimat minyak....pastu pergi dan balik kerja berteman. Taklah bosan..." Sambung Luth Qadri lagi. Kali ini Min sudah Mencerlung. Diam boleh tak? Luth Qadri tayang muka comel.
Nafas ditarik untuk menghilangkan rasa marah sebelum berpaling ke arah Tengku Haninah.


" Min tak nak susahkan orang lain. Min boleh pergi sendiri."


" Tak susah....lagipun Qad dah ajak tu...."


" Aaah Min...auntie lagi suka kamu pergi dan balik kerja dengan Qad. Takde auntie risau-risau lagi kamu balik lambat...."


" Tak apalah...Min tak selesa naik kereta orang."


" Em.....yelah ikut suka Min..."

Dengan mama dan Datin Sheila pun tak cair ni....tak boleh jadi...
Hah idea sudah datang...


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

Tuesday, March 29, 2011

KAU DAN AKU BAB 11


“ Nah breakfast Raykal…..Cik Min pergi dulu….” Kata Min seraya meletakkan pinggan berisi nasi goreng di hadapan Raykal. Menunduk sedikit lalu dicium pipi anak buahnya itu.


“ Tak makan dulu?” Soal Datin Sheila.


“ Min dah minum…..makan nantilah. Lambat dah ni. Min pergi dulu…..”


“ Ish…..nak pergi mana tu? Kan ke pergi sekali dengan Qad. Kaki belum baik lagi tu….Qad pun tengah minum ni. Tunggulah kejap ya….” Kata Datin Sheila. Tangannya sibuk menuang kopi ke dalam cawan. Untuk Dato Ismail yang belum turun ke ruang makan. Luth Qadri senyum dalam hati. Alah saja buat-buat lupalah tu…..nasib baik ada auntie yang tolong ingatkan…..hahaah..


“ Min boleh drive, kaki okey dah. Rasanya Qad lambat lagi kot….”


“ Auntie Qad dah sudah.” Sampuk Luth Qadri. Dia bangun menghampiri Min yang sedang berdiri.


“ Tak payah drive…pergi dengan Qad aje. Qad dah siap ni.” Min angguk dengan arahan Datin Sheila.


“ Jom!” Ajaknya. Dalam keadaan terpaksa Min membututi langkah Luth Qadri. Terlanggar tubuh lelaki itu yang berhenti mengambil briefcase yang di letakkan di atas sofa di ruang tamu. Hidungnya yang terpenyek di belakang badan lelaki itu digosok-gosok. Berhenti tak bagi isyarat. Tak pasal-pasal hidung dia yang jadi mangsa.


“ Jalan tak tengok depan ke?”
Min mengetap bibir. Tidak menjawab. Menonong dia berjalan menuju ke kereta. Dia memandang kereta kesayangannya yang terpakir elok di bawah garaj. Ikutkan hati tak ingin dia naik kereta Luth Qadri. Tapi takkan nak dibantah kata-kata Datin Sheila.


“ Silakan…” Luth Qadri membukakan pintu kereta. Min masuk tanpa ucapan terima kasih. Enjin kereta dihidupkan. Lalu meluncur menuju ke jalan.
Suasana dalam kereta senyap sunyi. Luth Qadri mengerling Min di sebelah. Gadis itu dilihat lebih senang membuang pandang ke luar. Punat radio ditekan untuk menghidupkan suasana. kedengar suara DJ berceloteh. Satu pun tidak masuk ke telingannya. Tumpuan hanya pada pemanduan dan juga Min di sebelah. Cantiknya dia….. dengan gaya rambut yang disanggul dan ditambah dengan solekan yang nipis. Berkemeja dan berskirt paras lutut. Menyerlahkan gaya wanita bekerjaya. Tanpa sedar dia mengukir senyum.


Sebenarnya Min perasan Luth Qadri yang sesekali mengerling ke arahnya. Saja tidak diendahkan. Tetapi tangannya sibuk menarik-narik skirt yang dipakai agar ke bawah sedikit. Terasa skirt yang disarung seperti lebih singkat daripada biasa. Asal sekejap-sekejap pandang aku. Ada hutang?


“ Lelaki gatal!” Terkeluar ayat itu dari mulut.


“ Siapa? Siapa lelaki gatal?” Soal Luth Qadri bodoh. Seketika kemudian dia ketawa.


“ Oh! Did you means me?” Kata Luth Qadri pura-pura terkejut apabila sedar diri sudah tertangkap oleh Min.


“ Eh, tak. I cakap dekat pak cik yang bawak kereta kat belakang kita tu……Of courselah you. Dalam kereta ni ada kita dua orang je. Tak Nampak orang lain kan?....” Balas Min. sempat lagi dia memerli.


Ketawa Luth Qadri pecah lagi, lebih kuat daripada tadi. “ Habis tu pakai singkat-singkat macam ni bukan untuk kasi orang tengok ke? Tak faham betul…..” Lelaki itu mengomel.


“ Lelaki miang, gatal, suka ambil kesempatan….…” Min melepaskan marah. Bulat matanya memandang Luth Qadri.


“ La….salah kan kita pulak. Bukan I yang suruh you pakai seksi-seksi macam ni. Kalau tak nak orang pandang, janganla ditayang-tayang….”


“ Selama ni I pakai macam ni jugak, tak ada yang kisah pun…..you aje yang berani ambil kesempatan!”


“I don't think so…lelaki mana yang tak suka tengok kalau orang dah tunjuk. You aje yang tak perasan berapa banyak mata yang memandang ….” Nak-nak orang cantik jelita macam Min ni. Tentu sahaja sentiasa jadi perhatian ramai. Cemburu pula hatinya. Mahu disedarkan gadis ini.
Min terdiam. Mengiyakan kata-kata Luth Qadri di dalam hati. Bukan dia tidak perasan tetapi buat-buat tidak perasan. Mungkin juga kerana sebelum ini tiada yang menegur kecuali Luth Qadri.


“ Suka hati okey……drop it!” Kata Min bila sudah tiada modal hendak membalas.
Luth Qadri jungkit bahu. Tak nak dengar sudah. Tunggulah bila dah jadi hak aku….tahulah macam mana untuk dibentuk nanti. Min kembali membuang pandang ke luar.


“ Mama I datang hari ni….”


“ Emm….” Hanya itu yang keluar daripada mulut Min.
Luth Qadri angkat kening. “ Mama datang dengan papa….tidur kat rumah auntie. Are okey with it?” Menanti reaksi Min.


“ Emm.”
Itu saja? Emm……ke Min salah dengar. Hari tu bukan main mengelabah. Min yang ralit melihat ke luar memutar kembali apa yang dikhabarkan oleh Luth Qadri. Mama….datang….rumah auntie?


“ Ap…..apa you cakap?” Min tunjuk riak gelabah.
Betullah Min silap dengar kut tadi. “ Papa datang dengan mama hari ni, tidur rumah auntie. Before that…papa singgah office….”
Min terdiam. Dadanya terasa sesak sahaja. Macam mana dia hendak menghadapi mereka nanti. Disangka dirinya kuat, tetapi mendengarkan khabar itu sahaja sudah membuatkan dia lemah lutut. Nak bereaksi sebagai apa nanti…..pekerja…atau menantu tak jadi? Tanpa sedar dia mengenggam kedua-dua tangan.


“ Don’t worry, okey. Macam yang I cakap semalam, I dah uruskan. Mama simpan rahsia kita…”
Min angguk. Cuba menerima kata-kata Luth Qadri.


Tidak berapa lama kemudian mereka tiba di kawasan perkarangan Tebrau Holding. Min cepat-cepat membuka pintu apabila kereta diparkingkan. Sehingga tertinggal beg kerjanya. Cepat-cepat dia melangkah agar tidak seiring dengan Luth Qadri. Dia tidak mahu timbul gossip. Apatah lagi kalau mengenai orang penting syarikat, pasti mendapat tumpuan ramai. Sekejap sahaja berita boleh tersebar.


“ You nak I bawakan ke beg ni? I tak kisah….” Laung Luth Qadri sambil menjinjit beg kerja Min dengan tangan kanan dan tangan kiri memegang begnya sendiri. Lelak itu masih berada berhampiran keretanya. Aish….asal ni….lupa ambil beg pulak…..ke biar dia bawakan je. Tak boleh…Nampak sangat tu beg aku…aku kat depan tak bawak beg, dia kat belakang bawak dua beg sekaligus!


Min menghentikan langkah. Menunggu Luth Qadri menghampiri. Tangan dihulur untuk menyambut beg itu. Luth Qadri melintasinya tanpa menyerahkan beg miliknya. Ni buat gaya sengal kenapa?


“ I tak de mood nak main-main ni….bak sini beg tu.” Minta Min marah.


“ I bawakkan. Jom!” Gentlemen sahaja gayanya


“ Tak payah….I boleh bawak sendiri, yang sakit kaki bukan tangan ni. Kasi sini beg tu….”


“ Boleh tak jangan degil sangat. Just jalan….I bagi kat meja you nanti. Jom….cepat…”
Min sedar tiada guna dia berdegil kerana Luth Qadri takkan beralah. Lelaki itu bukannya kisah jika timbul gossip mereka ada skandal. Lagi dia suka adalah….kalau boleh dicanang, satu syarikat ni dia nak bagitahu, yang tak nak orang tahu kisah mereka adalah dia bukan lelaki itu.
Dalam terpaksa dia melangkahkan kaki. Sengaja berjalan laju-laju . Biar langkah mereka tidak seiring. Tidak berhasil. Langkah mereka tetap seiring. Langkah lelaki itu lebih besar daripada langkahannya. Dalam mereka berjalan bergandingan, banyak mata yang memandang. Itu yang Min cuba elakkan. Rosak reputasinya nanti. Karang timbul pulak cerita konon dia mengurat bos. Sedangkan mereka tidak tahu perkara sebenar…..bos mengurat dia lagi ada….


“ Jauh sikit boleh tak?” Kata Min perlahan sewaktu mereka sedang menunggu lif.


“ Kenapa?” Soal lelaki itu kembali. Dia semakin merapatkan kedudukan mereka. Lain yang disuruh lain yang dibuat. Dia ingin semua orang tahu hubungannya dengan Min. Biarpun secara tidak rasmi. Barulah tiada lagi yang berani masuk jarum. Itu sudah cukup unuk permulaan. Bila dia berjaya menakluki hati itu kembali mengumuman rasmi akan dilakukan.


“ Orang tengok ni…”


“ Biarlah…”
Akhirnya Min diam sendiri. Tidak larat hendak menegah.
Sal, staf unit pengurusan terkocoh-kocoh mengampiri meja kerja Min setelah bos mereka masuk ke biliknya. Mana-mana staf yang datang awal pagi itu dapatlah menonton aksi mereka. Bos siap bawakan beg. Lepas tu bagi pesanan lagi….jangan nakal-nakal. Dia yang kebetulan bertenggek di meja Din sementara menunggu waktu kerja bermula dapat mendengar dengan jelas. Min tidak membalas apa-apa cuma tersipu-sipu malu.


“ Min!” Sapa kak Sal.
Angkat muka. “ Ada apa kak Sal?” Senyum.
Sal senyum juga. “ Secocok akak tengok kamu dengan bos tu. Ada apa-apa ke? Frust menonggeng laa peminat-peminat kamu kat office ni.


“ Tak ada apa-apalah kak. Bos tolong sebab kaki saya ni hah sakit. Terlanggar meja kat depan sana semalam.” Terang Min. Inilah yang cuba dielakkan. Digosip.


“ Kalau ada apa-apa lagi bagus. Akak lagi suka. Dapat makan nasi minyak…..tapi kesian pulak dengan Encik Zack kan….dah lama dok tackle kamu….tu..tu..pannjang umur dia.”
Min memandang ke arah yang ditunjukkan Sal. Encik Zack salah seorang pengurus muda di syarikat itu melempar senyum ke arah mereka. Kedua-duanya membalas.


“ Kamu tau tak kenapa encik Zack selalu naik ke bahagian kita pagi-pagi pulak tu?”
Min menggeleng.


“ Ha….ni akak bagitau. Dia tengok kamu….”


“ Ish….kak Sal ni….ada-ada jelah…”


“ Tak percaya? Cuba kamu tengok Min, sampai kat meja hujung sana dia patah balik terus masuk lif turun tingkat dia. Bukan dia ada apa-apa urusan kat tingkat ni….akak ingat kamu perasan….”


Terkedu Min. Mati hidup balik pun dia tak perasankan perkara itu kalau tidak diberitahu kak Sal.


“ Erk….itu….itu…”


“ Tak kisah Min…kalau tak suka jangan layan. Akak lagi suka kamu dengan bos. Gentlemen gitu…..”


Aida yang berada di mejanya bersuara. “ Kak Sal ada orang cari tu…” Katanya. Dari mejanya itu dia dapat melihat anak buah kak Sal yang terjengah-jengah mencari wanita itu.
Sekali lagi kak Sal tekocoh-kocoh ke unitnya. Dapat bersembang tak ingat dunia.


Luth Qadri keluar dari bilik untuk turun ke lobi bagi menyambut kedatang papa dan mamanya.
Ini adalah lawatan mengejut pengerusi syarikat.


“ Papa dah sampai!” Sempat Luth Qadri memaklumkan kepadanya.
Ya Allah! Darah gemuruh datang lagi...kenapa rasa macam ni….bagaimana seharusnya dia berhadapan dengan mama lelaki itu? Fokus-fokus pada kerja…
Sejam berlalu…kelibat Tengku Lukman dan Tengku Haninah masih belum kelihatan. Mungkin mereka masih di dalam bilik mesyuarat. Kalau mereka sudah waktu makan tengahai selamat aku...


Tidak seperti yang diharapkan-harapkan. Lebih kurang 15 minit sebelum waktu makan tengahari kelibat mereka muncul di bahagaian pengurusan dan reka bentuk. Diiringi Luth Qadri dan beberapa orang lagi pegawai atasan. Pen di tangan sudah terlepas saat terpandangkan Tengku Lukman dan Tengku Haninah. Wujud satu perasaan halus apabila memandang wajah Tengku Haninah, apatah lagi mengenangkan wanita itu amat menyayangi dirinya. Terasa amat bersalah….


Hanya menunggu masa untuk bertentangan mata dengan kedua-duanya. Saat itu tiba juga….
Min menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tengku Lukman. Lelaki itu tersenyum dengan riak gembira. Berkalih pula ke sebelahnya. Tangan dihulur kepada Tengku Haninah. Wanita itu mengenggam erat tangannya.
“ Ini arkitek kita….Min Nur Kesha.” Encik Zamri mengambi peranan memperkenalkannya.
Tubir mata wanita itu sudah mula berair. Min menekur pandangan ke lantai. Tanpa sepatah kata wanita itu memeluknya ke dalam dakapan. Mereka yang berda di situ cuma memandang dengan tertanya-tanya.


“ Kerja elok-elok ya. Saya dengar awak seorang arkitek yang berbakat.” Kata Tengku Haninah seraya melepaskan pelukan. Cuba mengawal keadaan.


“ Insyaallah…..” Balasnya.
Luth Qadri dan Tengku Lukman tidak berkata apa. Mereka faham Tengku Haninah merindui Min. Jika mama nak umumkan pada semua bahawa Min itu tunangnya sejak lima tahun lepas lagi dia tidak kisah. Takkan Min hendak marahkan mamanya. Dengan dia lainlah…..asyik menjeling sahaja kerjanya. Cakap pula jarang hendak berlembut. Senyum jauh sekali…..



“ Come, kita tengok bilik Qad….” Ajak Luth Qadri apabila perasan Min serba salah kerana mereka berlama-lama di mejanya. Setelah mereka berlalu Min menarik nafas lega. Mengukir senyuman paksa untuk Aida yang memandang.


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

Friday, March 25, 2011

KAU DAN AKU BAB 10

BAB 10
Luth Qadri mundar-mandir di biliknya. Sekejap-sekejap memandang ke syiling. Seakan-akan matanya boleh menembusi ke bilik Min di tingkat atas. Telefon bimbit di meja sisi katil dicapai. Dia melabu duduk. Senarai nama dibelek-belek. Sehingga tertera nama ‘mama’. Should I call or not? Mama seorang yang memahami. Pasti rancangannya nanti akan mendapat sokongan mama. Papa? Biar mama yang uruskan. Luth Qadri berkata-kata sendiri. Nombor mamanya dipanggil. Selepas beberapa deringan terdengar suara menyambut panggilannya di hujung sana.

“ Assalamualaikum.” Sapa Luth Qadri.
“ Waalaikummusalam. Hai…pelik…..apahal telefon mama malam-malam. Takkan rindu? Selalu mama yang telefon. Mesti ada apa-apa ni.” Telah Tengku Haninah.
Luth Qadri mengusap lehernya. Tersenyum sendirian. Mama memang benar-benar memahami.

“ Mama ni tau-tau pulak. Qad straight to the pointlah…..” Luth Qadri berhenti seketika. Otaknya cuba mereka-reka ayat yang sesuai. Tengku Haninah di hujung talian sabar menunggu butir bicara yang seterusnya.

“ Sebenanya mama, Qad dah jumpa balik dengan Min…….” Satu persatu diceritakan kepada mamanya. Sehinggalah kepada perjanjian yang baru dimenterai dengan Min sebentar tadi.
Tengku Haninah kalau tentang Min apa sahaja sanggup dilakukan. Dulu, puas dia cuba memujuk Min supaya memaafkan Luth Qadri. Namun setelah mendengar penerangan daripada Min, dia menghormati keputusan gadis itu. Memang salah anaknya. Dalam doa tidak pernah dia terlupa supaya Luth Qadri ditemukan juga jodoh dengan gadis itu. Berita yang dikhabarkan anaknya memang sesuatu yang dinantikan selama 5 tahun ini. Bukan main gembira dia mendengar bahawa Min sekarang menjadi salah seorang kakitangan syarikat mereka. Inilah peluang untuk anak lelakinya mendapatkan kembali cinta Min.

“ So, mama boleh tolong kan?” Luth Qadri menanti jawapan Tengku Haninah dengan debaran di dada.

“ Baiklah, mama setuju. Tapi…..tapi…..kena ingat apa yang mama cakap ni. Jangan dibuat lagi perangai kamu yang dulu. Perempuan sana sini. Buang perangai playboy tu. Jadi lagi mama rasa tak siapa dah yang boleh tolong. Kalau mama jadi Min, muka kamu pun mama tak boleh pandang tau.”
Luth Qadri tersengih kelat. Bukan salahnya ramai perempuan yang terkejat-kejar dirinya. Dia memang suka berkawan, yang disayang cuma Min seorang. Dia tidak pernah memberikan hatinya kepada mereka semua. Gadis-gadis itu yang memandai sendiri mengatakan dia adalah teman lelaki mereka. Sedangkan dia hanya melayan sebagai kawan biasa. Tidak pernah terlebih atau terkurang.

“ Mama, jangan sampai auntie tahu Min tu tunang Qad. Min tak nak kak Tina tahu. Kalau auntie tahu tentang kami, sudah tentu sampai ke telinga kak Tina jugak. Then kalau kak Tina bagitau ibu dia kat kampung macam mana? Tentu susah kan? Jadi Qad harap mama boleh tolong.”
“ Tak kisahlah…….yang penting mama dah tak sabar sangat nak jumpa Min. Mama ajak papa pergi KL esoklah kalau macam ni. Qad ingat pesan mama tu, kali ni jangan terleppas lagi. Sebenarnya mama ada idea ni, kita ikut dulu plan yang Qad buat. Kalau tak jalan kita ikut mama punya.” Bersungguh Tengku Haninah memberitahu.

“ Ikut cara mama…..apa dia?” Luth Qadri sudah jungkit sebelah kening.
“ Nanti-nanti mama kasi tau erk. Ni mama betul-betul ni, esok mungkin kami turun KL. Jangan lupa bagitau auntie. Kami nak stay rumah auntie jugak. Dapatlah jumpa Min. Rindu yer mama dekat menantu mama tu…..”

“ Amin……berkat doa mama jadilah menantu mama nanti. Kirim salam kat papa. Night mama. Bye.” Talian dimatikan. Luth Qadri menarik nafas lega. Mama you are the best!
Tanpa membuang masa Lut Qadri keluar dari kamar tidurnya. Menuju ke dapur. Datin Sheila tidak kelihatan. Naik ke tingkat atas. Langkah diatur ke ruang menonton. Mencari kelibat Datin Sheila atau Dato Ismail. Orang yang dicari-cari ditemui.

“ Kat sini rupanya auntie. Tengok cerita apa?”
“ Tengok drama…..sedap cerita ni. Kamu tak minat ke?”
“ Tak sempat nak layan…….Qad sibuk sekarang. Uncle dah tidur?”
“ Belum lagi. Ada kat bilik bacaan tu.”
“ Tadi Qad call mama, maybe mama dating sini esok.” Luth Qadri sudah duduk di
sebelah Datin Sheila.

“ Esok? Baguslah macam tu……dah lama auntie tak jumpa mama kamu. Banyak benda nak cerita ni. Boleh auntie bawak dia jenguk-jenguk aktiviti persatuan kami.” Datin Sheila teruja.
Luth Qadri yang mendengar hanya mengelengkan kepala. Kalau dah namanya mak datin, tak habis dengan persatuan. Tapi tak apalah, mama pun memang suka dengan aktiviti macam tu. Jangan diajak dia ikut sekali sudah.

“ Raykal mana?” Mata turut menonton drama di TV. Cerita apa ni? Tak menarik je.
“ Ada dengan Min……kat beranda tu.”
Terdengarkan sahaja Raykal dengan Min. Luth Qadri bingkas bangun.
“ Yang kamu ni tergesa-gesa nak ke mana?” Soal Datin Sheila pelik.
“ Nak cari Raykal,……..er….er…..nak tunjuk sesuatu kat dia….” Tanpa menunggu Luth Qadri sudah menghilang di sebalik pintu.
“ Ish….budak ni, ingatkan nak temankan kita tengok drama. Semua orang tak nak tengok drama ni…..tak sedap ke?” Datin Sheila mengomel sendiri.

Langkah diatur laju menuju ke beranda. Dia terdengar Min sedang bercakap dengan Raykal. Memujuk sebenarnya. Mematikan langkah di situ. Mahu mendengar topik percakapan mereka.

“ Ikutlah Cik Min balik rumah. Kejap je…..dalam 2-3 hari……lepas tu kita balik sini lagi. Raykal jomla….bolehlah….sayang Cik Min tak?” Pujuk Min. Luth Qadri yang sedang mencuri dengar pula yang terasa cair. Aduii….manjanya suara.
Raykal memandang Min. Bulat matanya. “ Kenapa pulak? Apa salahnya ramai orang. Rumah ni kan banyak bilik. Tuk Ngah dengan Nek Ngah duduk bilik lain. Nanti Raykal cakap dengan nenek jangan bagi bilik Cik Min kat diorang.” Balas Raykal. Dia betul-betul tidak faham, kenapa mesti ke rumah Cik Min bila Tuk Ngah dengan Nek Ngah datang ke rumah ini.

“ Macam ni…..bila ramai orang maka kita akan kekurangan udara. Kita perlukan udara untuk hidup. Jadi sebab kat sini akan terjadi kekurangan udara kita pergi rumah Cik Min….” Terang Min. Hampir terlepas tawa Luth Qadri. Nak larikan diri sebab mama nak datang sini agaknya. Ajaran sesat apa pulak yang diajar kepada Raykal tu.
“ Hah? Kita akan mati ke Cik Min…..sebab tak cukup udara. Tapi Raykal tak nak pergi….Raykal…nak d…..”

“ Raykal jangan dengar ajaran Cik Min tu. Cik Min tak baca buku, sebab tu dia cakap macam tu. Setakat 5-6 orang dalam satu rumah yang sebesar ni tak kan kurang udara yang kita sedup tu.” Terang Luth Qadri yang mincul tanpa diundang. Min mencebik. Kacau betul. Orang baru nak pujuk Raykal.
“ Baik Raykal masuk bilik, baca buku banyak-banyak. Jangan jadi macam Cik Min. Dia tak baca buku sebab tu tak tahu. Papa Qad selalu baca buku sebab tu papa Qad bijak.” Mengerling pada Min sekilas. Benggang sahaja wajah itu. Kepala Raykal digosok perlahan.

“ Alah Cik Min ni…..kenapa malas baca buku. Nasib baik ada papa Qad…….” Raykal mengeleng-gelengkan kepala. Kesal sungguh gayanya. Depan budak kecil pun dia kenakan aku.
“ Cik Min bukan malas baca buku…..kan Cik Min selalu bacakan untuk Raykal. Erm…mungkin Cik Min silap baca kot.
“ Raykal nak pergi baca bukulah kalau macam ni.” Raykal berlalu ke biliknya.
“ Raykal….Ray….”Panggil Min.
“ Biarlah Raykal tu……” Luth Qadri berdiri di sebelah Min. Gadis iu sudah memeluk tubuh. Memandang ke hadapan.

“ Kenapa you ni? Raykal hampir-hampir setuju dah nak ikut. Tentu you suka kalau semua orang tahu kan?” Memandang Luth Qadri tajam. Pandangan mereka bertentangan. Dia membuang pandang. Terasa ada getar dalam hati. Kenapa perasan ini masih ada……
“ You tak payah risau pasal hal tu. I dah cakap dengan mama. Suruh dia rahsiakan you ni tunang I. Auntie takkan tau….rahsia you selamat.”
Min terdiam. Tak sangka mama lelaki itu amat memahami keadaannya. Rasa terharu yang teramat. Kejap. Ada sesuatu yang perlu dibetulkan.

“ Tunang you?.....I rasa kita betulkan perkara ni….acctually bekas tunang…..B.E.K.A.S T.U.N.A.N.G.” Terang Min. Sinis lagaknya.
Luth Qadri menarik senyum. “ I tak pernah setuju untuk putuskan pertunangan kita. Lagipun you tak pernah bagi balik cincin tunang tu. I kira kita ni masih bertunanglah…..” Sinis juga dia membalas.
Min tergaman. Memang betul, cincin tunang itu masih disimpannya. Tapi Tengku Haninah yang tidak mahu menerima cincin itu ketika pertemuan mereka dulu. Tidak sangka pula lelaki ini akan menggunakan ia sebagai modal mengatakan mereka masih tunangan. Langsung tidak terlintas di fikiran.

“ Okey, kalau macam tu, I akan bagi balik. You ingat I nak sangat ke simpan cincin tu….”
“ I tak suruh you pulangkan……”
“ Habis tadi….”
“ I cakap kita masih bertunang.”
Min mendengus. Cakap putar belit. “ Whateverlah…..apa yang I tahu….now I’m single lady’s!” Kata Min tegas.
“ Nope….you’re not!”
“ Yes I am.”
“ Nope….you’re not!”
“ Yes I am!” Mereka kini sudah berhadapan.
“ Kamu berdua bergaduh ke?” Mereka yang sedang bertelagah dikejutkan dengan suara Dato Ismail.

Min kaget. Luth Qadri sebaliknya. Dia hanya tenang. Berpaling menghadap Dato Ismail.
“ Mengusik Min ni…kan Min….” Balasnya bersahaja.
“ Min?”
“ Tak…tak ada apa-apalah uncle….kami tengah tegakkan pendapat masing-masing. Min tidur dulu….” Pamit Min. Badanya ditundukkan sedikit apabila melalui hadapan Dato Ismail.

Dato Ismail menepuk-nepuk bahu Luth Qadri. “ Kamu ni….jangan mengusik sangat, anak dara orang tu…” Pesan Dato Ismail sebelum berlalu.
Degil! Desis Luth Qadri.


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

Monday, March 21, 2011

KAU DAN AKU BAB 9

Langkah yang terinjut-injut diatur untuk masuk ke dalam rumah. Kasut yang tersarung di kaki ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam almari yang terdapat di sebelah pintu.
untuk naik ke tingkat atas Min perlu melalui ruang tamu. Terasa berat kaki untuk ke ruangan itu. Berkumpulnya Datin Sheila sekeluarga dan anak saudara kesayangan mereka. Kalau setakat Datin Sheila dan Datuk Ismail dia tidak kisah. Mereka semakin rapat. Tetapi yang menimbulkan rasa tidak senang apabila Luth Qadri yang bertempel sama di situ. Tengah minum petang. Awal pulak lelaki itu sampai. Rasanya tadi mereka keluar pada masa yang sama.


" Min mari minum, sayang." Panggil Datin Sheila apabila melihat kelibat gadis itu.


" Mehlah Cik Min. Nenek buat kuih. Sedap." Sampuk Raykal pula. Beriya-iya benar sehingga dia bangun menghampiri Min lalu menarik gadis itu untuk menyertai mereka. Luth Qadri mengisyaratkan Raykal supaya menyuruh Min duduk di sebelahnya. Secara sembunyi-sembunyi Raykal angkat tangan tunjuk isyarat beres.


" Cik Min duduk sini! Senang ambik kuih." Kata Raykal. Dia membantu Min duduk. Min tidak dapat mengelak. Raykal memang tak beri peluang.


" Kenapa kaki kamu tu?" Tanya Dato Ismail yang melihat gadis itu berjalan terinjut-injut.


" Dia accident kat office." Jawab Luth Qadri tanpa disuruh. Dato Ismail mengerutkan dahinya.

" Mana kamu tahu, kamu tengok ke?" Dato Ismail pelik.


" Mestilah tengok. Kami sekarang satu office. Tebrau dah ambik alih syarikat Min kerja tu. Nanti papa akan turun KL jugak. Nak tinjau office baru and tengok-tengok site." Terang Luth Qadri.


Ooo....papa dia nak datang KL. Wait...wait.....datang KL? Tengku Lukman datang sini. Bila? Macam mana ni? Tengku Haninah datang sama ke? Min sudah tidak senang duduk.


" Min okey ke ni, nak pegi klinik?" Soal Datin Sheila apabila Min diam tidak berkutip.


" I'm fine. Penat kot."



" Kak Zah tolong bawakan cawan kosong untuk Min." Mintak Datin Sheila semasa mak cik Zah menambah kuih di meja.



"Tak payahlah auntie, kami share. You tak kisah kan?" Luth Qadri memandang Min. Cawan berisi teh disuakan kepada Min. Sengaja mengenakan gadis itu. Uji sikit. Apa yang nak dijawab depan Autie Sheila. Min dah pandang dia semacam. Marah ke?



Datin Sheila yang melihat gelagat mereka berdua tersenyum cuma. Dia perasan anak saudaranya itu suka sangat mengusik Min. Seakan-akan sudah kenal lama.



"Erk.....Min dah minum. Minumlah." Tolak Min. Tidak kuasa hendak kongsi minuman dengan lelaki ini. Luth Qadri memang sengaja ingin mengenakan dia.



" Alah Cik Min ,rasa kuih ni. Raykal yang tolong nenek buat tadi. Atuk cakap sedap. Papa Qad pun cakap sedap. Cik Min sorang je yang tak rasa lagi. Rasalah." Dato Ismail ketawa.



"Rasa ajelah Min." Katanya. Raykal menyuakan sepotong kuih sri muka ke mulut Min. Nasib tak masuk hidung.



Kuih itu dikunyah perlahan-lahan. Dia tersedak tiba-tiba. Luth Qadri menghulurkan cawan tehnya. Tanpa berfikir panjang Min terus minum. Perit benar tekaknya. Lelaki itu tersenyum-senyum apabila dia meletakkan cawan teh yang sudah kosong ke meja.



" Itulah sombong sangat. Tadi tak nak, alih-alih dah minum sampai habis." Kata Luth Qadri. Min terasa tebal sahaja wajahnya tika itu. Kalau boleh menyorok sudah lama dilakukannya. Malu yang teramat sangat.



Tercetus tawa Datin Sheila dan Dato Ismail.



" Ada jodoh tu....." Gurau Dato Ismail.



Luth Qadri ketawa berdekah-dekah. Suka benar dengan kata-kata usikkan itu. Min sudah bertambah malu. Agaknya kulit muka dia sudah betukar warna hijau. Diam tidak terkata. Raykal yang berada di hadapannya diangkat duduk ke riba. Saja hendak tutup malu.



" Mama kamu tak datang sama ke?" Tanya Datin Sheila cuba mengubah topik. Kalau tidak masak Min kena usik dengan mereka berdua.


"Datang kot. Qad tak sempat pulak nak tanya."


Datin Sheila mengangguk cuma seraya memandang Min.


"Esok pergi kerja tumpang Qad ya? Tak payah drive. Risau pulak auntie."


"Erk.....boleh ni.....boleh drive. Tak sakit sangat. Taruk minyak nanti baiklah." Min cuba mengelak.


Dato Ismail bersuara. " Pergi dengan Qad ajelah. Nanti lagi bengkak kaki tu. langsung tak boleh jalan. Tak pun Qad, kamu bagi Min cuti sakit. Boleh dia rehat-rehat."


Min sudah mengukir senyum memandang Luth Qadri di sebelah. Menanti jawapan lelaki itu. Dia suka dengan saranan akhir Dato Ismail.


" Cuti? Tak boleh....erm....esok banyak benda kena settle. Baru-baru ambik alih ni macam-macam nak tanya staf lama. Kalau ketua bahagian reka bentuk tak ada semua kerja tak jalan." Luth Qadri berasalan. Kalau Min tidak bekerja esok, terpaksalah dia menanggung rindu. Dia mahu Min sentiasa dekat dengannya.


"You tumpang I je esok. Don't worry, I tak makan orang." Tercetus lagi tawa Dato Ismail.


" Macam-macam kamu ni...." Kata Datin Sheila.


" Min naik bilik dulu. Nak mandi rasa dah melekit sangat."


"Jangan lupa letak ubat. Nanti auntie suruh kak Zah hantar ubat ke bilik."


" Okey." Jawab Min sepatah dan terus berlalu mendaki anak tangga menuju ke biliknya.



************************************************************************************


Bintang-bintang kelihatan bertaburan di langit malam. Min menarik nafas perlahan-lahan. Mencari ketenangan di taman berhampiran kolam. Air kolam yang bertakung tenang mengamit dirinya supaya melabuhkan punggung di tebingnya. Kaki seluar dilipat sampai ke lutut lalu dia menjulurkan kaki ke dalam air. Mata di tala ke langit memandang bintang-bintang yang berkelip-kelip.


Ketenangan terganggu dengan deringan telefon bimbit di dalam poket seluar tidurnya.


Telefon dicapai. Nama pemanggil yang tertera dipandang sekilas.Seri. " Hello." Sapa Min.


"Waalaikummusalam." Perli suara di hujung sana.


" Perli nampak. Kau sihat ke?" Terdengar tawa yang tercetus.


"Sihat. Tapi tak best....tinggal sorang-sorang. Tak ada kawan nak lawan borak. Kau macam mana tinggal sana? Ooo....sampai dah tak ingat rumah sendiri. Eh....apa cerita?" Banyak betul soalan Seri.


"Aku kalau boleh nak balik sekarang jugak. Ada ke cakap tak ingat. Tak ada kawan borak ya.....hah....padan muka. Selalu aku ada kau buli.....rasakan sekarang."


" Ala....selalu tu aku gurau je. Apa cerita terbaru? Lama tak cakap demgan kau ni, mesti banyak cerita kena update ni."


"Urm...." Terdengar keluhan Min.


" Kenapa ni?" Soal Seri. Min kalau mengeluh begitu pasti ada yang menganggu fikirannya.


" Kat tempat kerja kau ada kosong tak?"


Seri berfikir sejenap. "Tak adalah. Siapa yang nak kerja....kau ke?"


" Aku ingat nak berhentilah. Nak cari makan kat tempat lain. Tempat kerja sekarang dah ak macam dulu. Orang tu dah jadi bos kat sana."


"Orang tu, tu siapa? Cubalah berterus terang."


"Qad....."


" What?! Macam mana boleh jadi macam tu. What happened?" Seri beria-ria ingin tahu.


" Syarikat dia ambil alih syarikat yang aku kerja tu. Sekarang dah jadi bos kat sana. Aku tak selesa."


"Kesian yer kau......mesti kena kacau kan. Nantilah aku cuba tanya dekat member-member kot-kot office diorang nak pakai arkitek. So, okey tak tinggal sana?"


"Ni satu hal. Dahla satu office, pastu satu rumah. Tension tau tak!" Luah Min.


" Macam mana boleh jadi macam tu pulak. Kau tinggal kat mana sebenarnya Min. Rumah mentua kak Tina ke, rumah Qad?" Seri di hujung sana sudah curiga.


" Rumah mentua kak Tinalah. Dia pun stay sini. Rupa-rupanya abang Sufian tu sepupu dia....memang nasib aku agaknya."


Seri sudah ketawa. Min pelik." Korang ni macam-macam hal. Berjodoh tu....." Usik Seri.


"Kau jangan Seri, tak ingat ke apa dia buat kat aku dulu....." Min bernada sedih


"Aku gurau je. Janganlah merajuk kawan. Okeylah....aku nak tidur dah. Lain kali kita chat lagi. Pasal kerja tu nanti aku tanyakan. Tak payah fikir sangat. Calm okey. Assalamualaikum. Bye."


Salam dijawab sebelum talian diputuskan. Min sedikit lega dengan janji Seri. Tanpa disedarinya Luth Qadri memasang telinga. Mendengar butir bicara dia dan Seri.


'Tak boleh jadi ni. Datanglah idea.' Mana mungkin dia akan membenarkan Min meletak jawatan dari syarikat itu.


Min yang ingin masuk ke dalam rumah terkejut dengan kehadiran Luth Qadri yang tiba-tiba.


Lelaki itu cuma memakai seluar pendek separa lutut dan t-shirt tanpa lengan.


Mereka berbalas pandang. Jelingan tajam dihadiahkan. Dia teringat sesuatu.


" Bila mama and papa you nak datang sini?" Tanya Min dengan nada tegas.


Luth Qadri melihat kiri dan kanannya. Kemudian jari telunjuk diangkat ke mukanya sendiri.


"Are you talking to me?" Pura-pura terkejut.


" Eiiiii.....geram yer. Jawab jelah."


"Lusa. Kenapa?" Wajah penuh tanda tanya.


" Erm....kalau diorang datang sini, tolong jangan bagitahu pasal I. Okey?" Masih dengan nada tegas.


" Kenapa? mama mesti seronok jumpa you. Bakal menantu favourite dia....."


"I tak nak dia kecewa. Kita kan dah tak ada apa-apa. Lagipun I tak mahu semua orang dalam rumah ni tahu tentang kisah kita dulu. Kalau kak Tina tahu.....ibu pun pasti tahu....." Nada Min sudah mengendur. Tidak setegas tadi.


" Boleh.....but..." Luth Qadri terhenti.


" But?....." Soal Min tidak sabar.


"Kita buat perjanjian. You tak boleh resingn dari Tebrau....Agree?"


Min tersentap. Menimbang-nimbang keputusan yang perlu dibuat. Ya Allah tolonglah hambaMu ini.......


Akhirnya terkeluar perkataan yang ditunggu-tunggu daripada mulut Min. " I setuju."


"Okey, deal." Luth Qadri tersenyum lebar. Selesai satu masalah.


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

KAU DAN AKU BAB 8 (bahagian 2)

Keluar sahaja dari perut kereta Min berjalan pantas. Tidak mahu seiring dengan Luth Qadri. Cepat-cepat dia menahan pintu lif yang hampir tertutup. Luth Qadri yang mengekor dari belakang sempat juga meloloskan diri. Keadaan yang agak sesak di dalam lif ketika itu menyebabkan mereka berdua hanya mendiamkan diri. Sesekali mereka mencuri pandang. Min dengan jelingan marah manakala Luth Qadri dengan jelingan nakal. Tiba di tingkat mereka, Min masih lagi dengan langkah pantas. Langsung tidak berhati-hati sehingga terlanggar meja yang terdapat dilaluan. Hampir sahaja dia terjelepuk jatuh. Mujur tangan cekap berpegang di hujung meja.


“ Hah! Lain kali jangan jalan elok-elok. Laju macam orang nak marathon….hahaha.” Perli Luth Qadri. Sengaja menyakitkan hati. Siap ketawa lagi. Min yang baru hendak bertenang akibat kejadian tadi terasa hendak dihempuk-hempuk sahaja lelaki itu.


“ Nak I tolong ke?” Tanyanya lagi.


“ Tak payah.” Marah Min. Sudah diketawakan puas-puas baru nak bagi pertolongan.


“ Are you sure?”


“ Yes! Sangat-sangat pasti. Kalau ya pun I lebih rela mintak tolong daripada orang lain.”


Kening Luth Qadri terjungkit sedikit. “ Aah…okey.” Dia berlalu ke biliknya. Sebelum masuk sempat dia mengenyitkan mata kepada Min. terdengar degusan Min. Geram sebenarnya dengan kelakuan Luth Qadri. Sampai hati ditinggalnya aku macam tu je. Memang manusia tak ada perasaan. Kaki yang sakit dibeleknya. Terdapat kesan lebam. Inilah padahnya jalan membabi buta. Diri sendiri yang merana. Dengan langkah yang tidak normal, dia menuju ke meja kerjanya. Lega dapat melabuhkan punggung. Kaki yang sakit dibelek lagi. Kemungkinan kakinya tergeliat kerana hendak mengelak daripada terjatu tadi. Digosok-gosok kaki dengan telapak tangan.


“ Dah balik? Awalnya. Masa rehat ada lebih kurang 15 minit lagi.” Sapa Aida yang baru keluar dari pantry.


“ Tak ada selera nak makan. Kau tak keluar makan?”


“ Tak, aku suruh Ikin tolong tapaukan tadi. Baru sudah makan ni. Aku pun tak ada selera tau, makan sorang-sorang.” Aida buat suara manja. Sempat dia menangkap perlakuan Min yang sedang mengurut-ngurut pergelangan kakinya.


“ Kau kenapa?”


“ Sakit, kaki aku ni tergeliat agaknya. Tadi terlanggar meja depan tu. Bos kesayangan kau tu pula selamba badak ketawakan aku. Bukannya nak ditolong.” Min sudah keluar aura suara sedih.


“ Yeke? Sakit sangat ke? Meh sini aku tengok….kau ni itu pun dah nak nangis. Kata minah brutal. Tapi dalam hati ada taman bunga….hahaha…..em….tak teruk sangat. Sikit je ni. Balik nanti kau taruk minyak. Mesti baik punya.” Kaki Min dibeleknya.


“ Hah, ketawalah puas-puas kena dekat kau baru rasa sakitnya.” Marah Min.
“ Tak baik kau doakan aku macam tu. Yelah diakan dah ada bos. Aku ni siapa….bos kan...” Pap! Aida kena baling dengan Min sebelum sempat menghabiskan kata-katanya. Baik punya kawan ada ke dibalingnya aku dengan pen. Nasib tak tercucuk kat mana-mana. Kepala yang terkena balingan Min digosok-gosok.


“ Padan muka. Cakap lagi, cakap lagi. Karang aku baling dengan bekas-bekas ni sekali.” Marah Min.
Aida goyang tangannya. Tanda tak nak. Muka cemberot. “ Sakitlah….eh, kau dengan bos tu ada skandal kan? Dia yang kita jumpa masa kat restoran dulu kan?” Tanya Aida beria-ria. Muka dah bersinar-sinar. Riak cemberot hilang entah ke mana.


“ Kalau tak cakap pasal dia tak boleh ke? Bertambah sakit kaki aku ni. Da tolong urut.” Pinta Mi manja.
Belum sempat Aida jawab satu suara lain menyampuk perbualan mereka.
“ Meh I tolong urutkan. Tadi jual mahal.” Luth Qadri melutut di hadapannya. Tangan sudah menyentuh pergelangan kaki. Min tak sempat mengelak.


“ Eh…eh….tak payah….dah tak sakit.” Tangan Luth Qadri cuba ditolak-tolak. Aida yang berada di hadapannya dipandang. Menghantar isyarat mata.Tolong aku Aida. Gadis itu buat-buat tidak faham. Tersengih-sengih sahaja.


“ Belum baik lagi ni….” Kata Luth Qadri. Sengaja berlama-lama mengurut kaki Min. Bukan mengurut sebenarnya, lebih kepada mengambil kesempatan.
Terdengar suara dan derap kaki memasuki bahagian mereka. Lantas Min cepat-cepat menarik kakinya. Luth Qadri yang turut menyedari staf-staf lain sudah masuk ke pejabat, membiarkan tindakan Min.


“ Kalau tak baik, esok I urutkan lagi.” Kata Luth Qadri sambil berdiri kembali. Harap-harap esok tak baik jugak. Pinta Luth Qadri dalam hati. Adalah peluang dia hendak dekat-dekat dengan Min lagi. Tanpa sedar dia tersengih jahat.
Min yang terperasan akan sengihan itu tertanya-tanya sendiri. Apa hal mamat ni?


“ Okey, Aida right? Tolong tegokkan Min. Kalau ada apa-apa you inform I.” Arah Luth Qadri.
Aida yang sedang terinta-intai perlakuan mereka kaget sebentar apabila Luth Qadri berpaling kepadanya.


“ Okey…..okey bos.” Balasnya.
Kelibat Luth Qadri sudah menghilang ke biliknya. Min memandang Aida yang tersengih-sengih. Faham makna sengihan itu. Matanya sengaja dijengkilkan.


“ Aku tak cakap apa-apa….” Kata Aida sambil mengangkat kedua-dua tangan apabila melihat Min hendak membaling dirinya dengan pen sekali lagi. Cepat-cepat dia ke meja kerjanya. Tidak mahu mencari pasal lagi.


“ Pergi buat kerja.” Arah Min.

Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

Thursday, March 17, 2011

KAU DAN AKU BAB 8


Ketukan di meja menganggu konsentrasi Min yang sedang meneliti pelan bangunan. Kepala diangkat ingin melihat gerangan orang yang menganggu.


“Nak apa?” Soal Min bersahaja.
Aida yang telah duduk dihadapannya melemparkan senyum. “Kau sibuk tak?


“Sibuklah jugak, kenapa?”


“Nak bergosip sikit. Kau nak dengar tak?” Aida buat gaya kepoh.


“Em…cakap jelah, selalu tak pernah tanya aku nak dengar ke tidak.”


Aida tersengih. Terkena dia. “ Bos baru tu handsome kan….budak-budak admin siap tubuh kelab peminat lagi”. Min mencebirkan bibirnya. Ingatkan apalah sangat. Handsome sahaja buat apa. Mat romeo+buaya tembaga. Asgtafirullah….tak baik mengutuk.


“ Punyalah aku penat sebab kena tunggu mesyuarat yang patutnya buat pagi tapi ditunda ke malam. Dah berbakul-bakul aku kutuk bos baru tu. Alih-alih bila tengok kekacakan dia, aku….aku….kembali bertenaga. Handsome yer….” Aida buat gaya gedik.


Min tersenyum sinis. “ Kacak saja tak cukup Da, yang penting dia kena buktikan dia boleh buat kerja. Harapkan muka je tak boleh. Kau ni, baru sekali jumpa dah feeling-feeling. Tak ada kerja ke?”


“Tak ada, bos baru tak masuk lagi. Aku tunggu dia bagi arahan. Banyak dokumen yang dia perlu luluskan pastu baru aku boleh ke fasa seterusnya.”


Min sekadar mengangguk. Masih meneruskan kerja. Tiba-tiba Nuraini setiausaha kepada bos baru mereka berlari-lari anak menuju mejanya.


“ Kak Aida bos dah datang.”Sempat dia memberitahu Aida yang bertenggek di meja Min. Kelam kabut Aida menuju ke tempatnya. Min mengelengkan kepala. Itulah pantang bos tak ada berjalan saja kerjanya.


Terdengar beberapa orang kakitangan syarikat mengucapkan selamat pagi kepada bos baru. Dalam mesyuarat semalam pengumuman secara rasmi telah dibuat bahawa pengurusan syarikat telah bertukar tangan. Syarikat ini telah menjadi milik Tebrau Holdings iaitu sebuah kumpulan yang mempunyai beberapa rangkaian perniagaan di Johor. Memang telah lama khabar angin tersebar tentang peralihan itu. Segala-galanya terjawab semalam. Mulai hari ini juga syarikat ini dijadikan ibu pejabat bagi operasi di Kuala Lumpur. Penjenamaan baru telah dilakukan dan dikenali sebagai Tebrau Holdings. Pertukaran beberapa kakitangan hanya berlaku diperingkat atasan sahaja.


Min mengerling sekilas. Dadanya berdebar hebat. Bos baru yang diiringi Encik Zamri dilihat sedang diperkenalkan kepada kakitangan syarikat. Hanya menunggu masa sahaja untuk sampai ke unitnya.


Sebelum dia kembali meneruskan kerja, sempat dilihat kelibat Aida yang kelam kabut mencapai fail. Kepala terasa seperti tidak mahu diangkat dari menghadap kertas di meja apabila derap kaki semakin hampir.


“Let me introduce you to our architect group. Kita ada lima orang dalam unit ini. Perkenalkan Hadi, Din, Halim, Aida dan Min.” Bos baru berjabat tangan dengan nama-nama yang disebut Encik Zamri. Min adalah orang terakhir yang disalaminya. Lambat-lambat Min berdiri dan menyambut luran tangan itu.


“This is our new boss Mr. Luth Qadri”. Encik Zamri memperkenalkan.


“Happy to work with you. Hope we can cooperate well.” Kata bos baru.


“Hope so…” Jawab Min sekadar berbahasa kerana mengenangkan Encik Zamri yang turut berada di situ. Genggaman tangan dilepaskan.
Sesudah itu mereka berlalu menuju ke bilik yang bakal dihuni Luth Qadri. Tidak lama kemudian Encik Zamri keluar dari bilik itu dan menuju ke ruang pejabatnya sendiri.


Hampir ke waktu makan tengahari setiausha Luth Qadri datang ke meja Min.


“ Kak Min encik Luth nak jumpa.”


“ Kenapa ya?”


“ Tak taulah kak. Sekarang ya kak. Aini nak pergi makan ni.” Nuraini berlalu.
Sepuluh minit berlalu, Min masih membatu di mejanya. Aci tak kalau buat-buat tak ingat, lepas tu terus pergi makan. Min berkira –kira dalam hati. Belum sempat Min bertindak Luth Qadri sendiri sudah terjengul di hadapannya.


“Masuk bilik saya.” Arahnya. Tegang sahaja wajah itu.


Min telan liur. Aida sudah hantar isyarat mata. Kenapa? Min menjungkitkan bahunya. ‘Alah makan sorang-soranglah hari ni.’ Rungut Aida sendirian.



******************************************************************************


“Aini tak bagitau I nak jumpa?” Tanya Luth Qadri. Tajam memandang Min.


“Ada. I siapkan kerja dulu. Sekarang kan lunch hour, tak boleh tunggu ke?” balas Min datar. Pandangan lebih senang dihala ke kabinet fail. Tidak kuasa memandang wajah di hadapannya.


“ Lunch hour?” Luth Qadri menjeling sekilas jam di pergelangan tangan. Dia bangun menghampiri Min.


“Jom.” Ajaknya. Tangan dihulur kepada Min.


“ Pergi mana?” Min bingung.


“Lunch.” Sepatah Luth Qadri menjawab. Selamba sahaja wajahnya. Min pula sudah membeliakan mata.


“Ada I cakap nak makan dengan you? Tak ada kan…..so tak payah sibuk.”


“ Should I care? Dah jom.” Min masih tidak mahu bergerak. Luth Qadri yang geram dengan reaksi itu pantas menarik tangan Min supaya mengikut langkahnya. Min tidak sempat berbuat apa-apa. Sedaya-upaya cuba melepaskan tangan daripada genggaman lelaki itu.


“ Lepaslah orang nampak nanti. Apa kes main pegang-pegang sesuka hati. I dah janji dengan Aida. Eeeiii…lepaslah.” Marah Min dengan nada yang cuba dikawal. Tangan yang satu lagi tidak henti-henti menolak tangan Luth Qadri. Lelaki di hadapannya itu mengukir senyum. Pegangan dikemaskan.


“ I’m the boss! ini satu arahan and like I say, should I care?” Dia tersenyum sinis.


“ Erk……”Min hilang kata-kata. Luth Qadri tersenyum lebar. Senyum tanda kemenangan.
Lut h Qadri memulas tombol pintu dengan tangan kananya. Tangan kri masih kejap memegang tangan Min. Mereka keluar dari biliknya dengan berpegangan tangan. Pucat wajah Min. Janganlah ada yang Nampak. Mintak-mintak semua keluar makan dah. Doa Min dalam hati.

Nasib menyebelahi Min. Semua sudah keluar makan, kecuali Aida yang masih setia di mejanya. Terbeliak mata gadis itu memandang kepada perlakuan mereka berdua. Melopong mulutnya.


“ Min lunch dengan I. Do you mind?” Soal Luth Qadri dengan penuh sopan santun kepada Aida.
Gadis itu cuma mampu mengangguk. Tidak terkeluar suara. selepas itu dia hanya memandang kelibat kedua-duanya yang berlalu sambil melambai-lambaikan tangan. Masih dalam keadaan separuh waras.


Beberapa saat kemudian Aida kembali normal. Tangan yang masih melambai-lambai dijatuhkan. Baru dia ingat Luth Qadri ialah orang yang menegur mereka di restoran dahulu.”Diorang ada skandal ke? Mesti korek cerita daripada Min ni. Berita hangat sangat-sangat!.” Kata Aida teruja.

Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

Tuesday, March 15, 2011

KAU DAN AKU BAB 7


Seusai solat isyak Min berbaring di katil. Pandangan dihala ke syiling. Terkebil-kebil matanya. Lewat dia tiba di rumah. Semuanya gara-gara perlu menghadiri mesyuarat syarikat. Mesyuarat yang penuh dengan kejutan. Seharian dia tidak masuk ke pejabat kerana melawat tapak projek sudah berlaku perubahan besar dalam syarikat. Lupa untuk memaklumkan kepada Datin Sheila sehingga mendorong wanita itu menghubungi telefon bimbitnya. Sikap Datin Sheila mengingatkan dia kepada ibu yang jauh nun di utara. Apabila dia berkata bahawa ibunya, Pn Hasmah menjunjung adat dan budaya ia bukan omongan kosong. Memang dia serius tentang perkara tersebut. Siapa yang tidak kenal dengan Pn.Hasmah isteri kepada penghulu. Kalau di tempatnya itu ibu bolehlah dikatakan sebagai wanita pertama. Orang kuat kepada ayah.


Di manalah ibu akan menyorokkan muka sekiranya perihal dia bertunang dengan membelakangkan keluarga diketahui orang kampung. Sebuah keluhan dilepaskan. Ibu selalu berpesan kepada Min supaya habiskan belajar dulu barulah fikirkan perkara lain. Kalau hendak bercinta sekalipun biarlah segulung ijazah sudah dalam genggaman. Itulah pesanan yang selalu terluahkan ibu setiap kali dia pulang ke kampung atau bertelefon. Ketegasan ibu menjadikan dia takut untuk memberitahu tentang perhubungannya dengan Luth Qadri. Apatah lagi ketika itu kecoh perihal sepupunya yang sanggup meninggalkan pengajian di universiti kerana mahu berkahwin diperktakan ibu. Lagilah takut untuk berterus terang. Min beralih posisi tidurnya. Pandangan sudah menghadap jendela. Otaknya mengimbas kembali saat dia diikatkan kepada pemilik nama penuh Tengku Luth Qadri atau lebih senang memperkenalkan dirinya sebagai Luth Qadri. Pangkal nama tengku itu diketahui setelah sebulan berkawan, itu pun secara kebetulan. Jika tidak memang dia tidak tahu dengan siapa dia berkawan. Dan menurut Datin Sheila pula, mama Qad adalah adiknya tetapi berlainan bapa. Sebab itulahDati Sheila tiada pangkal nama tengku.



Majlis pertunangan dia dan Luth Qadri berlangsung bukanlah di atas perancangannya. Semuanya diatur oleh lelaki itu. Fikiran Min menerawang lagi. Majlis sambutan ulang tahun perkahwinan ibu bapa Luth Qadri turut menjadi majlis pertunangan mereka. Memang dia langsung tidak mengetahui punya kejutan seperti itu untuknya. Kebetulan dia ke Johor Bharu kerana menghadiri seminar antara universiti. Pada awalnya dia menolak untuk ke majlis itu, pujukan dan rayuan Luth Qadri akhirnya Berjaya mencairkan hati. Mengenakan kebaya singkat dan bermekap ala kadar dia ke majlis itu dengan dijemput oleh Luth Qadri. Bukanlah majlis besar-besaran, sekadar sambutan secara sederhana. Para tetamu pula hanya terdiri daripada adik-beradik Luth Qadri dan beberapa orang teman rapat mama dan papanya. Itulah adalah kali kedua dia bertemu dengan mama dan papa lelaki itu. Kali pertama dia diperkenalkan adalah semasa makan malam yang diadakan khas oleh mama Luth Qadri, Tengku Haninah sempena kedatangannya ke banglo mereka.



Ketika majlis hampir ke penghujung, Luth Qadri yang berada di sebelahnya melutut tiba-tiba. Sebentuk cincin dikeluarkan dari poketnya. “Will you marry me?” Ayat keramat dilafazkan.
Min mengelabah. Dia sedar keluarga Luth Qadri agak moden dan namun tidak pernah dibayangkan akan dilamar dengan cara itu. Muka sudah bertukar segala warna. Mama dan papa Luth Qadri dipandang,bibir mengungkap perkataan tolong.. Mereka sekadar tersenyum penuh makna. Seakan-akan memberi restu dengan tindakan anak lelaki mereka.
Min tidak pasti jawapan terbaik yang perlu diberikan. Lama dia mendiamkan diri.


“ I tak sedia lagi untuk semua ni.…janganlah buat macam ni.” Kata Min perlahan. Tidak mahu didengari oleh tetamu lain.
Tidak berniat untuk memalukan lelaki itu di hadapan tetamu dan ibu bapanya. Luth Qadri mengeleng.


“Just say yes….” Ungkap Luth Qadri penuh mengharap.
Min menundukkan wajahnya. Para tamu memandang mereka. Walaupun tidak seramai mana, cukup untuk membuat Min berasa seram sejuk. Mama dan papa Luth Qadri menghampiri mereka apabila melihat dia sukar untuk membuat keputusan. Terasa hangat tangan mama Luth Qadri yang menyentuh tangannya.


“Terimalah Qad, Min. Jangan hampakan kami. Kalau Min belum bersedia lagi untuk berkahwin pun tak apa. Kami sanggup tunggu sampai Min habis belajar.” Mama Luth Qadri cuba menyakinkannya.


“Tapi….Min…” Belum sempat Min menghabiskan kata-katanya Tengku Haninah memotong.


“Tak mengapa, Qad dah bagitau situasi Min. Kami sanggup janji untuk rahsiakan dulu hal ini daripada keluarga Min. Anggap saja ini sebagai tanda Min dah di‘booking’untuk jadi menantu kami. Mereka semua jadi saksi.” Sempat Tengku Haninah berseloroh sehingga mencuit hati teman-temannya. Suaminya Tengku Lukman tidak bersuara, menyerahkan tugas memujuk itu kepada isteri. Sedar isterinya memang pakar dalam perkara itu. Mereka sekeluarga sudah berkenan sangat dengan pilihan anak lelaki sulung ini. Tidak mahu berlengah lagi untuk mengikat Min, biarpun sekadar ikatan pertunangan.


“Bila kita dah habis study nanti, I janji akan bawa rombongan meminang……ikut adat kita. Jumpa ibu ayah you, minta restu diorang. Please accept me….”Kata Luth Qadri sambil anak matanya menikam anak mata Min. Terpancar keikhlasan di wajah itu.


“Terima Qad ya, Min.” Datin Haninah sudah mengambil cincin di tangan Luth Qadri lalu disarungkan ke jari manisnya. Dua orang adik perempuan Luth Qadri memeluknya. Para tetamu pula sudah bertepuk tangan. Apalah yang mampu dibuatnya saat itu. Dia sudah tidak mampu menolak lagi. Betul-betul terperangkap. Tidak sanggup menghampakan dan memalukan mereka sekeluarga . Selepas itu, apa yang dibayangkan adalah ibu yang rebah kerana berita pertunangan yang bakal disampaikan nanti. Sehingga tidak terasa tangan-tangan yang bersalam mengucapkan tahniah. Luth Qadri pula gembira bukan kepalang. Seigatnya lelaki itu senyum sepanjang malam. Manakala dia, hanya tuhan saja yang tahu. Waktu itu Min berharap benar jaminan bahawa perkara tersebut akan dirahsiakan sehingga mereka tamat belajar akan dilaksanakan. Sekarang dia sudah tamat pelajar, tetapi perasaan gusar tetap ada di dalam hati sekiranya diketahui ibu. Lagipun mereka sudah tiada hubungan, biarlah perkara tersebut menjadi rahsia sampai bila-bila. Tidak penting lagi untuk ibu mengetahuinya.



“Ya Allah! Dah pukul dua belas lebih. Jauhnya aku mengelamun.” Kata Min sambil menjeling jam di sisi katil. Mukanya diraup. Jendela yang entah bila dibuka ditutup kembali. Patutlah rasa sejuk. Min mengaru kepala yang tidak gatal. Dia kembali ke katil. Menarik selimut menutupi badan. Lampu tidur dipadamkan. Dia ignin lena.


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

Wednesday, March 09, 2011

KAU DAN AKU BAB 6


Krung.....krang…..bunyi sudip berlaga dengan kuali memenuhi ruang dapur. Semerbak bau yang dikeluarkan. Beberapa minit kemudian hidangan nasi goreng sudah siap. Kenapalah Raykal suka sangat dengan nasi goreng ni. Tak adalah special mana. Mujurlah Datin Sheila sudah berpesan kepada Mak Cik Zah, pembantu rumahnya supaya menyediakan bahan-bahan nasi goreng kegemaran Raykal itu. Paginya Min hanya perlu mengoreng nasi. Tidaklah dia kelam kabut.


“Morning Cik Min.” Sapa Raykal ketika mengambil tempat duduk di meja makan.


“Morning handsome boy.” Balas Min.


Raykal tersenyum-senyum apabila dipuji Min. Rambut yang sedia terpacak dipacakkan lagi. Perasan juga anak buahnya. Baru dipuji sikit dah senyum sampai telinga. Tentu ikut perangai Kak Tina ni. Min menghulurkan pinggan yang berisi nasi goreng kepada Raykal.


“Thanks.” Kata Raykal. Disudukan nasi ke mulut. Dia makan dengan berselera.


“Takkan terima kasih je….tak cukup tu.”


“ Cik Min nak apa? Nanti Raykal suruh mama belikan.” Raykal memandang Min dengan riak tertanya-tanya.


“Apasal mama pulak. Cik Min tak nak hadiah. Raykal promise dengan Cik Min jangan nakal-nakal masa mama dan papa tak ada kat sini. Boleh? Raykal mengherotkan mulutnya ke kanan dan ke kiri. Sedang berfikir barangkali.


“ Yes I promise!.” Kata Raykal yakin. Kemudian dia menaikkan jari anaknya untuk ditautkan dengan jari anak Min. Kebetulan ketika jari mereka bertaut Dato Ismail dan Datin Sheila menghampiri meja makan.


“Janji apa ni?” Soal Dato Ismail. Dia sudah duduk di kerusi di hujung meja. Datin Sheila hanya tersenyum memandang gelagat kedua-duanya.


“Raykal promise something dengan Cik Min tuk.”


“Tak nak bagitau Atuk ke?” Min memandang Raykal.


“Owh, kalau promise kena bagitau semua ke Cik Min?” Soal Raykal sambil matanya terkebil-kebil memandang Min. Setahunya, kalau berjanji tidak boleh diberitahu kepada orang lain. Jadi rahsia.


“Yang ni boleh bagitau.”


“ Promise takkan nakal-nakal selama mama dan papa tak ada kat sini.” Kata Raykal sambil mengangkat tangan gaya orang berikrar. Serentak itu tercetus tawa mereka.


“Morning. Wah cerianya pagi-pagi ni.” Sapa Luth Qadri yang baru ke ruang makan. Dia mengenakan kemeja biru laut dan slack hitam. Sambil tangan membimbit briefcase.
Min mengerling sekilas. Dia datang sini atas urusan kerja agaknya. Baru dia perasan pakaian mereka yang sedondong. Datin Sheila sudah tersenyum-senyum. “Kamu berdua dah berjanji ke?” Usik Datin Sheila. Luth Qadri hanya tersenyum.


“Come Qad…join us.”
Luth Qadri duduk di sebelah Raykal. Menyisip sedikit kopi panas. Dia perasan Min terus diam apabila dia menyertai mereka.


“Makan apa tu. Sedapnya….mintak sikit.?” Kata Luth Qadri kepada Raykal.


“Tak boleh, ni Raykal punya. Kalau papa Qad nak suruh Cik Min buat lain.”


“Tapi Cik Min Raykal tak layan papa Qad. Nanti Raykal suruh dia buatkan untuk papa Qad sama, boleh?” Sambil mata memandang Min.
Min yang mendengar perbualan mereka pura-pura tidak dengar.


“Papa Qad mintaklah sendiri. Tak payah malu. Cik baik, mesti dia buatkan….kan Cik Min?”
Tersedak Min mendengar jawapan Raykal. Buat orang kalut saja.


“Raykal pergi sekolah ni siapa hantar?” Min mengelak.


“ Tak apa, Uncle hantar. Lagipun Min tak lalu sekolah Raykal kan.” Min hanya mengangguk.


“Dulu Min belajar dekat UM jugak? Sama dengan Qad. Tak pernah jumpa ke?” Soal Datin Sheila sambil memandang mereka berdua silih berganti. Kunyahan terhenti. Terasa berpasir sahaj roti yang dimakan.


“Tak sama courses. Tak kenal, mungkin pernah terserempak. Entah…tak perasan pulak.” Dalih Min. Dapat dilihat air muka Luth Qadri yang berubah apabila mendengar jawapanya.
Nak berahsia rupanya. Tak apa aku ikut rentak dia. Luth Qadri berkata sendiri.


“Tapi muka you ada iras-iras orang yang I kenal…kenal masa dekat UM jugak.” Sengaja mengenakan Min.


Skirt separa lutut yang dipakai terasa singkat semacam. Peti suara dan terasa sakit. Memang pagi-pagi lagi Luth Qadri dah buat havoc. Senyuman plastik terukir di bibir. “Silap orang agaknya.”


“Erm….agaknya.” Jawapan Luth Qadri sedikit melegakan. “ Tapi, I rasa tak silap orang dah……” Nafas kembali tersekat. Dikerling Datin Sheila yang memandang penuh tanda tanya.


“Kamu ni, sama tapi tak serupalah tu.” Sampuk Dato Ismail. Akhbar di tangan sudah diturunkan. Nafas yang tersekat lancar kembali dengan kata-kata Dato Ismail. Terima kasih uncle, kata Min dalam hati.


Tanpa menunggu lebih lama Min memintak diri untuk ke pejabat. Lebih lama dia di situ pasti terbongkar rahsia mereka. Ya, rahsia pertunangan yang tidak diketahui oleh keluarga. Bertunang gaya mat saleh. Main sarung cincin sahaja. Bukan sengaja dia ingin berahsia. Kalau diketahui emak yang mendukung adat dan budaya dekat kampung tu, memang dia cari pasal. Dulu muda lagi memang buat keputusan tanpa berfikr. Sekarang baru terasa akibat perbuatan itu.


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.

Sunday, March 06, 2011

KAU DAN AKU BAB 5


Selepas makan tengahari Min meminta diri untuk ke bilik. Dia beralasan mahu mengemaskan pakaian ke dalam almari. Mujurlah kakaknya tidak banyak soal. Tidak kuasa berlama-lama menghadap Luth Qadri. Apatah lagi duduk satu ruang dengan lelaki itu. Entah apalah hendak jadi dengan dirinya. Membenci sehingga sedemikian rupa. Kisah dia dan Luth Qadri sudah lama berlalu. Masing-masing sudah membawa haluan sendiri. Apa lagi yang hendak dimarahkan. Pelik. Dia sebenarnya keliru dengan perasaan sendiri.


Min duduk di birai katil. Beg pakaian sudah dibuka sejak tadi. Namun tiada satu pun yang dikeluarkan untuk dimasukkan ke dalam almari. Dia sibuk termenung. Menilai hati dan perasaan sendiri. Keluhan kecil dilepaskan. Macam mana pula Luth Qadri ada hubungan kekeluargaan dengan Abang Sufian dan bagaimana pula dia tidak tahu tentang perkara tersebut. Min memikir semula. Selama ini dia jarang bertandang ke rumah keluarga mentua kakaknya, sudah tentu mereka tidak terserempat. Mungkin juga lelaki itu tidak menetap di Kuala Lumpur. Ya mungkin!


Kaki diatur pula ke jendela. Pandangan dihala ke taman berdekatan dengan kolam renang. Kelihatan penghuni banglo ini sedang bersantai sambil menikmati pencuci mulut di meja yang tersedia di situ. Luth Qadri juga ada bersama mereka. Dari jendela itu Min sekadar mendengar sayup-sayup suara ketawa mereka. Tidak pasti apa yang dibualkan.


Di Taman…..


“Apa salahnya Qad. Tinggal aje kat rumah ni. Banyak lagi bilik kosong. Aku dengan Kak Tina lagi dua bulan baru balik sini. Kalau nak cari pun lepas-lepas ni….tak payah tergesa-gesa sangat. Boleh cari yang cantik sikit. Baru puas hati.” Sufian menawarkan kepada Luth Qadri. Di bawah meja Tina mencuit lengan suaminnya. Ada sesuatu yang ingin diperkatakan. Biar betul Sufian ni. Sudah lupa agaknya Min tinggal di rumah mereka sepanjang 2 bulan nanti. Rasanya seperti tidak kena pula membiarkan Luth Qadri juga tinggal disini. Memang umi dan ayah Sufian ada di rumah, tapi adiknya itu anak dara dan Qad pula anak teruna. Selamatkah Min nanti?


“Uncle pun fikir macam tu. Buat sementara ni kamu tinggal saja kat sini. Perlahan-lahan cari rumah. Ni hah yang kamu tinggal kat hotel tu kenapa? Tak sudi tinggal dekat rumah ni?” Soal Dato Ismail.


“Tak sudi agaknya bang. Yelah rumah kita ni tak semewah banglo dia dekat Johor tu….” Sampuk Datin Sheila.
Tina telan air liur. Kalau ayah dan umi sendiri yang mengajak apalagi yang dapat dikata. Rasa marah pula kepada suaminya yang memulakan soal itu.


“ Bukan macam tu. Sebenarnya saya tak nak menyusahkan sesiapa. Tapi kalau semua dah cakap macam tu saya ikut saja.” Jawab Luth Qadri. Sememangnya setelah diberitahu sebentar tadi bahawa Min Nur Kesha akan tinggal di rumah ini, dia sendiri sudah merancang untuk turut sama tinggal di sini. Pelawaan daripada Pak Cik dan Mak Ciknya itu memudahkan urusannya. Semua ini kerana ada misi yang perlu dilakukan. Di kepalanya sudah mula merancang tindakan seterusnya. Peluang ini tidak akan dipersiakan. Min Nur Kesha……jaga-jaga…..


“Abang, apa abang dah buat ni?” Marah Tina kepada Sufian setelah tinggal mereka berdua sahaja di taman. Luth Qadri sudah balik ke hotel penginapan untuk mengambil barang-barangnya sebelum berpindah masuk ke banglo ini. Sufian mengerutkan dahinya. Tanda tidak faham.


“Buat apa pulak ni?” Soal Sufian hairan.


“Kenapa abang ajak Qad tinggal kat sini? Min kan ada. Tak manislah. Buatnya Min nak balik rumah dia, macam mana dengan Raykal. Si Raykal tu kalau dia dah letak syarat bukannya boleh diubah dah. Bimbang pulak saya nak biar Min tinggal satu rumah dengan lelaki yang dia tak kenal. Abang jangan, Min sorang je adik saya kat dunia ni.”


Sufian membetulkan kaca mata di pangkal hidungnya. “Awak ni sayang, ingatkan apalah tadi. Ayah dengan umi kan ada bukannya diorang je kat dalam rumah ni. Kalau Ayah dan Umi keluar Mak Cik Zah kan ada.Bilik Min dekat atas, kita bagi Qad bilik bawah.” Kata Sufian. Tangan isterinya ditepuk perlahan. Dia mengukir senyum.


“Tak payah risau-risau dah. Nanti tak jadi pulak kita berangkat esok”. Sambung Sufian lagi. Tina sekadar mengangguk. Cuba menerima kata-kata suaminya.


*********************************************************************************


Tina berdiri di hadapan pintu bilik Min. Pintu diketuk beberapa kali sebelum melangkah masuk.


“ Buat apa ni?” Soal Tina kepada Min dan Raykal. Selepas makan malam tadi Raykal tidak berenggang dengan Min. Riuh rendah rumah dengan gelak tawa mereka. Apabila Min masuk ke biliknya Raykal turut serta.


“Cik Min bacakan Raykal buku ceita mama.” Jawab Raykal.


“Iya, cerita apa?”


“Tak boleh bagitau, ni rahsia Raykal dengan Cik Min je.”


“ Pulak. Okeylah mama tak tanya lagi. Tapi Raykal keluar kejap mama nak cakap dengan Cik Min. Boleh?


“Okey.” Kata Raykal tanpa banyak soal. Sebelum turun dari katil dia mencium pipi Min. Lalu berlari-lari dia keluar. Sempat ditutupkan pintu bilik.
Min menjungkitkan keningnya memandang Tina. Sebagai isyarat bertanya.


“Akak nak bagitau sesuatu ni, janji Min tak marah ya?”


“Apa dia?”


“Janji dulu.”


“Okey, okey Min janji. Sila teruskan.” Sempat Min bergurau apabila melihat riak serius di wajah Tina.


“ Min jangan marah akak tau. Ni semua abang Sufian punya pasal. Erm…..erm…..Qad….erm….dia akan tinggal kat sini…..tap….” Belum sempat Tina menghabiskan kata-katanya Min mencelah.


“What?!” Min terkejut.


“ Akak tak boleh buat apa-apa. Ayah dan umi pun dah setuju. Min terus tinggal sini erk, kesian dekat Raykal….”

“Ya Allah kak….takkan Min nak Tinggal dengan orang yang Min ben….” Min tidak jadi meneruskan kata-katanya.


“Orang yang Min apa?


Apa aku nak jawab ni. “Orang yang Min…tak….tak kenal. Dah tu lelaki pulak. Kalau dia buat tak senonoh dekat Min macam mana?” Kata Min bersungguh-sungguh.



Kata-kata Min termakan juga oleh Tina. Dia turut risaukan perkara yang sama. Namun jaminan yang telah dibuat oleh suaminya sedikit melegakan hatinya. Lagipun dia yakin Luth Qadri adalah lelaki yang baik dan tidak akan tergamak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ayah dah umi pasti akan menjaga Min.



“ Min tak payah risaulah, abang dah janji Qad guna bilik bawah. Jadi dia jauh dari Min. Kamu bukan satu ruang dengan dia. Ayah dan Umi kan ada. Mak Cik Zah pun ada jugak. Min jangan mungkir janji ya?”
Min menekurkan pandangannya ke lantai. Dia serba salah. Rasa seperti tidak sanggup untuk bertahan selama dua bulan menghadap lelaki itu. Perasaan kakaknya juga perlu dijaga. Mukanya diraup.



“Min jaga Raykal.” Kata Min perlahan. Tina tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. Lantas tubuh Min dirangkul.


“Thanks.” Ucap Tina di telinga Min. Lega hatinya dengan persetujuaan itu. Dapatlah dia berangkat ke Australia dengan tenang nanti.


Untuk versi penuh dapatkan novel Kau Dan Aku di kedai-kedai buku berhampiran anda. Boleh juga layari www.p2u.my untuk pembelian secara online.